Monday, March 31, 2008

Beritahu Gua Apa Rasanya Kahak Itu!

Malam tadi gua menonton Fitna. Kosong, ia rupanya satu filem kosong. Seperti satu bedtime story yang sudah disurahkan ke telinga kita sejak berusia 3 tahun cuma kali ini ia diangkat ke medium yang berbeza. Sudah biasa didengar. Filem seperti ini hanyalah tindakan orang-orang yang sakit. Ia tindakan orang yang takut dengan bayangan mereka sendiri. Ia seperti menepuk air di dalam dulang, kurang-kurang ada yang terpercik ke muka sendiri, paling tidak basah seluar sendiri.

Orang yang kurang matang, mesti akan berkata whoooaahhh, ooohhhhhh, ish ish ish ish! Manakala mereka yang matang pula akan berkata, kesian mereka ini menjadi mangsa kerana mempertahankan agama suci mereka, sedang mereka tidak pernah mengganggu agama kita. Atau kalangan yang sangat matang pula akan berkata, ia tidak menggambarkan keseluruhan agama Islam itu sendiri, mereka mempertahankan agama mereka kerana dalam masa yang sama mereka dizalimi, tanah mereka dijajah, negara mereka bergolak kerana campurtangan barat dan komuniti mereka turut digugat dengan kerja tabsyir ( missionary). Atau yang terlalu matang akan menjawab ringkas, para orientalis mengambil masa berpuluh tahun untuk mengkaji Al Quran dan isinya, beserta ilmu pentafsirannya, aspek bahasanya, balaghah, apa itu nasakh mansukh, asbab nuzul, aqsam Al Quran, amthal Al Quran, gharibil Quran dan mukjizatnya dari pelbagai sudut, kamu dengan hanya menjadi Ahli Parlimen dan berduit untuk membikin filem 15 minit, terus meloncat ke titik rumusan?

Gua menulis setelah menonton dan bukannya menulis sebelum menonton atau tidak langsung menonton.

Sebab itu rasanya lebih seronok menonton politik realiti di BolehLand, yang tiada unsur kekosongan sebab setiap hari semakin ramai ahli-ahli politik terbuang yang mahu menukar karier menjadi blogger, atau menjadi beruk menurut istilah seekor beruk. Atau menjadi manusia yang gagal menurut istilah seorang manusia yang gagal. Ia bukan filem yang kosong. Realiti, setiap hari, bukan 15 minit, ada wataknya, Jawa, India, Melayu yang mungkin berdarah Siam dan boleh jadi juga penderhaka yang tewas.

Politik Malaysia sebuah pementasan realiti. Ketika kenyataannya di dalam akhbar-akhbar propaganda belum lagi menjadi pembungkus nasi lemak atau alas makan kucing atau juga pengelap bontot yang bertahi jika terdesak, sudah keluar pula ritma yang baru. Itu baru politik, baru realiti dan bukannya program realiti yang ada skrip.

2 minggu lepas mereka berkahak, sehingga tidak keluar suara, sehingga habis sudah kain-kain putih pembungkus mayat diconteng untuk melahirkan kemarahan, hari ini mereka kembali menjilat kahak sendiri. Itulah politik, kalau lu tak berani jilat kahak, jangan cuba-cuba batuk sampai nak tercabut anak tekak.

Oh ya, mereka itu juga yang gagal, yang tewas dan mereka itu juga yang menjadi beruk. Akhirnya lah, setelah puas berkahak tadi. Dan mereka semakin berani, untuk turun ke jalanraya, untuk bersorak dan kononnya untuk berdepan polis anti rusuhan yang sememangnya sudah dijangka akan hanya menghantar anggota-anggota pelatihnya pergi mencuba pakaian seragam di bawah terik matahari atau mencuba helmet yang belum pasti lagi muatnya. Apa rasanya kahak itu?

Sebab itu politik BolehLand lebih mengancam daripada Fitna. Geet Wilders hanya meminjam perkataan fitnah, tapi di BolehLand, Firaun dengan tanpa malu terus memfitnah. Sama ada untuk selamatkan tengkuk sendiri, atau anak sendiri atau memastikan namanya tidak terkeluar daripada senarai mereka yang boleh dikebumikan di makan Pahlawan. Itu baru realiti. Bukan fitnah lagi. Bukan sekadar kebusukan selama 15 minit, tapi ini taik yang disimpan selama 21 tahun dan taik yang disimpan selama 50 tahun, lu boleh bayangkan baunya. Ini baru realiti, bukan fitnah lagi.

7 comments:

Anonymous said...

mengancam lah lu punya entri ni...
aku setuju dengan apa ko cakap...
fitna tu filem kosong..
x de pape yang boleh dibanggakan...

TOOLBOX said...

Fitna itu lobeh kpd modal propaganda tv3 utk mengalih pandangan umat2 marhaen BolehLand dpd menonton boghok2 main taik seniri dan menjilat semulo ludah berkahak macam yg lu tulih

Atau boleh jugo dijadikan modal oleh Mentori yg jago Agamo utk buek baik dgn bloggers.. dgn muko sadin cap ayam ajak kito semuo lawan samo2 :)

Jimat dan senang kiro!

manusia ganjil ikan yu said...

Media Perdana Malaysia lagi dahsyat dari filem Fitna

contoh : Utusan hari melaporkan "Kedah Belanda Malaysia"

Tergelak aku baca

manusia ganjil ikan yu said...

apa-apa hal

blog lu best

broken_nigina said...

no komen pasal filem tu sebab belum tengok.
tapi sangat bersetuju politik sekarang memang satu rancangan realiti yang paling menghiburkan dan padat dengan aksi mengujakan.
wayang purba yang dijelmakan ke dalam kehidupan.

BabaKaisah said...

FITNA NI MCM PENYELAMAT UMNO...semua tgk hentam umno..umno makin parah...fitna kira melupakn sebentar luka parah umno...

The.Libyaman said...

BOIKOT BELANDA boikot ayam belanda terung belanda durian belanda dan MB Selangor yang selalu blunder. TQ