Tapi gua memang selalu baca malaysia-today. Cuma cerita ini baru keluar semalam.
http://w2.malaysia-today.net/content/view/10296/84/
Dan cuba lu tengok semula cerita Pudin, Rashidi dan Rohaya Sabirin. Ah! Mustahil RPK pernah datang ke blog gua. Lagi pun cerita gua hanya imaginasi sahaja.
Oh ya! Last sekali gua jumpa RPK ialah sekitar tahun 2003. Di rumah "Azman".
Bring it on, man! Bring it on!
Blues di sini ialah kritikan, pandangan, idea-idea sampah, maki hamun, merungut dan perkongsian kisah. Jelebu pula ialah tempat kelahiran blues itu.
Thursday, July 24, 2008
Wednesday, July 23, 2008
Khir Toyo kata Anwar Rosakkan Plan KERAjaan UMNO-Pas di Selangor!
Gua sangat yakin, Nuar Brahim ni memang budak jahat. Segala macam benda yang berlaku atas muka bumi BolehLand ini, Nuar Brahim lah puncanya. Nuar Brahim hampir menyamai maqam Osama Ben Laden, pasca September 11th.
Kalau malam tadi lu dengar berita kilang perabot terbakar di Hulu Yam, maka lu perlu tahu kebakaran itu berpunca daripada Nuar Brahim. Dia yang bakar. Kalau pulak pagi ni lu baca suratkhabar ada berita bas ekspres eksiden, lu perlu juga tahu, itu Nuar Brahim yang curah minyak atas jalanraya kasi itu bus eksiden.
Petang ni hujan lebat dan ribut petir? Itu semua Nuar Brahim punya pasal. Tadi malam dia sudah bangun tahajud mintak pada Tuhan kasi hujan turun. Dia punya pokok bunga sudah layu malas mahu siram. Ingat, semua sebab Nuar Brahim.
Oh ya, Encik Khir Toyo, jangan nak mengelat lagi. UMNO kalah di Selangor dan 5 negeri lain di BolehLand pada PRU12 yang lepas juga puncanya adalah Nuar Brahim. Dan muka lu jadik licin bukan sebab makan tempe, tapi Nuar Brahim sudah sapu dia punya air liur dekat lu punya muka.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah Taala, Encik Khir Toyo, yang empunya kenyataan bebal di atas, bekas Menteri Besar Selangor itu, sebelum pilihanraya, jika anda semua masih punyai bekalan akhbar-akhbar lama, aduhai bukan main lantang mencaci dan menghina pembangkang. Termasuk lah PAS. Tak percaya?
Masih ingat lagi dengan misi pembangkang sifar di Selangor? Itu bukan kucing bapak mentua gua yang cakap, itu Khir Toyo yang cakap. Cari lagi apa yang Khir Toyo sebut tentang pembangkang khususnya PAS sebelum PRU12. Aduhai Khir Toyo, seorang pembaca blognya mengata, sudah terhantuk baru terngadah. Tapi Khir Toyo cakap kalau dia yang terhantuk, dia akan minta jawatan tapi kali itu komprominya ialah banyak jawatan yang diberi kepada PAS. Aduhai gua rasa seperti mahu menangis.
Khir Toyo terlalu ikhlas berjuang untuk bangsa Melayu dan umat Islam sesudah PRU12. Sesudah membuat jalan lurus di tengah sawah bernilai RM4.5 juta, sesudah Bukit Cerakah yang dulu hijau sudah jadi gondol macam kepala Najib Razak. Juga sesudah pelbagai penghinaan dihamburkan kepada pembangkang, termasuk PAS.
Dan kali ini, kembali bersuara dengan mengatakan semuanya berpunca daripada Nuar Brahim. Tidakkah semasa duduk semeja mahu tawar menawar dengan muka yang tebal dan tidak tahu malu itu, Encik Khir Toyo tidak terfikir tentang Nuar Brahim? Bukankah Encik Khir Toyo jugak yang kata PAS sudah tidak releva lagi dalam memperjuangkan Islam? PAS sudah hanya berhelah sahaja menggunakan Islam? Pengundi tidak akan terpedaya dengan tipu helah PAS yang berlindung atas nama Islam?
Ada hati pulak tu, nak tawar menawar. Nak bantu membantu. Selepas lu ludah, lu kencing dan lu berakkan, kemudian hanya sehari lepas PRU12 lu terus buat u-turn? Gua rasa orang yang buat begini, bukanlah atas nama keikhlasan perjuangan untuk orang Melayu dan Islam, wahai Encik Khir Toyo. Ini strategi orang takda maruah, muka tak malu, muka tembok dan tak sedar diri. Ia hanya satu helah untuk memastikan lu terus wujud. Dan selepas PAS termakan gula-gula, adakah Encik Khir Toyo akan terus mengekalkan mereka dalam kumpulan yang sama?
Nuar Brahim konon! Bukankah anda juga yang menyokong pendapat yang mengatakan Nuar Brahim sudah tidak lagi relevan pada PRU12? Bukankah anda juga yang mengatakan pengundi tidak lagi simpati pada Nuar Brahim? Hanya satu malam sahaja berlalu kemudian anda melihat Nuar Brahim sudah menjadi sebab kegagalan rundingan haram jadah tajaan lu demi menyelamatkan maruah dan air muka lu sendiri?
Lupa? Kalau lupa maknanya sudah mahu mampos!

Tuesday, July 22, 2008
Berikan Gua Sehelai Bendera PAS Untuk Gua Bakar
Gua memang takda masalah dengan PAS. Dengan orang-orang PAS pun gua takda masalah. Cuma mungkin orang-orang PAS kadangkala bermasalah dengan gua. Itu cerita lain.
PAS pun bukan asing sangat dengan gua. Masa zaman puntung berasap lagi, keluarga gua dah jadi peneroka PAS. Tapi tak sampai ke mana pun, mungkin sebab bukan bersusur galur dari utara atau pun pantai timur.
Hj Hadi cakap, ia hanya satu muzakarah dengan UMNO, bukan nya kerjasama. Perlu dibuat perbezaan antara 2 perkataan itu. Khalid Samad pulak cakap, ia hanya taktik untuk lengahkan BN masa PR nak buat kerajaan di Selangor. Lagi satu Hj Hadi cakap, PAS bebas nak jumpa sesiapa, kerana Anwar jumpa SAPP pun tak bagitahu sesiapa.
Sebenarnya PAS ni pun manusia jugak. Bukan malaikat pun, walau berkopiah dan berjubah. Lagi pulak bila dah terjun dalam politik. Akal fikiran dan selera juga kena jadi macam orang politik lain. Jangan cuba untuk menafikan.
Tapi bukan satu kesilapan untuk cerdik pandai agama berpolitik. Cuma perlu pandai. Kalau pakai kopiah putih bersih tapi akal dan selera macam orang politik taik dalam UMNO, maka gua rasa baik lu bakar aje kopiah tu.
Dulu masa zaman gua cuba-cuba nak jadik Zack de La Rocha, rambut panjang paras bahu dan memberontak dengan idealisme Marxist, Hj Hadi telah berkunjung ke Mafraq. Sebagai pemberontak kononnya, gua mesti pergi untuk mendengar apa yang dia akan cakap. Masa tu dah hampir ke arah pilihanraya 1999.
Gua pun berdiri sekali dalam rumah yang sempit tu. Panas sebab orang ramai walaupun musim sejuk. Nak bersalam dengan Hj Hadi. Bila tiba turn gua dia terus cakap “Huh! Rambut panjang pun ada sini?” yang gua boleh tafsirkan, “budak rambut panjang pun ada belajar kat sini” atau pun “apa hal ni budak rambut panjang datang majlis ceramah aku?”
Sejak itu gua memang tak suka dengan Hj Hadi. Lagi pulak bila gua dengar ceramah dia malam tu. Takda apa yang best langsung. Tak berisi langsung. Banyak melayang dan berangan. Bukan orang politik.Jadi bila Hj Hadi, hari ini keluarkan statement yang gua tengok macam dah merapu. Kejap ke kiri dan sekejap ke kanan, gua tak rasa hairan. Sebab gua yakin Hj Hadi bukan pilihan terbaik yang PAS ada hari ini untuk menjadi Presiden.
Apa beza muzakarah dengan kerjasama? Kedua-duanya menuntut pertemuan dengan UMNO, satu kumpulan ahli politik jahat, busuk hati, tidak pernah ikhlas, berasaskan ras dan sanggup melakukan apa sahaja untuk terus kekal berkuasa. Tak faham, baca semula sejarah politik Malaysia dan buat catatan betapa busuknya UMNO itu.
Lu sanggup duduk semeja dengan UMNO atas nama muzakarah? Atas dasar kepentingan orang Melayu dan Islam? Wah! Sejak bila pulak UMNO ni menjadi pembela orang Melayu dan Islam? Mereka hanya membela kroni sahaja. Yang kebetulan beragama Islam. Juga yang bukan Islam.
Parti Buruh British ke yang menjadi dalang peristiwa di Memali? Parti Robert Mugabe ke yang selama ini memenjarakan ribuan rakyat di bawah akta zalim ISA? Tu yang ramai-ramai di Kamunting sudah masuk tahun ke-7 terpisah daripada anak isteri, ahli-ahli marhaen PAS itu, adakah mereka dipenjarakan oleh CIA?
UMNO itu lah yang menjadi musuh selama ini, yang memijak kepala dan kopiah orang-orang PAS selama ini. UMNO yang jahat dan busuk hati itulah yang selama ini menghina, mencaci memenjarakan ahli-ahli PAS. Tak ingat? Bukak balik suratkhabar lama. Cari di internet. Pergi ke library. Pergi ke arkib.
Ada yang baik yang pernah UMNO buat untuk PAS? Ada yang baik UMNO pernah cakap tentang PAS? Lagi-lagi sebelum PRU12. Cuba fikir semula, di mana PAS sebelum ini di hati UMNO? Cuba juga ingat semula, bilakah ketikanya perkataan muzakarah ini muncul?
Mengikut kewarasan gua, sejak gua pandai membaca, muzakarah muncul tiga kali sejak gua lahir. Pertama selepas kerjasama PAS-Semangat 46-Hamim-Berjasa, keduanya selepas kejatuhan Terengganu dan yang ketiganya hari ini. Tak faham? Berhentilah jadi ahli politik.
Anwar Ibrahim pergi berjumpa SAPP tu, nak ajak diorang join. Bukan Anwar Ibrahim nak join SAPP. Mengikut perkiraan bodoh gua ni, bila makin ramai yang join pembangkang, kerajaan Barisan Nasional yang jahat itu, yang dominannya ialah UMNO itu, akan tumbang. Pembangkang yang akan berkuasa. Termasuk PAS sekali.
Macam yang gua selalu sebut, peluang macam ini bukan datang selalu. Jika Pakatan Rakyat itu goyah sekarang kerana kes Anwar Ibrahim, lu bantu untuk kukuhkan. Bukan tolong runtuhkan. Ini mamat Nasharudin ni pun sama. Buat malu kompeni aje. Kalau lu memang ada niat nak jadik menteri, apasal masa kat Jordan dulu lu tak mahu register jadik ahli Kelab UMNO?
PAS tidak akan dapat kerusi yang banyak dalam Parlimen dan DUN seperti hari ini kalau pembangkang tidak bersatu, kalau Anwar Ibrahim tidak berkempen sama. PAS mendapat undi dari kalangan mereka yang bencikan Barisan Nasional, khususnya yang bencikan UMNO. Ini termasuk Melayu, Cina dan India. Jadi mereka memilih PAS, PKR dan juga DAP. Asal bukan nya UMNO.
Dan sekarang lu memilih muzakarah pulak dengan UMNO?
Akhirnya...
Musim sejuk di Amman penghujung tahun 1995. Ketika gambar lelaki ini muncul dalam satu siaran berita, Allen Muslic meluru ke depan televisyen sambil meludah. Melekat di kaca tv. Sambil mulut terus menyumpah. Dalam bahasa yang gua tak faham langsung.Allen, Javad, Hassan, Selma, Hadris Gemuk dan ramai lagi di ruang tamu itu juga menyumpah. Memang real punya marah.
Gua harap hari ini mereka semua akan bersorak gembira sambil berdoa Karadzic ini terus hidup untuk dibicarakan dan menerima hukuman.
Friday, July 18, 2008
Dialog 2 Orang "Gadis"
“Kau rasa plan nie boleh jalan ke kali nie, Man?”
”Insya Allah kak, saya kenal sangat si Pudin tu. Akak pun tahu kan macamana rapat saya dengan dia dulu”
Rohaya Sabirin meletup-letupkan jari. Kemudian mata tengok pada Nadia yang duduk kat tangga surau perempuan. Buat-buat macam tak dengar. Buat-buat belek buku. Lepas prep diorang terus ke sini.
Biasalah, budak sekolah agama. Nak jumpa dengan lelaki mesti ada teman.
”Biar akak cakap dengan abang Bijan dulu” Rohaya Sabirin kembali bersuara.
”Saya pun dah bagi clue kat dia semalam. Budak Form One tu pun dah mulakan keje dia”
“Kalau camtu nanti kita jumpa sekali, ok?” Rohaya Sabirin nampak semakin ceria.
”Malam kang lepas prep lah saya bawak Budak Form One datang jumpa dulu” Azman berjanji sambil bergerak perlahan.
Nadia bangun. Rohaya Sabirin melangkah. Perlahan. Kemudian mereka sudah beriring. Perlahan sahaja langkahnya, tapi penuh harapan.
”Kau rasa Azman tu serius ke nak tolong kenakan si Pudin ni?” Rohaya Sabirin macam berbisik ke Nadia.
Sambil tu mengerling ke belakang, melihat Azman yang sudah jauh hampir ke tangga gajah menyusur.
”Rasanya betul kot, dia dah lama tak join geng Pudin tu. Ada krisis hebat orang kata”
”Krisis apa pulak? Dulu aku tengok bukan main bersumpah seranah keramat ntah hapa hapa lagi?”
”Alahai, ada habuan tu dia join geng abang Bijan. Masa ngan Pudin dia tak dapat sangat”
”Tapi abang Bijan cakap dengan aku, diorang tak bagi Azman pegang jawatan”
”Orang macam Azman tu apa kira, dapat jadi ketua Dorm dulu pun takpe”
”Hehe, takpe janji dia boleh tolong kami” Rohaya Sabirin kembali tersenyum.

Wednesday, July 16, 2008
Iklan : Ada Apa Dengan Debat?
Shabery Cheek, masa dalam Semangat 46, ketika berceramah bersama Ibrahim Ali, di rumah Rais Yatim, pernah tersembur-sembur air liurnya ke muka gua, yang ketika itu baru setahun dua berkhatan dan menadah muka di barisan paling depan.
Gua ingat, air liur orang politik jika tersembur ke muka, ketika berpidato, boleh memberikan tempias untuk gua juga menjadi ahli politik, bila dewasa kelak. Tapi air liur tetap air liur jugak.
Dan malam tadi, gua nampak air liur Shabery Cheek, berkumpul di pangkal bibirnya, ketika cuba mengawal daripada tersembur jauh mengena muka Johan Jaafar dan Nordin Kardi. Menurut telahan gua sekarang, jika air liur itu mengenai muka sesiapa, maka orang itu akan berubah kariernya serta merta menjadi penulis blog haprak. Macam gua jugak.
Ketika yang lain, gua nampak Gobi @ Gobalakrishnan bertepuk dan bersorak gembira setiap kali Anwar memulangkan paku buah keras kepada lawannya. Mungkin Gobi merasakan, ”lelaki kamera” akan mencari penonton yang paling ceria, untuk diberikan hadiah, seperti program Macam-Macam Aznil.
Atau kita memang menonton Macam-Macam Aznil, versi politik, tadi malam.

Wednesday, July 09, 2008
Rashidi : The Prequel
Petang tu, cuaca okay jugak lah. Tak panas mana pun. Dah 3 petang hari hujan. Kaki bola seme buat muka monyok kat asrama. Mula-mula tu ada jugak yang turun. Best apa main bola dalam hujan. Tapi warden dah sound tak kasi main time hujan dah. Bulan lepas budak sekolah Dato’ Taha kena panah petir masa training hoki. Mujur tak mati. Patah aje, kayu hoki yang dia pegang tu.
Hari ni ramai yang happy balik. Dapat turun main bola. Kecuali Bob, semua hari sama aje. Lepas prep petang, dia landing sambil menangkup. Kipas dinding bukak speed 3, hala tepat kat kepala. Orang lain gedegung-gedegang bersukan.
Petang tu, cuaca okay jugak lah. Tak panas mana pun. Rashidi baru balik dari dewan makan. Lepas solat Asar. Ambik biskut dengan air teh o. Join minum dengan bebudak surau kejap. Cerita pasal akhirat. Dan juga ilmu-ilmu silat terbang.
Masa nak siap turun main bola tampar, budak Form One entah muncul dari mana tiba-tiba datang bagi salam. Masuk bilik sambil parking selipar Tat Sing kat tepi pintu.
”Kau nak turun riadah ke?” budak Form One yang mula bertanya. Diorang nie member sekampung. Dah lama kenal tapi umur beza dua tahun. Kalau bukan depan senior, memang dia main kau aku aje dengan Rashidi.
“Main bolatampar” Rashidi jawab tarik satu baju dari hanger.
“Boleh cakap kejap?”
“Apahal? Muka cam problem aje kau ni.”
Budak Form One tengok dulu dalam bilik tu. Selang 4 katil, Basiron dengan Khaidir tengah lepak. Dengar radio kecik. Bukak stesen Johor Baharu FM. Petang-petang nie layan DJ si Manis Syam. Ramai budak tahu, Basiron selalu hantar surat minat dengan DJ tu. Tapi tak pernah pulak bebudak nie dengar cerita dia dapat reply.
Katil lain semua clear.
”Aku cakap dengan kau, tapi jangan kasitau sesapa” budak Form One cakap dengan volume yang lebih rendah daripada radio si Basiron.
”Macam besar aje. Cakap lah cepat” Rashidi dah siap dengan stokin sekali. Bangun. Berdiri.
”Aku kena ehem ehem lah dengan Abang Pudin” budak Form One punya suara dah macam berbisik pulak.
”Kau ni biar betul? Jangan main-main beb, buat malu orang kampung aje”
”Betul, aku serius, tu pasal aku jumpa kau. Nak mintak tolong”
Rashidi macam tak percaya. Tapi budak Form One nie muka memang nampak innocent. Layu aje. Lagi pun dah lama kenal. Takkan member sekampung nak kelentong. Dulu masa orientasi, Rashidi selalu tengok-tengokkan member sekampung ni. Banyak kali jugak lah, nak-nak masa tasmik. Takkan member sekampung nak kelentong.
“Kau nak aku tolong apa?” tanya Rashidi. Duduk balik atas katil.
“Aku nak mengadu tapi takut pulak kalau kena belasah. Kengkawan Abang Pudin semua ganas-ganas”
“Habis tu takkan aku pulak nak mengadu? Form 3 bukan senior pun!”
“Kau tahu cemana nak cakap dengan Abang Bijan? Dia mungkin boleh tolong panjangkan ke Cikgu Roslan. Atau pun ke Guru Besar”
“Aku dengan Bijan tu pun tak biasa gak. Tapi nanti aku tanya akak angkat aku si Nadia. Dia baik dengan awek Bijan”
“Aku mintak tolong sangat ni. Aku takut lah. Nak jumpa terus memang tak berani”
”Okeh, nanti aku cuba. Apa-apa hal aku kasitau kau” Rashidi cuba berjanji. Dia tahu, nak borak dengan senior bukan senang. Macam lah jauh sangat beza umurnya, tapi nak buat cemana. Nak pegi jumpa dalam bilik lagi lah takut.
Masuk bilik senior kat tingkat atas tu macam rasa nak pegi mengadap polis trafik mintak kurangkan saman. Biasa yang pegi sebab nak kena tempeleng, atau pun pegi sebab hantar biskut dengan air teh o. Oh, ada satu lagi. Tolong sampaikan surat atau pesanan daripada awek diorang. Kalau takda hal tu, jangan gatal-gatal pegi melawat. Tak pasal-pasal kena jadi tukang urut badan pulak.
Oh! Kecuali Osman. Dia adik angkat Azhari Miskon. Tapi dia pun kem Pudin. Setakat bilik Pudin aje dia boleh masuk. Pernah sekali dia pegi bilik Bijan. Tapi lepas tu asrama kecoh Bob mengamuk adik angkat dia kena tasmik sampai menangis dek Bijan.
Sambil jalan turun tangga. Nak pegi main bolatampar. Rashidi nampak sayup-sayup kat belakang dewan makan. Depan tangga surau perempuan. Badan nampak gebu-gebu macam Rohaya Sabirin.
”Tapi sapa pulak budak lelaki kurus pakai spek tengah borak dengan dia tu?”

Subscribe to:
Posts (Atom)