Tuesday, March 11, 2008

UMNO itu yang memusnahkan ketuanan dan hak orang Melayu

UMNO adalah parti perkauman. UMNO sentiasa memainkan isu perkauman apabila terdesak. Selesai sahaja PRU 12 Ali Rustam terus bersuara, keputusan pilihanraya ini seperti yang berlaku pada 1969, selepas itu beberapa pimpinan lain termasuk Mike Tyson turut bercakap perkara yang sama. Kalau lu berada dalam team pembangkang tetapi dalam masa yang sama lu masih bising tentang hak orang Melayu dan ketuanan orang Melayu maka lu sebenarnya masih mempunyai saki baki bau sabun cucian otak orang Melayu oleh UMNO selama ini.

Ada beberapa kawan termasuk yang di Perak yang hantar text pada gua. Diorang merasa bimbang jika Adun DAP dilantik menjadi MB Perak. ”Bagaimana dengan survival orang Melayu Islam?” tanya kawan gua. ”Anak lu jugak akan struggle untuk survive satu hari nanti sebab tiada UMNO yang boleh menjaga ketuanan orang Melayu Islam lagi.”

Sekarang biar gua bagitahu, siapa yang pijak kepala orang Melayu selama ini? Jika lu sememangnya mahu untuk bercakap pasal ketuanan Melayu lah. Siapa yang hapuskan kuasa Raja-raja Melayu dan siapa yang paling banyak merampas tanah-tanah orang Melayu yang kemudiannya dijual kepada tokey-tokey yang memayungi mereka selama ini? DEB diwujudkan untuk Melayu khususnya tetapi tahukah bagaimana jurang besar antara orang Melayu yang kaya dan miskin boleh terbentuk akibat DEB? Jangan rasa hairan jika selepas ini orang Melayu akan ditakutkan dengan isu survival, kelangsungan hidup, agama dan adat tradisi, kerana UMNO sememangnya mempunyai dasar untuk menakutkan-nakutkan rakyat, khususnya Melayu.

Tahukah mereka bahawa hak orang Melayu itu adalah sesuatu yang sudah termaktub di dalam perlembagaan? Apakah DAP sangat bodoh sehingga sanggup menggadai sokongan orang Melayu seperti Maximus yang telah mengundi dan membawa mereka kembali popular hingga mempunyai satu negeri untuk ditadbir dengan mahu mengubah hak yang telah tertulis itu? Nasib orang Melayu di Pulau Pinang sudah jadi buruk dan merempat pada ketika Barisan Nasional memerintah bahkan ketika seorang Perdana Menteri juga berasal dari sana. Mana dia ketuanan Melayu yang dibela UMNO? Mana dia?

Gua sangat benci dengan isu perkauman, apatah lagi jika ada yang mengomel di blog gua pasal ketuanan Melayu. Gua sangat benci apabila ada yang bercakap tentang perkauman, tentang kelebihan satu bangsa bernama Melayu ke atas bangsa lain di BolehLand ini. Sedangkan hanya sehari Cina tutup kedai masa Chap Goh Meh kita dah menggelabah nak cari bateri kereta. Pergi stesyen minyak orang Melayu, jangan harap nak jumpa. Mereka hanya jual bateri kereta keluaran orang Melayu sahaja. Dasar perkauman sangat jelas di muka mereka bila gua kata bateri itu untuk kereta dari negara Mussolini. Itu belum kira kalau duduk di Tronoh dan kehabisan kicap pada hari Deepavali, mau aje makan nasi renjis dakwat pen sebab kedai Krishnan pun tutup.

Tolonglah berfikir secara matang, dalam hidup ini juga kita saling memerlukan antara satu sama lain. UMNO itu mencanang perpaduan kaum dan menjauhi perkauman pada ketika mereka sendiri adalah parti paling perkauman sekali di BolehLand.

Sudahlah, gua mahu bercuti menghabiskan baki cuti tahunan gua yang tahun lepas punya, ihsan seorang majikan bukan Melayu, yang juga lelaki kedua terkaya di BolehLand. Gua mahu pulang ke Muar dengan hati yang sangat berbunga-bunga, dada yang terbuka agak luas, berjalan gaya pendekar, muka yang sedikit didongakkan semasa di meja makan serta senyuman yang agak manis ketika menyertai perbincangan politik di depan tv selepas makan malam. Gua ada sebab untuk rasa sangat gembira pulang ke Muar. Pergi google Parlimen Bakri dan DUN Sungai Abong, sapa yang punya?

23 comments:

Anonymous said...

Hehe.. gua bilo balik johor akan kato kek mak gua.. raso nak muntah tak tahan bau busuk.. bilo mak gua tanyo bau apo yg busuk dio tak bau apo pun.. gua kato bau Umno!

Lu gua raso insya Allah tak bau busuk sgt kots nanti sobab kek area bakri tu dah bau minyak attar sodap malam yo! Tak tau lah kalu sobab dah lamo tak balik jordan lu dah lupo bau minyak attar cam mano.. tu tak dapek lah gua nak nolong do!

Slmt bercuti & having quality time dgn famili terutamo dongan maknyo zahra dan duo2 bintun lu.. salam!

Anonymous said...

Tahukah mereka bahawa hak orang Melayu itu adalah sesuatu yang sudah termaktub di dalam perlembagaan? Apakah DAP sangat bodoh sehingga sanggup menggadai sokongan orang Melayu seperti Maximus yang telah mengundi dan membawa mereka kembali popular hingga mempunyai satu negeri untuk ditadbir dengan mahu mengubah hak yang telah tertulis itu? Nasib orang Melayu di Pulau Pinang sudah jadi buruk dan merempat pada ketika Barisan Nasional memerintah bahkan ketika seorang Perdana Menteri juga berasal dari sana. Mana dia ketuanan Melayu yang dibela UMNO? Mana dia?

Sekurang2nya Gerakan tak cuba untuk hapuskan DEB...

Pulau Pinang bebas DEB - Guan Eng
11/03/2008 8:59pm
PULAU PINANG 11 Mac – Hanya beberapa jam selepas mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri Pu lau Pinang, Lim Guan Eng berkata, kerajaan campuran DAP-Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mentadbir negeri itu bebas daripada Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang beliau dakwa akan mewujudkan kronisme, amalan rasuah dan sistem yang tidak cekap.

Dalam ucapan sulungnya sebagai Ketua Menteri, beliau berkata, kerajaan negeri baru itu akan melaksanakan sistem tender terbuka bagi semua pemerolehan dan kon trak kerajaan.

DEB menekankan pembasmian kemiskinan dan pens trukturan semula ekonomi untuk menghapuskan penge nalan etnik dengan fungsi ekonomi.

Dasar itu, yang dilaksanakan pada 1971, juga mengandu ngi pengagihan kekayaan dan tindakan teguh untuk orang Melayu dan Bumiputera bagi memperoleh sekurang-ku rangnya 30 peratus daripada kekayaan negara.

Berikutan kenyataan Guan Eng itu, beliau ditanya mengenai hak-hak orang Melayu dan jawabnya: ``Nasib semua bangsa dan untung nasib mereka adalah sama.

``Saya tak mahu cakap tentang nasib golongan itu atau golongan ini kerana nasib kita semua adalah sama dan hala tuju kita juga adalah sama." — BERNAMA.

Menang sorak, kampung tergadai. Mengamuk dengan nyamuk habis kelambu dibakar. Belum sampai seminggu mentadbir negeri, Melayu sudah cuba dipinggirkan. DAP adalah anak didikan PAP. Selamat menjadi negara Singapura wahai Malaysia ku boleh.

Jorji said...

haiyahh..

bro..benda baru memang macam tu...orang melayu ni ada yg cepat mengelabah dan melatah.di cucuk pula oleh parti yg mengamalkan ugutan perkauman.

apa DAP nak buat itu adalah betul.semua nasib bangsa akan ditentukan oleh bangsa itu sendiri..bukan oleh pemimpin yg mengamalkan DEB whatsoever.

rasanya,agama kita juga cakap benda yg sama.nasib sesuatu kaum itu takkan berubah melainkan kaum itu sendiri yg mengubahnya.takda kata MELAINKAN DEB yg mengubahnya?

gua malas nak ambik port hal2 ketakutan secara paranoia bangsa melayu tentang pemerintahan DAP.

semua orang berhak rasa takut dan perkauman itu ada didalam diri setiap bangsa...setiap manusia.KAWAL.

Anonymous said...

semua orang melayu sekarang, kebanyakannya, lebih-lebih lagi yang muda-muda, semua hidup pasca 13 Mei. aku pun malas nk sebut pasal tragedi yang mengakibatkan pelacur kat Chow Kit dilipat secara baik di dalam tong sampah, tak pun bini salah seorang ketua polis di KL berbangsa melayu yg diburaikan perutnya ketika sedang sarat mengandung. mungkin benda ni perkara kecil, sekecil mononton manusia bodoh memakan cacing yg diblend di dalam fear factor. tapi ini pasal keselamatan mak bapak aku KALAU peristiwa tu berlaku lagi. bapak aku yang bekerja sebagai polis yg berkawal pada hari tersebut memberitahu aku kesialan dan kesusahannya hari tersebut. maaf sebab mengungkitkan lagi perkara perkauman ini. maaf mungkin buih sabun hasil cucian UMNO dalam kepala otak aku ni masih penuh.

sebab malas nak amek port isu-isu yang diangkat oleh DAP ni la menjadi sebab kita makin dipijak. HAK YANG SAMA UNTUK SEMUA BANGSA? sekarang melayu, cina, india dan lain-lain adalah sama. DAP tak bodoh pasal apa yg termaktub dalam perlembagaan malaysia ye? sebab dia tau apa yang termaktub itu la yang menjadikan ianya asyik untuk dicucuk-cucuk. aku sedikit pun tak takut pasal DAP nak amek alih, tapi takut pasal melayu dah mula menidakkan semua benda yg menjadi hak kepada dia. UMNO perkauman? itu memang hak bagi melayu untuk bercakap pasal perkauman pasal ini tanah kita. kalau dah rasa melayu tindas melayu, bangkit la dan buat perubahan tapi bukan la di dalam parti yg bercampur-campur. masuk la UMNO. kenapa taknak? sebab corrupt? rasuah? kroni? cubalah ubah. tak boleh? takut sama-sama hanyut? itu kelemahan diri sendiri. sabar la. buat mana yang mampu dulu. bila dah naik, buat perubahan tu. ini tak, melayu lawan melayu, melayu vote DAP, adoi...lagi teruk demam kali ni berbanding demam AF6 yang membariskan mamat2 hensem sahaja.

biar la aku bersifat perkauman. sekurang-kurangnya memihak kepada kaum sendiri.

aku tetap memangkah BN bahagian Parlimen di tempat aku sebab calonnya melayu tetapi telah memPUNDAK BN untuk adun sebab dia kuat makan daging babi!

enjoy ur holiday!

Jorji said...

aku rasa,politik ni macam ekonomi jugak..SEMUA TEORI boleh dipakai.
samada teori itu menjadi atau berjaya,belum tahu.maksud aku,teori aku ok..pendapat kamu juga bernas.dua-dua boleh betul juga boleh salah.

siapa yg nak 13 mei berulang? melayu tak nak..cina pun tak nak.semua orang tak mau.kenapa ianya mesti berulang?
bagaimana nak mengelakkan ianya berulang?

siapa kata jika dibawah UMNO/BN ,13 mei takkan berlaku lagi dan di bawah DAP-melayu akan bungkus?

Teori yg kata.

jadi,persetankan teori. sama-samalah kita menjaga persefahaman sesama kaum.

seperti yang aku kata tadi. K A W A L.Polis dan penjaga keamanan lain.sila kawal.

terima kasih.

Yusmir Yusop said...

Gua dapat SMS berbunyi...

"Jangan lupa ucapkan TAHNIAHHH! kepada org2 MELAYU terutama yang meragam kerana apabila UMNO menang orang MELAYU bersorak,PAS menang orang MELAYU bersorak,PKR menang pun orang MELAYU bersorak.Tapi yang untung DAP dpt byk kerusi di Penang,Perak dan Selangor,KL dan N9.Jangan jadi macam Pak Kadok sudahlah...menang SORAK MARUAH TERGADAI.Panjangkan kepada kawan-kawan berkulit sawo matang"

Vincent Tan,VK Linggam,Ananda Krishnan...kamu jugak yang kaya.

Anonymous said...

Bro, saya setuju dgn kata2 u - dengan DEB selama bertahun2 ni pun, jm tak tahu, pendapatan per kapita kaum bumi dgn kaum Cina ialah 1:1.67, manakala bumi vs Indians is 1:1.24. So, imagine, what have UMNO been doing all these while? mengkayakan kroni & anak menantu... so, it's true, selama ni siapa ambik tanah Melayu? Siapa hapuskan biasiswa tukar PTPTN? Itu bukan hapuskan DEB ke tu? DAP ke buat? Bukan, UMNO buat!!!

Anonymous said...

Pada pendapat gua sbg generasi muda dan penentu bagi survival ISLAM dan MELAYU utk masa mendatang kita semua kena FIKIR dan USAHA bagaimana nak satukan 3 adik beradik parti melayu yg tak boleh duduk serumah tu utk bersatu. Sure lu org semua gelak baca statement gua ni

Dalam senario skrg kalau PAS, PKR dan DAP boleh bertoleran utk tumbangkan BN gua tak nampak kenapa PAS, PKR dan UMNO boleh duduk bawah satu payung.

Masalahnya kerana ketiga-tiga parti yg wakili mejoriti melayu tu rasa hanya mereka saja yg betul dan tenggelam terus dgn ego yg dibayar dgn sedikit demi sedikit (baca banyak dah) hak ISLAM dan melayu terhakis di bumi sendiri. Bukan maksud gua nak menafikan hak bangsa lain. Umno dgn ego rasa hanya mereka yg betul, tak boleh ditegur (terus hunus keris) dan ditunggangi oleh mereka yg berkepentingan, memperjuangkan perut mereka shj sebenarnya, guna nama melayu tu sbg topeng. Kesian kpd ahli umno yg betul2 ikhlas berparti utk kemaslahatan agama & bangsa dinafikan niat mereka oleh puak2 serakah yg gadai hak melayu itu sendiri. Bangunlah dan sedarlah wahai ahli umno semua. PAS gua rasa masih gagal sampaikan mesej dgn jelas, kurang berhemah dan hikmah, maaf cakaplah org yg tak tahu ttg PAS akan kata PAS itu parti yg ganas, aggresif (sebenarnya tidak). PKR pulak adalah parti yg rasa punya hak tapi dinafikan oleh umno tapi pada dasrnya mereka adalah umno yg dah tukar nama. Mungkin gua silap tapi itulah realitinya sampai sekarang ketiga-ketiga parti tu asik bercakar macam tiada titik penghujung dan tiada peluang berbaik-baik.

KITA SEMUA bertanggung-jawab beb. Kat akhirat esok jugak lu, gua, kita semua akan ditanya. Suka tak suka kita kena usaha. Tiada yg mustahil. Agaknya bila dah betul-betul jadi macam Pak Kadok, dah terburai seluar kertas nampak anu barulah kita yg fanatik dgn UMNO atau PAS atau PKR atau PUNDAK baru nak buka mata baru nak pakat macam adik beradik.

Btw gua undi pembangkang (skrg dah jadi pemerintah di negeri yg gua duduk) sebab itu saja alternatif yg ada yg gua fikir paling relevan. Mungkin ramai yg tak setuju tapi gua rasa ianya lebih jantan dpd terus mengundi BN atau memPUNDAKkan undi gua. Gua berpendirian utk beri peluang Barisan Alternatif buktikan. Kalau pjg umur 4 tahun lagi kita boleh tentukan sama-sama. 4 tahun bukan lama..

Wallahu a'lam.. betulkan gua kalau gua silap

Anonymous said...

ape nak gaduh pasal tukar state govt..UMNO dah dpt peluang tp nape org pilih BA gak..sape yg control media semua??
ada la benda salah kalau tak org tak vote BA..kalau tak puas hati ngan BA pasal tak laksanakan janji ..pangkah la BN ke ape balik..4/5 tahun ngan 50 tahun bebeza la.
penang mansuh DEB, tu bab pembangunan..bab hak melayu aku rase tak berubah pasal dah termaktub dlm perlembagaan..50 tahun apsal ade je melayu yg melarat kt penang,kedah.pemimpin UMNO lak kaye nak mampos.mane dtg nye duit tu?? tak yah la taksub sgt perkauman ni..hidup x aman..
at least UMNO sedar skang ni n ade waktu lg nak perbaiki n ambik hati balik org melayu..

-buat ape gado² same kite,mesia ini kecik aje..kalau dh gado sape nk jage- aku tak ingat band ape nyanyi lagu ni..

-Anak Johor-

Anonymous said...

Kau tak perform tu la pasal kau dapat ptptipu tuh. masih ada scholar lah. kau yang tak pandai.

Orang2 melayu pas keadilan yang grad oversea tuh dah sah2 lah scholar. Mara, mrsm, sbp, orang melayu kampung dapat masuk um, tu sume hasil deb lah tuh.

Masih ada wakil rakyat yang memperjuangkan orang kampung nya. Masih ada menteri yang mempertahankan perlembagaan negara. Tapi, ada segelintir yang gila kuasa & pentingkan diri sendiri. Kerana nila bertitik2 rosaklah susu sebelanga.

PAS sanggup menggadaikan perjuangan negara islam nya, demi bersetongkol dengan DAP. Harapnya kewangan, tanah dan pendidikan dapat kat orang Melayu lah di Perak. Kalau tak, hancurlah orang Melayu.

Selamat menjadi negara Singapura & Palestin wahai Malaysians ku Boleh.

silversarina said...

akak pun hairan orang melayu takut bila dap memerintah .... tak faham dengan perkauman ni,konon kata negara majmuk dan muhibbah, bila dah kalah saja nak apikan isu perkauman.

selamat bercuti dan teruskan senyuman mu di kampung..:P

Anonymous said...

haha...aku memang suke bace komen2 yang lawak ni. terutamanye bile orang x berape pandai wat lawak. yang secara umumnye org akan panggil lawak bodoh.

aku tak tau la ape penyokong BN ni pikir. Aku da tak tau da ape yang diorang nak perjuangkan lagi. Nak kate hidup melayu, balik2 yang masuk bersamamu tv3 tu orang melayu gak. nak kata perpaduan kaum, HINDRAF mengamuk gak. so ape lagi yang korang nampak dari BN ni?

yang aku tau la, DEB ke, NEP ke, MARA ke, ingat duit sume tu kuar directly dari poket pemimpin2 BN ke? yang korang dok bayar cukai, sampai yang tak bayar kene sita tuh, duit tu la yang korang dok bangga2 bile dapat balik. aku taktau la korang seda ke tak, tapi yang masuk dalam poket pemimpin BN tu lagi banyak dari yang masuk dalam poket korang. Kalu korang x caye, penah x korang compare bajet kempen BN dengan BA? mane BN dapat duit banyak tu? setakat jual air mineral lambang BN takkan bley dapat duit juta2 kot?

so sape2 yang masih nak BN lagi, try amik besen, penuhkan dengan air, pastu masukkan kepala korang dalam tuh. kalu lepas 3 saat korang masih rase nak undi BN, selam terus sampai 10 minit. dengan care tu, next election korang takleh mengundi, tapi korang akan diingati sebagai pahlawan negara sebab berani mati dari merosakkan masa depan anak cucu korang sebab korang undi BN. kan?

LuciusMaximus said...

tronoh jugak yang lu jadikan contoh di sini, hampeh!

gua berkongsi pandangan yang sama dengan lu bro tapi kita inilah yang keparat umno akan kata, melayu lupa daratan, baru duduk pekan dan belajar tinggi sikit yakin sangat dapat bersaing dengan bangsa lain...

pokoknya melayu mesti berfikir luar umno. jangan berharap kepentingan melayu hanya dapat dilindungi oleh umno, kerana secara halus umno mempergunakan agenda melayu mereka untuk terus berkuasa.

manusia ganjil ikan yu said...
This comment has been removed by the author.
manusia ganjil ikan yu said...

alamak, lepas ni tak leh nk lepak romen2 kat Tanjung Mas

thinker bell said...

ape ade komen smartphone ni baba? tak relevan lansung. LOL.

i rase i setuju dgn bro anonymous. bukan sebab skang dia dah jadi member i , atau sebab dia bagi i buku, tp i rase pandangan dia bernas. heh.

i rase if only we could find a way where we malays stand on the same platform. not about against other races, tp kita kena united. i mean, i am the least person to be racist la, dgn pnah skola sjkt nyer, pnah skola cina nyer, kawan2 campurnye, i think i am least racist la. but i would fancy that we the smart ones of malays should help each other out. hence, DEB somehow seems irrelevant if we are doing SOMETHING about it.

there's no point shouting about it if no actions are being taken. i mean, just as much as u, as everyone else, saya loceng pemikir ni pon tak buat ape mengenainye.

we should start thinking of something, and actually do something about it. at least, we dont belong to any political party. hence we could unite better by being apolitical.

i think kali ni agak kelakar la political party saje beat on DEB sahaja. yg opposition beats on it, yg proposition pon beats on it. kita ni kolot la rupenye. sume narrow minded la jadinya. like helllooo? ada byk lagi perkara yg nak ditengokkan skang ni. and for the past 2 weeks, mcm dah takde topik lain dah kat sokkabo kita (even though that's the only reason why i bought newspapers of late. heh).

btw, bape hengget ek keta fiat punto? saya kerja marhain mampu tak agaknya? :D

Anonymous said...

nia ape citer pulak nie dari UMNO yg bapak segala racist terus ke smart phone dan berakhir dengan Fiat Punto? Tergelincir terus hehe

Gua terpaksa menerima segala pandangan yang ada sebab yang bercakap di sini semuanya rasional tetapi kalau nak menyelamatkan Melayu hanya dengan menyertai UMNO, itu adalah satu hujah yang agak kurang bijak. UMNO hanya wujud pada tahun 1946 sedangkan bangsa Melayu itu telah wujud beratus-ratus tahun sebelum kemunculan UMNO. Dan kewujudan UMNO itu sendiri adalah dari buah tangan Inggeris, sebab itu kalau kamu tengok para pendokong UMNO ialah dari kalangan anak raja dan bangsawan, bahkan kalau kamu orang Melayu yang bersunat itu mahu tahu, pengasas UMNO itu sendiri wujud daripada rahim seorang wanita berbangsa Turki. Tiada kena mengena dengan Melayu. UMNO adalah satu agenda British untuk meneruskan kelangsungan pengaruh dan kuasa mereka. UMNO dijadikan parti perkauman kerana ini Tanah Melayu dan Melayu adalah dominan. Maka muncullah pelbagai slogan-slogan perkauman selepas itu, kononnya hanya UMNO yang boleh menyelamatkan Melayu sedangkan ahli UMNO hanya 2 juta orang dan ada berapa juta pula Melayu di Malaysia ini? BTW DEB itu sudah berakhir kan pada 1991. 20 tahun selepas DEB dilaksanakan siapa kalangan Melayu yang berjaya dikayakan dan disenangkan oleh DEB?

thinker bell said...

baba , i have to agree to your point. mmg somewhat UMNO tu mmg bersekongkol with british. the brits only wanted to deal with them coz UMNO seems to be the most 'lenient' to them penjajah.

i didnt say to save the malay we should vote for umno. i think we malay should save ourselves. beb, u fancy making a party with me? ;) (lain mcm aje bunyi parti ni. hehe) anyway, vote who ever brings kebaikan to u la. whomever it maybe. like i said somewhere, in the end, we need to elect proper leaders. not parties. but of course, in this so called 'democracy' country, we have to vote for 'parties'. (lepas ni, mmg tanak gi bachelorette party dah. bleh buat eksiden. LOL)

anyway, u tak jawab pasal keta punto tu lagi. saya berminat sungguh ni. maka, mampu tak saya budak marhain ni membeli kereta sehebat kereta awak tu? ;p

Anonymous said...

ish ish citer kereta plak.
boleh aje tapi tidak digalakkan.
wa baru replace my ECU which is besar n nipis mcm kotak rokok dunhill 7's. this thing run the whole systems and it cost me 2k (kedai potong, baru punya 4.7k)
ini semua berpunca daripada dasar kerajaan yang mahu juga mengeluarkan kereta nasional dan kemudian cukai import kereta dari luar dinaikkan kepada 300%. itulah dia buah tangan DEB yang mahu mengkayakan kroni yang terlibat sama ada secara langsung atau pun hanya sebagai vendor. kemudian tidak ikhlas, untung mahu banyak, barang tidak ada kualiti, orang marah kemudian cakap kita tidak patriotik. itu dasar UMNO lah tu hehe

Anonymous said...

oo..ye ke?

memang asal usulnya Dato' Onn bukan melayu yg asli, tp dia tetap memperjuangkan Melayu. kalau x, melayu bersepah tak bersatu. dia telah menyedarkan bahawa kita ni ada hak di tanah air kita sendiri aku dtg dr sekolah yg melahirkan pejuang2 hebat melayu termasuk Dato' Onn. dan kami tau yang kami perlu perjuangkan hak2 melayu. kenapa seramai 2 juta org UMNO melayu shj di malaysia ni? sbb selebihnya adalah org2 seperti kamu yg 'hebat' nya berkata-kata, tp nasib bangsa sendiri pun taknak kamu tentukan kan dgn alasan "banyak sangat korupsinya" di dalam kerajaan ini.

aku juga tak bersetuju dgn kerajaan, tp lately aku sedar melayu kena jaga bangsa melayu. bukan racist, sayang bangsa sendiri and pertahankan hak sendiri, salah ke? kalau x bersatu, terutamanya melayu, satu hapah perubahan pun x boleh buat!

Anonymous said...

lu nak Melayu bersatu macamana lagi? ini politik lah bro. UMNO ialah parti politik. Lu mahu semua bangsa Melayu bersatu atas nama politik UMNO? perlembagaan mana atas muka bumi ini yang mensyaratkan orang Melayu mesti bersatu atas nama UMNO? seperti juga orang India atau pun Arab atau cina? Perlukah mereka bersatu atas nama parti politik yang rata2 memperjuangkan ideologi yang berbeza? Ia tetap tidak akan sama sampai akhir zaman sekali pun. asabiyyah atau perkauman yang dibawa oleh UMNO itu tidak akan ke mana sebab UMNO ialah parti politik. Jika UMNO itu sangat melayu kenapa pula mereka terpaksa bersekongkol dengan MIC dan MCA yang sememangnya tiada Melayu didalamnya? atas alasan apa? Perpaduan kaum? negara bangsa? kenapa pula ia halal untuk UMNO tetapi haram untuk orang lain? kenapa UMNO tidak boleh menerima hakikat bahawa ada pihak lain juga boleh memperjuangkan nasib bangsa Melayu dan dalam masa yang sama mereka seperti cuba mengolah persetujuan seluruh bangsa Melayu agar menerima mereka. satu paksaan untuk persetujuan? cuba berfikir di luar kotak UMNO sedikit. UMNO "memperjuangkan" nasib Melayu tetapi bukan hanya mereka yang boleh memperjuangkannya. Kenapa ketika ini mereka begitu bersungguh2 mahu memperjuangkan hak orang Melayu pada ketika orang Melayu seperti tidak lagi yakin dengan "politik" UMNO dan cuba menggunakan saluran lain yang bukan sahaja boleh diterima oleh bangsa Melayu bahkan juga oleh bangsa lain yang turut sama diiktiraf UMNO selama ini sebagai masyarakat majmuk yang membangunkan negara ini? Tolonglah. dasar UMNO itu tidak akan membawa kita ke syurga pun. Nabi Muhammad saww ketika ditanya apakah dia asobiyyah engkau wahai Nabi maka sabdanya "asobiyyah itu membantu memperkuatkan kamu bagi mendepani kezaliman" (maaf gua kalau matannya kurang tepat- malas membaca) dan sekarang UMNO mulai menyebut hadith ini untuk menghalalkan semangat kemelayuan mereka itu sedang syarah/penjelasan matan itu sendiri mereka tidak fahami dengan tepat. wallahu taala 'alamu wa ahkamu!

Unknown said...

Bro Baba;

Aku kasihan melihat ini budak Anonymous. Terlalu takut dengan bayang-bayang sendiri lalu terjerumus dalam kancah pen-cina-aan dan ke-india-an.

Kalau kamu belum lagi sedar-sedar dari tidurmu itu, biar aku ingatkan sekali lagi. Melayu kini bukan berpecah. Bahkan, perpaduan Melayu itu semakin padu dan menggerunkan. Cuma kami berpadu di pihak yang satu lagi.
Yang paksi perjuangannya Islam. Jika kamu jijik dengan Cina yang makan babi, maka ada baiknya kamu lebih jijik dengan saf kepimpinan kamu yang rasuah, yang merompak harta anak dan cucu kami kemudiannya. Yang milik generasi kita sudah menjadi angin, jet peribadi, dan kapal layar.
Kami sudah meninggalkan tongkang pecah ini dan diam teguh dibawah panji-panji Islam. Banyak yang kami boleh lakukan disini. Sedangkan tongkang yang kamu sokong itu, berantakan dan entahlah, bocornya sudah disana-sini.

Ada baiknya kamu lihat statistik, yang menangkan DAP adalah bangsa cina juga, sebab DAP bukan macam MCA berani letak calon di kawasan MElayu. Kalau ada pun, calon DAP itu kebanyakkannya India.

Anonymous said...

apa melayu2 ni... kan lagi best umat islam..

penyatuan umat islam tu hanya dibawah satu bendera.. Quran dan Sunnah... selain dari itu SESAT..

situasi sekrg, UMNO penghancur agama ISLAM mcm api dalam sekam disebabkan segelintir MUNAFIK yg berjawatan di dalamnya, PKR mencairkan ISLAM dan perbezaan antara org bukan Islam dgn org Islam, PAS berslogan ISLAM, semoga benar2 ikhlas insha Allah.. belum terbukti lagi.. bukan kata PAS itu maksum, tidak.. tapi itu paling hampir kepada ISLAM...

keadilan wajib diberi kepada bukan Islam.. tuntutan agama Islam.. berdosa kita menzalimi non muslim.. tapi perlukah kita bercampur baur, bertimbalankan non muslim utk MEMBUAT DASAR PARTI yg menentukan AGAMA umat Islam seperti dalam PKR.. mereka non believers, adakah mereka layak campur tangan urusan umat Islam??? atas alasan KEADILAN maka ia halal???

ini yg saya tak setuju dgn anwar... kenapa yg terus masuk PAS .. haiii.. takpe lah.. mungkin Allah sahaja yg Maha Mengetahui wallahualam.. Dia juga merancang, yg Perancangan-Nya yg pasti terlaksana.. PASTI! .. mungkin ini slow transformation that Malaysia needs before Islam come back as it was 1400 years ago .. aminnn...