Friday, May 25, 2007

Joke Orang Tido


Gua pun dah x ingat mana gua dapat joke nie tp ia memang kelakar giler.
Credit for the one who created this marvellous joke. Have a nice day!


Pada suatu hari seorang janda berusia 40-an datang bertemu Perdana Menteri di pejabatnya.
Janda nie meminta dari Pak Lah satu projek memasang papan tanda BN di seluruh BolehLand.

Pak Lah : Cuba u berikan satu sebab mengapa u mesti diberikan projek nie?
Janda : Alahai Dato' Seri bukan ke kita pernah tido sekali?
Pak Lah : Hah! U nie biar serius. Bila pulak nie?
Janda : Lahhh! X ingat ke masa Perhimpunan Agung yg lepas, Dato' Seri tido kat atas pentas, I tido kat kerusi perwakilan.

Wednesday, May 23, 2007

Punktlich


Februari lepas gua pergi lunch meeting dengan senior editor gua dan juga koresponden AlJazeera di Malaysia. Kami makan di restaurant Arab di Sri Petaling. konon mau dapat feeling Arab sikit. kami mahu communication dengan HQ di Qatar lebih baik dan they can provide us
with a lot of thing and information, daily. that's what we hope. at the end of our lunch, gua berborak dengan mamat koresponden nie yang gua dah pernah invite sebelum nie ke opis, tentang Jordan. sebab dia baru aje touchdown last nite dari Amman. ntah macamana bercerita
tentang Amman tersentuh pulak tentang Genting Highland n mamat nie dengan selamba sebut King Abdullah mesti suka punya ke Genting kalau dia tahu ada amusement centre yang juga menempatkan kasino di Malaysia. gua tanya pesal? dia kata sebab Abdullah memang suka berjudi dan sangat suka berjudi.

Ini ayat dari seorang wartawan dan gua sudah mengenalinya sebelum ini. dari pemerhatian gua tidak mungkin dia seorang penipu sebab tiada sebarang kepentingan untuknya menipu gua ketika itu. gua tanya lagi dengan penuh kepastian dan dia dengan selambanya mengesahkan yang Abdullah memang seringkali menghabiskan masanya berjudi di England. terperanjat jugak gua sebab belum pernah dengar cerita macam nie walaupun gua tahu bukan semua raja dan pemerintah negara Arab nie baik-baik apatah lagi Abdullah yang tidak dibesarkan di Jordan itu seringkali dikisahkan oleh warga Jordan sebagai bukan Arab. Tapi cerita taik judi ini memang cerita baru yang agak memeranjatkan gua.Last month Abdullah sekali lagi mencuri tumpuan. kali ini dengan kritikan keras dari HAMAS dan pelbagai pihak lain ekoran kenyataannya mengenai haqqul audah (hak kembali bagi pelarian Palestine) dan juga inisiatif pampasan. gua macam nak gelak besar juga bila mendengar inisiatif pampasan nie.

ia sudah mula kedengaran hampir sebulan yang lepas. ketika ditanya, ramai pelarian Palestine di Baq'a (Jordan) dan Einul Helwah (Lebanon) ketawa. Mereka kembali mengajukan soalan. Berapakah pampasan yang mampu dibayar? Berapakah nilainya kehidupan mereka terbuang di bumi asing sejak 1948 dan bagaimana dengan generasi yang telah tiada? Apakah nilainya boleh menyamai tanahair sendiri? Bagaimana dengan generasi mereka yang berikutnya yang sekarang masih berstatus pelarian? Konflik Palestine yang memeningkan kepala. Yang tidak akan selesai hanya dengan perbincangan. Konflik Palestine hanya akan selesai dengan darah. Kerana darah yang tumpah selama ini mempertahankan maruah bangsa dan tanahair mereka perlu ditukar ganti dengan kebebasan tanahair, tempat tumpah darah, warisan nenek moyang yang pasti. Letaklah emas setinggi gunung pun ia tidak akan menyamai penderitaan dan kesengsaraan yang mereka alami selama ini apabila tanahair dirampas dan dijajah zionis. Abdullah anak Hussein mahu menjadi juara kepada isu Palestine? Punktlich!

Tuesday, May 22, 2007

Parlimen dan Bunga

Gua hanya membelek suratkhabar kali terakhir pada Jumaat lepas iaitu 18 May. Selepas itu gua tidak menyentuh lagi kepingan kertas yang dipanggil akhbar itu. Lebih-lebih lagi setelah MU yang sepatutnya menang dengan gol Giggsy tewas di final FA Cup. Gua macam x sanggup nak baca berita pasal kekalahan itu. Gua juga tidak menonton berita sejak Jumaat lepas. Bukan memboikot berita tetapi kerana agak sibuk.Hari ini Selasa 22 May gua kembali ke pejabat dan akan terus di sini untuk tempoh 6 hari yang akan datang. Gua datang pagi ini dan terserempak dengan akhbar semalam. Utusan Malaysia. Paling menarik perhatian gua ialah apabila Encik Khairy Jamaluddin meminta penjelasan dari Encik Anwar Ibrahim mengenai kes Paul Wolfowitz. Malas gua nak baca. Macam bagus sangat pulak dia ni? Kenapa ramai lagi permintaan rakyat marhaen selama ini kepada kerajaan meminta pelbagai penjelasan tentang kehidupan mereka sebagai rakyat tidak pernah diendahkan dan dijadikan bahan berita? Kenapa senyap sahaja tanpa liputan dan jawapan. Politikus busuk. Semua busuk. Gua tahu diorang ni memang semuanya kuih bahulu. Bentuk sahaja yang berbeza, Rupa ikan, rupa bawang, siput dan macam-macam lagi, tapi rasanya semua sama.Lepas itu gua nampak pulak berita pasal Parlimen pulak. Entah suratkhabar bila pun gua tak tahu. Samy Vellu kata bangunan tersebut boleh bertahan untuk 100 tahun lagi. Maknanya jika gua hidup waktu itu gua telah berusia 130 tahun. Merasa juga gua keluar suratkhbar masa tu sebagai manusia paling tua di dunia. Kalau gua masih sihat akal fikiran, gua akan minta untuk dibawa ke bangunan Parlimen, sebab gua nak tengok ia masih selamat atau tidak bagi 100 tahun lagi. Ciss! Sibuk-sibuk gua baca pasal bangunan bocor, nak runtuh dan memacam lagi kepincangan yang sebenarnya bermula dari korupsi ini, gua rasa konklusinya satu sahaja : dengan izin Allah Taala kita bakal memperolehi satu bangunan Parlimen yang baru beberapa tahun lagi. Kontraktornya sudah pastilah kroni yang berlegar sekitar bangunan itu sendiri. Inilah agenda yang sebenar. Gua dah tahu, gua dah tahu! Generasi gua yang akan datang boleh melakukan lawatan sambil belajar ke bangunan Parlimen yang baru. Selepas bangunan itu siap nanti, mungkin pula duit syiling kita akan berubah wajah. Sebab ada sesetengah pencinta estetika ini akan menyalak supaya duit syiling kita kembali mempunyai gambar Parlimen kerana kononnya senang kalau ada game bola pengadil akan tanya " Parlimen ke Bunga?" untuk undi siapa yang nak sepak dulu atau pilih padang. Macam sekarang kekadang terkehel lidah nak sebut " Congkak ke Bunga?" atau "Tepak Sirih ke Bunga?". Kumpulan ini juga akan menyalak kononnya bangunan Parlimen mempunyai nilai estetika yang tinggi walaupun majoriti keputusan di dalamnya tidak bernilai langsung. Itu agenda yang sebenarnya. Kroni sedang menekan kerajaan untuk mempunyai satu bangunan Parlimen yang baru. kita bakal mempunyai Istana Negara yang baru, mengapa tidak bangunan Parlimen? Duit rakyat lagi.Bercakap mengenai Parlimen ini, di dalamnya bagi gua ada 4 ekor badut. Dulu gua andaikan hanya ada 3 Stooges tapi lewat ini sudah bertambah seekor lagi menjadikan 4 ekor badut, senang cakap. Mereka ini sewajarnya sudah dihukum bunuh sejak dulu lagi. Tapi gua hairan kenapa acapkali persidangan Parlimen gua tengok kalangan mereka ini masih lagi wujud. Mereka ialah dari Kinabatangan, Gading, Jerai dan seorang mamat lagi Said ke hapa nama dia yang bergaduh dengan kastam pasal bisnes balaknya di Melaka.Mereka semua ini ialah perosak kepada nilai estetika bangunan Parlimen itu sendiri. Mereka ini merapu, bodoh, bengap, tidak berakhlak, bebal dan tidak sewajarnya menjadi seorang ahli Parlimen. Bagaimana mungkin mereka ini dipilih pengundi, gua pun tak paham? Akhirnya disebabkan semua sikap bodoh, bengap, bahalol, bebal dan tidak berakhlak tadi mereka bertemu juga dengan klimaksnya. Isu seksis yang menjadi kontroversi itu bukan kerana mereka tersasul, tetapi kerana itulah sikap mereka yang sebenar. Mereka bodoh, bengap. tidak berakhlak dan bebal dan tidak sepatutnya bercakap di dalam bangunan yang penuh nilai estetika. Hukuman bunuh yang sepatutnya dikenakan ke atas mereka kerana isu tersebut, bukan sekadar amaran sahaja. Sayang bangunan Parlimen hanya indah pada nama dan nilai estetikanya sahaja, tapi dalamnya penuh dengan tin kosong. Patutlah "Parlimen dan Bunga" sering dilambung-lambung, nilainya kosong sahaja.

Friday, May 11, 2007

Popcorn n Wednesday

Malam rabu. wednesday nite philosopy class kat The Annex Central Market. Kali pertama gua datang selepas UBU mengubahkan ibu pejabatnya ke Central Market. Kira gua rasa UBU nie masih lagi terus hidup walaupun gua sangat jarang mengikuti programnya. ramai yg gua rasa hardcore sudah membawa diri entah ke mana. ada yg ke Mindanao, menyorok di UKM, merajuk ke Ijok dan merajuk lagi ke Shah Alam di antara dua kaki insan, ada yang bergelandangan menjaja puisinya serata BolehLand dan pelbagai agenda lain lagi. masing-masing punyai halatuju dalam hidup mereka yg pasti mereka semua gembira.
Class malam nie sedikit istimewa sebab ada lecturer undangan. Dr Andreas Radtke. mamat nie 1st Secretary kt German Embassy KL. dalam e mail yg gua dapat katanya dia nie Arabic Scholar, tapi bukan pun cuma dia boleh berbahasa Arab sedikit kesan pengalaman di beberapa negara Timur Tengah. Cuma yg menariknya dia memilih Usul Fiqh Islami sebagai tajuk tesis kedoktorannya. dan malam tu dia memilih tajuk "THE ORIGIN OF ISLAMIC JURISPRUDENCE WITH REFERENCE TO QURAN AND HADITH" sebagai modal berborak dan berdialog. menarik dan sangat menarik walaupun tiada yg baru bagi gua sebab semuanya memang sudah tertulis dan beliau hanya menukilkan kembali kekagumannya tentang sumber perundangan Islam.
Tetamu agak memberangsangkan. sekitar 50 orang atau lebih sedikit. ada melayu, cina, india dan juga kulit putih. ada Islam, Buddhist, Christian, Hindu, Sikh, Sunni dan Syiah. Gua seronok dengan kepelbagaian ini. cuma gua belum melihat sambutan bagi kelas-kelas biasa untuk membuat perbandingan.
Gua sangat teruja dengan mamat nie sebab dia membuat kajian yang sangat terperinci tentang Islam. menurutnya, "kaffarah" menjadi perkataan yang menyebabkannya sangat tertarik dengan perundangan Islam. penerangan juga dibuat dengan teliti satu demi satu dan secara berperingkat. tanggapan awal gua agak meleset. gua ingatkan mamat ini seorang orientalis yg mahu memberikan satu pandangan baru tentang perundangan Islam tetapi beliau sangat jujur. terlalu jujur. bahkan berbual dengannya selepas ceramah itu juga membuktikan kejujurannya memberikan pandangan tentang Islam.
Tetapi ada tetamu yang agak menggusarkan gua. soalan yang dilontarkan nampak seperti terlalu naif. tetapi mungkin juga mereka jujur.Begitulah dengan umat Islam, yang ada ketikanya mereka memerlukan Non-Muslim untuk menerangkan tentang Islam itu kepada mereka. Kasihan bukan?

Tuesday, May 08, 2007

Beauty Killed The Beast


A ninth title and Sir Alex Ferguson's greatest triumph - in the season that showed footballing beauty can conquer the relentless beast. Fergie's warm relationship with Jose Mourinho has gone into the deep freeze in recent weeks, the tense nature of the contest seeing both men making statements they may come to regret. But while the Laird of Old Trafford was on the golf course yesterday as Chelsea finally gave up the ghost, nothing should diminish the joy of this title victory, the final proof that Ferguson can build team after team. Yes, United's Treble ambitions were swept away amid the torrents which fell on the San Siro last Wednesday, befuddled and bewitched by the genius of Kaka. But no team has given greater pleasure, has captivated the nation, has played with a spirit of adventure and entertainment more than United this term. (from : Chermin Harian)

Friday, May 04, 2007

macam macam lah plak

jiwa yang kusut menjadi bertambah berserabut apabila ;

Notebook rosak ntah apa pasal pun gua x tahu

PC pulak sudah dua kali format windows tapi masih x dapat connect

Pam air rosak nyaris-nyaris gua nak tidur hotel aje. Bodoh punya maintanance!

Rasa sayang sudah semakin hambar dengan Astro yang bagi increment ciput

Dah bagi increment ciput cek untuk bonus plak belum dapat. hampeh!

Reunion untuk bebudak Maahad Ahmadi kat S'ban dah cun tapi majlis berterabur. Keje bebudak UMNO!

Balik Muar tapi tempohnya singkat sangat. Gua x dapat makan kupang!

Member gua nak jual shock Titan tapi bayang pun belum nampak lagi.

Man United kena 3 kosong plak ngan Milan. Hampeh betul mencurah-curah sms datang mengutuk sebiji pun gua x balas.

Hari ni plak air terus takde sebab landlord yang bodoh bengap x bayar fees. gua n family yang jadi mangsa. cepatlah siap rumah oi!

Claim untuk bebudak nie belum siap lagi padahal gua dah hantar last week. Apa payah sangat ke Minah Saleh nie nak sign?

Al-Batoul genap setahun hari ni ingat gua nak buat besday party, rumah plak xde air. Az-Zahra' plak merengek nak buat besday dia sekali. Aduss!

Gua malas nak keje weekend nie baik gua ajak semua orang balik Jelebu, boleh tenangkan perasaan. Arggghhhhh!