Thursday, April 05, 2007

3rd April 2002

kita tak merasai betapa bernilainya sesuatu itu dalam hidup ini sehinggalah kita kehilangannya. 5 tahun yang lepas gua kehilangan abah yang gua sayang. abah yang selama ini banyak bersusah payah memastikan gua menjadi manusia seperti hari ini. abah gua pergi dengan begitu mudah. sesudah siap berwuduk pada petang itu menantikan azan maghrib abah duduk di birai katil memerhatikan kucingnya yang kedengaran bergaduh. seketika kemudian abah menghela nafas dan berbaring. dia terus pergi dengan tenang dan sangat tenang. senja itu sangat tenang. mujur gua juga pulang ke kampung untuk bersama mengecapi ketenangan senja itu. tapi gua tidak tenang. kerana sesuatu yang paling tidak gua ingini dalam kehidupan ini akhirnya berlaku jua. gua bersyukur kerana perkara terakhir yang gua lakukan bersama abah ialah berkongsi minum air tebu, dalam kole yang sama. indahnya saat itu. tapi gua telah kehilangan abah untuk selamanya. semoga roh abah dicucuri rahmat Allah Taala sentiasa. Al Fatihah.


Hj Mohd Yusoff bin Hassan
1938-2002

No comments: