Friday, February 04, 2011

Hello Jelebu!

Sessi perbualan telefon antara gua dan mak gua setiap pagi sekarang ni lebih tertumpu pada cerita Mesir. Sebagai mak, gua tahu dia mesti risau, kalau-kalau lepas ni encik revolusi rakyat tu nak datang menyinggah ke sini pulak.

Satu pagi, mak gua cakap.

“Tak payah lah nak bertukar kuasa kat Malaya ni kalau nak kena jadi macam Mesir tu susah nanti”

Dan gua terpaksa sekali lagi, untuk kali yang ke berapa ribu, memberikan penerangan tentang kejahatan rejim UMNO serta sikap kasih sayang mesra rakyat setiap penduduk negara ini. Gua tahu, tiada seorang pun daripada kita, yang mahukan kekacauan. Tapi manusia punyai kesabaran. Dan kesabaran manusia ada had.

Tanyalah setiap pelacur dan perompak yang mendiami kawasan perkuburan Hayyu Sayyidah Zainab di Kaherah itu, mereka juga tidak mahukan kekacauan. Mereka tidak mahu “ribut-ribut” seperti itu. Mereka tidak mahukan negara yang penuh dengan ancaman.

Tapi rakyat itu manusia, dan manusia itu ada kesabaran serta kesabaran itu punya had.

Gua harap sesiapa yang sudah hilang kesabaran, terjemahkan revolusi kamu ke kertas undi pada GE yang akan datang. Paling tidak pun buat undi rosak.

Tuesday, February 01, 2011

From Cairo to Washington DC

Satu masa dulu, Presiden Ronald Reagan telah mengadakan lawatan ke Mesir. Lawatan rasmi negara. Masa tu Presiden Mubarak sudah pun jadik kepala negara. Cuma dia muda lagi lah masa tu, lebih kurang macam Ariel Peter Pan, kot.

Satu malam, selepas selesai jamuan makan “negara” Mubarak telah sudi untuk menemani Ronald Reagan pulang ke hotel sambil-sambil meronda makan angin sekitar Kaherah. Masa tu hanya mereka berdua sahaja yang ada dalam kereta dan Mubarak memandu sendiri keretanya. First Lady naik kereta lain. Sebab diorang sibuk nak privasi borak pasal shopping lampu kristal untuk Nancy Reagan bawak balik ke Washington.

Semasa dalam kereta, Ronald Reagan telah memberitahu Mubarak, betapa sedapnya lauk burung merpati ada sumbat nasi tadi. Dia jugak ucap terima kasih sebab petang tadi sebelum jamuan makan, Mubarak dah belanja dia naik unta di sekitar pyramid. Dia kata sejak kecik lagi dia berangan nak naik unta dekat pyramid tu, baru kali ini tercapai.

Sambil berborak, mata Reagan melihat ke luar melalui tingkap kereta kalis peluru yang di-tinted 100% gagal melepasi had yang dibenarkan JPJ itu. Semasa berhenti di trafik light, Reagan terlihat seorang lelaki Mesir, sedang mengangkat jubahnya separas peha, menghadap ke dinding sambil terhenjut-henjut. Kalau tak silap gua masa tu diorang stop kat trafik light dekat dengan Ataba.

“Cuma satu aje yang gua tengok, apasal orang Mesir ni suka kencing kat dinding merata-rata? Nampak tak senonoh lah pada pelancong kalau diorang buat perangai ni” Reagan berkata sambil kepalanya menggeleng-geleng.

Mubarak tidak menjawab, sebaliknya dia terus menarik hand-brake dan membuka pintu. Dua biji kereta pengawal yang follow kat belakang pun turut berhenti. Mubarak terus menerpa lelaki Mesir itu, yang sedang merenjis-renjiskan titisan terakhirnya ke tepi dinding lantas mencekak leher lelaki tersebut.

“Celaka lu bikin malu gua betul” hamun Mubarak lantas menolak lelaki itu ke arah pengawalnya yang sudah berada berhampiran.

“Hantar terus mamat ni ke penjara, ajar dia sikit cemana nak kencing” Mubarak memberikan arahan.

Reagan hanya memerhatikan kejadian tersebut sambil tersenyum. Apabila Mubarak masuk semula ke dalam kereta dan meneruskan perjalanan, Reagan pun menukar tajuk lain sambil meminta maaf terlebih dahulu kalau Mubarak tersinggung dengan tegurannya tadi. Mereka pun bercerita tentang plan malam esok nak pegi tengok tarian gelek. Itu cerita lain.

Lebih kurang setahun selepas itu, Mubarak telah dijemput pulak oleh Reagan untuk melawat Washington. Bukan main gembira Mubarak dapat ke Amerika. First Lady pun apatah lagi, bukan main riang. Awal-awal lagi sudah buat list handbag nak beli masa shopping di negara Uncle Sam. Sebulan sebelum pergi, dia dah buat appointment dengan Max Factor, nak pegi buat trim bulu kening kalau tak silap gua. Masa tu belum wujud lagi make-up jenama SimplySiti ni, semua orang pakai Max Factor.

Jadi, semasa di Washington, untuk membalas budi baik Mubarak dulu, Reagan juga telah sudi menemankan Mubarak mengambil angin malam di sekitar Washington DC. Reagan juga, seperti Mubarak, telah memandu sendiri keretanya, sambil diringi oleh pasukan keselamatannya di belakang.

Ketika berhenti di satu trafik light, Mubarak telah terlihat seorang lelaki sedang berdiri terhenjut-henjut mengadap ke dinding bangunan di tepi lorong persis orang sedang kencing. Mubarak tiba-tiba ketawa berdekah-dekah.

“Aha, dulu lu kata dengan gua, orang Mesir perangai tak senonoh kencing berdiri kat tepi dinding, ni apasal gua tengok orang Amerika pun lebih kurang jugak? Hah hah hah!” Mubarak menyambung ketawanya.

Reagan dengan muka yang merah padam telah dengan segera keluar dari kereta menuju ke arah lelaki tersebut lantas mencekak lehernya. Mubarak yang turut keluar mengekori Reagan masih tidak berhenti ketawa.

“Apasal lu bikin malu orang Amerika kencing kat tepi jalan macam ni? Kita rakyat Amerika mesti tunjuk perangai yang senonoh sikit” kata Reagan dengan suara yang agak keras.

“Tapi tuan, saya bukan orang Amerika, saya orang Mesir” kata lelaki itu sambil matanya buntang terkejut melihat Mubarak, yang jugak terbuntang matanya.

“Ya Sayyida-Ra’is, tikmal eh fi Washington dal wakti?