Tuesday, April 17, 2007

revolutionist yang gering

gua dapat nie dari blog Black yang langsung x mencintai BolehLand, baru 5 hari balik dari Korea dia sudah meninggalkan BolehLand yang ditinggalkan setahun yang lepas untuk ke Bangkok dan seterusnya ke Manila. Mission unknowed tapi gua tahu Black sangat berbahagia dengan apa yang dilakukannya dalam hidup ini. Go on brother!
Shamsiah Fakeh sedang terlantar sakit sekarang ini di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, kt depan kolam renang DBKL kat Bandar Tun Razak yang berjiran dengan rumah lama gua di Bandar Sri Permaisuri dan dekat sangat dengan stadium bolasepak Kuala Lumpur ( do i have to say more?). tempatnya di wad 4 katil no 20.
Shamsiah Fakeh yang tidak boleh tidak kita perlu masukkan namanya sebagai satu daripada faktor kemerdekaan negara ini sedang terlantar sakit wahai rakyat Malaysia. Benar sejarah negara ini ditulis oleh mereka yang menang dan Shamsiah Fakeh dianggap sebagai "kudis" oleh masyarakat. Gua rasa tanpa orang seperti beliau, kita tidak akan mencapai kemerdekaan dengan mudah dan perlu ingat laungan merdeka itu bukan dilaungkan kali pertama oleh si "pemenang".
Gua rasa nak bawa atuk gua pergi melawat sebab atuk dulu bersekolah di sekolah pondok yang sama dengan Shamsiah, seuisia dan sekelas. Jangan x percaya, orang yang kamu label sebagai komunis itu sebenarnya mungkin punyai pengetahuan dan asas agama yang lagi kuat. Semoga Allah memanjangkan umur si pejuang.

5 comments:

Anonymous said...

wei... dahsyatla ingatan sejarah ko...
aku subjek sejarah dpt c4 je itupun sbb dah dpt tips...
betul ke dia tgh sakit?...
ko dah pegi lawat dia?..
klu aku ada sedikit masa nak gak aku gi sana...blh aku berkenalan ngn dia...

Amin Iskandar said...

Brader....

Aku sayang bolehland... He he...
tak lama misi kali ni... Sebulan je...

Nanti kita jumpa... sekarang aku di Mindanao...
Sila melawat blog bahasa Melayu aku juga: http://aminiskandar.wordpress.com

silversarina said...

akak pun tak kenal sangat puan shamsiah ni tapi mak akak pernah bagitau dia orang bintang tiga ....yelah macam you kata kalau tak de pejuang yang berani macam dia takkan merdeka negara kita....sedih pulak bila dengar dia sakit..... kalau pergi melawat dia sampaikan salam dan doa semoga sembuh dari akak.

The.Libyaman said...

black

"bagus! macam nilah orang muda"
"aku kalau macam korang, aku pun nak ikut sama ke manchestee"

dialog seorang polis kepada anak muda. ingat?

anyway mr black, paling lama astro boleh bagi aku cuti ialah seminggu berturut-turut, so kalau sekadar memeriahkan kempen pilihanraya dengan teater jalanan yang menyeronokkan, i'll be there again n again, tapi misi seperti ini kanda hanya mampu mendoakan dinda dari jauh sahaja.


*************

kak rina,
kadangkala orang yg kalah itu dizalimi (tapi AS Roma tidak). Ramai wira yang tidak didendang dalam "BolehLand" kan? Kita ambil yg positif aje kan. Insya Allah kalau saya pergi jumaat nie saya sampaikan.


************

bro anonymous,

gua pun dah lupa sejarah gua dapat berapa tapi yg gua pasti nama pejuang sebegini tidak dicetak dalam silibus pendidikan BolehLand. Macam taboo pulak bro, UBU pernah buat tuisyen percuma untuk anak-anak marhaen di Bangsar, gua ajar sejarah untuk PMR, diorang terkejut bila gua sebutkan nama-nama wira x didendang ini. kata mereka itu orang jahat kan? tapi gua kagum, sekurang-kurangnya mereka dah kenal dengan nama itu.

Anonymous said...

[url=http://sunkomutors.net/][img]http://sunkomutors.net/img-add/euro2.jpg[/img][/url]
[b]teacher discount microsoft office, [url=http://sunkomutors.net/]of oem software[/url]
[url=http://sunkomutors.net/][/url] buy photoshop extended buying club software
where to buy adobe dreamweaver [url=http://sunkomutors.net/]full version software downloads[/url] oem software what
[url=http://sunkomutors.net/]free recording software downloads[/url] which software to buy
[url=http://sunkomutors.net/]store building software[/url] discount software and
service shop software [url=http://sunkomutors.net/]adobe acrobat 9 backward compatilbility[/b]