Friday, April 17, 2009

Kulit Bertukar Isinya Tetap Sama

Sepanjang gua berada dalam industri penyiaran, entah berapa kali RTM sudah bertukar milik. Maka setiap kali pertukaran itu berlaku, kami juga yang tidak ada kena mengena langsung dengan RTM akan terkena tempiasnya.

RTM mahu tukar logo, mereka akan hantar circulation, walaupun kami sebenarnya tidak pernah pun menyiarkan logo RTM dalam bentuk publisiti. RTM bertukar jadual, itu memang kami benci. Sebab kami terpaksa rombak keseluruhan jadual elektronik yang kamu tekan di kaca TV dulu. Sekali dengan synopsis.

Sekali RTM bertukar milik, kami sudah bersedia dengan pelbagai pertukaran. Jadual khususnya dan program misalnya.

Cuma apa yang paling menarik, RTM hanya menukarkan waktu siaran. Program masih tetap sama. Kalau satu ketika dulu slotnya sebelah siang, apabila mereka bersiaran 24 jam, program itu akan dipindah ke slot 4.30 pagi. Begitu juga penjenamaan semula. Slot-slot drama akan diberi nama baru, yang nampak lebih “Shafie Afdal” dengan masa. Tapi isinya tetap sama.

Gua pergi bengkel penyiaran berita RTM pertengahan 2008. Pengerusinya ialah Tuan Menteri Mulut Berbuih. Esoknya kecoh keluar dalam suratkhabar, RTM mahu menerbitkan stesyen berita seumpama Al Jazeera. Gua sudah tidak ketawa ketika membaca berita tersebut. Kerana malamnya gua sudah tersedak-sedak ketawa sambil mengunyah kacang ketika Tuan Menteri Mulut Berbuih menyuarakan rancangan tersebut.

Dan sekarang, apabila RTM kembali bertukar milik, gua hanya mampu ketawa dari jauh. Kali ini gua yakin, RTM akan melalui banyak perubahan yang besar. Seperti biasa, penjenamaan semula, strukrtur program, waktu siaran, tambahan slot berita, propaganda dan program hiburan. Tapi gua tetap yakin, isi dalamnya masih sama. Seperti juga kabur-kabur warna siarannya dari mula gua mengenal TV hinggalah sekarang.

10 comments:

Jorji said...

RTM zaman ZAm paling bungko!

sEmut said...

gua betul betul tegok rtm ni masa zaman abah gua beli tv tapi tak pasang booster.

tv1 dengan tv2 je dapat kat tapah masa tu. haha

sekarang jangan harap. baik gua lepak ngeteh lagi banyak info boleh dapat.

silversarina said...

dengar kabar slot berita akan kembali ke jam 8 malam...sebelum pukul berapa ye... tak pernahlah akak ambik tau :)

puaka kancong said...

weii...ka lo takder rtm..takder tv lain kat msia...

ciri klasik mesti ada..

kebongokan perantara, suasana malap2.kamera lama, berita merapu..,estilah dipertahankan sampai kiamat

Anonymous said...

lu org semua mesti igt kalu RTM xde maka xde la stesen2 TV yg hebat2 skng jgn lupakan tanduk bila dapat gading bertuah maka sesungguhnya syukur la dengan perubahan dan kesenangan yang kita kecapi skng...hidup datuk seri......huhuhu

babazahra' said...

j,
zaman ZAm paling bungko sebab diorang dapat menteri bungko (pergh! lama gua x dengar kalimah bungko)

sEmut,
dulu2 org follow RTM2 sebab nk tengok Falls Guy ada awek bukak pintu koboi pakai bikini :)

kak ina,
setiap menteri mahu ada trademark sendiri.kita mahu tunggu menteri yang hapuskan terus berita RTM tu.

padli,
gua dengar, RTM ada equipments paling canggih kt BolehLand. masalahnya tak reti mahu pakai. wei diorang mahu pegi fully HD tu.

anon,
gua kompom perubahan paling ketara nanti RTM banyak siar rancangan budaya sebab menterinya suka, RTM banyak siar sukan badminton sebab diorang laki bini suka main badminton dan RTM akan banyak rancangan kecantikan dari Indonesia sebab bini bossnya suka makan jamu :)

mama said...

hahhah... kisah RTM rupanya .. dari RTM baik ditambah RATM kan.

jgn lupe cik yah salah sorang penonton setia RTM tu..

reverie said...

Sama je RTM. Tak menarik langsung. Serius. Tak. Tengok pun sebab tak sengaja waktu buka Tv tu tengah channel 1.

Button Planet said...

berita rtm sayagua rasa yg paling best pernah rtm lahirkan

Penagih HD said...

Orang-orang RTM tak reti guna equipment kah?
Atau equipment lama semua kah?
Kenapa visual montage LAME gila.
Padahal ramai gila anak-anak muda tempatan yang berbakat boleh hasilkan klip yang lebih cantik.
Adakah 'otai2' terlalu ego untuk mengambil tenaga muda.
Kenapa gambar sampai sekarang kelabu asap.
Kenapa tukar logo baru, tapi still logo tak lawa langsung.
Diorang tahu tak makna high definition?


p/s: Kalau boleh, sila ajukan soalan di atas kepada tauke stesyen tersebut.
haha.