Wednesday, April 30, 2008

The Red Devils in The Red Square

Weeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeehhhhhhhhhhoooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo!!!!

Tuesday, April 29, 2008

Hantu Anwar Ibrahim dan RTM yang tidak pernah menyesal

Sedikit seronok apabila kita diberi peluang untuk mengikuti persidangan Parlimen secara langsung. Walaupun ia bukan tuntutan baru, tapi baru hari ini nampaknya kerajaan yang bongkak sedikit berani memenuhi sebahagian rangka-rangka demokrasi itu.

Namun kita masih lagi dibebalkan dengan isu bebanan kos, isu peralatan, hak penyiaran dan etika pada waktu semua pihak sepatutnya sudah bersedia untuk berdepan dengan sebarang kemungkinan yang berpunca daripada kecetekan minda mereka sendiri atau pun kerana mereka sebenarnya gagal melaksnakan tanggungjawab sebagai seorang MP yang dipilih rakyat.

RTM melalui menteri barunya yang juga seorang penentang kerajaan satu ketika dahulu, telah membangkitkan isu kos, baru baru ini. RM1 juta setiap kali siaran langsung dibuat. Bermakna jika sebulan bersidang, duit pembayar cukai sebanyak RM30juta disalurkan untuk kos penyiaran persidangan Parlimen, yang belum tentu boleh memberikan kita kepuasan, kerana ruang masanya yang sangat terhad, selama sejam.

Gua faham, apabila mereka membangkitkan mengenai airtime dan juga kos penyiaran. RTM memberi alasan mereka perlu menukar segala peralatan bagi memastikan mutu siaran langsung adalah yang terbaik, walaupun mutu siaran RTM selama ini adalah tidak langsung baik.

Kos ODB van (van putih besar yang berfungsi sebagai studio ketika siaran langsung di luar) boleh dibuang dengan cara RTM set up satu mini studio yang berbentuk kekal, di bangunan Parlimen. Mengapa di PWTC boleh semasa bebal-bebal UMNO sedang meracau? Tuan menteri penerangan, jangan kena tipu dengan kos-kos ini semua. Belajar lah sikit dulu tentang penyiaran sebelum menjadi menteri penerangan.

Keduanya, kos air time. Memang wujud, tapi salurannya sekarang ialah RTM (baca: tv kerajaan). Dan waktunya pula ialah jam 10 pagi. Masa tu, mak gua aje yang tinggal kat rumah dengan anak gua. Orang semua pegi kerja, bebudak pegi sekolah. Kalau orang tengok pun, mereka yang di tempat kerja.

Mulalah lepas ni RTM nak berlagak dengan rating siaran Parlimen mereka, kalau lu tak percaya tunggu sehari dua lagi. Jadi kos airtime itu sangat tidak logik. Dan syarikat kopi tongkat ali yang mana sanggup beli airtime sejam waktu pagi? Siaran langsung pulak tu.

Ketiganya, kos kakitangan. Setahu gua para pekerja RTM adalah sebahagian daripada kakitangan kerajaan di bawah Kementerian Penerangan. Gaji mereka dibayar oleh kerajaan. Memang wujud kos tambahan untuk kerja di luar terutama siaran langsung. Serta memang satu kegemaran RTM untuk membuat kerja luar. Drama di tengah sawah contohnya, boleh shoot di Tanjung Karang, tapi mereka akan ke Pendang supaya dapat claim lebih. Itu contoh.

Siaran langsung selama 30 minit, takkan lu nak buat claim seorang stand upper 30K. Dah lah stand upper macam budak belum habis sekolah, overall live coverage hanya 10-15 minit sahaja lah! Gua rasa Hamish McDonalds pun x dapat banyak tu masa dia kena sembur dengan air di BERSIH.

Krew? 10 kamera lu perlukan 20 krew. Overall 30 krew untuk satu live coverage dalam bangunan selama 30 minit juga x masuk akal. Tapi sebab orang RTM akan suka pergi ramai-ramai sebab dapat claim lebih, silakan. Tapi kalau seorang dibayar 10K jumlahnya baru 300K. Baki lagi 700K untuk airtime dan ODB van? Tuan Menteri Penerangan, nak tipu pun janganlah melampau sangat.

Oh ya! Sebuah negara Yahudi yang diberi nama Israel, terletak bersempadan dengan kampung gua satu ketika dulu, juga menyiarkan persidangan Parlimen mereka secara langsung. Melalui satu saluran khusus. Israel 3. Tanpa tapisan dan disiarkan selama mana persidangan berlangsung. Oh ya, tanpa iklan. Itu TV kerajaan sebuah negara Zionis.

Satu lagi, Kak Wan dapat kad jemputan ke perasmian persidangan Parlimen yang dihadiri Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong melalui satu surat dan bukannya kad jemputan seperti MP yang lain. Juga tidak menjemput pasangannya. Mungkin bimbang ramai yang cabut lari, bertempiaran kerana takutkan satu susuk. Ah! Manusia-manusia itu masih lagi takutkan bayang-bayang sendiri.

Saturday, April 26, 2008

Ada 2 Game Lagi, Dude!

Mungkin untuk kali pertama, gua tengok Pak Alex macam tersilap percaturan. Tapi, dia pun manusia biasa jugak, mana dia tahu Vida dan Rooney akan injured. Ada 2 game lagi. Chelski mesti ke St James Park, yang sekarang nie tengah hot. Anything can happen! Kita cerita semula pasal bola pada 11 May, okay.

Wednesday, April 23, 2008

Satu Seloka Mengarut Untuk Menghibur Hati

Gua nak cerita kisah orang kalah judi yang terus meracau serba tak menjadi. Tuan kalah bersabung ayam, si Jalak mati tangan tuannya luka. Lukanya pula dalam mana kan sembuh seminggu dua.

Mula-mula salahkan tubuh badan. Si tuan membawa Jalak turun ke medan sabung dengan tidak mandi wajib lagi. Maklumlah, orang bersabung ayam di pagi Jumaat, sementara menunggu matahari terpacak dan tok siak mengibas sejadah untuk berkumpul menahan air liur basi meleleh semasa pak imam membaca khutbah. Malam tadi si tuan sudah bersabung dulu. Kerana tidur meninggi hari si Jalak dibawa tanpa tuannya sempat mandi. Salahkan tubuh badan sendiri. Tuannya kata sial aku bawa si Jalak bersabung sedang aku belum mandi junub.

Tapi seraya tuannya berfikir, mana kan mungkin tak mandi junub si Jalak mati. Ini mesti badi si menantu. Semalam pulang mandikan orang mati. Entah apa syaitan yang dibawa kembali, Jalak yang bersabung, nyawanya juga terpaksa diberi. Celaka punya menantu.

Bahu ayahanda ditepuk menantu, ketika fikiran runsing dan buntu. Katanya gua boleh baca apa yang lu menungkan, wahai ayahanda itu kata orang sahaja janganlah termakan.

Ayahanda mengangguk mengiyakan sahaja, tahu dia bukan menantu yang punya angkara. Ini mesti musuh yang punya kerja. Sakit hati tengok Jalak yang terus menjadi raja. Entah najis babi dilempar, atau babi sendiri yang dibagi makan, agar Jalak tidak keruan, kalah bersabung terbaring di medan.

Tuan tahu Jalak banyak musuh, di dalam selimut atau pun yang selama ini hanya pandai merungut. Mesti mereka yang punya angkara, Jalak perwira kini jadi bahan ketawa.

Tiba-tiba tuan teringat, minggu sudah dia melepas penat. Jalak dibawa mengambil angin, ke tepi pantai di pohon beringin. Di kelompok manusia yang sedang naik marah, kuil mereka sedang dijarah.

Tahulah tuan apa sialnya. Jalak terkena sumpahan kuil, badan si Jalak sudah menggigil, kerana takut dengan “wail wail”. Aduhai tuan mendapat akal, tahulah mengapa Jalaknya tewas, akibat sumpahan mereka yang rumah ibadatnya dirampas.

Muncul semula si menantu bistari, cuba bersama mentua berkongsi simpati. Katanya ayahanda bukan itu sebabnya Jalak mati, tapi keris ayahanda yang memakan diri. Jalak tidak disembur jampi, keris pusaka warisan diri. Oh ya si tuan lupa, keris celaka tersimpan rapi. Kalau dulu diasap dan dipuji, tapi Jalak bersabung keris tidak berjampi. Celakalah keris itu!

Tapi tuan segera teringat, bini tercinta pernah mengamuk, Jalak berak tidak bertempat, dengan penyapu Jalak dihempuk. Kesian Jalak membawa diri, penyapu yang sial membantai diri, hina sungguh rasa dihati, lalu merajuk tidak berhenti, hingga tewas di gelanggang sendiri.

Tahulah tuan apa sebabnya. Selepas hampir 2 purnama Jalak pergi, rupanya penyapu penyebab misteri, Jalak tumbang memalukan diri. Betullah kata penglipur lara, penyapu itu sial barangnya, jangan diberi atau dipukul, nanti buruk menimpa diri.

Tukang cerita kembang hidung, habis sudah satu misteri, entah kan betul entah bohong, saja ketawa seorang diri. Ingin saja telinga tuan dibisikkan, gua ada satu lagi teori, jangan terkejut menuduh gua yang bukan-bukan, Cuma gua rasa Jalak dah tua sangat dan patut mati.

Al Fatihah Untuk Rustam A.Sani

Rustam A.Sani, penulis, aktivis dan anak kepada tokoh ulung kemerdekaan negara Ahmad Boestamam telah meninggal dunia jam 3 pagi tadi di rumahnya di Gombak. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Masih ada masa lagi untuk mereka yang mahu menghadiri pengkebumiannya di Gombak selepas Zohor ini.

Tuesday, April 22, 2008

Isham Rais MAY DAY BOOK LAUNCH


BUKU BARU /NEW BOOK – Hishamuddin Rais

KEGANASAN, PENIPUAN & INTERNET
Hegemoni media daulah pecah

Dapat dibeli di semua kedai buku minggu ini:

On sale at major book shops this week:

1 MPH
2 Kinokuniya
3 Borders
4 Times
5 Coop Book Store
6 Popular BOOK Store
7 Rice Cooker Annex Central Market

Buku akan di lancarkan dan dijual di Bau Bau Cafe Annex Central Market Book launch/sale at Bau Bau Cafe Annex Central Market

On 1 May 2008

8.30 pm – Buku lancar/Book launch

8.45 pm - Jamuan/Reception

9.00 pm – Party muzik/bands

Semua dijemput/ all welcome

Tq - isham rais

Wednesday, April 16, 2008

Isu Ketuanan Melayu Sudah di Bawa ke Sidratul Muntaha

Memang benar, Kaabah itu adalah kiblat untuk orang Islam. Mekah juga adalah kota suci, seperti juga Madinah, Al-Quds, Qum, Varanasi, Vatican City, Beitellehem dan Lopburi.

Juga menunaikan umrah & haji, bagi umat Islam ia adalah satu ibadah. Takkan itu pun gua mau cerita lagi kan? Cuma bila lu kata lu pegi Mekah sebab lu nak bermuhasabah diri (bagi yang tolol, muhasabah itu bukan singkatan kepada muhamad yang lahir di sabah ye!) dan mahu merenung dalam-dalam mengenai nasib dan masa depan politik dan parti, gua rasa lu sudah sampai ke satu peringkat yang kita katakan menjual agama.

Menjual agama ini ada dalam pelbagai situasi. Ada agama yang dijual secara langsung seperti orang jual karipap,

“agama, agama! Sapa mahu beli agama!”

Itu perkara biasa bahkan dalam beberapa keadaan ia adalah satu tuntutan. Berdakwah sebagai contoh, ia satu tuntutan. Jangan hina orang yang berdakwah, sebab bukan Islam sahaja yang berdakwah, Kristian juga berdakwah, Buddha juga berdakwah. Semua agama ada pendakwah. Ia satu tugas global.

Tapi apabila orang politik yang korup bercakap tentang agama, demi kepentingan politik, itu bermakna mereka telah menjual agama, dalam situasi yang sedikit berbeza daripada si penjual karipap. Kelihatan terdesak.

Apabila bekas MB Selangor, yang kini sudah menyertai keluarga beruk menulis, satu demi satu entrinya dari kota suci Mekah, dengan prakata tentang muhasabah diri dan parti, nasib orang Melayu, juga babi yang disebut di dalam Al Quran, maka gua berpendapat dia sudah terlalu terdesak. Atau barangkali gila, seperti mentornya yang tinggal di Mines Beach Resort itu.

Untuk menilai diri dan parti politik yang penuh dengan najis korupsi, lu tak perlu meminggir diri ke Hijr Ismail, atau berlari-lari anak antara Safa dan Marwah. Jangan jadikan agama yang suci sebagai satu batu loncatan untuk lu memberitahu yang parti perkauman itu nasibnya sudah diadukan kepada Yang Maha Esa di dalam rumah-Nya sendiri.

Menjual agama dengan penuh rasa hormat seperti ini, sama martabatnya dengan perbuatan para penjual ubat “kasi tahan lama dan kasi ketat” yang berpakaian seperti tok guru nak buka kelas tafsir. Mereka berlakon supaya orang yakin, takkan dia jual ubat tipu pulak, tengok pakaian kita tahu dia tu warak. Mereka menambah penyedap rasa bahawa ketika berada di Hijr Ismail minda mereka disesakkan dengan masalah negara, parti yang bergolak, ladang babi yang sepatutnya projek dapat ke tangan kroni tapi kini orang lain punya atau nasib ketuanan Melayu.

Ah! Ironinya, nasib ketuanan Melayu dibawa berjumpa Tuhan di Mekah. Suci sangat perjuangan ini hingga terpaksa mengadu kepada Tuhan nasib satu kumpulan manusia yang rakus, gila kuasa, tamak dan zalim ketika mereka yang lain menangis gembira dapat diberikan peluang bersolat dan beribadat sehampir mungkin dengan Kaabah yang suci.

Sudah-sudah lah tu. Hampir segala benda kamu politikkan, daripada manusia sampai ke babi. Dan kini kamu mahu mempolitikkan agama pulak, menjual nama agama secara terlindung, demi sedikit simpati, ohhh ahhh tulusnya hati pemimpin ini, dia berdoa tentang nasib bangsa Melayu hingga ke Tanah Suci.

Gua hampir lupa, orang yang terdesak biasanya akan kembali kepada agama, atau paling hampir, menjual sedikit cebisan agama itu.

Tuesday, April 15, 2008

NAJIB PEMBAWA ZAMAN GELAP - Hishamuddin Rais

Mahathir Muhamad telah memerangkap Tengku Razaleigh untuk membuka tirai – dengan mesyuarat agung tergempar - untuk mengetepikan Abdullah Badawi. Untuk entah ke berapa kali Razaleigh Hamzah telah dijadikan batu loncatan oleh Mahathir Muhamad. Razaleigh adalah perwakilan politik lama – politik era Tungku – politik ‘ the British clubby gentelman’ – di mana setiap kata adalah untuk di kota.

Era dan zaman itu telah lama selesai. Kita sekarang dalam era peralihan dari zaman gelap ke zaman cerah. Bahayanya, Mahathir Muhamad inginkan kita rakyat Malaysia kembali ke zaman gelap, ke zaman ketakutan dan ke zaman autokratik. Justeru, Mahathir Muhamad sedang merancang untuk menobatkan Najib Razak.

Seyogia perlu kita sama berwaspada dan mengetahui kenapa/mengapa Mahathir Muhamad memilih Najib Razak? Kita wajib memahami sebab musababnya agar kita semua akan bersedia menghadapi zaman gelap yang akan dibawa oleh Najib Razak.

Kenapa Mahathir kini bermati-matian, dengan licik lagi penuh tipu muslihat sedang merancang untuk menaikkan Najib. Malah minggu lalu media arus perdana juga ‘terjerat’ dengan tipu helah Mahathir apabila melaporkan Najib Razak bukan lagi satu pilihan. Kenyataan Mahathir ini bertujuan untuk menaikkan syahwat Razaleigh Hamzah dan Muhyiddin Yassin agar mereka terus berkomplot menentang Abdullah Badawi. Sebenarnya ini ialah tipu helah jenis Kitul.

( Siapa Kitul ? Sila rujuk Sejarah Melayu kitab naratif kesejarahan oral orang-orang Melayu Melaka. Kita merujuk Sejarah Melayu untuk melihat yang lampau , memahami yang kini dan pedoman ke hadapan.)

Untuk memahami siapa Najib Razak, kita melihat dan memahami kembali bagaimana Mahathir Muhamad memilih menteri- menteri kabinet dan para rottweiler yang mengelilinginya. Mahathir dengan selesa akan memilih orang-orang yang dikelilingi masalah besar. Lebih besar masalah itu lebih baik untuk Mahathir. Contohnya Rahim Thamby Chik dengan kes pecah pendaraan cinta berahi anak gadis di bawah umur adalah orang kepercayaan Mahathir. Arwah Megat Juned seorang kaki judi yang terlibat dalam kematian wanita pemilik kedai video adalah menteri setia Mahathir Muhamad. Shahidan Kassim terlibat dengan kemasukan beras secara gelap di Perlis adalah menteri besar Mahathir Muhamad yang setia.

Rais Yatim sekor bangkai bernyawa telah diberi nafas oleh Mahathir hinggakan sanggup meminum air basuh kaki Mamak yang pada satu ketika dahulu dikutuknya. Rafidah Aziz rottweiler betina terlibat dalam agihan AP, manakala rottweiler jantannya ialah Nazri Aziz. yang terlibat dengan 600 permit teksi. Mereka adalah menteri setia dalam kabinet Mahathir. Para rottweiler–rottweiler ini akan terus menderam dan menyalak jika ada sesiapa yang cuba menghampiri Mahathir Muhamad.

Lihat pula badan kehakiman dan badan kepolisian yang dirasuk rasuah dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Aktiviti rasuah ini dibiarkan oleh Mahathir kerana si perasuah ini akan terus bersetia kepada Mahathir.

Apa sangkut paut semua ini dengan Najib Razak?

Najib Razak ialah ibu kepada semua rasuah. Najib Razak ialah ibu kepada semua masalah. Najib Razak terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya. Ini bukan tohmahan, Dalam mahkamah seorang saksi dari Mongolia telah menerangkan bahawa Najib pernah berjumpa dengan Altantuya.

Najib Razak lebih bangkai bernyawa dari Rais Yatim. Najib Razak lebih banyak menyondol dari Rahim Thamby Chik. Najib Razak berjuta-juta kali menerima rasuah dari Rafidah Aziz dan Nazri Aziz. Manusia seperti Najib Razak ini adalah model ( bukan model Mongolia) yang terbaik dalam bacaan politik Mahathir Muhamad. Manusia Najib ini akan menjadi sekor rottweiler yang paling setia kepada Mahathir Muhamad.

Dalam congak politik Mahathir, Najib Razak akan meneruskan dinastinya. Sesudah Najib akan dimasukkan Hishamuddin Hussein, rottweiler katek si pembawa keris yang lidahnya belum sanggup menjelir panjang. Akhirnya, Mukhriz Mahathir akan muncul. Pada ketika ini si Mukhriz sedang belajar untuk menjadi rottweiler dengan salakan-salakan kecil menyerang Abdullah Badawi. Mukhriz inilah klon asli yang di cita-citakan oleh Mahathir Muhamad.

Jadi siapa sebenarnya Najib Razak?

Najib Razak ialah pembawa zaman gelap ke dalam budaya politik Malaysia. Najib Razak akan memadamkan semua lampu-lampu pencerahan yang baru ingin menyala di Malaysia. Dari segi pembudayaan Najib pasti akan lebih Islam dari Pas. Lebih lebai dari Lebai Kulup. Dengan latar belakang keilmuan yang cetek, Najib untuk membuktikan keislamannya akan melakukan apa sahaja yang ‘dianggapnya’ Islam. Najib Razak yang tidak memahami inti dan falsafah Islam akan hanya berjaya melihat pinggiran dan kulitan Islam.

Ini bermakna Islam garapan Najib akan lebih kolot dan lebih menyusahkan hidup kita semua. Kulitan Islam a la Najib ini bukan lagi jantan di barisan lain dan betina di barisan lain, ia akan lebih dari itu. Keislaman Najib ini bukan hanya membuang patung-patung penyu seperti di Terengganu tetapi akan lebih dari itu.

Buktinya: Tiga tahun dahulu ketika Hari Raya dan Deepavali berjalan serentak, seorang insan yang mengakui dirinya sebagai ‘ ilmuwan Islam’ telah mengeluarkan ‘fatwa bahawa orang Melayu/Islam TIDAK boleh berkongsi Deepavali degan penganut agama Hindu. Kenyataan yang kononnya fatwa ini telah di sambut dan di sokong oleh Najib Razak. Hanya tiga hari kemudian fatwa karut ini telah di sangkal oleh Abdullah Badawi. Ini contoh Islam kapal selam.

Seorang insan yang terlibat dalam kes satu pembunuhan akan melakukan apa sahaja untuk membuktikan bahawa dirinya lebih suci dari Kaabah dan lebih putih dari sabun Breeze. Sila ingatkan kembali kenyataan-kenyataan Najib beberapa bulan dahulu. Hujan tidak guruh pun tidak tiba-tiba Najib menjadi Lebai Najib telah mula mengeluarkan ayat-ayat Furqan untuk membuktikan dirinya lebih Islam dari kapal selam.

Rasuah? Rasuah itu adalah nama timang-timangan dan nama manja Najib Razak.

Kalau polis menahan kita dan meminta baksheesh sepuluh dua puluh ringgit maka ini dianggap rasuah. Tetapi jika Najib membeli senjata, membeli kapal selam dan membeli jet pejuang ini bukan rasuah, mengikut kitab Najib. Duit berjuta-juta ini bukan duit rasuah tetapi mengikut fatwa Najib Razak ini wang komisen. Inilah dia susuk yang sedang di rancang dan sedang uli oleh Mahathir Muhamad untuk dijadikan perdana menteri.

Kenapa Mahathir Muhamad mahukan Najib Razak?

Mahathir Muhamad adalah kepala perompak yang mewakili Daim Zainuddin, Vincent Tan, Eric Chia, Ting Pek King, Ananda Krishan dan Lim Kok Weng antara nama-nama lanun besar . Ada ramai lagi lanun dan penjarah yang berpayung di bawah Mahathir. Mereka dengan bantuan kuasa Mahathir Muhamad telah merompak dan menjarah harta negara selama 22 tahun.

Seperti filem seram Rosemary Baby semua orang yang diharap-harapkan memberi bantuan rupa-rupanya adalah sebahagian dari jaringan lanun. Polis, kehakiman, media, badan pencegah rasuah, imam-imam – semuanya bersekongkol.

Perompak dan lanun-lanun ini tahu jika era pencerahan yang di bawa oleh Abdullah Badawi ini dapat diteruskan mereka semua akan di dakwa di mahkamah. Polis dan para hakim, politikus rasuah, dan sesiapa yang menyalah gunakan kuasa akan juga di hadapan ke mahkamah.

Adalah salah anggap jika kita percaya Mahathir mahukan Abdullah undur kerana legacy sedang di lupuskan. Menaikkan Najib tidak sangkut paut dengan legacy. Adalah salah bacaan politik jika menganggap bahawa Mahathir lebih sayangkan United Malay National Organisation. Mahathir mengharamkan United Malay National Organisation yang asal. Sejuta kali silap jika menganggap bahawa Mahathir membuat semua ini untuk orang Melayu.

Mahathir Muhamad mahukan Najib Razak kerana Najib Razak akan menjadi bangkai bernyawa dan TIDAK akan membuat apa dakwa dakwi terhadap Mahathir Muhamad dan para lanun-lanun yang lain. Dua puluh dua tahun zaman ganas dan zaman gelap Mahathir akan di teruskan oleh Najib Razak.

Kepada sesiapa yang memiliki ilusi tentang Najib Razak sebagai pilihan tepat Mahathir Muhamad, sila tanya diri sendiri. Sudah sampaikah masanya Malaysia menerima perdana menteri baru yang terlibat dalam kes pembunuhan? Apakah pembunuh boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia?

Friday, April 11, 2008

Nantikan Saja Kemunculan Seekor Lagi Beruk Baru

Bagi mereka yang merindui kehilangan Saudara Khairy Jamaluddin, anda perlu bersedia dari hari ini untuk melihat penampilan semula beliau dalam imej yang sedikit berbeza. Khairy Jamaluddin mungkin sedang bertapa untuk menjadi beruk sekarang ini.Sama-sama kita nantikan. Baca di sini.

Thursday, April 10, 2008

Baru Gua Tahu Orang UMNO Rupanya Takutkan Babi

Jika dulu penulis blog dianggap sebagai beruk, hari ini para pemimpin UMNO juga telah turut sama menerjunkan diri ke dalam dunia beruk.

Jika dulu mereka yang turun ke jalanraya dianggap sebagai kumpulan yang mengancam keselamatan dan ketenteraman awam, tapi orang UMNO juga akhir-akhir ini semakin kerap mengancam keselamatan dan ketenteraman awam.

Paling menarik perhatian gua ialah demonstrasi babi-babi, opps maafkan gua, bukan gua maksudkan babi yang berdemo tetapi mereka berdemo pasal babi. Manusia, yang gua yakin 100% adalah ahli UMNO atau kena suruh dengan ketua UMNO cawangan.

Juga gua 90% yakin bahawa mereka ditanggung perbelanjaan dari Sepang ke Shah Alam, dan mungkin juga diberi duit poket, makan tengahari percuma, “marker pen” & manila kad percuma, serta sepanduk yang memang sudah siap bercetak.

Menarik sekali, majority yang pergi ialah orang Melayu UMNO, yang mungkin beragama Islam, sebab gua tengok mereka sangat takutkan babi. Kalau dilihat daripada sepanduk yang mereka angkat lah. Takde pulak gua nampak muka Ah Hong atau pun Rajunathan. Mungkin Ah Hong suka bekalan makanan dia akan mudah & murah selepas ini manakala Raju plak dah join Hindraf.

Orang-orang Melayu UMNO yang mungkin beragama Islam ini, memekik dan menjerit serta membawa sepanduk yang langsung tidak beragendakan alam sekitar, pencemaran, sensitivity agama (Islam yang melarang makan daging babi bukannya Melayu) atau pun isu peruntukan RM100 juta. Atau juga pengambilan tanah untuk projek tersebut. Semua sepanduk mereka berbaur politik.

Sama ada ini menunjukkan kebodohan si pembuat sepanduk, si penulis manila kad menggunakan marker pen yang diberi percuma, atau pun ia bukti kebebalan orang-orang kampung yang mengikut macam lembu dicucuk hidung. Jerit woi, pekik woi, angkat sepanduk woi, berjemur kita tengah panas woi!Kang balik kita dapat nasi bungkus woi!

Jika si tolol, tidak membaca dan berfikir dengan baik, otaknya lebih kurang sama macam otak babi. Makan najis sendiri. Tapi jika tolol, setiap tindakan diambil dengan berfikir secara matang terlebih dahulu, maka ia hanya dilihat tolol daripada sudut kekurangan sijil akademi dan pengalaman belajar sampai cucur atap. Mereka cerdik dalam bertindak.

Publisiti meluas yang dibuat oleh media mengenai isu babi, jika diteliti satu persatu ayat dalam berita mereka, membuktikan teori tolol di atas. Contohnya gambar air laut yang tercemar akibat penternakan babi yang tidak terancang dan terkawal. Atau juga penyiaran gambar si tolol yang sedang mengangkat sepanduk gambar babi dengan setiap seekornya mewakili 3 parti pembangkang BolehLand.

Jika selama ini, kaum lain melihat PAS adalah fotostat kepada Hizbollah, Osama Ben Laden atau mungkin pejuang-pejuang suci Palestine, akibat isu babi mereka akan mempunyai pandangan yang berbeza.Mereka boleh ketepikan trauma kepada imej serban Haji Hadi atau pun jubah kain keras Dr. Lo' Lo'.

Wah rupanya orang Melayu UMNO itu lebih ekstremis daripada PAS. Mereka lebih sensitive dengan isu babi berbanding dengan PAS. Nampaknya juga PAS bersikap terbuka dengan isu kandang babi. Dan mereka membuat keputusan, selagi ada pilihanraya di BolehLand, mereka akan mengundi PAS. Bravo!

Dan untuk si tolol pulak, babi haram dimakan oleh orang Islam, tapi babi tidak haram dibela dan dimakan oleh orang bukan Islam. Benar penternakan babi di Chuah dan di Melaka yang untungnya masuk ke poket pemimpin UMNO yang mungkin beragama Islam itu telah menyebabkan penyebaran virus nipah, mencemar alam sekitar, pengaliran najis dan sisa buangan yang tidak teratur serta melibatkan pengambilan tanah secara haram. Itulah yang akan diperbaiki di Sepang nanti. Faham?

Mahu jadi babi lagi?

Wednesday, April 09, 2008

Al Jazeera Dalam Kenangan

Boleh lu bayangkan sebuah cinta yang berusia 7 tahun? Lu hidup, bernafas, makan dan tidur, mandi dan beribadat serta berdoa dengan cinta itu. Tiba-tiba hari ini cinta itu hilang, atau berakhir. Bagaimana perasaannya?

Gua rasa sedikit sukar untuk menghadapi hari ini, 9th April 2008. walaupun gua tahu setiap yang bermula itu pasti akan sampai ke penamat, tapi gua tidak sangka ia tamat terlalu awal, dan singkat.

Hampir 7 tahun yang lepas, 15 hari selepas gua pulang ke Malaysia. Gua rasa dah sampai masanya untuk mencari kerja, lalu gua ke Kuala Lumpur. Ah! Klise sangat sikit-sikit nak cari kerja kena ke Kuala Lumpur.

Selepas beberapa kali temujanji, gua sampai juga ke pintu pejabat Malaysiakini, di Bangsar Utama. Sangat minat menulis menjadi faktor gua menyertai temuduga mereka, walaupun yang gua bawa hanyalah buku-buku nota catatan peribadi gua sejak berusia 14 tahun untuk dinilai di samping beberapa artikel berbaur politik yang gua tulis dan disiarkan oleh Malaysiakini, Harakah, Tamadun dan beberapa media yang lain. Maklumlah zaman reformasi,darah sangat panas.

Tapi gua pemberontak yang pengecut, bila ditawarkan kerja sebagai wartawan pelatih siap dengan amaran bahawa kerja gua akan dipantau terus dari Bukit Aman, pergerakan dalam perhatian dan macam-macam isu berkaitan gari, akta, polis, Black Maria, lokap dan mahkamah, gua terus meminta masa berfikir. Gua faham Malaysiakini hari itu sangat mendapat perhatian.

Keluar dari sana gua menaiki kereta seorang kawan ke Putrajaya. Kami berlima dengan salah seorang mempunyai urusan di Kementerian Pendidikan. Juga seorang lagi yang punya temujanji untuk ujibakat di Astro. Di dalam kereta itulah cinta gua berusia 7 tahun ini bermula.

Mamat yang mahu pergi ujibakat ni got no balls. Masalahnya kaki dia di Astro sudah booking satu audition dan mesti ada orang pergi untuk audition tu, dan gua dengan rasa sangat bertelurnya telah menawarkan diri. Kerjanya untuk menjadi penterjemah di saluran berita Al Jazeera.

Gua melepasi audition dengan sangat selamba. Bagi gua ia terlalu mudah. Gua buat terjemahan secara langsung, serentak tanpa skrip walaupun bila bersiaran nanti translation script perlu disediakan lebih awal untuk dubbing. Dan gaji yang sangat lumayan, RM250 untuk sejam voice over. Gua rasa gua keje sebulan mesti boleh pegi melancong ke Sweden ni...

Gua makan tidur minum bernafas dan sebagainya dengan kerjaya ini. Gua tidak rasa ada satu kerja lain yang lebih hebat daripada apa yang gua buat. Walaupun selepas tidak lagi dibayar mengikut jam, gua hanya perlu bekerja 15 hari sebulan, tidak termasuk 3 hari cuti tahunan yang gua perlu habiskan setiap bulan, sekaligus menyebabkan gua hanya bekerja sekitar 12 hari sahaja sebulan. Selebihnya gua boleh tidur, jaga anak, shopping, tengok movie, menulis, jadi pemandu pelancong, balik Jelebu atau Muar paling kurang sebulan sekali serta menonton tv sampai jam 3 pagi tanpa perlu risau tidak cukup tidur.

Kalau mahu cerita tentang mereka yang bercinta dengan gua juga adalah sesuatu yang menarik. Kami pernah mempunyai keluarga yang besar sehingga mencapai 19 orang dengan masing-masing mempunyai pendapatan yang besar juga. Ada yang mampu memiliki sebuah rumah lot tepi di Seremban bersama 5 biji kereta dan 5 orang anak dalam tempoh 7 tahun ini. Ada yang mampu membuka sebuah hotel bajet murah di Bangi di samping mempunyai lebih daripada 2 biji rumah namun masih memandu Proton Saga.

Itu belum cerita tentang bisnes yang gagal, yang tersungkur menyembah bumi, yang memandu BMW 5 Series dan kemudian ditipu lebih 200k, atau yang mempunyai 5 kad kredit gold dengan setiap satu had kreditnya sekitar 15-20k. Juga hutang yang bertimbun-timbun.

Oh ya, semua kami juga turut mendaftar program Sarjana dalam pelbagai bidang di UM, UPM, UKM dan UIA, tapi hanyut terus ketika hanya perlu menyiapkan tesis. Sehingga nama-nama kami semua dilupuskan terus daripada senarai pelajar.

Kami ketawa dan menangis bersama. Di pejabat, kami menonton movie yang rakan kami download di rumah sambil menjamu selera dengan nasi ayam percuma yang sedap ditebus dengan meal card.

Kami membaca 3 akhbar harian utama setiap hari yang diberi percuma, kami pulang ke rumah menonton tv dengan percuma tanpa risau dengan bil bulanan, kami juga boleh menghubungi telefon bimbit sesiapa sahaja di seluruh negara melalui talian pejabat tanpa perlu bimbang dengan sebarang caj.

Kerja kami tanpa tekanan, hanya perlu datang kerja dan kemudian pulang. Tiada tugasan di rumah. Homework kami hanyalah menambah pengetahuan melalui berita, ”jangan terlepas keretapi”, dan perlu rajin membaca akhbar.

Indahnya hidup ini selama 7 tahun. Bahagianya anak-anak dan isteri. Boleh pulang ke kampung mengikut suka hati, membeli belah ketika semua orang tersengguk-sengguk di pejabat menjadi hamba abdi atau ...tidur sampai tengahari.

Tapi hukum alam sememangnya begitu. Setiap yang bermula itu mesti akan berakhir. Maka hari ini nikmat itu telah Tuhan tarik semula. Dengan mudah dan pantas, seperti mana ia diberi dahulu.

Al Jazeera versi Arab ini akan berakhir hari ini. Sejarahnya siarannya di BolehLand yang bermula dengan desakan politik kerana menjadi media alternatif paling berani, lantang dan demokrasi akan berakhir pada 9th April 2008 jam 3 petang. Lu tidak akan mendengar lagi suara macho gua dan kawan-kawan.

Walau kami kerap dikritik kerana terjemahan yang agak perlahan tapi kami juga pernah dipuji kerana terjemahan secara langsung ini bukan satu kerja mudah. Tanpa skrip, sejak 21st March 2003. Hanya dibantu kelebihan bercakap dan ilmu tentang berita-berita semasa. Pernah tengok macamana interpreter di UN bekerja?

Gua akan terus berada di sini, kecuali jika Rais Yatim mahu gua menjadi interpreter di Kementerian Luar Negeri. Atau tiba-tiba majikan bukan Melayu lelaki kedua terkaya di BolehLand sudah muak membayar gaji gua. Hidup mesti diteruskan, walaupun gua rasa sangat sedih melihat kemusnahan cinta berusia 7 tahun ini.

Ada kerja kosong untuk gua? Yang lebih lumayan dan berfaedah daripada gua duduk di pejabat dari jam 9 pagi hingga 6 petang hanya membaca akhbar, menonton tv dan kemudian sedikit sibuk dengan deadline info-info program tv pada hari Khamis dan Jumaat? Cepat-cepat e mail gua okay!

Friday, April 04, 2008

Artikel Yang Bukan Politik : Tuhan Itu Masih Bersimpati Dengan Gua

Kuala Lumpur hujan petang sejak 2 minggu yang lepas. Jika gua merempit maknanya gua terpaksa menukar jaket baru untuk ke opis hari esoknya. Bagi gua, kalau dah nak balik rumah, basah kuyup pun okay. Tak punk lah berteduh bawah jambatan takut air hujan. Kalau nak pegi opis okay jugak takut air, ini dah nak balik rumah pun.

Tapi sejak Isnin lepas, Tuhan sudah mula menambah bekalan tadahan air untuk rakyat Selangor. Hujan sudah mula turun waktu pagi pulak. Gua bila tengok pagi-pagi dah hujan ni, benda yang pertama sampai dalam kepala otak gua ialah ”Hujan Pagi”, novel agung karya Pak Samad Said. Entah kenapa, mungkin kerana tajuknya begitu, juga ceritanya yang lekat pada jiwa gua (ia bukan cerita pasal hujan, tapi pasal imaginasi/realiti dan dunia kewartawanan), itulah benda pertama yang akan gua ingat setiap kali hujan di waktu pagi, dari gua baca novel tu sampailah ke pagi tadi. Dan juga sekarang ini.

Sejak Isnin lepas juga, gua seperti menagih simpati, memohon kepada Tuhan, agar ”hujan pagi” ini hanya muncul pada hujung minggu. Gua sebak melihat hujan yang turun pada waktu pagi, melihat susuk gua sendiri di cermin ketika sudah siap untuk ke opis. Aduhai, bukan ini sepatutnya pakaian ketika ”hujan pagi”.

Ketika ini juga, gua teringat TukYa yang memandang titisan air hujan yang turun pada waktu pagi sedang dia sepatutnya keluar ke hutan, lewat novel Seorang Tua di Kaki Gunung tulisan Azizi Haji Abdullah. Hujan pagi sangat enak jika ada air kopi dan ubi rebus. Hujan pagi sangat sangat sinonim dengan selimut yang melitup sehingga paras bahu, juga suara mak yang agak nyaring merungut anaknya yang masih dibuai mimpi walau saat matahari sepatutnya sudah tegak sejengkal jari.

Juga sejak Isnin lepas, gua hanya mampu melihat baju-baju yang gua tinggalkan di ampaian, lencun dan kuyup meminta dibilas dan dikeringkan semula. Aduhai hujan pagi menyebabkan mesin basuh terpaksa bekerja sekali lagi. Selalu juga mak gua akan marah bila gua pulang ke kampung dan mengharapkan hujan akan turun pada waktu pagi.

Ramai yang merana rupanya dengan hujan pagi, walaupun gua meminta hujan di Jelebu itu kerana tidak tahan dengan kepanasannya. Tapi hujan pagi bakal membantutkan rezeki orang-orang kampung seperti Tukya, juga di KL akan menjejaskan prestasi kerja manusia seperti gua, yang melihat hujan pagi sebagai satu nikmat yang patut dirasai dengan mata yang pejam.

Hampir-hampir sahaja gua nak MC kalau hujan pagi tidak berhenti. Mujur pagi ini Tuhan masih bersimpati.

Wednesday, April 02, 2008

BolehLand Itu Kerana Memang Semuanya Boleh

Untuk menguatkan lagi istilah BolehLand itu, hari ini gua melihat 2 benda ajaib berlaku. Seorang MB yang tewas, kini sudah menceburkan diri ke dunia blog. Walaupun sudah beberapa hari cuma sekarang gua punya kesempatan menulis tentangnya. Ada sedikit nasihat ye saudara bekas MB, jangan jadik pondan dan jangan jadik pemalas.

Kalau nak ada blog, lu jangan merayu macam nak mintak orang pangkah lu masa PRU. Ini blog lah bebal, kalau lu merayu macam haram jadah dalam blog lu, ia sama macam lu simbah petrol kat belakang kedai Haji Samuri, api bakar satay akan jadik lebih marak. Lu mau satu blog yang mengharapkan orang memuji lu atau pun memberi cadangan secara berhemah? Gua tengok wakil rakyat BN dalam Parlimen beri atau bahas usul pun bunyi macam orang tak pegi sekolah.

Jangan jadik pondan macam kawan lu yang cabut keris sarung keris tu. Mau tulis blog kasi terang-terang kawan. Walaupun gua tahu lu tulis blog bukan sebab nak kawan dengan ”goblog-goblog” , lu kena berani. Kena nampak macam ada telur. Gua tahu lu cuma nak beli jiwa aje, selari dengan kepentingan politik lu. Pastu lu nak jadik MB semula, atau mungkin terus nak jadik menteri.

Gua tak terpengaruh dengan penerjunan orang seperti lu ke dalam lembah kehinaan ini. Lu tetap seorang bekas MB UMNO yang bongkak dan sombong serta wajar ditongsampahkan. Gua ada simpan lagi bro, keratan akhbar lu punya statement sebelum PRU dulu. Cina beli suratkhbar hari-hari lalu depan rumah gua pujuk suruh jual gua tak mau jugak. Gua cakap ini mau bikin buku teks sejarah kesombongan pemimpin UMNO. Lagi pun gua tengah carik statement lu pasal blog, kalau lu pernah kutuk lah, gua mintak bontot lu berkudis. Berkahak ke langit pelleepaaapp jatuh atas muka sendiri.

Lagi satu nasihat gua, jangan jadik pemalas. Orang UMNO bukan malas nak tulis blog, gempak aje lebih. Tulis satu kali, cerita satu tahun. Sama jugak macam website gomen. Apa cerita bapak menteri yang dah bungkus dalam lori sampah masih ada muka dalam website lagik? Lu setakat cerita dalam paper bro, lu ada blog, pastu suka-suka baca komen sampai 600, pastu entah bila pulak nak menulis, gua rasa baik lu baca Quran aje. Kurang-kurang boleh dapat pahala. Dulu lu kan sibuk, sekarang banyak masa baik beribadat aje. Blog hanya untuk orang rajin dan pandai membahagikan masa. Semua bloggers lepas solat selalu baca Quran apa?

Benda ajaib kedua ialah, pak imam sepak tong yang berangan nak mengetuai bacaan talqin kepada Kak Wan dan partinya, kini mengangkat tangan mengetuai demonstrasi 30 orang. What? 30 orang? Itu aje ke jumlah Pemuda UMNO yang ada telur? Kenapa tak ajak menteri yang ”bukan” Wanita UMNO tu join sekali, dapat jugak 31 orang?

Bro, gua rasa baik lu pegi masjid jugak. Lu jangan nak kelentong lah. Lu kan hafiz, pegi semak semula hafazan lu lagi bagus, daripada lu bertempik tak tentu pasal tengah-tengah hujan tu. Mat Salleh tu bakulsampahkan aje memorandum lu. Wa dah merasa dah. Lagi pun wa takut lu kena ISA plak, demonstrasi lu nie dah kira mengancam keselamatan negara. Pelabur asing pun takut tengok orang pakai songkok terjerit terpekik macam orang gila kat tengah hujan. Jangan sikit lah beb Pemuda UMNO punya imej. Bodoh!

Tapi kalau pun lu masih nak turun ke jalanraya, gua nak jugak bagi sikit nasihat. Jangan membazir. Wa tengok lu punya sepanduk tu bukan main colorful lagi, macam tempah kat syarikat printing aje? Tulisan pun kemas-kemas aje. Membazir tu, walaupun gua tahu UMNO ada banyak duit (rakyat) yang diorang kapur dan simpan, tapi lu mesti pernah jumpa ayat Quran yang Allah tu tak suka orang yang membazir. Kawan syaitan, kataNya. Takkan lu nak kawan dengan syaitan plak, kan!