malam nie semasa makan wife gua tanya, betul ke rokok nak naik sampai RM10? huh? gua tak tahu sama ada gua patut jawab atau tidak soalan tu. selama 30 tahun gua hidup, rokok belum pernah lagi masuk sebagai agenda dalam hidup gua. mungkin satu ketika dulu masa mak gua berniaga, gua terpaksa juga ambik tahu tapi cuma sekadar untuk tahu aje. takut pulak kalau Pak Lebai nak datang beli Benson 14 gua terjual dengan harga lama, mesti mak gua mengamuk punya. tapi memang sejak mak tidak berniaga lagi, gua memang tidak pernah ambik pot tentang harga rokok. paling akhir yang gua tahu harga rokok Benson 14 ialah RM1.70, so kat situ boleh jugak ler agak bila rasanya tarikh akhir gua mengambil tahu harga rokok. memang jugak saban tahun gua terbaca tentang harga rokok yang naik dan naik. rasanya belum gua jumpa lagi berita tentang harga rokok yang turun. tapi hari ini gua macam terpaksa pulak untuk mengetahui tentang harga rokok.
siang tadi gua pergi repair motor. sejak wife gua drive our Fiat to school every single working day, gua terpaksa kembali merempit sepenuh masa. rezeki untuk punyai second car belum sampai dan gua rasa bukan keperluan untuk masa sekarang coz our Fiat is completely marvellous. so gua terpaksa juga memberikan kasih sayang sedikit kepada motor gua nie. dan yang paling menjadi masalah di KL hari ni ialah motor pancit. perniagaan menggantikan tiub pancit di tepi jalan seperti sudah jadi satu konsortium besar. dan yang paling celaka sekali ialah konsortium ini jugak yang jadi tukang tabur paku kat tepi jalan.idea yahudi mabuk mana lah yang diorang dapat gua pun tak tahu.
sebenarnya gua bukan repair motor sangat tapi gua tukar rim motor. kuda gua sekarang nie dah pakai sport rim yang 7 jari berharga RM140. kira boleh tahan mahal jugak rupanya barang motor nie. mat rempit pun sudah pasti akan jeling 2 kali pada sport rim gua lepas nie. tapi sport rim tu bukan tujuan utamanya cuma gua nak pakai tayar tiubless. hanya dengan pakai sport rim sahaja gua boleh pakai tayar itu. jadi gua tukar sport rim dengan tayar sekali. lepas nie gua tidaklah bimbang sangat dengan risiko pancit di tepi jalan sebab dengan tiubless lu boleh jalan terus, pump semula n terus pegi kedai motor. tembak cuma kena bayar RM5 sahaja berbanding dengan tukar tiub yang harganya RM8 paling murah. tapi kali ni ada orang payung untuk bayar harga tayar dan gua cuma beli sport rim saja sebab dia nak gua punya tayar n rim lama.
nak dijadikan cerita, mamat nie suh gua payung rokok dia. seumur hidup gua nie memang gua belum pernah belikan orang lain rokok. kalau gua nak belanja orang baik gua belanja makan lagi kenyang. tapi entah macamana gua terus aje pergi kedai mamak seberang jalan di Sentul tu dan beli rokok Sampoerna kotak hijau harganya RM5.50. itu arahan yang gua terima. so bila dapat mamak tu kata rokok tu harganya RM5.90. gua hulur duit RM50 dan dia pun melilau nak cari duit tukar. gua tanya dia bukan harga rokok tu lima setengah ke? dengan muka yang sangat konfidenlah gua tanya. tapi mamak tu terus tunjuk kat gua harga yang diorang dah tampal kat situ. memang RM5.90 rupanya. dia pulang semula kat gua RM45.10. gua pun blah dan terus beli air gunakan baki duit lima ringgit yang mamak tu pulangkan. dah nak balik baru gua sedar yang ia terlebih bagi seringgit. tapi gua dan malas nak pusing. berbahagialah encik ramlee ahmad dengan rokoknya yang murah seringgit. bukan senang nak dapat camtu dalam KL nie.
bila makan malam wife gua tanya pasal harga rokok yang katanya nak naik. puncanya sebab gua bercerita tentang rokok si Ramlee petang tadi. gua rasa macam satu kebetulan pulak hari nie. gua terpaksa tahu tentang rokok. tapi bila ditanya begitu gua kata yang sebenarnya gua tak tahu. sebab rokok tidak pernah muncul sebagai satu agenda yang boleh memberikan sebarang kesan dalam hidup gua. kecuali ketika Benson 14 berharga RM1.70 dahulu.
No comments:
Post a Comment