Tuesday, October 26, 2010

Fakta Lubang Jamban Para Pengampu Yang Bercakap Tidak Pakai Otak

Tahun 1984

Gua masuk Sekolah Kebangsaan Kampai, di Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan. Pada waktu itu program susu sekolah dah sangat nazak. Gua rasa ada 4-5 kali aje gua merasa minum susu kotak ada grafik yang cantik itu. 3 kali mungkin tersedut susu basi. Akhirnya, gua dah tak dengar lagi pasal program susu sekolah.

Pelajar sekolah gua cuma sekitar 108 orang. Paling ramai kalau tidak silap pada tahun 1988, ada 114 orang. Sebab ada anak-anak askar pindah balik kampung campur dengan dua orang anak India bapa dia baru tukar kerja dekat dengan sekolah gua. Sekolah gua adalah sekolah PERKASA, semua Melayu. Ultra Melayu.

Sebab murid yang sedikit, maka Rancangan Makanan Tambahan, yang kami panggil RMT telah diberikan secara sama rata kepada semua murid. Kami membayar 60 sen seminggu untuk satu hidangan setiap hari. Bagi yang kurang berkemampuan, mereka dapat waive. Selebihnya, adalah subsidi. Makanan pada waktu itu, boleh dikatakan bagus. Ada nasi lemak, mee goreng, nasi lauk ayam sambal pada hari Khamis, ada nasi lauk telur goreng kicap, dan kadang-kadang ada makan mee kari. Pinggan memang kecik, sebab semua budak-budak. Tapi apa yang kami makan, memang mengenyangkan. Sebab itu kantin sekolah tidak imenjual sebarang makanan ringan, atau pun aiskrim. Tokey kantin tugasnya cuma menyediakan makanan RMT untuk murid-murid.

Tahun 2010

Gua tak pasti sama ada RM1.80 nilai makanan percuma itu adalah satu hidangan atau pun untuk hidangan seminggu. Tapi both ways are totally unacceptable. Kalau RM1.80 satu hidangan, bagi sandwich kosong atau bihun goreng kosong, adalah satu tindakan yang paling tidak berperikemanusiaan. Tidak langsung bertamadun. Kedua, jika RM1.80 adalah nilai untuk hidangan seminggu persekolahan, maka itu adalah seribu kali lebih tidak berperikemanusiaan. Tiada langsung ketamadunan.

Gua ingatkan RMT sudah tiada lagi. Maklumlah, negara sudah maju, mana ada orang miskin. Duit sudah banyak dan pendapatan perkapita meningkat. Kalau pelancong asing datang, tengok Putrajaya dan tunjuk kediaman Perdana Menteri, maka mereka pasti akan berkata “waaaahhhhhhhhhhhhh, beeesaaaaaarrrrnyyaaaaaa, rumah dia (bukan bini dia)”

Kalau melihat pada projek-projek megah (bukan mega) maka kita hampir pasti, tiada lagi orang susah dalam Malaya itu. Sementelah duit kutipan zakat pun mencecah jutaan ringgit, sampai pening kepala para pegawai zakat tak tahu nak sumbatkan ke mana. Nak Pajero dah dapat, nak melancong sambil bertugas ke Timur Tengah dah merasa, apa lagi mahu buat. Walaupun budak yang belajar tanpa biasiswa cuma dapat duit bantuan zakat RM5000 sahaja setahun. Pening kepala tak tahu bagaimana nak habiskan wang zakat. Terlalu banyak. Orang miskin pulak sudah tiada.

Sekarang, syaitan-syaitan pengampu KERAjaan, kamu lihatlah sendiri negara kamu dan negara kami yang tercinta ini. Pada tahun 2010, kita masih memberi anak-anak miskin di sekolah itu, makanan berharga RM1.80? Entah satu hidangan atau pun untuk seminggu hidangan. Bagus bukan? Satu, menipu anak-anak kecil, dan menipu orang-orang miskin. Kedua, zalim kepada anak-anak kecil, dan zalim pada orang-orang miskin.

Sebab itu gua cakap, kalau banyak sangatlah duit keuntungan PNB haram jadah tu wahai pengampu-pengampu tidak berbayar yang cakap macam bagus melepaskan tekak sendiri tak langsung berfikir tentang nasib orang lain, melaburlah dalam sesuatu sector yang memberikan keuntungan secara langsung kepada rakyat. Supaya semua rakyat boleh merasa. Itu kalau mahu juga melaburlah. Gua tahu lu orang yang buat keputusan dan lu orang cakap itu duit lu orang yang punya. Dan bahalol-bahalol ini akan berkata, pelaburan dalam sector pendidikan tidak langsung menguntungkan.

Baiklah, pergilah melabur RM5 Billion. Kamu kata kamu membuat keuntungan yang banyak. Mungkin setiap seorang daripada kamu berak 12 kali sehari dan semua berak-berak kamu dijual. Kamu buat keuntungan melalui jualan taik. Baik, gua faham.

Apakah kamu tidak punya RM100, 000 setahun untuk diberi kepada anak-anak kecil yang miskin dan tidak berkemampuan itu? Apakah kamu tidak mampu mengeluarkan belanja sebanyak itu untuk menampung makan minum mereka? Susah sangatkah? Atau sebenarnya kamu bukan punyai duit yang banyak? Kamu temberang? Cakap besar, kelentong aje lebih. Bagaimana dengan GLC-GLC yang lain, tidak kisahlah kamu syarikat KERAjaan yang sudah diswastakan oleh Firaun, atau pun kamu syarikat swasta yang memberi ufti pada KERAjaan, tidakkah kamu terfikir untuk melabur kepada kesenangan generasi yang akan datang? Memberi mereka kemudahan pembelajaran semoga negara terus melahirkan generasi yang berilmu dan berakal, agar dapat menghumbankan semua penipu-penipu ini ke lubang jamban.

Cakap guna fakta konon. Fakta lubang jamban lah.

Friday, October 22, 2010

Wang Rakyat atau Wang Pelabur atau Wang Siapa?

Okay. Orang cakap benda baik ni jangan simpan lama-lama. Sementara gua ada idea ini gua mahu terus menulis. Nanti dah lupa tak berapa sedap pulak nak menipu kan? Semalam gua terbaca satu blog yang menceritakan tentang pembinaan bangunan Menara Warisan Merdeka yang memang tengah “in” betul sekarang di kalangan para negarawan macam gua.

1. Gua adalah pelabur dalam ASB dan AS apa entah lagi ada dua keping untuk anak gua. Walaupun tidak sebanyak wang pelaburan Siti Nurhaliza dan Ibrahim Ali, tapi tak silap gua ada jugak cecah RM100. Jadi, itu adalah kapasiti yang agak kuat untuk gua bercakap tentang pembinaan bangunan tersebut, yang katanya adalah hasil keuntungan pelaburan PNB, dividen, perniagaan blah blah blah. Sekiranya PNB rugi, maka pelaburan ASB dan AS entah apa lagi tu, yang gua salah seorang pelaburnya juga akan turut terjejas. Termasuk mak gua sekali, yang gua syak memang banyak simpan dalam ASB tapi tak pernah tunjuk kat gua berapa jumlahnya.

2. Seterusnya, gua bukanlah cendekiawan ekonomi apatah lagi seorang pelajar yang skor A1 dalam subjek Ekonomi Asas masa SPM dulu. Gua dapat C4 aje kalau tak silap, itu pun sebab terpaksa, untuk jaga agregat, kalau banyak-banyak sangat nombor nanti, payah pulak nak ke menara gading kan. Masa tu menara gading memang tengah “in”, kitorang tak panggil IPTA/IPTS ni semua. Benda-benda akronim ni semua anti Bahasa Melayu. Jadi, lu jangan harap sebarang komen yang berdiri separa dengan komen atau pun pendapat para pakar ekonomi, pelajar lulusan Fakulti Ekonomi Universiti Utara Malaysia, atau pun paling tidak setaraf dengan blog yang gua baca semalam.

3. Gua ingin bertanya, jika projek tersebut bukan termasuk dalam belanjawan KERAjaan, haramjadah apa yang lu pegi buat gempak dalam Parlimen semasa pembentangan belanjawan? Tujuan belanjawan dibentangkan ialah, untuk memberitahu bahawa tahun depan negara memerlukan sekian-sekian jumlah wang, yang akan dibelanjakan pada sekian-sekian tempat. Selepas itu, belanjawan perlu diluluskan oleh Parlimen, barulah perbendaharaan (serius, payah betul nak mengeja perkataan ni) negara boleh mengeluarkan wang tersebut. Jika semua prosedur tersebut, sudah dibuat dan masih ada lagi sekian-sekian wang yang mahu dibelanjakan pada sekian-sekian benda, maka Rang Undang-undang perbelanjaan tambahan ke hapajadah entah tu, perlu dibentangkan di Parlimen. Selain pada itu, ada belanja lain, yang guna duit perbendaharaan negara, tanpa pengetahuan umum, maka itu namanya menipu rakyat jelata. Finito.

4. Alasan mengatakan bahawa PNB itu syarikat KERAjaan (GLC lah kot) maka apa yang dilakukan juga perlu dibentangkan di Parlimen sebagai satu khabar gembira, nak melonjakkan ekonomi, menarik para pelabur, semua itu adalah bullshit. Tahu apa itu bullshit? Sekejap, gua tak faham sikit dengan mamat flip-flop ni, sekejap kata PNB syarikat KERAjaan yang sudah diswastakan, sekejap kata syarikat KERAjaan, lu orang pergi confirmkan semula dengan dia. Atau pegi panjat pejabat PNB, dan tanya apa status sebenar diorang. Gua tak mahu ada komen bagitahu, kawan gua punya emak yang kerja di PNB cakap atau pun, awek gua punya kawan ada kawin dengan anak Hamid Kama Piah tu dia kasitahu – itu semua bullshit. Baiklah, kalau projek PNB boleh diberitahu di Parlimen, untuk melonjakkan ekonomi, menarik para pelabur, dan menggula-gulakan rakyat (baca: menipu) maka kenapa, KENAPA bisnes dan keuntungan PETRONAS, segala macam projek PETRONAS, yang boleh menguntungkan rakyat, boleh menarik pelabur, boleh melonjakkan ekonomi, tidak diberitahu pula di Parlimen? Owh, ada satu akta yang menyebabkan semua itu rahsia? Atau PETRONAS tidak pernah memberikan sebarang keuntungan kepada rakyat jelata sedangkan taik-taik datuk nenek moyang kita sendiri yang digali oleh mereka untuk mendapatkan emas-emas hitam itu? Kenapa ya, KENAPA pelaburan Tabung Haji di Mekah, membeli bangunan, membeli hartanah, tidak pula diberitahu di Parlimen sepertimana kes Menara Warisan PNB ini? Tabung Haji ada bangunan di Mekah? Tapi kos haji tetap meningkat saban tahun. Itu cerita lain. Oleh kerana itu, alasan-alasan tersebut hanya muncul selepas ramai yang bersuara. Selepas kumpulan pelabur “utama” seperti gua mula berbunyi, bimbangkan kehilangan wang pelaburan RM100 dalam ASB dan AS entah hapajadah lagi tu. Maka, untuk menyalahkan warga yang marah, yang bimbang dengan penggunaan wang rakyat, yang dituduh bodoh kerana tidak tahu membezakan antara projek KERAjaan dan swasta, maka itu juga adalah bullshit. Falsafah kami rakyat marhaen adalah simple, apa sahaja yang dibentangkan dalam Parlimen, dalam belanjawan, adalah menggunakan wang kami juga, wang pembayar cukai. Kalau tidak jangan sebut dalam Parlimen. Atau jangan bersikap terlalu bodoh dan naïf, penulis teks dan pembaca teks, sepatutnya memikirkan tentang implikasi kenyataan tersebut, perlu ada penafian, perlu diberitahu supaya tidak menimbulkan kebimbangan rakyat tahap cendekiawan seperti gua. Takkan itu semua tak boleh mahu fikir, kata dah jadi penulis teks belanjawan, kata dah jadi Perdana Menteri. Ingat RM5 billion itu jumlah yang kecil. Jadi, alasan yang diberikan menunjukkan ada orang bodoh di situ, penulis blog, atau pun penulis teks atau pun pembaca teks a.k.a Burung Kakaktua. Bagi gua alasan yang lebih logic. Gua hidup dengan logic akal apabila berbicara tentang ekonomi dan politik.

5. Baiklah, kalau PNB bijak, seperti yang dikatakan penulis blog tersebut, mengapa memilih untuk membina bangunan, mercutanda dan blah blah, sewa ruang pejabat, menarik para pelabur dan sebagainya. Bukankah kesemua itu mempunya risiko yang tinggi? RM5 Billion bukan jumlah yang sedikit. Untuk membina bangunan, kalau mengikut jadual dan tiada sebarang hindrance maka projek akan siap ikut perancangan dan belanja. Jika tertangguh, jika banyak masalah, jangkaan siap tahun 2015 akan bertambah 5 tahun, plus dengan inflasi, kenaikan kos barang mentah, kenaikan harga buruh dan blah blah blah, maka RM5 Billion mungkin boleh jadi 10 atau 15 Billion. Bukan jumlah yang sedikit. Kemudian mahu menarik penyewa, bukanlah hanya sekadar tampal iklan di stesen bus atau di 7-Eleven, kemudian bubuh nombor talipon boleh siat-siat. Atau bubuh iklan dalam Harian Metro tunggu orang call. Banyak benda lain yang bersangkutan, seperti keadaan ekonomi semasa pada tahu 2015 dan berikutnya, prasarana kawasan sekitar, capaian hubungan bisnes (betul ke ayat gua ini? – gua nak kasitahu yang hubungan bisnes para penyewa adalah mudah sementelah banyak bisnes contact mereka juga di bangunan yang sama atau pun kawasan berhampiran, Dewan Bahasa atau pun Victoria Institution misalnya), juga tiadanya masalah birokrasi. Mengapa ruang pejabat Dayabumi masih terus banyak yang kosong? Gua tak tahu sangat pasal ruang pejabat di KLCC walaupun gua pernah juga ke pejabat Al-Jazeera di sana. Orang cakap sewanya terlalu mahal, maka PETRONAS bikin sendiri, maka PETRONAS sendiri tanggung. Sendiri sewa, sendiri bayar sewa pada tuan tanah dan blah blah blah. Itu luar pengetahuan gua, penafian di sini, jangan kaitkan dengan komentar peribadi gua.

6. Jadi, ada banyak risiko di situ, jika cendekiawan ekonomi PNB memikirkan tentang pelaburan RM5 Billion semata-mata mahu membina satu mercutanda yang menjadi kebanggaan negara. Kalau tiada penyewa, mahu bikin rumah urut kah? Atau pusat video game? Rumah urut rasanya lebih sesuai kerana lokasi yang agak “panas”. Siapa yang akan menanggung kerugian ruang pejabat yang tiada penyewa? Baiklah, tengok sahaja Puduraya, yang sudah sekian lama tertangguh, yang sudah sekian lama terbengkalai macam bangkai, sakit hati letih kaki berjalan, sakit mata dan jiwa melihat, turun dari LRT berjalan kaki antara kawasan dinding berzink yang ramai peminta sedekah. Mengapakah, mengapakah PNB tidak terfikir untuk mengambil alih, melabur bagi membangunkan Puduraya, yang mengikut mata kasar gua yang rabun ekonomi ini, adalah lebih sedikit jumlah pelaburannya berbanding Menara Warisan 100 tingkat. Prospek? Nadi pengangkutan awam nasional. Mahu atau tidak pengangkutan awam mesti juga dipilih. Semahal mana sekali pun, masih ada warga yang tidak berkemampuan memiliki kenderaan sendiri dan memilih Puduraya sebagai saluran. Atau lebih bijak lagi sementelah membangunkan Puduraya, PNB juga melabur dalam pengangkutan awam. Prospek? Rujuk semula kenyataan mengenai pengangkutan awam di atas. Apakah RM5 billion tidak mencukupi? Tolong bagitahu penulis blog itu, sila sampaikan kepada cendekiawan ekonomi PNB, jika duit terlalu banyak, tambahkan lagi RM5 Billion dan bangunkan pengangkutan awam di Kuala Lumpur dan Bandar-bandar besar yang lain. Kata PNB ada anak syarikat buat jalanraya, hubungkaitkan sekali. Pengangkutan tidak akan mendatangkan kerugian, risiko terlalu kecil. Kamu tidak perlu menyembah warga supaya menaiki bus, kamu tidak perlu menampal iklan di stesen bus merayu budak-budak sekolah menaiki bus, LRT atau pun apa sahaja kenderaan awam. Berikan sahaja pengangkutan awam yang efisien, pasti warga akan menyokong. Mengapa pengendali pengangkutan awam di Temasik boleh menjadi satu konglomengrat yang berjaya? Lebih mudah untuk Berjaya daripada membina bangunan dan mengharapkan penyewa.

7. Baiklah, jika itu juga masih berisiko tinggi dan PNB tidak mahu mengambil risiko melaburkan wang para pelabur ASB dan AS entah hapajadah lagi tu, mengapa, MENGAPA cendekiawan PNB tidak pernah memikirkan untuk membuat pelaburan dalam bidang makanan? Bahan mentah? Pertanian? (Mesti ramai akan kata itu bukan bidang pelaburan mereka – terus kata gua buta ekonomi) Apa yang gua maksudkan di sini, katanya mereka adalah syarikat milik KERAjaan, dan sekejap kata telah diswastakan, tidak mengapa yang penting mereka mesti mendapat keutamaan KERAjaan, oleh itu mengapa PNB tidak menjadi pengimport beras dan gula? Bukankah itu lebih menguntungkan, kerana ia barang keperluan. Tidak pula pernah gua dengar PNB ini menjadi pelabur hartanah selama ini. Jadi, kalau sekali sekala boleh berubah, mengapa tidak berubah mengambil risiko melabur dalam bidang pertanian, menjadi pengimport beras atau pun memajukan industry beras di Malaya supaya kita tidak lagi mengimport, memajukan industry pengeluaran gula supaya kita tidak lagi mengimport dari Thailand (mengapa cuaca Thailand dan Malaya hampir serupa, tanah hampir serupa tetapi kita tidak boleh menanam tebu dan menjadi pengeksport gula, dan mereka boleh?), atau pun PNB melabur dalam industry penternakan, menjadi pembekal daging sekaligus kita tidak lagi bergantung kepada bekalan daging import, produk tenusu dan sebagainya. Makanan, seperti juga pengangkutan, adalah satu yang MESTI, jika ditadbir dengan efisien, maka keuntungan sudah pasti. Siapa yang mahu hidup dengan tidak makan? Seperti juga warga yang tidak berkenderaan, adakah mereka sanggup berjalan kaki dari Subang Jaya ke Pejabat MARA Jalan Raja Laut untuk bekerja setiap hari?

8. Satu lagi gua nak tahu, adakah jika berlaku sesuatu, seperti kerugian ke atas pembinaan bangunan ini, atau blah blah blah, maka KERAjaan akan terpaksa memikul liability? Kerana projek ini diumumkan di dalam Parlimen, seolah-olah mahu meminta restu KERAjaan dan dalam masa yang sama mahukan jaminan KERAjaan tentang masa depan projek ini. Lagi pun namanya Warisan Merdeka, takkan merdeka itu tidak memberikan sebarang symbol ia milik negara, milik KERAjaan atau adakah ia merdeka bagi Republic Palau?

9. Atau, sebenarnya, ada tangan lain yang tersembunyi di sebalik projek ini, yang mahukan satu identity bagi kepimpinannya, atau kepimpinan “suaminya” yang mampu mengarahkan “isterinya” mengarahkan PNB membina satu mercutanda untuk menjadi sebutan? Jika secara langsung menggunakan wang pembayar cukai maka keberangkalian untuk dihentam teruk adalah lebih besar berbanding menggunakan proxy, setidaknya apabila dihentam boleh sahaja dituduh proxy yang bikin proposal.

10. Akhir sekali, flip-flop memainkan peranan utama dalam isu ini. Mula-mula dibentangkan di Parlimen, yang memang ada menyebut ia dibangunkan PNB, tanpa menyebut adakah itu wang PNB atau wang KERAjaan dan PNB cuma sebagai developer sahaja. Kemudian bila isu ini ditimbulkan, ada yang tiba-tiba menyebut ia tidak membazir, kemudian tiba pula satu susuk yang mengatakan ia tidak menggunakan wang rakyat (selepas membuat penafian ia membazir), kemudian muncul pula kenyataan PNB yang menyebut ia wang hasil pelaburan (plus statement from that blogger himself), tidak melibatkan wang pelabur, sekejap wang keuntungan pelaburan dan blah blah blah, tidak merugikan dan sebagainya. Kesinambungan memang hancur, yang hampir membuktikan, polisi KERAjaan ialah sebut dulu, beri alasan kemudian, rugi dulu, tampung kemudian, atau habiskan dulu wang warga, bagi jawapan dan alasan kemudian.

Gua tulis dengan system bernombor, bukanlah kerana gua peminat blog Firaun atau pun petanda yang gua sudah berusia dan takut terlupa. Cuma gua tengok blog yang semalam itu pun pakai nombor. Mahu beri komen panjang, ada limit. So gua ambil keputusan untuk tulis di sini sahaja. Penafian; gua tiada sebarang ilmu pengetahuan ekonomi, untuk bercakap tentang ekonomi dan politik, bagi gua logic akal sudah cukup untuk mendepani kesemua hujah. Kerana apa? Kerana dalam isu ini, ia melibatkan lu, gua, mak gua dan mak lu, serta seluruh warga Malaya yang menjadi pelabur, yang membayar cukai, yang menggunakan pengangkutan awam, yang membeli beras import yang mahal, yang disuruh mengurangkan penggunaan gula setiap kali berlaku kenaikan, dan yang disuruh berjimat pada ketika KERAjaan dan kuncu-kuncunya dengan mudah berbelanja tanpa memikirkan risiko.

Saturday, October 16, 2010

Cerita-cerita Penyedap Yang Seketika

Satu ketika dulu ya, sewaktu gua sedang main-main basikal di depan rumah, tiba-tiba Makcik Senah lalu naik motor. Dia berhenti dan bagi gua seekor burung wak-wak, yang sudah siap disembelih. Makcik Senah baru balik dari sawah, di belakang sungai di rumah gua. Burung itu Makcik Senah jerat dan dia selalu berjanji untuk memberikan lagi burung wak-wak kepada gua, jika terkena jerat di sawahnya. Dan malam itu, gua makan nasi lauk burung wak-wak goreng kunyit.

Satu ketika dulu, kawasan di tepi sungai, belakang rumah gua di Jelebu, adalah sawah bendang saujana mata memandang. Dari Kuala Klawang sehingga ke Pergai, bersambung ke Petaseh juga adalah kawasan sawah bendang. Padi. Yang mengeluarkan beras. Di depan rumah gua dulu, setiap bulan akan ada satu jentera pengisar padi daripada LPP yang datang untuk mengisar padi. Kami panggil itu mesin padi. Hanya untuk skala kecil. Bagi jumlah yang lebih banyak, terpaksa dikisar di kilang padi di Simpang Gelami. Waktu itu juga gua terdengar tentang koperasi, tentang duit padi, tentang racun, tentang tali air dan sebagainya. Walaupun keluarga gua tidak terlibat secara langsung, tapi sawah padi tetap dekat pada jiwa gua.

Itu cerita masa gua belum masuk sekolah. Mungkin 28 tahun yang lepas. Kalau berkenderaan dari Kuala Klawang ke Pergai pada hari ini, sebelah kanan dan kiri jalan, hanyalah hamparan tanah sawah yang terbiar. Masih menghijau dan sebahagiannya sudah terbina rumah, kebun tebu, bengkel motor dan belukar. Satu penghinaan ketara kepada kesuburan bumi. Dengar khabarnya, hanya di Gagu masih lagi bersawah. Yang kebetulan adalah kampung laman Ahli Parlimen Jelebu.

Gua rasa, pemandangan seperti itu, bukan hanya di Jelebu. Bahkan di banyak kawasan lain di seluruh Malaya. Ambil Negeri Sembilan sebagai contoh, memang tidak tersenarai langsung sebagai pengeluar padi. Ambil pula Kedah, yang khabarnya digelar Jelapang Padi. Pun masih tidak mampu muncul sebagai pengeluar utama beras di Malaya. Warga masih lagi berterusan menyuap beras import, yang ditanam, bukanlah di kaki gunung Himalaya atau di sepanjang Sungai Mekong, tapi nun hanya di seberang sempadan.

Satu ketika dulu juga, gua terdengar satu kempen “Dasar Pandang ke Timur”. Masa itu, seluruh warga Malaya, dibuaikan dengan impian untuk meniru Jepun dan Korea. Mahu menjadi negara industry. Mahu menjadi negara maju. Maka berbondong-bondong lah propaganda muncul di akhbar dan televisyen. Melayu khususnya dibuai dengan propaganda menjadi negara industry. Lagu-lagu patriotic di televisyen akan memaparkan klip-klip video pekerja kilang yang begitu ramai, dengan majoritinya Melayu, turun dari bus kilang, sedang tekun bekerja dan berpakaian seragam. Ini disusuli imej bangunan Dayabumi dan juga Lebuhraya Persekutuan. Ketika itu pemandangan sawah padi sepertinya milik Makcik Senah sudah mula dilupuskan. Kalau ada pun cuma dalam drama swasta. Latar belakang kampung di Tanjung Karang.

Ketika itu juga kampung-kampung mulai kosong. Semua anak muda mahu bekerja di “Kelumpo”. Tiada sebarang kempen pun dibuat untuk mengekang kebanjiran anak-anak muda ini ke ibu kota. “Kelumpo” seperti mahu dibanjirkan dengan manusia. Orang-orang kampung. Mahu menjadi sebahagian daripada pemacu negara industry. Skil mengetam padi, menoreh getah dan berkebun hanya milik orang tua. Kita mahu ke depan menjadi seperti warga Jepun dan Korea.

Nah, sekarang. Padi yang ada di Kampung Gagu itu hanya untuk suapan mulut sendiri. Sekadar mahu punyai beras sendiri. Yang kadangkala tidak termakan. 5kg yang diberi kepada mak gua, akhirnya rosak di makan bubuk. Penat badan menuai dan membanting padi tidak berbaloi dengan apa yang diterima. Sekadar mahu berbangga, kami masih meneruskan tradisi. Betul, memang tradisi. Dengan kesemuanya masih lagi berskala kecil, menggunakan teknologi “tradisi” dan pasaran hanyalah mulut sendiri dan kaum kerabat sendiri. Untuk suka-suka.

Sebenarnya apa yang berlaku, adalah bukti kegagalan perancangan menuju negara industry. Yang sebenarnya adalah satu propaganda untuk menipu rakyat demi kelangsungan saku para pemimpin. Bagaimana ini boleh terjadi? Ambil contoh sawah padi. Dengan hamparan tanah sawah yang meluas, dengan kesuburan muka bumi, dengan sumber air yang tidak terbatas, Malaya terpaksa mengimport beras untuk mengisi perut warganya? Propaganda negara industry dulu hanya satu helah. Rentetan propaganda itu, maka tanah-tanah rizab Melayu telah menjadi mangsa. Mendirikan kilang-kilang industry, diambil atas nama pembangunan, pembinaan mini kompleks sukan yang kononnya untuk para pekerja kilang, pembinaan rumah-rumah kos rendah yang akhirnya terbengkalai yang kononnya mahu memenuhi permintaan penempatan para pekerja industry yang tinggal di pinggir-pinggir bandar. Dan sebagainya.

28 tahun selepas itu, atau mungkin 30 tahun selepasnya, gua masih lagi terdengar tentang sector pertanian. Terdengar kembali tentang sector pertanian. Saban tahun mata kita dijamukan dengan imejan pak menteri bertopi cowboy, berziarah ke ladang-ladang pertanian dan ternakan di seluruh Eropah. Tapi kemudiannya pulang dengan tanah kosong. Sekadar gah dalam berita waktu perdana. Dalam setiap kali pembentangan belanjawan, sector pertanian sayup-sayup kedengaran. Mujur Kementerian Pertanian masih terus wujud. Tapi bagai melukut tepian gantang. Sekadar mahu memuaskan hati orang-orang kampung, majoritinya orang Melayu, akan wujudnya Lembaga Pertubuhan Peladang, untuk RM50 elaun kehadiran mesyuarat, untuk satu atau dua majlis makan-makan setahun.

Tempoh selepas mahu bergerak mencapai taraf negara industry itu, menyaksikan kita terpaksa menjamah beras Siam dan India, kita makan daging dan minum susu lembu Australia, lamb chop kambing dari New Zealand, bahkan ikan dari Thailand. Pada ketika negara ini, tanahair ini, dirahmati Tuhan dengan kesuburan dan lautan yang meluas. Bekalan daging tempatan masih tidak mencukupi, beras tempatan jauh sekali, produk tenusu usahkan bermimpi. Kenapa?

Ini semua adalah bahana, perancangan demi perancangan, yang ambik satu tinggal satu. Ambik industry tinggal pertanian dan ambik kewangan tinggal industry. Lihatlah apa yang berlaku hari ini apabila kita mahu menjadi hub kewangan pula. Kita tidak lagi sibuk untuk menjadi negara industry, kerana terbukti ia tidak langsung berjaya. Para pelabur mengalih perhatian membuka kilang-kilang perindustrian di Thailand, di China dan Vietnam. Jangan beritahu itu kerana kos tenaga buruh yang murah. Sebelum mendirikan kilang-kilang perindustrian, kos operasi akan dilihat dulu, kos bahan mentah, kos tapak perindustrian dan sebagainya. Semua ini memang benar telah diambil kira oleh KERAjaan ketika memacu pembangunan industry negara 28 tahun yang lepas, tapi tiada kesinambungan kerana ia hanya sekadar projek untuk memastikan kroni terus dapat menjual tanah, kroni terus dapat membuat pemilikan sementara sebelum berpindah menerajui sector baru yang diketengahkan oleh KERAjaan. Dalam masa yang sama, ruang masa yang begitu luas telah ditinggalkan untuk pertanian.

Nah, hasilnya, selepas 28 tahun atau 30 tahun, kita kembali mahu bermula dengan pertanian. Tapi ini sudah terlambat. Jepun dan Korea yang kita tiru satu ketika dulu, sudah melangkah dua dekad ke depan dalam industry dan juga pertanian. Ketika kita masih memerah susu lembu menggunakan tangan mereka hanya menekan butang-butang automatic pada panel kawalan. Ketika kita memerlukan satu kampung untuk memegang seekor lembu yang mahu disembelih, Australia hanya menggaji seorang tukang sembelihan berbangsa Pakistan untuk beratus-ratus ekor ternakan. (Bagaimana dengan penyelenggaraan pusat-pusat sembelihan yang wujud satu ketika dulu?)

Sudah puluhan tahun gua tidak melihat burung wak-wak. Makcik Senah jugak sudah lama menemui Pencipta. Sawah-sawah masih terus terbiar. Hanya kadangkala timbul seketika, khususnya pada keadaan seperti sekarang. Selepas pembentangan belanjawan. Para usahawan muda ternakan UMNO mahu mendapat bahagian peruntukan. Lembu pawah, tanaman berkelompok itu dan ini, kambing dan sebagainya, tapi masih jauh ketinggalan, kerana sifat KERAjaan yang berterusan melaungkan sesuatu hari ini hanya untuk sekadar menyedapkan hati rakyat, tapi kembali senyap setahun kemudian. Yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran.