Selama hampir 7 tahun gua menetap di depan monitor, memerhati, mendengar dan menterjemah berita-berita yang pelbagai, majoritinya politik Timur Tengah, pentas politik Lebanon sangat menarik perhatian. Untuk sesiapa sahaja yang melihatnya.
Ada ketikanya, susur galur politik termasuk sejarah Lebanon itu sendiri terpaksa gua baca untuk memahami apakah yang sebenarnya berlaku hari ini. Untuk pengetahuan orang-orang kampung dan Felda yang belum mengenal internet, sehingga ke hari ini, Lebanon masih belum mempunyai Presiden. Konflik yang panjang.
Politik di Lebanon sangat kompleks. Bukan macam Pertama Complex yang lu boleh redah sampai habis dalam tempoh hanya setengah jam semata-mata mahu mencari kedai mana menjual kasut sukan paling murah, atau mahu mencari handphone bawah air. Lebanon hari ini ada lebih daripada 3 pakatan, dan di dalam setiap pakatan itu pula ada lebih daripada 3 parti. 3 is a magic number.
Syarat paling asas untuk politik Lebanon ialah, Presiden mestilah seorang Kristian Maronite, Perdana Menteri pula seorang Sunni manakala speaker Parlimen seorang penganut Syiah. 3 syarat asas ini (3 is a magic number) secara tidak langsung menjadikan Lebanon negara paling demokrasi di Timur Tengah. Juga politik paling rumit untuk difahami.
Segalanya berpunca daripada era perang saudara dan ketika pendudukan Syria secara simbolik di Lebanon. Ketika di Beirut pada 1997, gua melihat suasana pilihanraya yang agak meriah. Poster dan sepanduk di merata tempat tetapi gambarnya ialah seorang lelaki tua bernama Hafez Al Asad. Syria ketika itu mengadakan proses sambungan penggal pemerintahan baru untuk presidennya, jadi ia kelihatan seperti pilihanraya walaupun hanya seorang calon sahaja yang wajahnya terpampang. Unik.
Hari ini, selepas pengunduran Syria secara fizikal dari Lebanon, juga pembebasan wilayah selatan daripada penjajahan Israel, Lebanon terus bergolak dengan politik yang rumit itu. “Pembunuhan politik” menjadi satu trend selepas ia muncul ketika era perang saudara dan agak kurang popular sekitar 90-an. Lu tak suka dengan mamat tu, esok lu akan lihat dia mati kena bom. Mudah.
Hari ini, Lebanon masih seperti pepatah Arab “Rumah yang tiada ayah”, tidak mempunyai presiden, kerana calonnya ialah individu yang kurang dipersetujui oleh Paderi Maronite, walaupun pada satu ketika sudah dipersetujui oleh majoriti politikus Maronite berpengaruh. Kumpulan pro-Syria yang masih lagi wujud di Lebanon pula mahukan seorang calon lain, bukan dari kalangan tentera. Hezbollah dan Amal pula, mempunyai calon mereka, yang pastinya ditolak oleh pakatan 14 March. Juga ada pengaruh Iran yang mahukan seorang calon, bukan pro-Barat, tetapi ditentang keras oleh Peranchis, yang menjadi penyumbang utama pelaburan dan ekonomi Lebanon. Rumit.
Oleh kerana itulah, gua rasa buat masa ini, juak-juak UMNO dan pendokong semangat ketuanan Melayu wajar membaca buku mengenai politik Lebanon pula. Bukan belajar, sekadar mengambil pedoman kerana ada benda lain yang lebih rumit atas muka bumi ini. Lagi pun setakat Idris Jusoh dengan Ahmad Said, ada ramai lagi orang yang nak jadi MB. Kalau rasa susah, bom aje sesapa yang anda mahu, dari kalangan anda sendiri lah. Bekalan C4 pun masih banyak.
Juga mereka perlu sedikit bermuhasabah. Ini kerana, Tuhan sudah mula berurusan secara tunai. Kita tidak perlu menanti lama lagi. Hanya seminggu selepas lu mengejek dan menghina orang lain, hari ini dunia mentertawakan kamu. Balasan Tuhan lah tu, sebab yang kekal di atas itu hanya satu, dan yang gua pasti ia bukan UMNO, sebab gua yang di bawah ini bersama berjuta lagi rakyat BolehLand, sedang melihat kamu menyembah bumi. Sebab kamu bongkak.

8 comments:
orang kata "ambik obat!"
bongkak is the exact word.
i personally rasa hampa. benda kecik camni pon takleh bawak berunding. power-crazy.
hari-hari yang semakin indah di BolehLand, agak-agak boring dengan politik, hujung minggu kita boleh tengok kelab terhebat di dunia beraksi, kan jorji? tengok siapa dia atas :)
add. fact: UMNO Muar bawa usul minta PM letak jawatan ahak ahak, orang Johor!
hmm....
balasan pada yang ingkar...
baba: suke kutuk2 johor ek. ur debate with me regarding cerita johor ni pon tak sudah lagi ni.
hnsf.
fyi, i was not born in jhr :D
cash on delivery...
dan umno johor bagitahu isu yang dibawa oleh umno muar bukan satu isu, jadi ianya akan diabaikan. LOL!
kelab yang di atas masih belum turun stamford bridge, so dont be so confident as yet
Gua raso kalu ditakdirkan gua marin lopeh sekolah tingkatan limo tak poie merantau belajar kek luar johor dan terus dudok di Johor agaknyo skrg ni dah jadi macai dlm pemudo umno johor, hunus koreh libeh kiri kanan heh. Macam yg lu kato, kek Johor umno tu dah cam ugamo, isme yg tak boleh tidak kono anuti, hampeh!
Tapi semonjak duo monjak ni ramai dah (tapi bolum jadi mejoriti) yg dah sodar, dah nampak dongan mato, umno tu banyak yg tak boto dan tersasar daipado landasan memulo
Lu jgn kutuk Johor sgt bro. Bosepah anak daro kek jelobu kek muar jugak yg lu dapek buek toman. Kalu nak kutuk pun kutuk2 sayang yo jgn lelobeh nanti merajuk pulak dio
Balik pado entry lu, tu sobab tuhan hantar berpuluh nabi dan rasul2 ke tanah arab sobab bangso dan gayo hidop dorang yg rumit yg kito pun tak berapo nak faham
Ttg MU tu gua mintak maaflah bro gua raso MU tu jaguh kampung yo, macam anak2 sidek, bilo lawan kek luar hampeh heh, liverfool yg hampeh tu pun boleh masuk final, jgn marah yo!
rukunegara ke 6 : KESETIAAN TIADA BERBELAH BAGI KEPADA UMNO
Post a Comment