Thursday, October 09, 2008

Rohaya Sabirin dan Kurung Putih Berbunga Merah Besar

Petang itu, semasa di dewan makan, banyak mulut yang melopong. Budak-budak Tahfiz yang belum akil baligh pun ramai yang menganga. Telur rebus masak kari, lauk yang paling mendapat kritikan selama ini, seperti sangat lazat. Ramai yang makan berselera sambil mata jeling menjeling.

Bagi yang tengah beratur, ada yang jarinya tak henti-henti mengetuk tray biru. Sambil mulut menyanyi macam-macam jenis lagu. Mata, pandang tempat budak perempuan sambil kadangkala pura-pura ambik tahu ketebalan gincu Kak Zana yang tengah menyendukkan lauk.

Bagi Abang-abang senior, yang makan kat meja belakang, paling hampir dengan tempat budak perempuan, memilih duduk semeja dengan mamat-mamat surau, yang akan membelakangi kamera. Benteng untuk mereka menyelitkan mata di antara dua bahu. Menerobos nun jauh ke seberang sana. Ah! Telur rebus masak kari sungguh lazat pada petang bertuah itu.

”Apasal ramai budak jeling-jeling ”sana” petang nie?” Undertaker yang tengah syok menyuap nasi tiba-tiba bersuara. Mengarah muka pada Zamri.

”Cuba kau toleh sikit, tengok si Rohaya Sabirin tu, bukan main meriah lagi petang ni” balas Zamri.

Nun di seberang sana, Rohaya Sabirin dengan badan separa kembangnya, berbaju kurung putih berbunga merah besar. Paling menyerlah. Sambil berbual dengan suara yang agak tinggi. Juga sambil mulut mengunyah telur rebus masak kari yang sungguh lazat.

”Biasa lah, aku dengar Fendi memang dah tak mahu bertanding Ketua Pengawas lagi”

Hah! Itu pasal Rohaya Sabirin ceria semacam ini petang. Baju kurung putih berbunga merah besar. Paling meriah. Paling menyerlah. Bijan bakal jadi Ketua Pengawas.

6 comments:

Yusmir Yusop said...

Blum tau lagi...

Kurie said...

abang,

nak naik taraf kena naik kg badan sekali ker?

tambah sihat la Kak Rohaya nampaknya yer....

adios...

The.Libyaman said...

yuzy,
haha lu mmg rakyat yg jahat. kasi lah skit peluang dia nak berangan. First Lady tu.

kurie,
saiz badan satu pelengkap pada kenaikan taraf dia tu. baru nampak matching.

Anonymous said...

rohaya lpas ni akan poie paris tambah laei botok n kasi kembang lg rambut dia barulah 1st lady yg betul2 mantops!

TOOLBOX said...

Dgr ceghito ujung minggu maren maso outing si Rohaya boli lapan-boleh bijik jam meka casio baby-g kek Tampin nak boghi pado gopren-gopren penyokong kuek Bidin. Banyak belanjo tu. Duit jual ayam goreng jagak ko?

Anonymous said...

benz,
rohaya kasik kembang badan dengan rambut. tebal sikit.

bro,
jam baby-g tu ada stok lagi ke? duit untung jual ayam goreng memang banyak. puluh tahun makan x abis.