Tuesday, April 10, 2007

a ticket to paradise


hahaha inilah jumlah yang terpaksa kita bayar untuk melihat tempat-tempat bersejarah di Jordan. Petra muncul sebagai yang paling mahal bagi bukan warga Jordan. sewaktu gua di sana bayaran untuk bukan warga Jordan ialah JD20 tetapi nampaknya sekarang sudah meningkat kepada JD21 yang lebih kurang RM126. Tapi memang berbaloi. tiada apa yang boleh kita temui dalam dunia ini yang menyamai keindahan Red Rose City. tapi bagi pelajar, memang semua ada hawiyyah dan juga iqamah Jordan, so kitorang bayar cuma JD1. jika lu bawa mak bapak lu datang dari malaysia ke Petra, maka ramailah yang terpaksa bermurah hati meminjamkan hawiyyah (kad matrik) untuk digunakan bagi membeli tiket. tapi ada satu masa si penjual tiket nie macam dah menghidu taktik tersebut, lantas dia mahu melihat satu demi satu pemilik hawiyyah, terpaksa juga seorang demi seorang menayangkan muka tapi untungnya ialah di dalam booth dan tidak boleh keluar, jadi kita ulang dua atau tiga kali orang yang sama dia tidak akan perasan kerana bagi mereka muka kita nie hampir sama.bagi tempat lain tiketnya adalah murah walaupun untuk warga asing kecuali di Jerash. kalau gua tidak silap untuk warga asing dulu kena bayar JD5 tetapi sekarang sudah naik kepada JD8. untuk kami hanya perlu beli tiket setengah dinar sahaja. Jerash selalu menjadi tempat melepas bosan bagi gua dan wife. lokasinya yang dekat. boleh pergi pagi dan pulang petang. pelancong yang tidak bersesak. coaster yang banyak dan mudah serta kos tiket dan pengangkutan yang juga murah. kira kalau boring dan rasa mahu bercinta bolehlah pergi ke Jerash. walaupun benda yang sama sudah dilihat lebih dari 5 kali.sekarang ini kabinet Jordan sudah meluluskan untuk memberikan harga tiket yang sedikit berbeza bagi kemasukan pelawat Arab dan dari negara Teluk ke tempat-tempat bersejarah di Jordan (http://www.jordantimes.com/tue/homenews/homenews7.htm) kerana ia kurang sambutan sebab tiket yang mahal. memang ramai warga kholij yang ke Jordan terutama setiap kali musim panas. namun gua rasa dengan menurunkan harga tiket terutama untuk masuk ke Petra bukanlah berbaloi sangat kerana warga Kholij bukan kumpulan yang sukakan kawasan bersejarah. hanya sebilangan kecil sahaja. mereka lebih sukakan taman tema air, pusat membeli belah, pantai dan juga zoo. itu yang dapat gua lihat sepanjang pengalaman menjadi pemandu pelancong di Malaysia. ia juga tidak jauh berbeza di Jordan kerana mereka ke sana sebab mahu melarikan diri dari musim panas di teluk. Mereka juga bukan kumpulan pelancong seperti warga Eropah. mereka kebiasaannya mempunyai rumah persinggahan atau pun menetap di apartment mewah. masa mereka lebih banyak dihabiskan di pusat-pusat membeli belah dan jika paling "natures lover" pun mereka akan ke Azraq.namun langkah ini mungkin juga boleh menarik minat kumpulan pelancong Arab yang lain seperti dari Afrika Timur atau pun Lebanon. dan yang lebih menarik lagi jika potongan harga tiket yang sama dapat diberikan kepada kumpulan pelancong dari negara-negara Islam. dari pengalaman gua, ramai yang suka ke Petra, cuma tiket yang mahal kadangkala menyebabkan ramai yang tawar hati, malah seorang kenalan yang pergi melawat Jordan atas urusan kerja baru-baru ini menceritakan, dia hanya sempat melihat Petra dari pintu masuk sahaja dan banyak menghabiskan masa di Dead Sea. Lagi pun kalau tiket sudah semakin murah, takde lah gua melilau nak cari hawiyyah orang lain jika gua kembali ke Red Rose City nanti. ciao.

No comments: