Sessi perbualan telefon antara gua dan mak gua setiap pagi sekarang ni lebih tertumpu pada cerita Mesir. Sebagai mak, gua tahu dia mesti risau, kalau-kalau lepas ni encik revolusi rakyat tu nak datang menyinggah ke sini pulak.
Satu pagi, mak gua cakap.
“Tak payah lah nak bertukar kuasa kat Malaya ni kalau nak kena jadi macam Mesir tu susah nanti”
Dan gua terpaksa sekali lagi, untuk kali yang ke berapa ribu, memberikan penerangan tentang kejahatan rejim UMNO serta sikap kasih sayang mesra rakyat setiap penduduk negara ini. Gua tahu, tiada seorang pun daripada kita, yang mahukan kekacauan. Tapi manusia punyai kesabaran. Dan kesabaran manusia ada had.
Tanyalah setiap pelacur dan perompak yang mendiami kawasan perkuburan Hayyu Sayyidah Zainab di Kaherah itu, mereka juga tidak mahukan kekacauan. Mereka tidak mahu “ribut-ribut” seperti itu. Mereka tidak mahukan negara yang penuh dengan ancaman.
Tapi rakyat itu manusia, dan manusia itu ada kesabaran serta kesabaran itu punya had.
Gua harap sesiapa yang sudah hilang kesabaran, terjemahkan revolusi kamu ke kertas undi pada GE yang akan datang. Paling tidak pun buat undi rosak.