Sunday, May 10, 2009

Mat Jang a.k.a Yusri bin Mat Ghazali

Mat Jang a.k.a Yusri bin Mat Ghazali, adalah seorang kutu kelahiran Terengganu yang bekerja sebagai operator crane. Dia juga adalah makhluk yang tidur bersebelahan dengan katil gua. Maknanya dia tinggal sebilik dengan gua.

Mat Jang ada tunang. Tunang Mat Jang selalu SMS Mat Jang sekitar jam 1-2 pagi. Sama ada tunang Mat Jang paham atau tidak tentang perbezaan waktu, gua belum sempat tanya lagi tapi gua syak dia selalu SMS Mat Jang ketika dia mahu keluar bekerja. Sebab ketika Mat Jang menerima SMS, waktu Bolehland ialah sekitar jam 7-8 pagi.

Oleh kerana itu lah, bunyi SMS telefon Mat Jang seringkali mengganggu tidur gua. Tidur Encik Lim dan juga Encik Sopi. Kami sudah sepakat suatu hari nanti, apabila Mat Jang berkahwin, kami ingin menghadiahkan isteri Mat Jang, jadual pertukaran waktu di seluruh dunia. Juga memperdengarkan semula bunyi SMS Mat Jang yang boleh tahan panjangnya itu ketika mereka bersanding.

Pagi tadi, gua sedikit terlewat. Ketika mahu keluar dari tandas gua sudah dengar ada orang bising-bising. Masa lalu depan kantin gua tengok ada mamat Arab sedang pegang mukanya yang berdarah. Pelik jugak. Setahu gua satellite dalam kantin cuma tunjuk Wrestlamania dalam TV aje. Takkan diorang tak kasitau gua ada wrestling live in action kat kantin.

Mamat Arab yang kononnya supervisor itu, blah dengan seorang member dia. Lalu depan gua dengan muka yang sudah lebam dan penuh darah. Gua syak mesti mamat nie sudah kena hentam dengan orang Malaysia. Dah tentu itu kantin Malaysian, apasal plak yang lu sibuk-sibuk?

Bila gua sampai opis, Mat Jang sedang dirawat di bilik gua. Tangannya luka terpaksa dibalut. Muka Mat Jang pun macam ada kesan penumbuk. Menurut para penonton, Mat Jang kena dua dan mamat Arab tu kena empat. Lima jika campur dengan hentakan gelas tembikar berharga sedinar, milik Mat Jang ke mukanya.

Hari ini Mat Jang betul-betul menyusahkan gua. Selain bunyi SMS dan jadual pertukaran jam seluruh dunia, gua juga ingin menghadiahkan isteri Mat Jang nanti segala salinan report yang gua tulis termasuk butiran agenda siasatan dalaman kepadanya. Gua nak suruh dia frame kan, walaupun dia takkan paham sepatah haram.

11 comments:

mama said...

hahahha....
mat jang memang akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi menurut kata adiknya "ika" lah..

selamat pengantin baru buat mat jang@yusri.

TOOLBOX said...

Lu kono banyak sabar bro.. jaman lu maghin lu dok setompek.. senegori yo.. cumo untok beberapo ketiko lu kono ulang-alik jumpo mama melopeh rindu

Gua raso lu bukan tensen sangat pasal bunyik sms tu.. yang sebonar ehh.. lu takleh tido air dah sampai kek kepalo.. tu lah sobab yang boto.. lu buek lar alasan bunyik sms lar.. kek kinrara maghin anjing menyalak sepanjang malam elok pulak lu berdongko.. ubeknyo sonang yo bro.. copek hantar tiket kek mama tu :)

Btw apo kesudah ehh kes matjang bertumbok.. bosar pangkek lu yo.. ngalahkan sb sampai laporan bodah siasat lu yang buek heheh :)

Epi said...

nih bergaduh kes berebut channel satellite tv ker apa nih?. heheh.

Muhamad Hazimin Sulaiman said...

boleh menang ker mat jang kat mahkamah.

silversarina said...

hahahaha,pagi-pagi waktu malaysia sudah tergelak baca kisah mat jang . apa tak cakap je terus terang pada dia supaya dia bagitau tunang dia bab perbezaan waktu .

berani jugak mat jang gannu ni, hebat gocoh wey :)

Jorji said...

setuju ngan toolbox!

wakaka..lu perlu buat pembayaran!

babazahra' said...

toolbox,
pandai lu mentafsir masalah gua.

Epi,
nanti wa kasitau sebab apa.

gmin,
bollllleeeeehh. pak mentua hang pun boleh menang ini hari :) kim salam tahniah. Fight, always!

kak ina,
beraniiiii. biasa pegi laut kot hehe.

j,
DHL ada buat servis kirim pos ke?

hobenz said...

weh bro...mmg patut la lu kembali segera ke bolehland ni nampak gayo eh parah bonar dah tu spai bunyi sms pun menggangu nak tido yo tak??eheheh elok la settlekan bil2 tertunggak copek2 takut nati kok minah arab mano plak sangkut parah la mama kek msia ni haaa huhuhu....

puaka padli said...

gaduh pasal apa?

apasal tak mbunuh...

arini adik gua drive keta gua, gua tido dlm keta, tetiba2 adik gua terlanggar cina tua naik motor kat tangkak...

gabra gak gua...
tetiba gua teringat ada member kat muar..

alih2 gua ingat2 balik..

mcmnelah nak contact pun...

tetiba..ehh..gua mana ada member pun kat muar, musuh ramailah..

tapi darah cina tu taklah byk mengalir mcm arab yg gaduh dgn mat jang tu..


moral. jgn langgar cina kat tangkak sebab tangkak mcm guangzhou..

tarak melayu..tak melayu hilang didunia, tp dah hilang kat tangkak..

si Comot (VIP boy) said...

OK, just tell me whuts thiz.
Gimme funnier stuff..i knuw u can do it for revolucion

Fauziah said...

adeh... tergolak den membaco ehh...