Sudah lebih sebulan tanpa kemaskini. Bila gua tengok semula tarikh terakhir, dan melihat kepada tarikh hari ini, masa bagi gua sangat pantas berlalu.
Ada masanya, gua kebanjiran idea. Mencurah-curah, macam air hujan di Malaya sekarang. Masalahnya ketika itu, gua sedang memandu. Atau sedang duduk di sebelah boss, yang sedang memandu. Senggang masa ketika idea itu datang ke saat gua berlapangan untuk menulis adalah terlalu besar. Ada ketikanya diselangi pelbagai rencah perisa, menterjemah surat dan dokumen, atau pun sedang memasak contohnya. Dan kemalasan. Akhirnya ia lesap.
Gua takut untuk menulis sesuatu yang busuk. Sesuatu yang dangkal. Tidak menghiburkan hati gua sendiri. Gua takut jika gua baca semula ia akan kelihatan lucu, tetapi tidak lucah. Gua bimbang jika ia kelihatan sangat mudah. Gua takut jika ia tidak langsung memberikan sebarang faedah, kepada gua jika tidak kepada orang lain.
Lagi pun gua tahu, orang yang baca blog gua ini hanya 10 orang. Cuma kadangkala gua rasa bersalah tidak dapat menghiburkan hati 10 orang pembaca itu.
Okay, gua akan menulis semula. Nanti. Bukan esok. Atau pun lusa.
11 comments:
Gua ada termasuk ke dalam 10 orang tu?
Benda yang bagus dan berilmu kena kongsi2 bro. Banyak benda gua amik dari blog lu ni..teruskan menulis..
eden sokong baba dari jauh.
sibuk sangat brader ni.
kan Der?
Salam,
Bro, time lu free, tulis aja banyak2 pastu lu letakkan time bile post tu nak keluar dgn sendirinya.
Taklah gersang sangat blog lu walaupun lama tak menulis.
mende susah nye...bawak kemera gi mana2..amik gtambo kat sana..storuy je dalam blog...dapat gak orang cam aku nih tau maklumat dai sama..kisah kehidupan..budaya dan politikus di sana...tak pun..kot2 ade mende2 bleh wat bisnes kat mesia nih..bagi tau ar..kor2 ade rezeki kami di sanun
Gua tak kenal lu pun, Tapi gua syok baca post lu. Sebab gua tinggal pasoh, dekat gak ngan jelebu.
gua dah lama tinggalkan penulisan kreatif ni.
berfikir untuk menulis pun takda dah. menulis sambil berfikir,takda jugak.memikirkan apa yang ditulis? sesekali ada.
terfikir tentang apa yang gua tulis dan akibatnya pada orang membaca? jangan harap kok ada!
kesimpulannya, terus terang gua kata, gua dah lama tak pakai otak dengan baik.
bro.aku mmg suka baca blog ko.tambahan pula di bahagian jordan.tertunggu2 bila lagi ko nk post.serius memang layanz!.banyakkan lagi berkarang bro.aku support dari belakang(kalo bole).hehe
Daleh dio memacam.. sonang cito koba yo lu memang pemaleh.. :p hampeh!
salam...
membaca blog husband muez ni memang best...jiwa nya cuikup perisa.teruskan yup.bertuah muez...
zan,
kalau termasuk lu kira dah sebelas orang. Gua dah boleh bukak team bola.
pablo,
jauh sangat lah bro, tak sampai.
bo,
sibuk. lu tahu kan gua sibuk. :)
aliff,
gua macam tak paham apa benda yang lu cakap. blog pun boleh buat standing instruction ke?
madi,
M.A.L.A.S
hanis,
pasoh memang dekat di hati gua. dekat pulak dengan simpang pertang :)
j,
kira banyak lagi lah otak lu yang belum pakai ni. simpan dulu. dah ada cucu nanti baru pakai.
anon,
err lu larat ke nk support gua dari belakang?
bro,
lu memang pandai membaca niat gua kan?
kerna,
lewat ini saya kurang perisa, kekadang masakan pun tawar aje :)
Post a Comment