Monday, July 23, 2007

Bila si dahi jendul berkata-kata

"Sekarang ini di Malaysia ramai yang ingin jadi hero dengan memperlecehkan kerja orang lain, biarlah kami jadi hero dengan membina pasukan Malaysia, sekarang ini di Malaysia ramai yang nak jadi hero, itu senang sahaja"

Kalau gua ada kat depan mamat nie masa dia tengah cakap, memang gua tendang dahi jendul dia nie. Lu ingat gua tak tahu apa yang lu mahu? Lu mahu elaun Setiausaha Agung FAM, kan? Lu mahu belasah dana untuk bolasepak yang banyak itu? Lu x buat kerja sebab lu lembap. Lu x pandai buat kerja sebab lu memang x tahu apa-apa pasal bolasepak. Gua sangat bengang dengan lu sebab gua adalah antara beratus-ratus orang yang menghantar resumenya ke FAM untuk mengisi jawatan itu pada 2004. Gua saja nak test market sebab gua tahu memang gua x layak cuma mak gua aje yang suruh gua hantar. Setakat nak hantar resume bukan kena bayar pun. Setakat beli setem ngan sampul surat aje. Resume gua print kat opis. Gambar wa suruh wife gua ambik kat rumah. Gua edit guna photoshop jadik macam gambar kedai. Tapi gua bengang sebab yang dapat ialah mamat nie. Kalau orang lain yang lebih layak gua memang tak frust sangat tapi si jendul nie yang dapat. Lainlah kalu Soh Chin Aun atau Santokh Singh yang dapat. Gua x bengang sangat.

Lepas semua orang kutuk, lepas ada anak raja yang letak jawatan, si jendul nie boleh nak menghina orang lain lagi. Memang dasar manusia tak sedar diri. FAM sudah menemui ajalnya. Maksud gua orang-orang politik di dalamnya. Buangkan aje ke laut manusia seperti Ibrahim Saad, Raja Ahmad Zainuddin serta Anifah Aman. Buangkan aje semua orang politik dalam badan-badan sukan di seluruh negara. Orang politik memang bodoh. Mereka x tahu apa-apa pasal sukan. Buangkan ke laut Shahidan Kassim yang gua pasti akan kalah 100 meter pecut dengan Siti Nurhaliza. Apa kelas Isa Samad jadi presiden persatuan tinju. Gilo hapo? memang gua tahu Isa Samad pernah nak bertinju dengan orang UMNO kat Jelebu sebab orang tu conteng batu besar di Jelebu dengan tulisan "Isa Samad boleh blah" masa dia nak buat lawatan ke sana. Tapi ini mengendalikan persatuan sukan. Dan gua rasa ketinggian Isa Samad juga tidak melebihi ketinggian tali gelanggang tinju. Mana mungkin. Buangkan segera seperti mana orang Negeri Sembilan membuangnya. Banyak lagi persatuan sukan yang menjadikan orang politik sebagai teraju. Equestrian dengan Jamaludin Jarjis, rugby dengan Syed Razlan dan macam-macam nama lain yang lu boleh jumpa di Parlimen bergebang perkara-perkara yang tidak berfaedah. Itu belum kira persatuan negeri lagi. Bolasepak kira confirm presidennya Menteri Besar. Bajet banyak. Boleh sapu.

Last week gua tengok Raja Ahmad dalam RTM1. Jangan x percaya gua sanggup menonton RTM hanya kerana nak tengok aksi bodohnya. Tak mahu mengalah jugak walaupun dah terang-terang semua panel mengutuk. Sekali tu selang dua atau tiga hari dia keluar pulak untuk satu program lain pasal Parlimen ke hapa entah yang gua pasti projek itu memerlukan komitmen panjang. Dah terang lagi nak bersuluh. Lu lah Raja Ahmad orang yang Zahid Hamidi cakap tidak diperlukan lagi di dalam FAM. Buat menyemak. Buat meningkatkan perbelanjaan. Lu tengok hari nie. MSN kata biasa latihan kat luar guna 300K tapi kali ini 450K. tambahan 150K tu gua tahu sebab apa. Raja Ahmad punya tiket pergi Old Trafford dan Maracana untuk lihat bangku stadium diorang diperbuat dari apa. Dia fikir ada taruk gam kot sampai bontot penonton semua melekat nak tengok team diorang beraksi. Sokong sampai rebah. Bodoh punya FAM.

Apabila gaji kakitangan kerajaan naik, harga barang pun naik dan si penjual idea pun turut menaikkan harganya!

Arrrggggggggghhhhhh! Last entri gua ialah pada 4th July. Hari kemerdekaan negara Uncle Sam. Cuma satu entri cabuk, busuk dan haprak. Kepala tengah bebal. Idea tengah jual mahal macam lah best sangat. Padahal sekadar "boleh-boleh" aje.
Hari ini gua kembali semula ke opis. Bateri dah charge semula. Full bar. Letih melayan Pak Arab yang kononnya banyak duit sangat tu, gua rasa baik gua keje semula. Badan pun x penat mana. Gua buka blog nie semula. Kosong. Sifar. Nil. Zilch.
Apa benda yang gua nak tulis nie? Banyak kali juga gua cuba pancing kawan-kawan di opis dengan tajuk tertentu. Bila dah dapat ia sampai pula ke penghujung yang beku. Gua mahu tulis pasal seluar jeans tapi si Arif pegi cerita pasal seluar slack pulak. Gua dah janji dengan Ibrahim yang gua nak tulis pasal seluar jeans londeh warna blue black yang dia selalu pakai di Jordan dulu. Tapi idea gua jual mahal sangat kali ini.
Gua lompat dari satu web ke satu web. Gua baca semula timbunan "suuurattkhaabarr laaamaaa" di opis ini. Nak cover semula sejarah yang gua tinggalkan sejak 2 minggu lepas. Suratkhabar dan berita tv adalah 2 benda yang gua sentiasa elakkan semasa bercuti. Biar gua nampak lebih bodoh lagi. Tapi semuanya adalah cerita haprak. Bolasepak Malaysia yang amat di minati oleh Mat Kanchung - gua dah bosan sebab banyak kali dah gua kutuk. Dalam "suuurattkhaabarr laaamaaa" pun gua dah pernah tulis. Ada yang keluar dan ada yang diorang x keluarkan. Mungkin sebab gua sudah terlalu lama bencikan "orang-orang politik" dalam sukan di Malaysia ini. Memang hampeh.
Cerita pasal politik. Lagi hampeh. Politik Malaysia? Hampeh. Baik gua baca buku pasal politik di Yaman. Walau negaranya mundur, tapi minda politiknya sejuta kali lebih baik dari di Malaysia. Atau gua kembali berangan menjadi sebahagian dari 81 orang yang berada di atas Granma bersama Che, Raul dan Fidel. Arrrggggggggghhhhhh!
Gua selak lagi "suuurattkhaabarr laaamaaa" dan gua jumpa cerita cikgu dera pelajar. Eh Kanchung! Ini kira dera ke? Lu jadik cikgu dulu,pernah dera budak ke? Gua dah tulis benda nie dalam entri entah bulan berapa entah, gua pun x ingat. Lembik dan manja. Kena rotan sikit nak mengadu. Kalau dulu gua mengadu, mesti Ustaz Ali Tajid dah bergelar banduan atau bekas banduan sekarang ini. Mesti dia x dapat bekalkan sayur-sayuran segar ke Tesco. Lembik. Tapi gua pun pesan ngan wife gua, hari pertama dia ke sekolah " awak jangan pukul anak orang kat sekolah. saya x berani nak pegi naik Kementerian tumbuk muka Menteri Pelajaran nanti. Dia boleh tendang sambil terbang tu"
Gua selak lagi "suuurattkhaabarr laaamaaa" . Cerita Palestine. Cerita Iraq. Cerita Pakistan. Cerita Afghanistan. Eh! Semua tu negara Islam ye? Cerita Turkey. Pun Islam jugak. Jangan lu x tahu, walaupun lu kata Turkey tu sekular, tapi 99% warga Turkey Islam. Istanbul tu ada lebih banyak masjid daripada seluruh semananjung Islam Hadhari. Bosan pulak gua nak tulis. Pilihanraya di Turkey. Parti pimpinan Erdogan sedang leading. Cerita lama. Macam dulu-dulu jugak. Gua bosan. Idea tentang negara Islam nie masih terlalu mahal. Oppss! Orang kata jangan bincangkan pasal negara Islam lagi.
Dah habis semua "suuurattkhaabarr laaamaaa" gua selak. Akhirnya, gua nampak gambar Dayang Nurfaizah. Tengah berbaring atas sofa kulit. Dengan dress hitam. Tangan pegang kepala. "Belum ada Mr Right" - apa punya tajuk daaaaa. Gua pun belum ada Mr Right lagi wei. Mr Right yang membawa idea. Mahal betul lah harga lu sekarang. Maaf lah Ibrahim. Nanti gua cerita pasal seluar jeans blue black lu yang londeh itu. Punktlich.

Wednesday, July 04, 2007

Kayveas bakal PM


gua tak tahu nak samakan dia nie macam siapa? mungkin lelaki ini terpengaruh dengan heronya yang baru-baru ini telah menyebabkan ramai merusuh di Klang. tapi yang penting sekarang inilah dia hero di hati gua serta ramai lagi kawan-kawan seperjuangan. kalau boleh gua mau buat t-shirt dengan imejnya seperti imej Che. bukan gua sahaja tapi ramai lagi Melayu Cina dan India di luar sana akan bersetuju dengan gua. Payah juga bila menjadi sebahagian dari statistik. Kayveas Hero Malaya!

Tuesday, June 26, 2007

Tahniah Sir Salman Rushdie


Pada ketika ini, berbondong-bondong umat Islam di Malaysia dan juga di seluruh dunia menyelar, mengkritik, menghina dan mencaci Ratu Elizabeth dan Salman Rushdie. Puncanya memang semua orang dah tahu. Sir Salman Rushdie yang menulis buku The Satanic Verses – yang bukan semua pencaci, penghina, penyelar dan pengkritik itu habis, telah atau pun pernah membacanya – telah dianugerahkan Darjah Kesatria oleh Ratu Elizabeth yang membawa gelaran Sir.

Demonstrasi di Pakistan jika kita tunggu sedikit masa lagi pasti akan menyebabkan ada yang terbunuh. Manakala di Malaysia pula, pelbagai nama dan jawatan akan muncul menulis di akhbar. Mereka mengkritik dan menyifatkan anugerah itu sebagai satu penghinaan kepada umat Islam. Dengan bangganya lewat tulisan dan kritikan itu akan muncul jawatan – Presiden mahasiswa Islam Universiti Akal Selebar Daun. Atau pun Timbalan Presiden Pergerakan Mahasiswa Melayu Islam Kolej Pinang Sebatang.

Bangga? Gua rasa mereka nie semua membuang masa. Buang dakwat pen jika masih lagi menulis menggunakan pen. Buang elektrik sebab terpaksa menggunakan computer untuk menulis benda yang tidak berfaedah. Akhbar-akhbar yang memang telah tersedia dengan sifatnya yang mahu menjual berita-berita murah akan berlumba-lumba menyiarkan penulisan seperti ini. Bangga sungguh BolehLand dengan keberanian anak Melayu menyelar Ratu Elizabeth – yang secara ironiknya adalah pemerintah tertinggi BolehLand itu sendiri. Tak percaya? Kenapa passport kamu berwarna merah? Dan kenapa kamu boleh mengutip passport kamu di British High Commissions?

Semua itu buang masa lah mamat-mamat mahasiswa wei! Kamu ingat Islam itu sudah dibela dengan penulisan itu? Gua yakin Queen Elizabeth mahu pun Salman Rushdie tidak akan membaca tulisan menyelar, mengkritik, menghina dan mencaci itu. Kedutaan British di Malaysia pun tidak mungkin ambik “pot”. Bagi gua, lantak lah dia nak bagi Sir ke, OBE ke, Madam ke atau pun King, ia tak mendatangkan apa-apa kepada kita. Salman Rushdie menghina Islam melalui bukunya? Berapa ramai kalangan kamu yang pernah menghabiskan buku itu? Tidak pernah melihat dan memegangnya? Memanglah sebab kerajaan BolehLand mengharamkannya.

Kalau pun Sir Salman Rushdie menghina Islam melalui buku itu, lantas dianugerahkan Darjah Kesatria, apa kaitannya dengan Islam? Satu penghinaan Britain dan ratunya (yang juga ratu kamu) kepada Islam pula? Sejak bila mereka membela Islam? Apa kurangnya kepada agama ini dengan anugerah tersebut? Apakah rukun Islam akan menjadi 4 sahaja selepas Salman Rushdie menerima anugerah itu? Atau pun kamu tidak lagi boleh bersolat Jumaat kerana Salman Rushdie kini bergelar Sir Salman Rushdie?

Queen Elizabeth pun bukan orang Islam. Lantak dia lah nak bagi apa sekalipun. Selama ini pun Queen Elizabeth tidak pernah membayar wang khairat kematian di mana-mana masjid atau pun mengeluarkan zakat. Jangan jadi anjing yang menyalak bukit, mana mungkin runtuhnya Istana Buckingham dengan tulisan kamu atau demonstrasi kamu (wahai rakyat Pakistan semua) . Anugerah itu pun tidak akan memberikan sebarang kesan kepada agama Islam. Perbaiki diri kamu semua. Jaga diri kamu semua. Hubungan kamu dengan Tuhan kamu.
Kalau gian sangat hendak memberontak gua ingin mengemukakan satu cadangan yang lebih "Islam" lagi. Ramai kalangan Dato’ dan Tan Sri yang mendapat gelaran merangkap anugerah mereka itu adalah orang Islam. Yang memberi juga adalah orang Islam. Cuba pegi tengok satu demi satu Tan Sri dan Dato’ tu, selidik betul-betul, mesti lu akan jumpa yang lebih teruk daripada Sir Salman Rushdie. Barulah berbaloi nak menyelar, mengkritik, menghina dan mencaci. Punklitch.

Tuesday, June 19, 2007

And Proud of It!


Dude, i'm not really understand whut is happenin here. In this picture. my 65 yrs old mum asked me why this bunch of people sooooooo proud wearing that whiteyyyy shirtt? huh?

pull out one of your favourite shirt...during your punkrock days or as a skateboarders. we were 20 something or early 20's. we were wearing green T's with white words on the chest "skateboarding is not a crime". damn! i'm bloody proud wearing that shirt when i was on a bus from Seremban to KL. the whole world is reading words on my chest and they knew " wow this kid's cool he must be a skateboarder". am doing bloody right to be proud even i didnt tell people i used to. yeah i'm proud of being a skateboarder. those days.

or my white shirt with Che's image. alone. no word. no number. an Egyptian who worked as a fruit seller in Mafraq recognized the image. i'm damn proud of that time. taking Che's image to Mafraq, Jordan. not so many people know who the hell that guy on my shirt. those days.

or this guy we called him Megat, of course because he came from Perak. His real name is nothing to do with Megat. He went back to Malaysia during "reformasi" days and bring back a balck T's with Anwar image on his chest and a word on his back "Kalau takut dengan risiko usah bicara tentang perjuangan" wow! Megat is the only person we knew those days wearing the so-called reformist shirt and he's bloody proud of it even today he ended up being Pemuda UMNO Perak (Biro Agama kot?). Those days...err, for Megat.

And Proud of It! back to the present day. dude, you proud of being a family member of Razak Baginda? Why? you guys didnt show up with "And Proud of It" T's when he came back with a multi million dollar cash during the submarine days? buzy counting yours? now you guys show up for a so-called moral support when he is before judge in a murder trial? You guys know who's on the same line? Dato' Mokhtar Hashim, sex-maniac cum killer of Nor Suzaily Mokhtar, the killer of Canny Ong, Eric Chia, Kasitah Gadam and so many criminals on trial here and there.

whut? innocent until proven guilty? if so am not so proud of it? your husband having sex when he's abroad (do you like sharing?), or your beloved daddy, proud to be, have an affair with another women? your uncle who gave you RM500 for ang pau last Hari Raya is accused for murder trial? are you proud of it? insane or stupid?

by the way, when me and my wife talking about Roweena (we were talking about her name and her hair), there's came Az-Zahra' and she was liked " Baba! Roweena is an evil princess in my story book". Punklitch.

Thursday, June 14, 2007

Gua Janji Tak Tido Lagi


Sayang....
Kehadiranmu akan mewarnai kelopak mata gua
Kehadiranmu akan menyegarkan kelopak mata gua
Kehadiranmu akan memastikan kelopak mata gua terus terbuka

Sayang...
Gua tido bukan sebab gua mengantuk
Gua tido bukan sebab gua bosan
Gua tido sebab gua kesepian

Sayang...
Lepas ini gua akan sentiasa cergas
Lepas ini gua akan sentiasa bertenaga
Kerana sekarang gua tidak kesepian lagi
Gua janji tak tido lagi

Sayang...
Siapalah lelaki tanpa seorang perempuan?

Sapa Sakit?

Gua ada satu masalah. Penyakit mungkin. Gua bosan. Gua ada penyakit bosan. Tapi cuma dengan satu benda saja – TV3. Tapi bukan dengan semua program TV3 – Buletin Utama saja. Tapi bukan bosan dengan seluruh isi Buletin Utama kerana ada masanya gua memang menantikan berita team bola Malaysia kena belasah, rumah urut kena serbu atau pun apabila Samy Vellu bercakap. Cuma lewat ini gua sangat bosan dengan berita-berita mengadu.

Dulu masa di sekolah rendah mesti ada seorang dua yang kaki mengadu. Gua naik bosan dengan kaki mengadu nie. Lembik. “Cikguuuuuu…Azrul dia ambik pensel sayaaaa” . Cubalah lawan balik. Ambik semula pensel tu. Bagi penumbuk sebiji. Gua jadi ketua kelas dari darjah satu sampai darjah 5. Gua x mengadu. Tapi gua tulis nama kat papan hitam. “Azrul – berlari dalam kelas”. Aduhai, kalau masa boleh diulang semula, gua mahu tulisan gua di papan hitam itu dipadam. Gua pun mengadu juga rupanya, saluran aje lain. Niatnya sama – biar cikgu tahu dan Azrul kena rotan. Lembik? Tidak, sebab ada masanya Azrul akan mengadu pada cikgu semula. “Cikguuuuu…Zulhazry tumbuk kepala sayaaaaa”

Tapi lewat ini juga, TV3 sudah semakin busuk. Sangat busuk. Macam bau longkang lepas banjir. Jadi tempat mengadu. Bila pulak TV3 dilantik jadik ketua kelas? Atau sebenarnya ramai yang lembek di luar sana dan menjadikan TV3 cikgu mereka? Bosan betul gua bila dalam satu malam gua terpaksa mendengar berita pasal orang mengadu. Air takda, elektrik takda, longkang tersumbat, sampah tak berkutip, CF takda, pondok jaga nak kena runtuh, kolam kumbahan busuk dan macam-macam aduan lain. Apa kena dengan orang Malaysia hari ini? Semua nak mengadu. Lembik!

Gua menonton untuk mendengar berita rumah urut kena serbu, pengacara TV ditangkap khalwat, ahli politik dihukum mati kerana rasuah atau pun sekurang-kurangnya mendengar Samy Vellu bercakap Bahasa Melayu. Gua x mahu dengar pasal aduan. Telinga gua bukan mahu mendengar aduan. Mata gua tidak mahu melihat aduan. Kamu rakyat yang bijaksana yang memilih dalam General Election, yang mendaftar sebagai pengundi – kamu punyai wakil yang bergelar Yang Berhormat. Kalau tidak pun kerajaan yang kamu pilih pasti melantik PBT yang memantau semua masalah rakyatnya. Lembik!

Gua bukan wakil rakyat. TV3, Karam Singh Walia, Puspavathi Rameloo atau pun Mazidul Akmal Sidek bukan wakil rakyat. Mereka tidak dicalonkan dan tidak pernah menang General Election. Tapi, Michael Chong boleh menjadi biro aduan. Mengapa kamu tidak ke sana? Pergi serabutkan kepala Cina tu.

Buang masa gua. Bukan gua yang sakit ni.