Saturday, March 27, 2010

Gua Janji Ini Yang Terakhir


Serius. Ini memang kali terakhir gua ingin menyentuh pasal rasisme. Janji.

Dalam ayat ke-2 dan ayat ke-3 Surah As-Saff, kalau gua tidak silap. Kalau salah maaf. Allah ada berfirman yang pemahamannya lebih kurang begini:

Wahai orang-orang yang beriman, jangan kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu lakukan. Besar sekali benci Allah ke atas orang yang mengatakan sesuatu tetapi tidak mereka lakukan.

Lebih kurang macam tu lah. Gua yakin tak lari sangat.

Gambar di atas adalah majlis perkumpulan PERKAUMAN yang busuk. Mereka yang menganggotai perkumpulan ini juga adalah manusia-manusia busuk. Perkumpulan ini juga diterajui oleh manusia-manusia busuk. Memperjuangkan hak pribumi? F**K OFF!

Punca utama, umat Melayu di Malaya ini mundur, hancur lebur akibat rasuah, Sultan dan Raja Melayu tidak lagi berperanan dan lantas tidak lagi dihormati, bangsa Melayu hilang hak pemilikan ke atas tanah-tanah milik mereka, penjarahan berleluasa tanah-tanah milik warga pribumi yang bukan sahaja orang Melayu, bahasa Melayu dipijak dan dihina di tanahair sendiri, pemimpin politik Melayu menjadi hamba rasuah, projek, kontrak yang kemudiannya dijual kepada cukong-cukong belaan mereka sendiri, orang Melayu peneroka bandar hidup merempat dihalau keluar kerana tanah terokaan mereka dirampas atas nama pembangunan, orang Melayu pandai menubuhkan kumpulan gangster politik bernama PEKIDA, orang Melayu menjadi lemah dalam ekonomi kerana sentiasa mengharap hidangan talam emas kerajaan, orang Melayu tertipu beralih meninggalkan sektor pertanian demi kononnya mahu menjadi sebuah negara industri, orang Melayu menjadi bangga dengan KLCC tapi jambatannya pun tak pernah pergi, orang Melayu jadi bangga dengan Litar Sepang tapi sebenarnya setiap tahun rugi, orang Melayu kena tipu, kena buai, kena kelentong, suka jual projek, jadi malas dan sebagainya - semuanya adalah kerana angkara lelaki tersengih bertengkolok perasan Melayu yang berdiri di sebelah lelaki racist mencium keris yang sebenarnya punyai niat untuk berjuang demi kepentingan politik sendiri. Ikhlas? F**K OFF! Ketuanan Melayu? F**K OFF!

Jangan kena tipu dan jangan kena buai. Lelaki-lelaki yang di dalam gambar inilah contoh seperti yang diceritakan oleh Allah Taala di dalam Surah As-Saf itu. Selamat jalan rasisme, tempat kamu hanya di lubang jamban!

18 comments:

deus X machina said...

disebabkan mamat ni dan puak2 perkasa dia
pwtc yang memang dah sesak sebab pesta buku bertambah sesak...

fuck off

babazahra' said...

gua tengok dah macam majlis Ayah Pin pulak

Anonymous said...

kalau org cino berpersatuan takdo pulak kau kato rasis?berapo banyak persatuan cino kek malaysia nih?yang kau beriyo2 menghentam PERKASA nih kenapo?..kenapo tak pulak kau hontam persatuan cino-cino dan india2 yang lain?kok takdo org melayu yang mempertahankan hak melayu kunur kau sok ntah dalam laut jo gak eh...

Unknown said...

Yang masuk dalam berito mamat-mamat pakai selempang merah buek laporan pulis aritu diorang ni ko? bulih lak buek perhimpunan macam tu? diskriminasi boto.

Kepado Anon: dio berani cakap. bukan berselindung balik namo anon. :D

babazahra' said...

anon,
MCA tu rasis. MIC tu rasis. UMNO itu rasis. Hindraf adalah NGO atas nama agama. bagikan gua lagi NGO lain biar gua labelkan rasis atau tidak. macam dulu jugak. kita kata samseng itu jahat, tapi PEKIDA halal. so, sekarang PERKASA, yang ada macam2 lesen besar, boleh bercakap sesuka hati, dengan alasan mereka NGO Melayu. Mereka kebal ada imuniti? Mereka tidak boleh ditangkap jika bercakap sesuatu yang berbaur perkauman tapi Cina mesti dipenjarakan? apa bebal sangat untuk kamu faham?

Wak Arjun said...

Baba!! What a player u.....U sure this is ur last piece on RASISME? Cannot bro. So long ramai antara kita (Dibaca: MELAYU) yg terus diperkosa dan dinoda oelh PERKASA (dan mamakutty@kerala) maka lu takleh kata lu nak stop.

Mamakutty & PengATAK memang expert in the said subject matter. RASISME. Tunang bakar emo orang2 Melayu. Dan ramai la pulak org2 Melayu Bodoh & bengap yg termakan dan terperkosa oleh sandiwara dua makhluk jijik ini sebab ramai yg berjiwa bobrok. Bobrok sebab? Rasuah dihalalkan sebagai hadiah. Rezeki. Nak throw in awek2 dari mainland China pun lagi bagus. Rezeki jgn ditolak. Dah jadi darah daging. Anak beranak sampai ke cucu di besarkan dgn duit "hadiah" itu.

So both Mamakutty and IA-katak can F*** Off and may their Keris Wielding act be the start of their downfall.

Tapi isunyer ramai gak Melayu2 Bodoh kat luar yg tak reti2 bahasa. F**k em too then....

Jorji said...

lu kalau jadi coach bola, mampus player bodoh lu kerjakan.

Mazlan said...

Pada aku, lantak pi la melayu nak tubuh Perkasa ka, apa ka. itu mmg naluri manusia nak pertahankan apa yang dirasakan hak dia.. sbb tu wujudnya tuntutan suqiu oleh persatuan-persatuan cina. Ko tau apa tu suqiu? G google...jgn google lirik2 lagu ja. haha. ko rasa persatuan2 cina tu rasis? xpenah sebut pon dalam post ko sebelum ni. apsal perkasa yang ko hentam? ada kisah silam?? adakah DAP x rasis??? Fuck off..Atas dasar apa ko sebut kaum cina yang bersuara akan dipenjarakan??? Ada mana2 ahli persatuan cina yang memaksa kerajaan menerima tuntutan suqiu itu dipenjarakan?? Bahaya kenyataan ko ni...bunyi macam org politik dah ni. "kalau polis x suka, boleh tembak itu macam sahaja". About rasis, whether u like it or not, just suck it up. Mungkin ko x pernah mempunyai pengalaman ttng kejadian rasis. Dan ko dengan bongkaknya menuduh org lain muka mcm penyamun. Bullshit..aku dah byk kali hadapi benda ni. malas nak cakap. tapi itu realiti. xperlu dipolemikkan. ko jgn samakan pengalaman ko dengan org lain. so, bila aku dah hadapi benda yang sama, aku tahu itu sebenarnya realiti. xperlukan perkasa terjerit-jerit. Kenapa itu berlaku? sbb purchasing power diaorang kuat. Ekonomi diaorang utuh. aku nak tgk apa pandangan ko untuk menaikkan ekonomi bangsa sendiri selain daripada mengkritik ttg rasis. Apa sumbangan ko pada agama dan bangsa selain mengata orang lain yang tidak sehaluan dengan kamu sebagai bebal dan bodoh??? pada aku masalah rasis hanya sekelumit sahaja. dan ko menulis jgn hanya bertujuan untuk memprovokasi walaupun aku tahu ni ko punya blog. Paham? One more thing, if u dont believe the system, just get the hell out of it. suruh saja isteri kau yang bekerja sebagai cikgu dibawah pentadbiran guru besar berbangsa melayu yang rasis itu berhenti kerja. diam sahaja di rumah jaga anak. pada aku itu lebih bermaruah daripada ko mengkritik kerajaan segalanya tidak betul tetapi cukup 25hb setiap bulan, korang anak beranak g pasaraya beli beras.

F*CK Off

babazahra' said...

encik mazlan,
sejak bila hukumnya bekerja dengan kerajaan mesti menyokong kerajaan dan jika tidak bersetuju dengan kerajaan kita perlu berhenti? mula komen lu nampak cerdik tapi akhirnya langsung kosong. apabila suqiu membuat tuntutan dalam pilihanraya dulu, yang orang Melayu lihat dan gemparkan hanyalah hak kesamarataan rakyat. tapi benda lain yang positif tolak tepi. apakah suqiu terang2 mengatakan hak kesamarataan rakyat bukan lagi bumiputera atau non -bumi itu hanya untuk Cina? itu untuk semua rakyat. pergi Google semula. kawan gua, Melayu bersunat Islam yang sembahyang, dipenjarakan kerana membaca puisi lewat isu Suqiu tentang SJKC Damansara, apakah lu rasa tuntutan suqiu itu bersifat ras umumnya? gua tahu isu pertubuhan cina akan diungkit mengapa mereka tidak dilabel rasis. salahkah menuntut kesamarataan dalam sebuah negara yang turut terbina dengan titik peluh dan wang ringgit mereka? bukan meminta hak mutlak atau perlembagaan diminta, cukuplah kalau sekadar hasil mahsul negara dikongsi bersama sebab semua orang berusaha untuk negara yang sama. tapi apa yang dibuat PERKASA? hanya menayang keris mengatakan hanya bangsa Melayu yang mutlak. hanya bangsa Melayu yang berhak. bahkan mereka yang lahir di sini, mereka yang punya kerakyatan, mereka yang turut sama membayar cukai, mereka yang turut sama berganding bahu membangunkan negara, terus disifatkan sebagai kaum pendatang? jangan luaskan pandangan, sekadar kecilkan skop pada rasisme dalam PERKASA dan UMNO itu sahaja. apa asas mereka bersikap demikian. kemudian buat perbandingan.

jerr said...

salam...sangat ajaib apabila aku baca post ko nih...mula2 ko hangin sebab rasuah berleluasa, fine, aku leh terime...lame2, dah ko nak perjuangkan kesamarataan pulak...point2 ko hujahkan tu, kalau aku dengar dari bangsa lain, aku faham...tapi serase aku, ko ni satu bangsa satu agama dengan aku...maka aku jadik heran terus...
aku taknak ulas pasal pekida, tu hak ko bersuara atas ape yang ko nampak...
agaknya, ko betol2 tak pernah kene permainan racisme ni kan...ko tak pernah rase bagaimana dipinggirkan dalam perkongsian ilmu...ko tak pernah rase pedih betape sukarnye nak tebuk market dari bangsa lain...ko tak pernah rasa manisnya ayat "kita sama melayu, tak payah berkira sangat...", ko tak pernah rasa sengsara bile kaum lain jadik bos tempat keje, ko tak pernah panas ati bagaimana mereka saling melindungi kepentingan masing2 atas dasar sama bangsa...aku yakin ko tak melalui semua ni, sebab itu begitu lancang mulut ko keluarkan kata2 macam tu...
tanpa talam emas yang disudukan ke mulut, aku yakin ramai bangsa kita yang naya, kompem...ko mungkin berkata, kita lemah sebab sume disudukan...tapi harus ingat, kita jadik kuat sebab ini juga...jangan ko mendabik dada, berani jamin kita dah tak perlukan keistimewaan ini semua...kelak kalau kuota ditarik, jangan ko rase kecewa bile darah daging ko tak layak sambung belajar, lain lah ko kaya maya, boleh hantar gi private...
aku salah seorang graduan yang terselamat atas dasar aku Melayu...aku terus juga berkhidmat dengan kerajaan, tidak pula seperti kebanyakan bangsa lain yang ko pertahankan tu, ramai yang keluar dan bekerja swasta...
ko lulusan jordan...aku kira,ko ada latar belakang pendidikan agama...tapi lihatlah tarian ayat ko, memalukan aku btol...
jangan ko kira, bangsa lain akan membantu ko sehabis daya jika ko dalam kesusahan...mereka juga rasisme, mereka juga kaki rasuah, mereka pembekal maksiat, ape kejahatan melayu yang takde pada bangsa lain? Sekurang2 nya, Islam, sedikit sebanyak ada rasa sensitif bila Islam dipetik...
amat rugi bila Melayu berpendidikan seperti korang ni, akhir jalan, memilih untuk bersengketa dengan bangsa sendiri, dan melaungkan kesamarataan berdiri bersama kaum2 lain...

Jilani Subang said...

yup. nak kesamarataan kepala lutut la..ko masuk pi jordan tu pun atas kapasiti ko anak melayu muslim. cakap jgn nak berlagak la brader...tgk sikit diri sendiri. aku agak ko ni antara golongan kecewa kut..sbb tu serba x kena...kalau rasa hebat sgt, pergi bawa anak bini ko migrate ke singpore. aku nak tgk ko boleh survive atau x...lepas tu baru boleh cakap berlagak. ok?

babazahra' said...

jerr,
terima kasih kerana beri komen yang buat gua suka baca. pertama, gua pernah rasa bagaimana dipinggirkan dalam perkongsian ilmu. bagaimana sukar untuk mendapatkan biasiswa melanjutkan pelajaran. mak dan arwah abah gua bergolok bergadai, untuk gua sambung belajar. sebab mintak itu dan ini tak dapat. mungkin sebab bodoh sangat. mak dan arwah abah gua bangun pukul 4 pagi buat kuih untuk hantar duit belanja pada gua masa gua belajar. gua sangat terasa dipinggirkan, apabila di Jordan dulu, ada anak Datuk, ada anak Senator, ada anak orang-orang besar kerajaan, yang sama belajar dengan gua, tapi dibiayai oleh pelbagai badan yang gua pernah apply jugak (tapi ditolak - mungkin sebab gua terlalu bodoh) tapi gua tengok anak2 Datuk, anak Senator, anak orang-orang besar kerajaan, masa belajar lebih dungu daripada gua yang bodoh ini, menyetan, sewa kereta sampai sebulan, beli hi-fi, duduk dengan boyfriend bangsa Eropah (semua ini di Jordan dulu), abis duit dengan snooker, minum dan macam2 lagi. mungkin mereka gunakan duit mak bapak diorang dan bukan duit biasiswa yang diberikan oleh badan-badan tersebut. tapi jauh di sudut hati gua, memang gua terasa dipinggirkan. oh ya! kesemua mereka itu paras rupa dan nama mereka, kelihatan seperti Melayu-Islam. (gua akhirnya dapat bantuan pelajaran, tapi belum sempat gua abis belajar, biasiswa dah stop dulu, alasannya kerajaan sudah takda duit, tak mampu tanggung kos, walaupun gua tengok anak-anak "mereka" yang gua sebutkan di atas, terus "belajar" menggunakan biasiswa hasil wang cukai "mak dan ayah" mereka. kedua, sukarnya tebuk market bangsa asing, 5 tahun yang lepas, gua cuba nasib berniaga, abis segala duit simpan dan meminjam mertua plus buat loan dengan bank rakyat yang sampai ke hari ini belum abis bayar, untuk berniaga, secara sihat. bisnes gua ada potensi, memang boleh boom, sebab kurang orang Melayu yang jual roti dan kek buat sendiri dalam restoran makanan Melayu, kecuali selepas ada bangsa Melayu lain, datang membuka perniagaan di tempat yang sama. biasalah bersaing secara sihat. rupanya gua silap, ini bangsa Melayu yang pandai guna sihir dan ilmu hitam, melayu yang ada "kabel" dalam MPSJ, suruh kacau bisnes orang dan macam2 lagi, yang rupanya juga adalah ahli UMNO yang aktif. Wife gua pergi nak interview tapak pasar Ramadhan, lu tahu dia tanya apa jerr? Dia tanya wife gua sudah jadi ahli UMNO ke belum? Itu Datuk yang jadi ahli Majlis dalam MPSJ yang tanya, dulu semasa UMNO masih memerintah Selangor. Kitorang pasrah aje tahu jerr. Biarlah orang-orang UMNO sahaja yang berniaga, biarlah orang-orang UMNO sahaja yang jadi kaya (gua dan wife gua tak pernah jadi ahli mana-mana parti politik ya, jerr). Bisnes melingkup dan hutang menimbun, nak tidur malam pun susah nk lelap. selagi boleh kena kacau, bisnes akan kena kacau, bukan Cina yang kacau jerr, tapi bangsa yang nama dan paras rupanya gua rasa macam orang Melayu-Islam.

babazahra' said...

Ketiga, memang gua cuma pernah ada dua orang majikan aje, jerr. Yang pertama India, yang kedua ni Cina. Jadik gua takde pengalaman menjadi mangsa diskriminasi di pejabat, kerana dua majikan gua ini, tak pulak buat camtu. Masa kitorang rajin kerja dulu, rating channel kitorang okay, merasa jugaklah performance bonus sampai sebulan lebih, tak masuk contractual bonus yang dua bulan tu. okaylah, kalau nak banding dengan kawan-kawan gua yang kerja satu pejabat ramai orang Melayu-Islam, akak gua sendiri, setakat kena diskriminasi ni biasa lah tapi dengan bangsa sendiri jugak, sampai semput2 akak gua umur dah 40an ambik kelas nk belajar bahasa Inggeris semula, arwah abang gua jugak camtu dulu, TV3, biasa lah jerr, Melayu-Islam memang ramai jugak kat sana, jenis main bodek-bodek boss, main guna kabel itu ini nk naik pangkat, normal sangat. anak Datuk masuk kerja pakai SPM gred 3 aje jerr, keje dengan studio, lepas 6 bulan jadik supervisor, cukup setahun lebih sikit aje, dah naik jadik floor manager. 3 tahun service dah naik jadi manager. arwah abang gua keje 16 tahun, nak jadik supervisor pun semput jerr..tapi ok lah tu, sebab Datuk tu memang kawan baik dengan company owner, geng2 pemegang saham. arwah abah gua saham KUBB ada lah, masa jadik ahli UMNO dulu, itu pun saham ke mana, KUBB ke mana? lu boleh tolong google kan apa jadi pada KUBB? Melayu yang punya tu. gua takut jadi macam Maika aje. Keempat jerr, gua memang Islam dulu, lepas itu baru Melayu, macam Zulkifli Nordin jugak. Sebab dalam Islam memang takde racisme ini jerr, lu pun tahu kan. jadi, apabila lu sebut rasuah, pembekal maksiat dan sebagainya itu, memang gua tak nafikan ia wujud pada bangsa asing dan juga pada bangsa Melayu. sebab apa jerr? cina bukak rumah urut, nk dapat lesen pub, bagi rasuah pada sapa jerr? katakanlah bagi pada orang Melayu kan, sebab apa orang Melayu itu terima jugak jerr? sebab itu sudah jadik budaya jerr, kena akui hakikat itu. rasuah sudah jadik budaya yang disimenkan oleh UMNO. nak sesuatu mesti kena bagi sesuatu dulu, nk settle masalah Felda kena undi BN dulu, contohnya. itu bukan racisme jerr, itu diskriminasi pulak. jadi bila gua sebut kesamarataan, jangan melompat cepat sangat. negara ini kaya jerr, kalau tanpa rasuah yang dididik oleh UMNO itu. jadi, kalau kesamarataan dalam pendidikan boleh dibagi, cuba buat fasiliti pendidikan yang sekata, bantuan pelajaran yang sekata, bukan bermakna hapuskan kuota Melayu sahaja, tapi berikan kuota yang sama rata, untuk ke universiti contohnya. kenapa tidak boleh? bimbang universiti tidak muat? negara kaya banyak duit, besarkan lagi universiti atau percumakan sahaja pendidikan, semua orang boleh belajar, tanpa mengira bangsa, layak sahaja pergi, pandai sahaja masuk universiti. mak gua sekarang sudah tak perlu bangun pukul 4 pagi lagi buat kuih, tapi kalau keadaan sekarang masih berterusan, gua percaya masih ada ibu-ibu lain diluar sana yang melalui pengalaman seperti yang mak dan arwah abah gua lalui. cheers jerr. gua suka komen lu. wassalam.

TAPA said...

apa ula rasisme.umno itu untuk orang melayu. yang berhak ke atas tanah melayu-malaysia itu sendiri. pernah pada tahun 1950 pegasasnya sendiri dato oon jaffar membuat idea supaya umno tiu ditukar nama uno namun ditentang kerana umno itu untuk melayu.tak salah disitu.sama juga peranan pemimpin melayu pertama tunku abdul rahman yang memisahkan singapura dari tangah melayu kerana ia bagai mecari maut sendiri. cina banyak berniaga deng aberjaya berbanding melayu lalu munculla deb oleh umno itu sendiri.adakah pembangkang terlintas untuk berbuat demikian dan jika ya buktikan keatas jajahan mereka sekarang ini. berapa banyak pemabangunan ditunjukkan.

anti munafik said...

Salam,
Nampaknya permainan rasisme yang dimainkan oleh 'orang lain' dah mula diminati. lebih malang dan mengelirukan, 'orang kita' turut serta sebagai tukang kompang dan tukang sorak. sehingga sanggup nak kesamarataan membuta tuli. turut terpekik-pekik meminta dasar yang pernah dikecapi dan yang digubal untuk melindungi kaum sendiri dihakis sama sekali. walaupun tetap ada kronisme dan nepotisme, cuba kau beritahu aku kerajaan mana yang 100% sempurna dalam pentadbiran? sekurang-kurang kerajaan tetap melaksanakan tindakan untuk mengatasi masalah itu. kerana dasar kerajaan sebelum inila wujudnya jutawan melayu muslim. kerana dasar yang kau laungkan rasis la anak2 melayu muslim ramai yang bergelar profesional dalam bidang kejuruteraan, medical berbanding keturunan petani dan nelayan puluhan tahun yang lalu. adakah bangsa kita cukup kukuh untuk berdiri sendiri? tepuk dada tanya diri sendiri. realitinya masih tidak mampu. dan selagi itulah bantuan itu seharusnya masih ada. bukan hanya dengan memberi wang dan hamper. tetapi memberi peluang dan ruang yang lebih sedikit untuk kaum yang terkebelakang. supaya dapat menjamin masa depan keluarganya dan menjadi contoh. bukankah itu adil? ya, kaum yang masih bertatih itu kaum melayu. kerana dasar penjajah yang menjadikan bangsa melayu masih bertongkat. sila buka buku sejarah tingkatan 3 untuk dapatkan gambaran hierarki dan geopolitik bangsa melayu di zaman penjajah.

aku sebenarnya hairan. kenapa tidak habis2 melayu yang kau jadikan modal? bangsat sgt kah melayu ni sampai tiada secebis kebaikan? tidakkah lebih cantik jika kau cadangkan perkara2 yang dapat dilaksanakan selain mencemuh bangsa kamu sendiri yang majoritinya muslim? benar, mmg ada bangsa melayu yang minum, enjoy dgn duit biasiswa, etc. tapi apa boleh kita buat? adakah semua punya perangai begitu? berapa ramai? berapa percent? manusia bukan malaikat. orang arab pun ada yang minum, kaki perempuan. orang arab pun rasis. benar bukan? lalu apa sebab hanya melayu yang kau jadikan subjek?

aku sentiasa percaya urusan rezeki semuanya milik Allah. semuanya telah ditakdirkan hinggakan ulat di dalam batu pun ada bahagiannya. xkirala kau bodoh, benak, bahlol sekalipun, jika Allah takdirkan kau jadi perdana menteri pada masa akan datang, tetap kau akan jadi perdana menteri. begitu juga jika kau segenius mana sekali pun, jika ditakdirkan kau jadi tukang sapu, itulah diri kau. adakah semua kegagalan kau dalam bisnes @ hidup perlu diletakkan diatas bahu orang lain? mungkin Allah x mahu kita berjaya dalam perniagaan kerana mungkin kita akan sombong apabila berjaya kelak. mana kita tahu. semuanya adalah ujian dari-Nya. ramai melayu muslim yang aku kenal berjaya dalam perniagaan tanpa perlu mendaftar dengan Umno. rezeki itu bukan atas no keahlian Umno sebaliknya dari Allah. Aku tahu kau faham sbb pernah belajar di Jordan.


kenapa diri sendiri sahaja yang dilihat kekurangan? bukankah kita di ajak untuk sentiasa melihat dibawah dan bukan diatas? menginsafi kekurangan orang lain bukankah lebih molek daripada melihat kelebihan orang lain? sekurang-kurang wujud perasaan insaf yang diri kita ni masih lagi bernasib baik. seperti kau yang masih lagi berupaya belajar di luar negeri walaupun dengan bantuan terhad. jika benar kata kau begitu. aku x menolak mmg ada melayu yang minum, enjoy dengan duit biasiswa, etc. tetapi siapalah kita hendak mencemuh? cuma kita doakan jela dia balik ke pangkal jalan. xkan sampai bila2 kita hendak jadikan dia alasan kita x dapat biasiswa? politik di dalam pejabat dimana2 pun ada. sbb apa? kerana kita selesa bekerja dengan invidu tertentu lah yang cenderung kita dilihat sebagai mengamalkan diskriminasi. adakah kau yakin orang lain x lihat kau sebagai kaki bodek? jadi masalahnya disini bukan masalah kaum melayu kaki dengki, kaki sihir, kaki umpat, etc. itu hanya cara kau kendalikan situasi. ntahla, kau ni terlalu byk alasan la. baik kau fikirkan balik apa yang kau tulis sebelum ni. adakah semuanya betul? semuanya ikhlas? sekali lagi, tepuk dada, tanya diri sendiri. wasalam

Anonymous said...

hah.bantai dek ko la.ckp yo sonang brapi2.dah ado prsatuan mlayu pun hingar bingar jd eh, ni kan pulak xdo lngsung??
coromin dlu dri ko tu banyak cakap tp dlm blog jo pejadah eh..hontam org no satu, mcm la ko tu baguih na smpi abes sumo ko nak condamn..pi tkr 'melayu' ko dlm IC tu jd cino.

Anonymous said...

you're the real f**k off..

Anonymous said...

UMNO racist?

UMNO bukan racist...UMNO nationalist. perjuangannya untuk bangsa sendiri. Sejak bila perjuangan untuk bangsa sendiri dianggap racist?

cam paklah cakap..sejak bila Dasar Ekonomi Baru membuat bangsa lain jadi miskin?

kalau UMNO racist, Anwar Ibrahim rogol pembuat kopi sendiri. tu lagi cam pukimak.