Tuesday, May 22, 2007

Parlimen dan Bunga

Gua hanya membelek suratkhabar kali terakhir pada Jumaat lepas iaitu 18 May. Selepas itu gua tidak menyentuh lagi kepingan kertas yang dipanggil akhbar itu. Lebih-lebih lagi setelah MU yang sepatutnya menang dengan gol Giggsy tewas di final FA Cup. Gua macam x sanggup nak baca berita pasal kekalahan itu. Gua juga tidak menonton berita sejak Jumaat lepas. Bukan memboikot berita tetapi kerana agak sibuk.Hari ini Selasa 22 May gua kembali ke pejabat dan akan terus di sini untuk tempoh 6 hari yang akan datang. Gua datang pagi ini dan terserempak dengan akhbar semalam. Utusan Malaysia. Paling menarik perhatian gua ialah apabila Encik Khairy Jamaluddin meminta penjelasan dari Encik Anwar Ibrahim mengenai kes Paul Wolfowitz. Malas gua nak baca. Macam bagus sangat pulak dia ni? Kenapa ramai lagi permintaan rakyat marhaen selama ini kepada kerajaan meminta pelbagai penjelasan tentang kehidupan mereka sebagai rakyat tidak pernah diendahkan dan dijadikan bahan berita? Kenapa senyap sahaja tanpa liputan dan jawapan. Politikus busuk. Semua busuk. Gua tahu diorang ni memang semuanya kuih bahulu. Bentuk sahaja yang berbeza, Rupa ikan, rupa bawang, siput dan macam-macam lagi, tapi rasanya semua sama.Lepas itu gua nampak pulak berita pasal Parlimen pulak. Entah suratkhabar bila pun gua tak tahu. Samy Vellu kata bangunan tersebut boleh bertahan untuk 100 tahun lagi. Maknanya jika gua hidup waktu itu gua telah berusia 130 tahun. Merasa juga gua keluar suratkhbar masa tu sebagai manusia paling tua di dunia. Kalau gua masih sihat akal fikiran, gua akan minta untuk dibawa ke bangunan Parlimen, sebab gua nak tengok ia masih selamat atau tidak bagi 100 tahun lagi. Ciss! Sibuk-sibuk gua baca pasal bangunan bocor, nak runtuh dan memacam lagi kepincangan yang sebenarnya bermula dari korupsi ini, gua rasa konklusinya satu sahaja : dengan izin Allah Taala kita bakal memperolehi satu bangunan Parlimen yang baru beberapa tahun lagi. Kontraktornya sudah pastilah kroni yang berlegar sekitar bangunan itu sendiri. Inilah agenda yang sebenar. Gua dah tahu, gua dah tahu! Generasi gua yang akan datang boleh melakukan lawatan sambil belajar ke bangunan Parlimen yang baru. Selepas bangunan itu siap nanti, mungkin pula duit syiling kita akan berubah wajah. Sebab ada sesetengah pencinta estetika ini akan menyalak supaya duit syiling kita kembali mempunyai gambar Parlimen kerana kononnya senang kalau ada game bola pengadil akan tanya " Parlimen ke Bunga?" untuk undi siapa yang nak sepak dulu atau pilih padang. Macam sekarang kekadang terkehel lidah nak sebut " Congkak ke Bunga?" atau "Tepak Sirih ke Bunga?". Kumpulan ini juga akan menyalak kononnya bangunan Parlimen mempunyai nilai estetika yang tinggi walaupun majoriti keputusan di dalamnya tidak bernilai langsung. Itu agenda yang sebenarnya. Kroni sedang menekan kerajaan untuk mempunyai satu bangunan Parlimen yang baru. kita bakal mempunyai Istana Negara yang baru, mengapa tidak bangunan Parlimen? Duit rakyat lagi.Bercakap mengenai Parlimen ini, di dalamnya bagi gua ada 4 ekor badut. Dulu gua andaikan hanya ada 3 Stooges tapi lewat ini sudah bertambah seekor lagi menjadikan 4 ekor badut, senang cakap. Mereka ini sewajarnya sudah dihukum bunuh sejak dulu lagi. Tapi gua hairan kenapa acapkali persidangan Parlimen gua tengok kalangan mereka ini masih lagi wujud. Mereka ialah dari Kinabatangan, Gading, Jerai dan seorang mamat lagi Said ke hapa nama dia yang bergaduh dengan kastam pasal bisnes balaknya di Melaka.Mereka semua ini ialah perosak kepada nilai estetika bangunan Parlimen itu sendiri. Mereka ini merapu, bodoh, bengap, tidak berakhlak, bebal dan tidak sewajarnya menjadi seorang ahli Parlimen. Bagaimana mungkin mereka ini dipilih pengundi, gua pun tak paham? Akhirnya disebabkan semua sikap bodoh, bengap, bahalol, bebal dan tidak berakhlak tadi mereka bertemu juga dengan klimaksnya. Isu seksis yang menjadi kontroversi itu bukan kerana mereka tersasul, tetapi kerana itulah sikap mereka yang sebenar. Mereka bodoh, bengap. tidak berakhlak dan bebal dan tidak sepatutnya bercakap di dalam bangunan yang penuh nilai estetika. Hukuman bunuh yang sepatutnya dikenakan ke atas mereka kerana isu tersebut, bukan sekadar amaran sahaja. Sayang bangunan Parlimen hanya indah pada nama dan nilai estetikanya sahaja, tapi dalamnya penuh dengan tin kosong. Patutlah "Parlimen dan Bunga" sering dilambung-lambung, nilainya kosong sahaja.

2 comments:

Anonymous said...

salam.betul la kak.sokong tue.etika takder lansung.cakap tak pakai otak geram je.malu kaum laki jer.

MHidzir aka Embun said...

Bunga ada nilai..
Boleh buat essential oil..