Monday, January 26, 2009

Menunggu KEMTA Diratakan

Semalam Obama dengan muka serius sudah mengeluarkan arahan untuk penutupan KemTahanan Guantanamo. Cuma tempoh masanya adalah dalam setahun. Pelbagai perkara boleh terjadi dalam tempoh tersebut. Namun gua percaya, arahan itu tidak akan berganjak kecuali lobi zionis di Washington mengolah sesuatu. Arahan tersebut seperti satu ‘foundation’ make-up yang perlu Obama tepekkan pada wajahnya agar kelihatan berseri.

Ketika di Asia Media Summit 2008, gua telah mengikuti majlis perasmiannya bersama dengan gerombolan wakil media bukan sahaja dari Asia bahkan daripada seluruh dunia. Tukang rasmi yang sepatutnya ialah Mr. Clean a.k.a Mat Ngantuk. Tapi sebab pagi itu hujan memang turun dengan lebatnya di Kuala Lumpur, maka tempat beliau digantikan pula oleh Mat Mongol a.k.a Bakal PM Kita a.k.a Abang Bijan.

Abang Bijan telah diserang hebat dengan soalan oleh wakil media asing, kerana ketika itu Raja Petra ditahan, tapi bukan dibawah ISA. Abang Bijan juga telah ditanya tentang ISA dalam waktu yang sama, kerana antara agenda penting forum di Asia Media Summit ialah mengenai hak asasi manusia. Abang Bijan memang agak tangkas menjawab. Kalau ikut level makcik-makcik Wanita UMNO memang Abang Bijan nampak bergaya.

Tapi apabila ditanya tentang Kem Tahanan Perlindungan Kamunting dan ISA, Abang Bijan telah memilih jawapan yang bodoh walaupun cuba berlagak cerdik. Katanya, kerana secara kebetulan soalan itu datang daripada wakil media Amerika kalau tidak silap gua, “Apasal lu tanya pasal kem tahanan kat dalam negara gua? Lu tengok dulu lah Guantanamo tu apasal lu orang tak tutup dulu?” sambil seperti biasa Abang Bijan menggosok-gosok perutnya.

Gua yang ketika itu masih lagi kenyang dengan sarapan pagi daripada hotel 5 bintang, tiba-tiba rasa macam nak terberak. Bagi gua yang gagal untuk menjadi Ahli Parlimen Jelebu kerana tidak cukup wang deposit bertanding pilihanraya yang lepas, jawapan Abang Bijan sangatlah dangkal. Walaupun gua tengok kelompok wartawan Malaysia khususnya RTM, Bernama serta Datuk-Datuk penyibuk datang daripada pelbagai agensi KERAjaan itu sangat bangga dengan jawapan Abang Bijan.

Ia seperti memberitahu, ya memang gua tahu curang dengan isteri dan mempunyai teman wanita dari negara Genghis Khan adalah satu perbuatan tidak bermoral tetapi gua nak tengok lu buat baik dengan isteri lu dulu dan putuskan hubungan dengan teman wanita bangsa Mexico itu. Sebagai contoh lah.

Atau dalam ayat paling senang, kalau lu, Abang Bijan sudah tahu berak tepi jalan tu sama macam perangai binatang yang tidak berakal, abis apasal lu ikut buat jugak?

Okay sekarang diorang sudah berhenti berak tepi jalan, apasal lu masih buat muka tak malu lagi?
(Ditulis 4 hari yang lepas tapi biasalah kampung gua berdepan dengan ribut dan satelit terpaksa menanti 3 hari untuk diperbaiki)

2 comments:

mama said...

darling bila boleh ym?

gayour said...

humang hai! kuek ghibut kek kampung kau tu. habih tumbang tiang letrik sampai tepisah hubungan tipun dengan jompul.
kawan2 den dulu ghamai perangai cam kambing, berak topi dan tongah jalan. hantu tul! apo paedah eh tak tau la.