Monday, May 04, 2009

Satu Pagi 3 Tahun Yang Lepas


3 tahun lepas sekitar jam 5 pagi gua telah memandu Fiat Punto gua dengan kelajuan 140km/j dari Bandar Kinrara, melalui lebuhraya Puchong-Bukit Jalil.

Memberi RM1.50 tanpa menunggu duit baki kepada penjaga tol di Lebuhraya Besraya berhampiran Mines sambil menyambung kelajuan kereta gua menuju ke Hospital Serdang.

Dua minggu sebelum itu, gua juga pernah menaiki kereta pada waktu pagi menuju ke SJMC. Gua sendiri yang berbaring di tempat duduk belakang sambil menahan sakit akibat batu karang.

Tapi, kali ini 3 tahun yang lepas, sesudah 4 hari di SJMC gua pula mengejarkan orang sakit pada awal pagi. Kali ini ke Hospital Serdang cuma bezanya “orang sakit” itu duduk di sebelah gua. Maka segala jenis displin gua sebagai seorang pemandu yang berhemah terpaksa gua abaikan pagi itu.

Dengan gaya paling mantap gua parking kereta betul-betul depan pintu bahagian kecemasan, hanya kurang satu meter daripada cermin kacanya. Bawa pesakit gua masuk sambil buat muka best depan minah nurse yang gua pasti belum gosok gigi lagi.

Tepat 0535 pagi waktu jam telefon gua, pesakit yang gua bawak sudah selamat melahirkan kandungannya. Bakinya adalah sejarah dan hari ini, “little princess” yang menumpang kereta laju gua pagi itu sudah berusia 3 tahun.

Happy Birthday Al-Batoul, Baba tidak akan memandu seperti itu lagi!

9 comments:

Muhamad Hazimin Sulaiman said...

Selamat Hari Lahir Al-Batoul

TooLBoX said...

Sweet! Tak sesio mama sayang lu

Btw bukan lu mmg jenis bawak keto laju. Maso antar mama spita serdang yo lu bawak slow 140km/j takut mama ter dalam keto.. heheh

j or ji said...

hehe.
gua juga pernah mengalami peristiwa yg sama..double signal lagi..

happy birthday Al_Batoul!

berhenti pakai pampers!

hobenz said...

sanatul helwah ya jamelah ya al-batoul...

mama said...

hahaha..
bergenang pulak air mata ni baca cerpen u darling ..
terkenang saat indah 3 tahun lepas tu.

Rambo said...

laaaa...potong puncak jalil la dude! ke belum wujud lagi?

Happy birthday Al-Batoul!

padli said...

semoga panjang umur..


karang anak ke 3,4,5,6,7,8,9, lu nak naik heli ker..hehehe..sesilap bawak lagi laju...

chilun @ cik pau @ bibimie said...

happy birthday batoul.
sama umur dengan rahimi tapi bulan 6 nanti :)

babazahra' said...

Syukran ya izzou

Thank you, ladies and gentlemen

Danke Schon Meine Damen und Herren

Tesekkur Idirim.

BTW, ToolBox, gua adalah anak angkat JPJ. Pemandu contoh untuk tahun ke-7 berturut turut.