Tuesday, July 29, 2008

Kriteria Seorang MB UMNO

Mantan MB Perak, Tajul Rosli Ghazali berkata, tawaran diberikan kepada PAS untuk membentuk kerajaan bersama dengan UMNO di Perak. Kerajaan Baru bersama UMNO di Perak.

Antara line paling menyayat hati yang gua baca dalam suratkhabar hari ini ialah;

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli
Ghazali berkata, UMNO juga bersedia menerima wakil Pas sebagai Menteri Besar
Perak dengan beliau sendiri tidak akan memegang sebarang jawatan dalam kerajaan kerana tidak mahu dikata hendak menguasai pentadbiran negeri.


Datuk Seri, kalau sudah namanya ”Kerajaan Baru Bersama” nak buat hapa kejadahnya duduk melangok aje? Mesti lah ”Baru Bersama” dan berkongsi kuasa. Dah namanya pun berkongsi kuasa dalam kerajaan. Kalau setakat saja-saja, baik lu pegi join PAS aje. Habis cerita. Cuba baca yang ini pulak;

‘‘Kalau boleh, wujudkan dasar-dasar macam mana hendak mentadbir. Kita boleh
perluaskan kerjasama itu ke negeri-negeri lain di seluruh Malaysia dan ia
membolehkan UMNO dan Pas mewujudkan dasar yang lebih praktikal kepada semua rakyat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Dan ini;

“Kalau kita hendak wujudkan kerajaan yang stabil dan kukuh, ia mesti
menggabungkan BN dalam kerajaan.

Gua pasti, mamat ni memang jenis muka tak malu, lebih kurang sama dengan Khir Toyo. Cuma, yang gua confuse sikit ialah tahap IQ dia. Cemana boleh jadi MB Perak dulu ni?

5 comments:

Anonymous said...

kah!3x IQ tahap polarity negative.... patut umno tu bubarkan cari pemimpin iq cam ni suruh jadi ahli biasa je.. oh lupa dah semua termasuk ketua pun iq cam ni nak buat apa dulu kini dan selamanya. Che det kira high polarity lah jugak

4dMinIstR@t0r said...

ape cerita bn plak tawarkan nak tubuh kerajaan negeri bergabung...sapa yang pegang kuasa la patut tawarkan...nampak sangat mangkuk...sepatut nye bn merayu nak bergabung bukan tawarkan...budak yang wat statement tuh skolah mana ek dulu?

Kurie said...

abang,

semenjak 2 menjak nih, diesel untuk bas dah tak berbunyi...

yang berbunyi...

spare part mahal pulak..

adios...

mama said...

huh umno nampaknya memang dah semakin nyanyuk... ntah hape2 idea pulak sekarang ni.

Anonymous said...

banyak TADIKA dan PASTI sekitar bandar Ipoh nie.. suruh Tajol daftar balik sesi kemasukan baru tahun depan..