Wednesday, May 23, 2007

Punktlich


Februari lepas gua pergi lunch meeting dengan senior editor gua dan juga koresponden AlJazeera di Malaysia. Kami makan di restaurant Arab di Sri Petaling. konon mau dapat feeling Arab sikit. kami mahu communication dengan HQ di Qatar lebih baik dan they can provide us
with a lot of thing and information, daily. that's what we hope. at the end of our lunch, gua berborak dengan mamat koresponden nie yang gua dah pernah invite sebelum nie ke opis, tentang Jordan. sebab dia baru aje touchdown last nite dari Amman. ntah macamana bercerita
tentang Amman tersentuh pulak tentang Genting Highland n mamat nie dengan selamba sebut King Abdullah mesti suka punya ke Genting kalau dia tahu ada amusement centre yang juga menempatkan kasino di Malaysia. gua tanya pesal? dia kata sebab Abdullah memang suka berjudi dan sangat suka berjudi.

Ini ayat dari seorang wartawan dan gua sudah mengenalinya sebelum ini. dari pemerhatian gua tidak mungkin dia seorang penipu sebab tiada sebarang kepentingan untuknya menipu gua ketika itu. gua tanya lagi dengan penuh kepastian dan dia dengan selambanya mengesahkan yang Abdullah memang seringkali menghabiskan masanya berjudi di England. terperanjat jugak gua sebab belum pernah dengar cerita macam nie walaupun gua tahu bukan semua raja dan pemerintah negara Arab nie baik-baik apatah lagi Abdullah yang tidak dibesarkan di Jordan itu seringkali dikisahkan oleh warga Jordan sebagai bukan Arab. Tapi cerita taik judi ini memang cerita baru yang agak memeranjatkan gua.Last month Abdullah sekali lagi mencuri tumpuan. kali ini dengan kritikan keras dari HAMAS dan pelbagai pihak lain ekoran kenyataannya mengenai haqqul audah (hak kembali bagi pelarian Palestine) dan juga inisiatif pampasan. gua macam nak gelak besar juga bila mendengar inisiatif pampasan nie.

ia sudah mula kedengaran hampir sebulan yang lepas. ketika ditanya, ramai pelarian Palestine di Baq'a (Jordan) dan Einul Helwah (Lebanon) ketawa. Mereka kembali mengajukan soalan. Berapakah pampasan yang mampu dibayar? Berapakah nilainya kehidupan mereka terbuang di bumi asing sejak 1948 dan bagaimana dengan generasi yang telah tiada? Apakah nilainya boleh menyamai tanahair sendiri? Bagaimana dengan generasi mereka yang berikutnya yang sekarang masih berstatus pelarian? Konflik Palestine yang memeningkan kepala. Yang tidak akan selesai hanya dengan perbincangan. Konflik Palestine hanya akan selesai dengan darah. Kerana darah yang tumpah selama ini mempertahankan maruah bangsa dan tanahair mereka perlu ditukar ganti dengan kebebasan tanahair, tempat tumpah darah, warisan nenek moyang yang pasti. Letaklah emas setinggi gunung pun ia tidak akan menyamai penderitaan dan kesengsaraan yang mereka alami selama ini apabila tanahair dirampas dan dijajah zionis. Abdullah anak Hussein mahu menjadi juara kepada isu Palestine? Punktlich!

4 comments:

Anonymous said...

oh..dini kenal..:) boleh tak dini link?

kerja kat astro ye?

The.Libyaman said...

yup. boleh saja.
apa khabar sekarang? sudah ada anak? tinggal di mana?

Anonymous said...

saya ulang alik KL-Spore..

Husband keje kat sana.. skg ni masih ada thesis kat UIA.. doakan lah bulan ni selesai insya allah.

Lepas tu nak balik Jakarta.. nak melahirkan kat sana..

The.Libyaman said...

lorrr kamu ada di malaysia.
okay semoga semuanya dilindungi Allah Taala. Kirim salam husband.