Thursday, April 09, 2009

Mohon Patik Satu Permintaan

Kepada rakyat jelata di Jelebu, bergembiralah kamu semua kerana bermula pada hari ini, kita akan kembali dapat menyaksikan persembahan kebudayaan daripada Kementerian Penerangan yang satu ketika dulu kita panggil…apa ya gua pun sudah lupa.

Juga persembahan wayang pacak yang satu ketika dulu menjadi medan untuk kita mengenal rupa bentuk nyamuk aedes dan kemudiannya makan kacang sambil diperbodohkan dengan lawak AR Badul.

Oh ya! Kepada seluruh rakyat BolehLand juga, pasti kamu semua ternanti-nantikan perubahan terbaru di RTM. Maksud gua perubahan wajah tetapi isinya masih tetap sama. Bravo Datuk Seri Utama! After so many years, you still represent my hometown in this so-called cabinet line-up.

Dulu dah ada muzium adat, apa kata kalau kali ini Datuk Seri pindahkan aje bangunan Angkasapuri tu ke pekan Kuala Klawang. Boleh jugak balik nanti patik buat part-time.

7 comments:

padli kancong said...

dulu kini dan selamanya rais yatim jd mantri penerangan...

mama said...

hahahhah kesian orang jelobu yer.. takpe lepas ni penuh la Klawang hujung minggu kan..

hobenz said...

ko patut banggo dgn wakil rakyat ko yg hebat n unggul dr dulu spai skng huhuhu...walau kepalo semakin licin tongah tp idea kepalo hotak eh bagussss!!!!

siti otai said...

bro..saye budak pantai..few minutes jer dr jelebu..rais yatim mmg torrbaek!!

TOOLBOX said...

Bro

Gua pastekan komen dpd blog DIY:

"Anonymous said...

Datuk,

Mengapa staf RTM hapi sangat hari ini?

Saya di kantin Angkasapuri semasa pengumuman kabinet baru, bila nama Shabery Cheek diumumkan sebagai Menteri Belia dan Sukan, ramai bersorak sakan. Hapi sungguh mereka.

Saya terdengar juga suara-suara sumbang berkata "Brahim" juga tak lama di sini.

Esok pasti banyak pisang disedekah di Surau Muhammadiah.

Staf IPTAR
9:48 PM
"

Sebagai anak Jelobu, lu sepatutnyo banggo dan samo2 jugak bersedokah pisang kek memano mesojid sobab dio (DSRY) mmg di"alu2"kan bilo dtg ko angkasapuri menggantikan mantan mentori yg bilo bercakap berbuih mulut dio tu :)

Kalu dighonong, dipikir, mmg teraso polek, sobab dio tak monang pun jawatan naib & antara mentori "kitar semulo" maso jaman Tun Dollah, tapi DSMNAR masih masukkan dio dlm line-up kabinet dapur yg makin kocik. Tak lain tak bukan mmg osah dio ado power!

Hidup Jelobu! (assobiyyah lar pulak heheh) Lu jgn terkojut pulak nanti ibilo semua games EPL yg libatkan MU ado live kek RTM heheh

Jorji said...

rais ok apo. survival dio dalam politik mesia boleh tahan.

keke

kamarul arifin said...

ok lah.mintak 1 cawangan kt arau gak.bole aku part time skali.

hehe.