Malam rabu. wednesday nite philosopy class kat The Annex Central Market. Kali pertama gua datang selepas UBU mengubahkan ibu pejabatnya ke Central Market. Kira gua rasa UBU nie masih lagi terus hidup walaupun gua sangat jarang mengikuti programnya. ramai yg gua rasa hardcore sudah membawa diri entah ke mana. ada yg ke Mindanao, menyorok di UKM, merajuk ke Ijok dan merajuk lagi ke Shah Alam di antara dua kaki insan, ada yang bergelandangan menjaja puisinya serata BolehLand dan pelbagai agenda lain lagi. masing-masing punyai halatuju dalam hidup mereka yg pasti mereka semua gembira.
Class malam nie sedikit istimewa sebab ada lecturer undangan. Dr Andreas Radtke. mamat nie 1st Secretary kt German Embassy KL. dalam e mail yg gua dapat katanya dia nie Arabic Scholar, tapi bukan pun cuma dia boleh berbahasa Arab sedikit kesan pengalaman di beberapa negara Timur Tengah. Cuma yg menariknya dia memilih Usul Fiqh Islami sebagai tajuk tesis kedoktorannya. dan malam tu dia memilih tajuk "THE ORIGIN OF ISLAMIC JURISPRUDENCE WITH REFERENCE TO QURAN AND HADITH" sebagai modal berborak dan berdialog. menarik dan sangat menarik walaupun tiada yg baru bagi gua sebab semuanya memang sudah tertulis dan beliau hanya menukilkan kembali kekagumannya tentang sumber perundangan Islam.
Tetamu agak memberangsangkan. sekitar 50 orang atau lebih sedikit. ada melayu, cina, india dan juga kulit putih. ada Islam, Buddhist, Christian, Hindu, Sikh, Sunni dan Syiah. Gua seronok dengan kepelbagaian ini. cuma gua belum melihat sambutan bagi kelas-kelas biasa untuk membuat perbandingan.
Gua sangat teruja dengan mamat nie sebab dia membuat kajian yang sangat terperinci tentang Islam. menurutnya, "kaffarah" menjadi perkataan yang menyebabkannya sangat tertarik dengan perundangan Islam. penerangan juga dibuat dengan teliti satu demi satu dan secara berperingkat. tanggapan awal gua agak meleset. gua ingatkan mamat ini seorang orientalis yg mahu memberikan satu pandangan baru tentang perundangan Islam tetapi beliau sangat jujur. terlalu jujur. bahkan berbual dengannya selepas ceramah itu juga membuktikan kejujurannya memberikan pandangan tentang Islam.
Tetapi ada tetamu yang agak menggusarkan gua. soalan yang dilontarkan nampak seperti terlalu naif. tetapi mungkin juga mereka jujur.Begitulah dengan umat Islam, yang ada ketikanya mereka memerlukan Non-Muslim untuk menerangkan tentang Islam itu kepada mereka. Kasihan bukan?
No comments:
Post a Comment