Sunday, April 19, 2009

Hari ke-100 di Libya


Sebelum gua datang ke sini, imaginasi gua tentang Libya hanyalah poster atau pun billboard besar wajah Muammar Gaddafi dan juga padang pasirnya. Gua tidak terbayang lagi kehidupan di Libya walaupun sebulan gua berkawan dengan Google.

Sebenarnya Libya sangat cantik, walaupun ketibaan gua di “perhentian kapalterbang Benghazi” di sambut dengan kereta-kereta kebal dan kapal terbang buruk yang disembunyikan di sebalik bunkers. Juga bangunan-bangunan dan masjid yang diselaputi debu serta system jalanraya yang huru hara.

Laut Mediterranean telah menyelamatkan Libya. Negara ini mempunyai perairan dan pantai Mediterranean yang paling panjang. Dan di sepanjang pantai inilah wujudnya syurga bagi Libya. Jika tanpa lautan Mediterranean, Libya tidak akan disebut keindahannya atas peta dunia.

Tanggapan gua tentang Muammar Gaddafi juga sedikit meleset. Walaupun wajahnya seringkali dilihat terpampang di tepi-tepi jalan (pejabat gua pun ada poster Gaddafi hampir sebesar kereta Kancil) tapi tidaklah terlalu teruk seperti di Syria ketika zaman Hafiz al Assad memerintah. Rakyat Libya juga seperti agak bebas bercakap dan mempersendakan Gaddafi. Sesuatu yang memang gua tidak jangka sama sekali. Bahkan di pejabat ini, ketika gua minta mereka bercerita tentang “the Green Book”, Admin Manager sendiri boleh buat joke tentang buku kecil itu.

Kesimpulannya mereka tidak terlalu takutkan Gaddafi seperti rakyat Syria takutkan Hafiz al Assad. Gua masih ingat lagi bagaimana pelajar Malaysia di Syria menggunakan gantinama “Pak Long” untuk Hafiz al Assad ketika berbual. Ini kerana jika lu memuji sekalipun, mukhabarat yang mendengar pasti akan bersangka buruk. Di Syria ketika itu, mukhabarat atau pun “spy Leman” adalah sesuatu yang normal dan bukan pelik jika si isteri melaporkan kepada pihak berkuasa tentang suaminya yang belot, mengutuk Assad atau seumpama dengannya. Tapi di Libya gua tengok sangat berbeza.

Mungkin kerana Gaddafi seorang socialist, penerapan sikap diktatornya berbeza dengan Assad dan tunduknya Gaddafi akhir-akhir ini kepada imperialist seperti memberi isyarat pula kepada rakyatnya bahawa dia tidak lagi digeruni.

Cuma Libya masih lagi sebuah negara Arab walaupun Gaddafi kata mereka lebih Afrika daripada Arab. Dan apabila menjadi sebuah negara Arab, segala bentuk pentadbiran, perkhidmatan, masa bekerja dan sebagainya akan tetap “bungko” seperti negara-negara Arab yang lain. Itu nampaknya gua tidak silap. Lain kali gua akan share tentang itu pulak.

11 comments:

silversarina said...

Cepatnya masa berlalu, baru je lagi baba ke Libya .

Bila dah berada di sana baru kenal isi negaranya , bagus tu. Kami pun nak tau jugak perihal Libya.

hobenz said...

huhuhu...wa lu skng dah 100 hari di sana ye..xsangka plak dah lama jgk lu pegi sana so bila lu mau pulang malaya?raya posa tahun ni sempat ke lu balik bawak tuk gua selai jubah muammar gaddafi...

Puaka ensem said...

alamak..gua dah mula rindu la..ingat lagi lu panggil gua sayang masa YM..rupa2 lu silap type..lu nak type untuk bini lu..

Pipiyapong Abdillah Hamzah said...

Nanti gua nak turun sana juga laa. Aturkan perlawanan bola friendly untuk gua satu ok.

mama said...

bila nak jemput bb n our gurls ke sana ... hehhehe

semi said...

haha bungko tu dude.. gila lamaa dah gua tak dengar.. one more.. bungko! haha

"ekau ni bungko la berba!", jerkah rio tiba2 akibat khayal melayan bong...

Babazahra' said...

kak ina,
memang cepat sampai x terasa sangat lamanya.tapi Jordan masih numero uno.Libya cuma singgah aje.

benz,
lu datang raya rumah gua nanti gua masak kus-kusi (hehe nama makanan yang paling erotik sekali)

padli,
silap tu.gua plan nk panggil lu "natang" aje :)


pp,
beb world cup 2010 sejam setengah aje naik flight nie.amacam? duit tabung dah penuh lum?

mama,
tunggu rumah siap dulu.

semi,
bungko juga sudah jadik idealisme. contoh ayat "khalid jamlus ialah penyebar ideologi bungkolisme di kalangan para pemain bolasepak BolehLand"

Fauziah said...

salam gary
hope sihat di negeri orang. sabtu nih (2 may 09) ada gath budak2 joden di nilai. emy kata di restoran salah sorang geng joden dulu. yang pasti menunya ialah maqlubah... ngeh ngeh ngeh...

Button Planet said...

libya...mediteranean.... omar mukhtar..... gadaffi..semua itu membuatkan libya terkenal .... dan skrg khabarnya ada beberapa buah syarikat malaysia membuat pelaburan di sana...

Fauziah said...

erkkk... gath batal laa pulak... tak dapat makan maqlubah.

masih organise reunion kelicap ke?

babazahra' said...

b,
memang x cekap betul penganjur tu.aku organize reunion Kelicap lone ranger aje boleh blah. itu baru suruh jumpa makan2 tengahari. eh ko datang umah lu ajak muezah masak maqlubah

kak azah,
abis dah satu negara nie penuh dengan foreign co. tapi org Libya masih lagi "mundur"