Monday, December 04, 2006

serius atau berlakon?


Gua bukan mahu buat lawak dan gua bukan mahu kritik sesiapa. tetapi gambar yang gua guna kali ini memang agak menarik. itu gua punya pandangan peribadi. gua minat sungguh dengan gambar sebegini.cuba anda bayangkan sekiranya pada zaman Hang Tuah dulu, teknologi gambar telah pun wujud. maksudnya ada kamera, filem dan sebagainya sama seperti pada hari ini. bayangkan juga jika gambar lelaki ini dilihat oleh Sultan Muzaffar Syah, apakah reaksi baginda?
tetapi apa peranan gambar ini yang sebenarnya? waktu gua menulis tentang gambar ini, berita di tv sedang menyiarkan masalah mengenai air kumbahan kediaman yang tidak dirawat. teknologi yang digunakan adalah lapuk. 15 sungai di seluruh negara berada dalam kategori teruk tercemar. 9 pula adalah sungai mati. isu alam sekitar telah menjadi kemarahan rakyat. bullshit man.! lu pegi panggil mamat yang pegang keris nie dan tanya pada dia apa yang dia boleh buat dengan keris tersebut? gua tahu dia pun ada keris dan gua tahu dia boleh buat apa dengan keris dia tu? itu pun kalau keris dia masih tajam lagi. tapi keris yang dia pegang dalam gambar tu? adakah dengan menjerit terlolong memegang keris lu dapat selesaikan masalah rakyat? adakah dengan keris itu juga seluruh rakyat malaysia akan dapat peluang memandu Hummer?
apakah lu fikir dengan menghunus keris lu dapat membantu orang miskin? semua orang akan dapat pergi sekolah? jangan cakap sahaja lebih brother! buat dulu jangan cakap aje. tahun 2006 lu mau cakap pasal kepentingan Melayu sedangkan orang Melayu ramai yang hidup merempat. lu ingat gua tipu? abis yang tidak berumah di Kampung Berembang itu siapa? yang selalu keluar tv anak tak makan tu sapa? yang meminta derma untuk pembedahan anaknya itu siapa? gunakanlah keris lu itu untuk membantu semua orang. Retorik kan? tapi sahaja aku suka melihat gambar ini dan mahu memperbodohkan orang yang memegang keris ini. sudah dua kali rasanya gambar dia memegang keris dalam perhimpunan UMNO tetapi semuanya cakap kosong dan tidak berisi? ia akan kembali seperti biasa. aku rasa apa yang mereka lakukan sekarang ini, dengan tidak punyai ijazah pun aku boleh buat. aku berdoa supaya satu hari nanti di Hari Pembalasan, aku akan berada di sebelah dia dan orang yang seumpama dengannya ketika mereka semua ditanya Allah, apa yang kamu sudah lakukan selaku pemimpin kepada rakyat di bawah naungan kamu? kalau boleh aku ingin sangat menunjukkan kembali gambar dia memegang keris ketika itu.

No comments: