Wednesday, November 04, 2009

Yusuf Noor, UMNO dan Tauliah

Sebenarnya, satu ketika dulu semasa Jabatan Perdana Menteri masih bermuftikan Yusuf Noor, UMNO sangat terdesak. Pada ketika itu UMNO begitu kekeringan cendekiawan agama. UMNO ketika itu menumpang nama Yusuf Noor, seorang bekas graduan Al Azhar ketika mahu mengIslamkan politik. Apabila bercakap tentang Islam.

Ketika itu, PAS memang juara. Ketika itulah zaman permulaan kepada perkembangan ceramah-ceramah agama, penjualan kaset-kaset ceramah dan yang seumpama dengannya. PAS mendominasi isu agama Islam, dan PAS mampu bercakap tentang agama Islam kerana mereka ada kemampuan dari segai cendekiawan atau pun cerdik pandai agama.

Berikutnya pula, selepas zaman reformasi, ketika zaman kegemilangan VCD ceramah, PAS sememangnya dominan. UMNO masih lagi terkial-kial. Ditambah dengan imej buruk Firaun pada ketika itu, UMNO dilihat semakin jauh untuk memenangi isu-isu agama Islam. Selepas itu lah timbulnya idea untuk menarik golongan agamawan menyertai UMNO. Mereka mahukan kumpulan professional agama menyokong kerajaan. Menteri-menteri UMNO dihantar menabur propaganda kepada para pelajar Timur Tengah.

Kemudian UMNO muncul dengan idea JASA, yang gua sendiri tak tahu singkatan untuk binatang apa. Atau Jabatan Hal Ehwal Khas, satu secretariat di bawah Jabatan Penerangan, yang bertujuan mahu menerangkang hati-hati umat Islam yang gelap. Bukan gelap daripada ajaran Islam, tetapi daripada menyokong UMNO. Jangan tipu gua. Itu tujuan asal mereka. UMNO menggunakan para pelajar graduan Timur Tengah yang pada sekitar awal tahun 2000 berlembak di pasaran macam kupang di Muar. Setiap hari boleh beli, kecuali hari raya.

Sama ada mereka ini tamat pengajian atau pun tidak, itu soal kedua. Apa yang paling penting ialah mereka boleh bercakap (yang sebenarnya terpaksa dilatih dulu) sambil memetik dua tiga baris ayat Al Quran. Gua tidak nafikan bahawa memang ada kalangan mereka yang betul-betul berkelayakan tetapi kebanyakannya memilih untuk bersama JASA atau apa sahaja benda alahnya pada masa itu, demi mengubat lara tidak dapat memasuki pasaran kerja. Maklumlah, bukan semua mereka berkelayakan. Atau boleh gua katakan sebagai golongan-golongan yang kecewa. Sebab kekecewaan mereka banyak, daripada gagal dalam pasaran kerja sehinggalah kepada kecewa dalam berorganisasi ketika tempoh pengajian dulu. Nak kelentong gua, tak payah lah.

Tapi UMNO masih lagi ketinggalan. PAS ketika itu memang sangat advance. Mereka sudah berupaya mengetengahkan golongan professional pula untuk berpolitik sambil berdakwah. Seiring pula dengan kemajuan teknologi maklumat, juga kesedaran masyarakat yang semakin baik, PAS adalah dominan dalam menjuarai isu agama. Kecuali di Johor. Itu satu kes lain. Kebetulan pula, kebanyakan graduan-graduan Timur Tengah ini, adalah generasi yang telah dikaderkan oleh PAS sejak sekian lama. Sama ada melalui PMRAM di Mesir (ini yang paling hardcore), kumpulan usrah sistematik di UK dan US, juga persatuan-persatuan pelajar dari Jordan, Syria, Pakistan dan sebagainya. Dalam satu ulasannya ketika itu, Firaun pernah berkata, UMNO sudah terlalu jauh dan lewat untuk memenangi hati para pelajar Timur Tengah (circa 2001). Pendakwah professional didikan usrah, tamrin dan ijtima’ PAS ini, memang menjadi produk paling berharga buat mereka. Anak-anak muda ini menyusup ke seluruh pelusuk masjid dan surau, berdakwah dan membawa imej yang sangat baik untuk PAS ketika itu. Toleransi, professional dan berhikmah. Mereka sudah melangkaui garisan dakwah ala-ala “amanat Haji Hadi”.

Oleh kerana tidak mampu mengekang arus yang dibawa PAS, ditambah pula dengan kedengkelan ilmu sesetengah graduan pilihan UMNO itu, maka muncul lah idea tauliah. Jabatan-jabatan agama telah memperkenalkan method tauliah. Setiap mereka yang berceramah di masjid-masjid dan surau-surau ketika itu mesti mendapat tauliah terlebih dahulu. Tidak kisah jika kamu dapat Jayyid Jiddan sekalipun ketika belajar dahulu, tauliah adalah lebih tinggi daripada sijil kamu. Bahkan mereka yang mahu mendapatkan tauliah akan ditemuduga pula oleh para pegawai Jabatan Agama, yang agak menyedihkan, ada antaranya bukanlah mereka yang berkelulusan agama pun. Kecuali kisah terpencil seorang kawan gua yang ditemuduga oleh Mufti Negeri Sembilan sendiri, kerana bimbangkan fahaman Salafinya. Itu cerita lain.

Di sini UMNO sudah memperlihatkan kemenangannya. Tauliah memang satu tindakan paling bijak untuk UMNO mengekang kemaraan pendakwah-pendakwah muda milik PAS ini daripada terus mendominasi pentas agama. Projek UMNO melalui JASA atau apa sahaja benda alahnya pada masa itu kelihatan tidak begitu menyerlah. Kelompok yang terpilih biasanya adalah insan-insan terbuang. Ini boleh dilihat dengan jelas melalui lontaran idea-idea mereka ketika berceramah, bercakap mahu pun menulis. Jelas memperlihatkan kedangkalan intelektual mereka. Nak kelentong gua lagi, mintak maaflah. Oleh kerana itu, UMNO seperti mendapat talian hayat melalui method tauliah, walaupun tidak keseluruhannya berjaya. Pendakwah muda milik PAS ini, selain bijak mereka juga rebel. Jika tidak dapat menyelinap ke masjid-masjid besar, mereka pergi ke surau-surau di kawasan perumahan. Satu pelan yang menarik yang gua syak adalah cedokan daripada buku Guerrilla Warfare tulisan Che Guevara. Sorry gua dah tersasul.

Jadi, tauliah pun diwartakan ketika itu dengan alasan kononnya mahu mempastikan para pendakwah a.k.a penceramah ini berkelayakan. Selain itu kononnya mereka mahu mengekang penyebaran ajaran sesat, walaupun niat sebenar adalah melampiaskan kemarahan golongan-golongan tua pendokong JAKIM,YADIM, JAIS dan apa benda yang seumpama dengannya ke atas golongan-golongan muda yang majoritinya mara memperkenalkan diri mereka sebagai Ahlus Sunnah wal Jamaah a.k.a Salafi. Mazhab baru adalah berbahaya kepada akidah umat Islam, walaupun ada berjuta umat Islam lain di seluruh dunia menganuti mazhab tersebut. Ia lebih bahaya daripada pencegahan dan penguatkuasaan ke atas umat Islam yang tidak solat Jumaat, main judi, tikam nombor ekor, budak perempuan pakai seluar nampak bontot lepak kat shopping complex, artis-artis berkemban dalam majalah Mangga, atau pun bintang AF yang ambik gambar dalam kolam renang dengan Khalid Jamlus. Walaupun para pendakwah muda ini, cuba membawa gambaran sebenar tentang betapa lengkapnya Islam, betapa moderatenya Islam, betapa Islam bukanlah semata-mata ala-ala ceramah “amanat Haji Hadi” dan Islam juga bukan dinilai daripada betapa labuhnya jubah atau betapa putihnya kopiah, namun UMNO, khususnya golongan tua pendokong JAKIM,YADIM, JAIS dan apa benda yang seumpama dengannya terus melihat golongan ini sebagai duri dalam daging, selain tukang tabur pasir dalam periuk nasi mereka.

Oleh kerana itu, bukanlah gua nak menulis membantah tindakan JAIS ke atas Dr. Asri sebab dalam resume Dr. Asri ada perkataan Jordan, atau pun kerana pernah sekali makan sedulang (gempak gila dulu gua makan dalam dulang, perghh!) dengannya sebab gua tahu cuma gua aje kenal dia tapi dia memang tak kenal gua, tapi rasa benci dengan tindakan JAIS itu muncul kerana gua tahu, JAIS sangat dibayangi tangan politik. Bukan satu isu jika Dr. Asri dikatakan membawa satu pembaharuan, atau fahaman yang bertentangan mazhab umat Islam di BolehLand, kerana Islam itu bukannya terhad kepada mazhab Syafie sahaja. Ia lebih menampakkan tindakan terdesak golongan tua pendokong JAKIM,YADIM, JAIS dan apa benda yang seumpama dengannya dalam menyekat kemaraan golongan muda dalam berdakwah, menyekat hak umat Islam daripada menerima ilmu walaupun ajaran yang disampaikan adalah benar sambil berterusan menekan mereka kerana hakikatnya, majority pendakwah-pendakwah muda ini adalah penentang kerajaan, UMNO secara khususnya. Punktlitch.