Friday, October 26, 2007

Kawan Kawan Gua Sudah Bertemu Dengan Lailatul Qadr, Tolong Jangan Cemburu!

“Selamat Hari Raya, Tok Usop!” gua salam dan cium tangan orang tua itu.

Sejak berkahwin dengan orang Johor gua menjadi seorang insan yang sangat menghormati orang tua. Salam mesti cium tangan, tunduk.

Gua tengok anak gua dah attack buaian di rumah orang tua ini, bapa saudara kepada mak mentua gua. Rumah orang Melaka, memang cantik dan bersih.

Wife gua ajak pergi belakang rumah Tok Usop, ada rumah adik perempuan Tok Usop. Nama alter-egonya Tok Aji Yam, gua 100% yakin nama surat beranak dia Mariam. Takkan ayah dia dulu bubuh nama Ayam atau Bayam pulak.

“Selamat Hari Raya, Tok !” gua salam dan cium tangan orang tua itu.

Sekali lagi adegan lakonan seorang anak muda yang sopan pada hari raya. Menantu kepada suami isteri, pesara pengetua sekolah agama a.k.a ustaz and ustazah. Mesti sopan dan tertib. Tiada unsur kejahatan, kiri, Marxist, pornografi, Che Guevara, skateboard atau pun lagu-lagu mencarut Rage Against The Machine. Gua cuba humming lagu Raihan, tapi gua x ingat pulak.

Tok Aji Yam bangun dari kerusinya dan bertempik sedikit.

“Lailatuuulll, ngko buat lagi air sirap, nie anak Mak Ojah dengan suami dia datang nieee!”

Tanpa disuruh, hanya kerana melihat gua tercengang, wife gua tanya Tok Aji Yam.

“Lailatul nie nama penuh dia apa Tok Aji Yam? Lupalah plak”

”Lailatul Qadr, maknya kata dia lahir malam Lailatul Qadr”

Gua tak tahu sama ada gua perlu menangis atau pun gua perlu melonjak kegembiraan di ruang tamu rumah Tok Aji Yam itu.

Lailatul Qadr menghidangkan air sirap untuk gua. Jangan cemburu.

4 comments:

content said...

Kalau camtu, Raya tahun depan aku pun nak beraya kat Johor gak lah :)

LuciusMaximus said...

lu humming lagu raihan pun tak bole, mana nak jumpa malam lailatul qadar yang sebenar-benarnya :)

The.Libyaman said...

Content,
Datanglah bro, tapi jgn frust, x seindah yang digambarkan. muahahaha

Lucius,
dah hari raya, mana nak ingat lagu Raihan, 24 jam radio asyik pasang lagu raya. tapi gua dengar Raihan pun ada lagu raya kan? :)

jack jinggo said...

hahaha..mmg penin2 lalat baca blog abg nie..mmg respek..kene ngn jiwa nie..hahah