Showing posts with label minyak turun harga. Show all posts
Showing posts with label minyak turun harga. Show all posts

Wednesday, October 22, 2008

Malaysia Hari Ini

Untuk penurunan minyak kali kedua, yang demi Tuhan gua tak tahu bila dan kalau tak silap gua sekarang sudah jadi RM2.30, betul? Gua tengok dah makin ramai yang tak ambik pot.

“Eh! Harga minyak dah turun lagi, lah” kata seorang isteri kepada suaminya.

“Minyak turun ke semalam?” tanya seorang Mat Rempit kepada kawannya.

“Haiyya minyak tulun ala manyak ka?”. Soalan apek penoreh getah yang tidak tahu membaca. Kepada budak kerja stesen minyak Shell di Kuala Klawang. Yang gua kompius juga macam tak tahu membaca.

Jadi, sapa yang peduli lagi? Orang makin benci bercakap pasal harga minyak yang turun. Orang makin menyampah nak melihat berapa banyakkah harganya yang turun?

Mereka yang peduli akan ghairah menantikan penurunan harga barang keperluan. Beras Faiza Herba Ponni yang sudah tidak masuk Tesco lagi, kalau ada pun jual sudah jadi RM38 untuk 5kg. Mana pergi stok beras ni? Dan apasal beras sudah naik harga melambung-lambung macam kena baling ke langit?

Rakyat mahu lihat harga ayam bukan lagi RM6.50 sekilo, ikan kembung bukan lagi RM12 sekilo dan jika gua bawak RM50 pegi Pasar Tani, gua boleh angkut 3-4 plastik barang dapur. Ini apa cerita baru beli ikan 4 jenis sudah RM30?

Apasal pisang berangan yang dulu gua beli paling mahal pun sekilo RM2 sekarang sudah jadi RM4? Gua tanya budak jual pisang tu dia kata tanam kat Kuala Selangor aje, bukan Venezuela pun.

Eh! Venezuela agak sensitif, kerana harga minyaknya murah. Cuma, mana dia beruk-beruk yang melompat, yang berbuih mulut bercakap menyokong kenaikan harga minyak satu ketika dulu? Mana dia Profesor Kangkung yang memeningkan kepala hotak rakyat dengan pelbagai statistik dan kaedah kenaikan harga minyak?

Juga seorang pakcik yang gua jamin dunia akhirat adalah AJK Umno Cawangan yang dengan bangganya bercakap dalam TV ”Mana ada benda turun dalam dunia ni? Hujan aje bolehlah turun”. Ah! Mahu aje gua bagi penyepak.

Juga seorang Timbalan Perdana Menteri yang cakapnya itu dimuatkan di muka depan akhbar

”Negara akan bankrap jika harga minyak turun”.