Saturday, August 29, 2009

Ada Apa Dengan Kepala Lembu?

Dulu, masa di Jordan ada dua orang budak perempuan Melayu. Tinggal sebelah rumah gua. Mereka berkawan baik. Berasal dari Melaka.

Dua orang budak ini, ada satu yang sangat menghairankan tentang mereka. Apabila lalu di depan gereja besar di Mafraq, mereka memalingkan muka. Macam takut nampak hantu. Apabila terlihat lambing salib, mereka akan berpaling. Apabila terlihat Pope John Paul di televisyen, mereka akan menukar siaran.

Semasa bekerja di KL dulu, setiap hari Jumaat gua akan ke masjid Sri Petaling. Selain untuk solat Jumaat, di situ ada satu gerai nasi beriani yang power. Jika hari Jumaat tanpa nasi beriani, gua rasa macam kurang lengkap. Tapi itu cerita lain, walaupun gua dah berangan nak sembahyang Jumaat kat situ masa balik sebulan nanti.

Kali pertama ke masjid Sri Petaling ialah sekitar penghujung 2001. Gua hanya pernah mendengar nama tentang masjid yang didirikan oleh jemaah Tabligh, melalui dana kutipan sendiri. Apabila ke sana gua rasa kagum. Masjid yang besar dan luas itu satu factor, tapi lokasi masjid itu sendiri membuatkan gua rasa kagum.

Bagaimana sebuah masjid sebegitu besar, yang setiap minggu menjadi tumpuan para jemaah Tabligh, yang setiap bulan menjadi tempat perkumpulan mereka bermesyuarat dan kadangkala setahun sekali akan mengumpulkan puluhan ribu manusia – boleh didirikan di tengah-tengah kawasan komuniti Cina. Lebih mengujakan, bertentangan dengan masjid itu pula ada sebuah hotel. Terdapat restoran makanan Cina di bawah hotel tersebut dan seluruh Sri Petaling itu majoritinya adalah kedai milik kaum Cina. Kecuali sebuah restoran Arab dan kedai kurmanya serta beberapa buah restoran mamak dan sebuah warung tomyam 24 jam.

Jika ditinjau pula kawasan perumahan di Sri Petaling, gua rasa hampir 90 peratus adalah milik kaum Cina walaupun gua tidak pasti taburan sebenar. Sepanjang 7 tahun di Astro dulu, hampir keseluruhan kawasan Sri Petaling sehinggalah ke Taman OUG ke Jalan Klang Lama telah gua terokai. Bahkan wife gua jugak mengajar di OUG. Memang tiada masjid, kecuali masjid Sri Petaling. Paling hampir ialah di Jalan Klang Lama. Dan kalau hari Jumaat, mereka yang memeriahkan masjid itu adalah golongan pekerja, yang bukannya tinggal di Sri Petaling. Tapi bukan bermakna tiada penduduk beragama Islam cuma mereka adalah minority.

Pada sambutan Aidilfitri tahun lepas, masjid Sri Petaling mengadakan rumah terbuka a.k.a open house dengan slogan menu dari seluruh dunia untuk semua bangsa. Paling ramai yang datang ke masjid ialah para penduduk setempat, majoritinya bangsa Cina yang dengan penuh rasa hormat juga makan secara berasingan kerana masjid itu menyediakan tempat makan khusus untuk lelaki dan wanita. Rupanya AJK masjid mengedarkan flyer ke rumah-rumah penduduk sekitar menjemput mereka menghadiri open house sempena hari raya dan itu bukanlah kali pertama kerana ia telah diadakan saban tahun.

Kadangkala, sehingga ke hari ini gua masih lagi mengkagumi Sri Petaling dan penduduk sekitarnya. Kadangkala sehingga ke hari ini juga gua seringkali tertanya bagaimana sebuah masjid yang sebegitu besar boleh didirikan di kawasan majority penduduk Cina? Bagaimana sebuah masjid yang menjadi “punca” kesesakan jalanraya setiap hari Jumaat tidak mendapat sebarang bantahan penduduk setempat, atau pun pengusaha hotel itu contohnya? Perlu diingat juga, komuniti di Sri Petaling tidak pelik dengan lelaki muda yang berjubah dan berserban membawa tongkat kayu atau pun dengan wanita yang berpakaian serba hitam dan berpurdah. Itu adalah pemandangan biasa buat mereka dan kesemuanya akan selesa berurusan sesama sendiri. Masjid Sri Petaling itu telah menjadi sebahagian daripada komuniti setempat. Bahkan dewan komuniti Sri Petaling yang menjadi tempat pelbagai kegiatan penduduk setempat juga adalah kawasan yang connected dengan masjid itu sendiri.

Gua rasa satu hari nanti gua ingin menjemput dua budak perempuan yang pernah menjadi jiran gua di Jordan dulu untuk bertandang ke Sri Petaling dan masjidnya. Juga makhluk Tuhan di Shah Alam kelmarin yang sanggup “diperbodohkan” mengarak kepala lembu. Satu penghinaan bukan sahaja kepada kepercayaan satu agama lain, tapi juga kepada makanan kerana lidah dan otak lembu itu masih boleh dimasak untuk habuan perut mereka sendiri.

9 comments:

Jorji said...

gua pernah tengok demo depan SUK ni dulu.demo kecil-kecil yang sangat obvious bosan dan takda 'soul'

babazahra' said...

demo UMNO memang takde soul, sama macam mendengar kelentong pemimpin diorang jugak

Wak Arjun said...

Baba, Salam.

Bangsa Pertubuhan KeBANGSATan Satu Bangsa ni mmg paham yg orang meLAYU ni cepat seram pada bogeyman. So byk aspek hidup org meLAYU ada sangkut paut dgn bogeyman. Hinggakan sukar untuk menerima realiti bahawa Islam menganjurkan kasih sayang sesama makhluk. Lu itam ka, biru ka, kuning ka, Islam tak ambik pot. Bangsa yg satu ni mmg suka bila tengok org meLAYU takut kat itu, seram kat ini.

But then again Pertubuhan keBANGSATan ni mmg terer. Mmg jahat. Setanding Yahudi. Dah hilang kuasa, masih tak sedar diri, makin bertambah zalim dan tongong. Tongong sebab dia ingat rakyat sekarang ni bodoh2 mcm depa. Depa tu berbanding dgn lembu, maka darjatnya sah2 lagi rendah dari lembu. Kalau manusia yg cara hidup berlandaskan Islam tidak akan diludah dan dipijak kepala lembu tu. Masa time korban dia sembelih arnab gamakmyer...

Tak caya lu tanya kat doktor gigi Jawa tu...

Take care Baba.

mama said...
This comment has been removed by the author.
mama said...

hahah t besar beb...

Wak Arjun said...

Salam...

Sila rujuk RPK cum YB Khalid Samad's explanation on the whole sandiwara.

These A-holes shd learn how to come up with a foolproof punyer sandiwara la. For a start, cuba la dapat dalam 5000 demontrans ke. Baru la believable. Ini...a ciput 50 tongongs yg mungkin diberi voucher berbuka di Hotel Ah Chong mana ke, terus je nak belasah MB Khalid. TV3 had a field day for nothing la... Pirrrahh...

The issue was so bloody flimsy for all u know Chief A-hole kena import barua mana tah mengaku jadi residen sek 23. My oh my.... This Bangsa dari Pertubuhan KeBANGSATan would stoop so low to proof to the world betapa tongongnye depa....

Habis dah segala kebajikan puasa 10Ramadhan gua.....

Pergila buat demo mcmana Ian Steel dgn Danny Chia boleh terkucil dengan brudder dari Pakistan tu ke.... baru ada faedah...

FaAtip said...

Hubby and I tak terkata apa bila tengok kisah ni dalam youtube.

Kalau betul tak setuju, berarak je la...(FRU tak de pulak masa ni...polis pun tercegat je tengok). Menyampah!

Malunya bila org Islam pulak bawak banner - TAKEE BEEEEER.....

Lagi parah bila diangkutnya kepala lembu lepas tu pijak...ni angkara saper ni???? Lepas tu takbir ramai2, nak kelirukan orang ramai konon2 PAS pun terlibat. Giler betul! Tak habis2 nak menipu orang ramai.

Penghinaan bukan cara Islam. Dan puak2 ni betul2 dah menghina bukan saja pada agama lain tapi pada lembu tu sendiri!

Kalau Khir Toyo yg jadi MB, rasa2 depa buat tak keje mcm tu?

Adoiiiii.....lomah den...

Lien Fayzal said...

salam zul, kt kawasan umh aku pn mmg majority china tp still ade masjid besar kt cni.. kt cni party roket yg kongker, sum how bl lalu kt masjid tuh slaluny x full pn.. I think kt mn2 pn no matter kaum ape yg rmi mst ade msjid jgk.. compare kt vietnam, msjdnyer pya la kecik mgkn muslim x rmi kut sn.. ermm..

KOYAN said...

fuyyooo.... bagus sahabat nih..dah matang sejak jadi mangsa kemunduran arab....