Showing posts with label Agama For Sale. Show all posts
Showing posts with label Agama For Sale. Show all posts

Friday, November 21, 2008

Mari Menjual Agama

(gambar hiasan yang tiada kena mengena langsung dengan gua)

Jalan paling mudah untuk menunjukkan kamu adalah golongan yang baik-baik, ialah dengan mengambil sedikit agama, seperti mencelup tangan ke dalam sebaldi air, renjiskan sedikit ke muka.

Air-air yang terpercik ke muka itu, dilihat manusia sebagai kesan baru lepas berwuduk. Contohnya lah.

Apabila kamu dipenjara, atas apa jua kesalahan atau pun tuduhan, pastikan sesudah bebas nanti, kamu celup tangan ke dalam sebaldi air, dan kemudian renjiskan sedikit ke muka.

Air-air yang terpercik ke muka itu, dilihat manusia sebagai kesan baru lepas berwuduk. Agaknya lah.

Dan ada juga yang melihat janggut itu hanya eksklusif untuk agamawan sahaja. Contohnya di asrama dulu, hanya budak-budak surau sahaja yang dilihat berjanggut. Kerana kata mereka berjanggut itu sunnah Nabi.

Tapi ramai juga penjahat-penjahat di asrama yang menyapu minyak “bon” setiap hari, untuk menghidupkan sunnah, tapi tak jalan jugak. Itu cerita lain.

Lagi satu, jangan lupa sebut sedikit pasal bagaimana kamu begitu insaf ketika di dalam penjara. Bagaimana kamu mendekatkan diri dengan Tuhan dan yang lebih baik lagi jika kamu ada cita-cita untuk mendalami agama.

Dengan menyambung pengajian, sebagai contoh.

Sambil kamu menjatuhkan hukum siapakah yang suci dan siapakah yang tidak suci.