Saturday, January 09, 2010

Rage Against The "Orang Melayu-Islam Yang Rasis-Bongkak & Perasan Agung"

Ayat paling ringkas untuk mereka berikan kepada seluruh negara ialah “Hei jangan kamu cuba untuk bermain api dengan kami, ini tanahair kami, ini tanah nenek moyang kami, jangan cabar agama kami, jangan rampas hak kami”

Rampas hak kepala bana, engkau! Mereka yang berdemo dihadapan Masjid Negara tengahari tadi usai solat Jumaat itu khabarnya adalah para pemimpin agung pertubuhan-pertubuhan pelajar daripada university tempatan. Mereka membawa sepanduk “Jangan rampas hak kami”. Bodoh! Gua ingin bertanya, sejak bila hak kamu dirampas? Siapa yang merampas hak kamu?

Kalimah Allah itu sudah digunapakai sejak ribuan tahun, sejak sebelum kemunculan Muhammad s.a.w lagi. Sebelum kamu semua lahir, dan sebelum bapak-bapak kamu lahir.

Apa yang istimewa sangat dengan bangsa Melayu ini? Apa yang eksklusif sangat dengan bangsa Melayu ini? Islam itu telah wujud sejak ribuan tahun sebelum orang Melayu pandai bersunat, sebelum orang Melayu pandai membaca Al Quran, sebelum orang Melayu mengenal istilah-istilah Arab yang kemudiannya dibukukan dan diakui sebagai bahasa Melayu.

Kenapa bangsa Melayu ini begitu bongkak, begitu rasis dan sombong kononnya mereka lah bangsa yang paling “Islam” atas muka bumi ini, kononnya mereka lah bangsa yang paling suci, bangsa penyelamat ummah, bangsa yang mempunyai hak eksklusif ke atas agama Islam sedangkan satu “alif” pun tidak disebut tentang bangsa Melayu sama ada dalam Al Quran mahu pun Sunnah. Tiada. Zilch. Ma Fi. Nothing. Ilek.

Dalam surah Al Hujurat ada disebut "Wahai umat manusia! Sesungguhnya kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan perempuan, dan kami menjadikan kamu pelbagai bangsa dan bersuku puak supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra di antara satu dengan yang lain).

Orang Melayu-Islam yang membaca Al Quran tidak begitu mudah menerima ayat yang sangat mudah pemahamannya ini. Ini kerana bangsa rasis seperti orang Melayu, bangsa yang bongkak seperti orang Melayu, bangsa yang perasan diri mereka adalah Islam tulin seperti orang Melayu, sengaja terlepas pandang tentang seruan mudah dan jelas ini.

Apakah apabila perkataan Allah itu sudah digunapakai agama lain, bermakna kita terpaksa menerima akidah mereka? Apakah akidah orang Melayu-Islam itu hanya terletak pada perkataan Allah?

Apakah yang lebih penting, memantapkan akidah dan ajaran Islam dengan mendepani segala cabaran untuk memantapkan institusi agama, dakwah, akhlak dan ibadat kepada seluruh umat Islam tanpa mengira bangsa, atau pun berkokok menentang penggunaan perkataan Allah yang tidak langsung menggugat akidah, merampas agama, let alone merampas hak eksklusif bangsa Melayu “rasis” ke atas agama suci ini?

Kononnya, apa yang berlaku di negara Arab dan negara lain itu adalah berbeza dengan apa yang berlaku di Malaysia. Kumpulan manusia rasis dan bongkak ini seringkali mengatakan, ini adalah dalam konteks Malaysia sendiri. Gua pun tidak berapa faham konteks apa? Kepala hotak engkau konteks Malaysia. Bodoh punya manusia! Islam itu sudah cukup lengkap, Islam bukan diturunkan untuk bangsa Arab, bukan untuk bangsa Toureg, let alone untuk bangsa Melayu di Malaysia yang rasis dan bongkak. Islam itu adalah untuk semua, lengkap walaupun lu sebarkan ke Kutub mahu pun ke pendalaman Amazon.

Jadi, kenapa kamu begitu bersungguh-sungguh membakar rumah ibadat agama lain, mencaci penganut agama lain dengan kononnya kamu lah bangsa pilihan, benteng kukuh untuk agama Islam, pengamal ajaran Islam yang tulin, menyemarakkan semangat kebencian dan perkauman, hanya kerana satu perkataan yang bukan pun milik kamu, yang tidak pun menyentuh akidah kamu dan tidak langsung dirampas kerana ia memang bukan milik kamu - telah cuba untuk dikongsi oleh penganut agama lain?

Bodoh dan bebalnya Melayu-Melayu Islam yang menyebarkan rasisme dan kebencian itu, celakalah ke atas kamu semua yang berselindung atas nama agama ketika mana diri kamu dan keluarga kamu penuh dengan dosa-dosa rasuah, penipuan, isteri yang hipokrit sekadar bertudung untuk ke majlis tahlil, penahanan tanpa bicara, konspirasi politik, salahguna wang rakyat, monopoli gula dan beras, membunuh, memfitnah dan pelbagai dosa lain yang seribu kali lebih utama untuk diperbetulkan.

Kamu adalah bangsa yang paling hina, bangsa rasisme, bangsa bongkak yang sebenarnya tiada tempat dalam agama Islam yang terang-terangan menganjurkan perpaduan itu, yang mengajurkan kesamarataan, sifat rendah diri, dan diturunkan untuk seluruh umat manusia, tanpa menyebut pun bangsa Melayu.

Celakalah ke atas kamu kumpulan manusia rasisme, sombong dan bongkak. Semoga Tuhan mengampunkan dosa-dosa kamu semua.

36 comments:

Pipiyapong Abdillah Hamzah said...

Lu tak boleh buat tulisan besar sikit ke? Gua ni mata dah tak berapa molek tau tak?

Anonymous said...

nice article..

babazahra' said...

gua tak tahu apesal jadik camtu, setan betul lah blogspot ni. dia main buli2 plak.

Anonymous said...

ko bodoh ke buta pipiyapong??

ko zoom la bodoh

The.Libyaman said...

rileks lah anon, dont take it seriously dude. gua dah besarkan tu. hehe peace:)

Pipiyapong Abdillah Hamzah said...

Ah marah pulak anonymous ni... Jenis tak boleh bawak bergurau.

deus X machina said...

ah-ha
byk anonymous memg cmtu pipi
xreti nak bergurau erk888

btw...setuju dgn apa yg lu tulis bro...
xlain dan xbukan ni sume hanyalah isu politik jek...
fak gerombolan

deus X machina said...

ah-ha
byk anonymous memg cmtu pipi
xreti nak bergurau erk888

btw...setuju dgn apa yg lu tulis bro...
xlain dan xbukan ni sume hanyalah isu politik jek...
fak gerombolan

reverie said...

Mereka2 yang opportunist.

Unknown said...

Artikel yang bagus disampaikan dgn bagus. Setuju. Boleh bwk berfikir. Aku xnk salahkan sapa2, salahkan si tukang bakar!

Anonymous said...

how sure are u that muslims were the one who burn the church?

Rembo said...

kudos bro!

babazahra' said...

how sure am I? hmmm might be a group of Klu Klax Klan, accidentally living and working in Malaya and they just wanna make fun of it. Or a bunch of Somalian students, in return for the mosque burned down in Mogadishu. Malay-Muslim-UMNO in Malaya will never involve in this such evils act, they were good Muslim, very very good Muslim.

Wak Arjun said...

Anon 9.29.
Anon 9.29 ni yg mmg sesuai masuk kategori baghal, lombu, bahalul. But then again, do not undermine the baghals & the lombus. Itu binatang. Takde akal. Anon 9.29 ada akal dan terer pulak baca blog AND...AND..tinggalkan posting..gua tabik...

So enuf said la... Bior Baba je yg berikan maklumbalas. Aku setuju sangat dgn Baba. Umat Melayu cum Muslim kat Maysia mmg lah very good Muslim. Hampir mencecah tahap maksum. They never cheat. Never rasuah. Never womanise. They never lied (tho to protect perasaan org2 lain) so basically Melayu cum Muslim di Maysia adalah golongan dewa2... numero Uno dalam Dunia.

Aku syak ada kitab yg dia org baca ada cakap, bila Malaikat tanya, jawablah bahawa engkau ini Org Melayu Muslim. Gerenti masuk syurga. Sebab golongan lain dungu2 belaka...

deus X machina said...

bro..baca versi gua plak tentang isu ini

http://erk888.blogspot.com/2010/01/isu-penggunaan-nama-allah-menurut.html

Anonymous said...

Yeah! Go to hell with racist and fascist! burn them down!! but what is the main reason this keristian want to use Allah word? tak cukup dengan nama yang dah well known tu? damn!! welcome to the year of melaga-lagakan kaum//agama//fahaman
-Konspiracity-

Anonymous said...

bro..aku x join govt atau pembangkang..

cuma aku nak bagi satu situasi mudah..perbandingan mudah..
Singapura..cuma beritahu aku..siapa seorang pun jadilah..menteri yang berketurunan Melayu..apa bodoh sangatkah Melayu di Singapura..hingga tidak layak menjadi menteri..

Sedangkan di Singapura..kebanyakan perlembagaannya masih mengekalkan perihal lama yang diikuti dari Malaysia..

Contoh terbaik..apa yang berlaku kepada dua orang sepupu isteri aku yang berada di sana..pendidikan yang sama..tetapi seorang berbangsa Melayu..dan seorang berbangsa cina kerana ibunya berkahwin dengan orang cina..

Apa yang berlaku..yang berbangsa cina dengan mudah naik pangkat..gaji lebih tinggi..sedangkan..yang berbangsa Melayu masih berada ditakuk lama..bukankah itu satu bentuk penindasan..

Contoh yang lebih dekat..aku sendiri..bekerja di syarikat yang dimiliki orang bangsa cina..aku bukanlah yang terbaik..tapi 2 kali aku ingin berhenti..barulah mereka nak 'counter offer'..jika tidak kerana itu..2 tahun gaji aku tak naik..sedangkan..bangsa mereka..sentiasa mendapat kenaikan gaji..mana aku dapat maklumat..kau sendiri tahu..

Sedangkan..di syarikat sebelum ini..yang mana dimiliki bangsa Melayu..bangsa cina tidak dihalang langsung dari mendapat keistimewaan yang sama..

Bangsa mana yang tidak pertahankan hak mereka..walau dengan apa cara sekalipun..jangan kerana kau duduk Timur Tengah ke..atau kawasan sekitarnya..kau terus butakan mata..kerana seperti yang kau tahu..mereka semua adalah boneka Amerika..

Aku bagi lagi contoh paling nyata..kalau kau nafikan juga..sia-sia kau mempunyai sijil yang gah..
YAHUDI..bangsa mereka..apa yang mereka buat..menceroboh..merampas..
membunuh..itu semua bukan mempertahankan bangsa ke..apa keistimewaan bangsa ini..hingga kuasa besar pun tak mampu menghalang..malah menyokong..apa yang mereka buat..

Jadi..apa yang kau pertahankan sebenarnya..tak perlu jadi rebel hanya kerana kefahaman kau..tidak salah mempertahankan bangsa sendiri..kau berhujah tentang nas Al-Quran..sedangkan di dalam Al-Quran sendiri menyebut tentang pelbagai kaum atau bangsa..apa lagi yang kau nak nafikan..bangsa Melayu mempertahankan hak dia..adakah kaum lain tertindas..cuba kau sebutkan..satu-satu langkah yang termaktub dalam perlembagaan Malaysia yang menindas kaum lain selain Melayu..cuba buktikan..

Apa yang dilakukan nyata betul..cuma yang kau mungkin tidak mahu lihat sekarang..bangsa lain yang memulakan sentimen perkauman..bangsa cina..kenapa suka duduk di Malaysia..kenapa tidak suka duduk di Tanah Besar..

Cukuplah..kalau kau sendiri fasih dengan Islam..suka berhujah tentang zat Al-Quran..kau pun tahu..muzik yang melalaikan itu haram..tapi kenapa masih didendangkan..dan kenapa kau sendiri (jika aku tidak silap) mempertahankan ideologi 'punk rock'..apa yang kau cuba sampaikan..

Jadi..kesimpulan mudah..adakah kau merasa malu untuk menjadi bangsa Melayu..jika malu..cuba untuk memohon supaya dapat menjadi bangsa lain-lain..dan adakah kau tidak mahu mempertahankan bangsa kau sendiri..

Sedangkan nabi sendiri mengadakan piagam Madinah untuk menyatukan bangsa yang berbeza..itupun termasuk hak masing-masing..jadi..adakah salah apa perlembagaan yang telah dimaktubkan di setiap negara..

Jika kau ingin mempertikaikan sesuatu..lebih baik kau pertikaikan perlaksanaan yang kurang berkesan..terutama orang yang melaksanakannya..dan jika mampu..sertakan cadangan untuk peningkatan..bukan sekadar memberi tohmahan..

Anonymous said...

yang baik itu datang dari tuhan dan yang burok tu datang dari manusia itu sendiri.. tak kire lu prof ke,ustaz ke, mat rock ke, mat punx ke.. tapi yang pasti, kebencian bukan sifat yang terpuji.. apatah lagi prejudis..
ok?

Anonymous said...

bukan membenci..bukan prejudis..cuma aku menyatakan kebenaran..aku bukanlah orang yang baik..

cuma kadangkala..kita asyik mempertikaikan bangsa kita sendiri..patutnya kita sama-sama mempertahankan..dan mengikut lunas agama serta undang-undang..bukannya mengecam bangsa sendiri..bangsa cina..sebangsat mana pun mereka..mereka tidak pernah mengecam bangsa sendiri..faham..

Itu yang aku cuba tekankan..lagi satu..jangan kita terlalu membanggakan ilmu yang kita ada..sedangkan setinggi-tinggi ilmu manusia di dunia ini..hanyalah setitik air di lautan..faham..

Kau sendiri..aku hanya memberikan contoh yang nyata..kenapa kau tak dapat terima..aku juga memberikan contoh terbaik..dari diri aku sendiri hinggalah ke peringkat global..takkan itu pun kau masih nak menafikan lagi..aku atau kau yang prejudis..jangan terpedaya dengan kebebasan yang kau inginkan..lihat apa yang berlaku di Singapura dan di Turki..laungan azan..tidak dibenarkan berkumandang seluasnya..

Mungkin..kalau kau sendiri turut merasakan laungan azan itu sesuatu yang menyesakkan telinga waima mengganggu waktu tidur di pagi hari..bagi aku tidak..kerana laungan itu sangat mendamaikan..biarlah sekuat mana..

Kau pernah duduk di sebelah rumah cina dan india..bilamana mereka membakar colok dan setanggi mereka..hampir setiap hari..baunya menusuk di dini hari..kau rela..kau tidak terkesan..jadi..apa yang perlu buat..minta mereka hentikan..

Aku cuba membuka minda aku..aku harap kau pun sama..kenapa aku bagi contoh itu semua..kerana selagi manusia bergelar manusia..sifat tamak dan ingin menguasai tetap ada..kecuali semua orang berpaksikan Islam dan rujukan Al-Quran..

Kebebasan yang kita inginkan sebenarnya sudah ada..jangan biarkan bangsa kita dijajah lagi..kita inginkan kebebasan..luarannya.. rohaninya..tidak bebas..kau percaya tentang kesamarataan kaum..kalau betul kenapa Singapura yang asalnya Melayu kini langsung tidak mempunyai kuasa..adakah bangsa Melayu di sana terlalu bodoh..

Jangan kata di Singapura..di negara ini sendiri..sebuah negeri yang dikuasai menteri besar berbangsa cina..tak kira dari zaman kerajaan atau sekarang zaman pembangkang..nyata penempatan penduduk dilakukan untuk memecahkan majoriti bangsa Melayu di sesuatu kawasan..kenapa perlu dibuat sedemikian rupa..bukankah sepatutnya ada kebebasan..

Inilah kebebasan yang sebenarnya..bukannnya setakat kita boleh berdisko sampai pagi..boleh bersekedudukan sesuka hati..bukan setakat itu..

Cuba kita luaskan minda..aku akan sentiasa mengingati diri aku..supaya jangan jadi prejudis..aku menghormati bangsa lain..tidak akan menimbulkan sebarang masalah tanpa sebab..tapi waspada..curiga tetap ada..sebagai langkah berhati-hati..

Sejarah adalah kenangan..untuk apa..untuk dijadikan panduan..bukan hanya lipatan yang perlu disimpan dan dikilas pandang..kerana..sejarah sendiri telah membuktikan..sejarah mungkin berulang..

FIKIRKAN!!!!

Anonymous said...

Siapa kata tiada rasis..kenapa kalau kita belajar sirah nabi..kita belajar sekali keturunannya..kenapa..

babazahra' said...

dear anon 9.27am,
gua sangat suka baca komen lu. panjang dan berisi. ia banyak beri gua idea untuk menulis. gua akan tulis pasal komen lu, sebab kalau gua reply di sini rasa begitu terhad.btw, Dr. Yaacob Ibrahim ialah Menteri Sumber Air dan Alam Sekitar Singapura. Gua tak tahu dia masih jadi menteri lagi atau tidak. Boleh Google. Yang lain gua balas dalam entry.

anon 2.53,
prejudis atau pun membenci memang tidak diajar langsung dalam Islam, Buddha, Kristian atau apa sahaja agama, tetapi mungkin dalam fahaman Zionism. Lu boleh check.

anon 4.17,
adakah dengan belajar sirah keturunan nabi itu bermakna kita diajar tentang rasis? bagaimana dengan sabda rasul tentang "dia perbezaan antara Arab dan A'ajami kecuali taqwa?". kerana sifat rasis, asobiyyah dan perkauman juga lah bangsa Arab terus diperlekeh pada hari ini. bangsa Arab tidak mungkin bersatu kerana wujudnya rasisme sesama mereka, wujudnya perkauman.

terima kasih anon2 semua, lu memang memberi gua idea menulis.

Rembo said...

pergh..boleh tulis komen panjang gitu eh rupanya?

Anonymous said...

bole la komen panjang panjang..

Rembo said...

am being sarcastic. FYI.

che zura guevara said...

gua mcm lost dalam komen anon 9.27. gua takdok kesabaran nak meneruskan pembacaan. sbb to me, thats a totally different topic.

anyways baba, i have to agree with u 800%. i just thought of writing the same thing along the same line except gua takde la taruk tafsir quran ke ape sbb gua tak berapa pandai benda2 tu.

nvrtheless, gua rasa malays in malaysia dah jadi mcm oversensitif tak tentu hala. suka hati la ko nak sokong ke tanak sokong tindakan court tu kan, but then, takyah la gi bakar church. gila cetek pikiran. after all, nobody provoke the malays pon utk bakar pebende.

melayu melayu. gua bangga jadi anak melayu, tp gua sedih sbb bangsa gua yg konon dah moden dan berilmu, masih kolot dalam menerima perbezaan kaum2 dan agama2 lain dalam negara sendiri. gua stress baca ni sume.

matjamil said...

Melayu moden/urban/ sekarang nampaknya semakin Malaysia manakala kaum Cina dilihat semakin China dan kaum India kelihatan semakin India.Korang dapat tangkap apa yang aku nak sampaikan?Kenapa anak muda Melayu sekarang cepat sgt untuk mengatakan Melayu itu rasis apabila kita cuba untuk mempertahankan hak kita sendiri.Mengapa kita anak muda Melayu tidak dapat melihat yang kaum2 lain juga rasis malahan lebih rasis dari bangsa melayu itu sendiri dalam sesetengah perkara.Aku berani potong tangan yang kaum Cina/India di Malaysia akan berteriak memekik melolong jika kerajaan mengarahkan supaya sekolah jenis Cina/India dibubar dan diganti dengan sekolah kebangsaan.Adakah tindakan protes kaum2 tersebut(jika berlaku) akan dilihat rasis ataupun mempertahankan hak yang telah termaktub di dalam perlembagaan? Fikirlah sendiri bangsa Melayu ku....

Anonymous said...

Apa yang aku cuba sampaikan sekarang..kalau kita tidak rasis..bangsa lain yang rasis..

Menteri Melayu Singapura itu..sudah lama tidak berkhidmat sebagai menteri..

Buktikan pada aku..bangsa lain selain Melayu di Malaysia tidak rasis..buktikan..

Buktikan pada aku..setiap bangsa di dunia ini tidak rasis..buktikan..

Kalau kau tetap membandingkan dengan negara Arab..kau tidak boleh membandingkan dengan negara lain..seperti Amerika dan Eropah..

Islam bukanlah landasan mereka..kerana itu mereka bebas hatta berbogel di tengah jalan dan berkahwin sesama jenis..

Adakah kau mahukan kebebasan sedemikian..dan dengan mudahnya..kau berkata..itu terpulang kepada pegangan masing-masing..

Kita semua tahu..dan aku pasti..semua yang ada di sini sudah matang dan boleh menilai..pencegahan itu adalah sesuatu yang lebih baik berbanding mengubati..

Yakinkan aku..umat Islam masih bebas mengamalkan ajarannya jika orang bukan Islam berkuasa..masjid-masjid masih boleh berdiri megah..tanah wakaf untuk kawasan perkuburan cukup..azan boleh dilaungkan untuk mengejutkan dari lena di subuh hari..

Yakinkan aku..kamu semua mahukan kebebasan..kebebasan apa yang kamu semua mahukan..lebih baik kita gubal semula perlembagaan..jadikan Malaysia sebuah negara radikal Islam..

Kamu semua berani bersetuju..kalau tidak bersetuju..kenapa tidak bersetuju..kita Islam..kalau nabi mampu mentadbir menggunakan pendekatan Islam sepenuhnya..kenapa perlu takut..

Kamu takut kebebasan yang kamu kecapi selama ini akan terbatas..sedangkan kamu semua inginkan lebih kebebasan lagi..

Kepada yang malu menjadi bangsa sendiri..baiki bangsa kamu..bukan mencerca..berikan kesedaran..bukan tohmahan..agama Islam wajib dipertahankan..

Kita tahu tujuan utama Kristian menggunakan kalimah Allah..kamu semua tahu..saya tahu..jadi jangan berlagak sombong..ingin menjadi hero menidakkannya..

Tidak perlu lagi kamu menyokong mereka..hanya atas dasar kebebasan..umat Islam di negara ini yang khususnya adalah bangsa Melayu seperti aku dan sudah semestinya kamu..sudah terlalu tenat akidahnya..tidak perlu lagi menonyeh genggeng kononnya kamu petualang kebebasan..

Bantulah memantapkan akidah kita semua dan kembali kepada Islam..baik pemimpin mahupun rakyat biasa..

Aku minta maaf kalau ramai yang terasa..aku tidak akan tarik balik kata-kata aku kerana ianya untuk difikirkan..

Kepada tuan punya blog..terima kasih kerana memberi ruang untuk aku sampaikan buah fikiran aku..

Kau nyatakan yang kau suka nak buat posting baru..untuk menjawab tuduhan..tohmahan..cadangan..pendapat aku..aku gembira membacanya dan tidak sabar melihat pendekatan yang akan kau gunakan..

Sekali lagi aku minta..sebelum kau mulakan posting..jangan lagi membuat tohmahan terhadap bangsa dan agama sendiri..terutamanya kepada rakan atau saudara seagama..

Bagi cadangan..begi buah pendapat yang bukan bersifat provokasi..beri kebenaran bukan untuk menanam kebencian..terutama kepada bangsa dan agama sendiri..sebaliknya tanam sifat kecintaan kepada agama dan bangsa sendiri..

Seperti yang telah aku nyatakan dalam beberapa posting awal aku.. hentikanlah perjuangan kebebasan yang kamu semua dambakan..yang nyata merosakkan..

ayobkelubi said...

Bang, aku tulis macam yg kau maksudkan tu kat fesbook pun orang dah tuduh aku murtad!. kan ke pelik tu?.

derang tak faham ker apa yang cuba kau sampaikan?.

haduh!.

pung pang demo depan masjid, balik kampus, main bola pakai seluar pendek gak.

Anonymous said...

biasa la bro..
semua orang dah makin bijak..
semua orang dah ada buah pikiran masing masing..
tapi jangan la sampai SELFRIGHTEOUS pulak..
ape pun, kalo dah mencabul so called 'hak', that is fascist and the only good fascist is the dead one! by da way, sape pulak yang bole declare hak aku, hak ko..
pergh!! dah lagi topik betul laaa...
-anonymous yang anonoying?-

pakkordi said...

Yang gua perasan, kereta yg akan halang gua bila gua nak masuk simpang yang "jem" ni bangsa lain aje.

Bakar sampah depan rumah lu pun dah kira tak baik sebab asap berkepul masuk rumah sebelah. Ni kan pulak bakar gereja.

Anonymous said...

lu ingat cool ke bicara lebih-lebih tentang hal jumud2 mcm sual ni?

pigi dah.

LuciusMaximus said...

Ni apa gaduh-gaduh ni, jom ngeteh lagi baik

PAS PIS PUS g mampus ler... said...

ehh..dia punya suka lah dia nak tulis apa pun..blog dia..yang korang dengki sangat ni apahal...kahh...kah...kah...

taricaklempong said...

kepada'anonymous 9:27 am'.... apakata klau awk bukak 1 blog ke atau bg nama betul.. aku suka idea kau... ori la bro...

taricaklempong said...

'anonymous 9:46'... kamu mmg best.. kita sama.. kau wakil aku..dan mngkin juga wakil kepada lebih ramai lgik.. anonymous 9:27 pn org yg sama.. tahniah3..

Abu Samah said...

Saya sokong ape yang tuan punye blog ini tulis.

Artikel mengenai melayu harus diperbanyakan lagi penulisannya ibarat bak kata pepatah "mata pena lebih tajam daripada mata pedang".


salam ziarah,

http://www.gadismelayuboleh.com