Gua tidak mahu ketinggalan. Ketika semua orang bercerita tentang 31 Ogos, gua juga mahu merepek tentangnya. Gua pernah menulis dalam blog ini pada tarikh yang hampir sama tahun lepas. Tetapi ia adalah tulisan buku nota gua semasa di Jordan pada tahun 1998 yang gua salin semula. Cuma gua tukarkan tarikhnya. Kali ini gua inginkan sesuatu yang segar. Sayur semalam gua akan buang. Gua mahu sayur segar, terus dari ladang.
Ahad lepas gua pulang sekejap ke Jelebu. Sampai di tengah pekan yang sesak kerana ada pasar tani, gua ternampak sekumpulan warga emas, lelaki dan wanita, memakai baju kuning dan memegang bendera. Mereka berkumpul di tengah-tengah simpang, menanti kereta yang lalu, tahan dan lekatkan bendera kecil. Merdeka! Kata mereka sebelum kereta-kereta itu berlalu.
Gua memang terpaksa lalu dihadapan mereka. Mesti. Sebab tiada jalan lain untuk pulang ke rumah. Jalan pula sesak kerana pasar tani. Lelaki warga emas itu menahan kereta gua sambil mengibarkan bendera di tangan kirinya dan memegang tuala Good Morning di tangan kanannya. Dia semakin hampir dan gua menurunkan tingkap. Tangannya yang memegang tuala Good Morning sudah semakin bersedia untuk menggosok kereta gua dan tangan kirinya mahu segera melekatkan bendera kecil itu.
”Takpe pakcik (walaupun dia sebenarnya member Atuk gua), tak payah lekat ya” gua kata dengan penuh hormat sopan santun Melayu baru bermazhab Islam Hadhari.
”Uiihh, kito nak sambut merdekaaa ni jaang” balasnya sambil mengibar-ngibar bendera.
”Nak merdeka kono lah lokek ’an bendegho” sambungnya pantas dan bergerak semakin hampir untuk menyelesaikan misinya.
Gua terpaksa pantas bertindak dan terfikir ayat kebiasaan seorang kawan dari neraka.
”Merdeka itu di sini (jari telunjuk kanan pada kepala kanan) dan di sini (halakan pula pada dada) pakcik (walaupun dia sebenarnya memang member Atuk gua)” balas gua dengan penuh hormat sopan santun Melayu baru bermazhab Islam Hadhari.
Gua tutup tingkap dan bergerak sedikit ke depan. Gua lihat melalui cermin dia masih berdiri di situ. Tangan kanannya yang memegang tuala Good Morning sudah turun ke bawah tapi tangan kirinya masih memegang bendera kecil cuma ia sudah sampai ke paras bawah sedikit dari bahu. Gua mahu menantikan saat bendera itu jatuh. Perlahan. Sedikit. Dan sedikit. Hampir 10 saat. Gua sudah hampir melepasi kawasan pasar tani. Pakcik itu (walaupun gua pasti dia sebenarnya member Atuk gua), masih memandang ke arah kereta gua dan akhirnya berpaling dengan kedua-dua tangannya sudah ke bawah. Kanan memegang tuala Good Morning dan tangan kiri memegang bendera. Seperti mengeluh. Dan terus melihat ke arah kereta lain yang datang. Gua pula mahu terus pulang. Imejnya terus gua padam daripada cermin dan melihat ke depan.
Tak mengapa, sekurang-kurangnya gua sudah berterus terang. Gua tidak berlakon apatah lagi menipu. Kononnya gua warga paling patriotik. Mengibar bendera sempena sambutan Hari Kebangsaan. Gua harap dia tidak berkecil hati. Gua harap dia tidak berasa marah. Kerana itulah kenyataannya. Gua memang tidak pernah mengibarkan bendera setiap kali tibanya Hari Kebangsaan. Sejak lebih 20 tahun. Maaf ya pakcik (walaupun gua pasti dan kenal dia ni sebenarnya member Atuk gua dan lebih kurang usianya), kalau nak marah pun, marah aje pada budak neraka, dia yang mengajar gua ayat sebegitu. Hehe.

3 comments:
aduhai bendera jalur gemilang, [jalur-jalur gemilang - kerana jalurnya 14, so kena guna jamak = jalur-jalur]
Jumaat lepas seorang kanak-kanak yang didukung bapanya memegang jalur-jalur gemilang dan jalur-jalur gemilang itu telah berkibar dan menyapu-nyapu wajah saya...ermmm masuk mata sekali..aduhai jalur-jalur gemilang dikibar di tempat sesak seperti pasar malam...
ada menteri umno kata pakai tudung tak mesti beriman..
aku rasa pulak, kibar bendera tak mesti patriotik..
malah aku yg tak kibar bendera ni sebenarnya lebih patriotik dr mereka..
Patriotik di hati. Andaikata jika ianya perlu dizahirkan, janganlah sehingga membuta tuli.
Ada sesuatu untuk Babazahra' di blog saya. I chose you because I know 70% of you will not be doing it. But I just want to see the outcome of it. Will you do it, BabaZahra??
Post a Comment