Tuesday, October 02, 2007

Gua & Seluar Jeans

Pada satu pagi di hari Sabtu, entah berapa bulan yang lepas, wife gua sedang bersiap nak ke sekolah. Ada sekolah ganti. Tapi bukan mengajar pun, sekolah buat gotong royong katanya. Ready untuk ganti cuti raya.

Gua tengok dia pakai tracksuit a.k.a seluar sukan. Gua tanya apasal x pakai jeans aje, senang nak bergotong royong? Dia kata jeans memang x masuk dalam etika pakaian guru.! Cis! Inilah antara punca agaknya kenapa gua x berapa sanggup nak keje gomen.

Apa sangatlah dosa seluar jeans nie sampai di pandang serong ? sampai x masuk dalam etika pakaian? Sedangkan gua rasa kalau lu beli sehelai 550 relaxed fit dan pakai dengan kemeja cotton putih lengan panjang, lu akan nampak lagi bergaya daripada cikgu yang pakai seluar tempah di kedai jahit Sing Chong yang dipadankan dengan kemeja John Master. Typical sangat lah.

Gua masih ingat lagi, masa gua diumumkan mendapat pekerjaan ini, oleh orang yang interview gua 6 tahun yang lepas, mamat tu terus kata, gua x mahu tengok lu datang kerja Isnin nanti dengan rambut panjang nie, pakai gelang tu dengan seluar jeans lu. Kena pakai kemas. Citt! Apa ke halnya pulak kena macam tu? Gua cakap dalam hati aje lah.

So bila nak sign offer letter, di depan senior manager gua terus tanya, apa kerja kat sini x boleh rambut panjang n pakai seluar jeans ke? Gua tengok ramai aje yang macam tu lalu lalang? Dia kata suka hati kau lah nak pakai apa pun, nak rambut panjang mana pun, ini bukan pejabat tanah dan galian Sepang! Gua pun suka hati. Inilah antara punca agaknya kenapa gua x berapa sanggup nak keje gomen.

Berbalik kepada cerita seluar jeans, gua rasa macam satu penghinaan oleh masyarakat kepada seluar jeans apabila ia ditolak untuk menjadi sebahagian etika pakaian. Ia sangat kejam. Bukan gua nak membela seluar jeans sangat tapi gua rasa orang dah lama sangat memandang serong dengan seluar jeans. Semua yang negatif aje ada pada seluar jeans. Budak hisap dadah, mat rock petik gitar tepi longkang, Bob si penjual burger, Mat Rempit, artis dan macam-macam lagi.

Tidak pernah melihat benda positif untuk disenaraikan. Bill Gates pakai seluar jeans, Amy Search derma 10k untuk setiap rumah anak yatim (yang entah berapa biji rumah) pun pakai seluar jeans, Hugo Chavez pun pakai seluar jeans, malahan ada jutaan lagi orang-orang baik dan berjaya di luar sana menjadi pemakai seluar jeans.

Gua tak nafikan, jeans amat sesuai dipakai di negara yang beriklim sejuk, tapi gua belum pernah dengar lagi ada yang mati kepanasan di Malaysia nie sebab pakai seluar jeans. Persepsi kepada seluar jeans itu sendiri yang lebih penting. Ketepikan soal cuaca, atau budaya. Itu cerita lain.

Lu ingat lagi masa sekolah menengah? Seluar sekolah x boleh buat style jeans. Kalau lu buat jugak alamat rabak lah seluar lu kena gunting. Gua biasa kena dah. Lagi pulak kalau lu buat style seluar jeans Search untuk album Fenomena, nak padankan dengan kasut Aliph yang hi-cut. Memang balik sekolah pinjam kain pelekat surau lah.

Bukan tukar kaler seluar pun kan? Masih jugak warna hijau tu. Poket aje yang lain. Apa nak kisah? Lainlah macam Mat Rock seluar ketat, nak berjalan pun payah. Itu masalah lain. Ini hanya disebabkan poket seluar lu macam style seluar jeans, lu telah melanggar displin. Masuk dalam displin sekolah tu beb, pelajar dilarang memakai seluar berfesyen seluar jeans!

Gua rasa curse seluar jeans nie dah wujud sejak lepas merdeka kot? Atau dari era Woodstock. Dari sekolah dan sampailah ke hari ini. Pejabat dan masyarakat. Cuba lu solat kat surau, pakai seluar jeans, agak-agak ada orang nak jadi makmum lu tak?Ada tapi payah sikit. Dia sanggup pilih mamat pakai seluar slack yang baca Fatihah macam budak J-Qaf tahun 2. Maaf ye bukan semua. Nak jadi cerita aje.

Tapi itulah masalahnya. Kadangkala yang pakai seluar slack tu lagi selekeh gua tengok, tapi mereka menang sebab pakaian mereka sebahagian daripada etika. Cuba lu pegi interview kerja gomen, pakai seluar jeans. Lu bawak lah sijil pertapaan dari gunung berapi mana sekali pun. Mungkin lu boleh dapat, tapi lu kena basuh dulu. Atau mungkin lu kena blah dulu tukar seluar atau mungkin lu kena halau terus. Itu belum lagi sentuh pasal rambut panjang. Lagi lah rumit. Agaknya inilah antara punca kenapa gua x berapa sanggup nak keje gomen.

Masa di Jordan dulu, ada seorang hamba Allah nie, sekarang dah jadi bekas ADUN pun di Terengganu, bagi tazkirah lepas solat zohor, dalam masjid kat universiti, cerita pasal seluar jeans, Yahudi lah, Barat lah, Orang putih lah (baru gua ingat apa curse seluar jeans nie?), ada seorang member gua yang memang mulut x pernah beli insurans, seorang pemakai seluar jeans dan sekarang telah berjaya sebagai seorang pensyarah, bangun lalu berkata ”hek elleh yang awak tu drive Mercedes tu, orang Islam ke yang buat kereta tu?” Sejak tu gua dah x dengar mamat tu bagi tazkirah lagi kalau ada audience yang boleh mendatangkan sebarang bencana kepadanya.

Keadaannya lebih kurang begitu lah. Ada kumpulan pelajar yang pakai seluar jeans dan ada kelompok yang ”anti-seluar jeans”. Gila hape bila musim salji turun pun lu nak pakai seluar slack? Bila hari raya, yang selalunya dalam musim sejuk, mereka ini sanggup berbaju Melayu bersamping nak bergambar. Senang nanti nak hantar dalam Salam Lebaran di Utusan dan Berita Harian. Mat Belia punya kerja. Cuba lu tengok paper sekarang.

Itu semua sebab momokan dari kecil. Seluar jeans adalah negatif. Sangat negatif. Semua yang buruk rosak dan jahat ada pada seluar jeans. Orang yang pakai seluar jeans tak boleh jadi imam, contoh. Masalahnya bukan sekadar mereka yang pakai seluar jeans Levi’s aje, (kalau nak marahkan seluar jeans sebab Levi Strauss seorang Yahudi) bebudak lembut yang pakai seluar jeans GA Blue pun kena label dalam kumpulan yang sama.

Itu belum tiba musim awek-awek Arab pakai jeans hipster lagi. Menangis lah lu. Jeans terus jadi pakaian ahli neraka. Ini bukan main-main gua memang pernah terdengar tentang frasa ini. Dia main petik aje sebut ikut suka lidah. Janji hati puas. Dapat tambahkan lagi momokan tentang seluar jeans.

Dan sampai ke hari ini. Apakah gua seorang sahaja yang merasakan semua ini? Atau ramai yang tidak perasan. Sebab ramai yang terdidik sejak kecil. Mari pergi beli baju raya. Seluar abah tempahkan di Sing Chong ye? Tapi ini bukan abah gua sebab dia pun pakai seluar jeans jugak. Abah orang lain. Abah orang yang melakar kod etika pakaian jabatan-jabatan kerajaan hari nie.

Selamat menempuh 10 malam yang akhir, walaupun solat dengan berseluar jeans dan t-shirt. Tuhan itu tengok amalan lu dan dia bukan tengok berapa nombor siri seluar jeans lu. Ciao.




15 comments:

LuciusMaximus said...

ah seluar jeans, seluar yang tidak berdosa tapi selalu dihukum oleh ustaz dan ustazah, aku suspek mungkin sebab ustaz dan ustazah yang kecoh tu tak cukup rock atau cool untuk pakai seluar jeans :)

Ares Bahar said...

Ini semua salah James Dean. James Dean telah mempopularkan jeans sebagai uniform pemberontak,'pemberontak tanpa sebab'.Tetapi peduli apa aku, aku tetap dengan jeans biru aku.haha.

Jorji said...

Jeans mesti biru gelap.Lain dari kaler biru gelap...kurang jin.

Aku dah berhenti pakai Levis,harga dia semakin mengarut...501 paling murah RM270.Skrg aku pakai jeans topshop..murah!

"berhenti pakai seluar berat ni,penat orang nak basuh,tau tak?" -kakak aku masa zaman takda mesin basuh kat rumah dolu-dolu.

The.Libyaman said...

Rebel Without Cause
Sampaikan pengilang mesin basuh terpaksa mencipta mode khas untuk cuci jeans.
Jabatan kerajaan x mahu bersekongkol dengan pengilang mesin basuh yang menurut kehendak pemakai jeans begitu juga ustaz & ustazah kerana orang kafir yang buat mesin basuh muahahaha.
Hidup pengilang mesin basuh!

Anonymous said...

aku tak pernah ada suar jin..belum pakai suar jin pun aku dah perangai mcm jin...

tapi lu nak pakai, pakailah...yg pentng tutup aurat..

yg gua bengang tgk budak2 uia pakai suar jin...ketat2..terjojol2..nampak bentuk punggung..mcm sarung nangka..kemudia pakai tudung..shit..ingat mcm tu tutup auratker...


lagi buat gua nakmuntah2 badan segedabak..ngeri dan menjijikkan..

The.Libyaman said...

nanti lu ambik lah gambar yg kurus2 tu kasik gua :)

Anonymous said...

pose beb...lepas raya nanti gua bagila lu katalog..

tumpanglalu said...

bernas ni bernas :)

Lelaki Bersut said...

Seluar jean nie juga pernah jadik mangsa ke'sraight'kan ustaz aku masa zaman2 pengajian dulu. Tapi aku gagahkan juga memakainya kerana aku tak punya celana lain. Aku pasrah.

The.Libyaman said...

beras nasional?

apsal seme ustaz x suka seluar jeans? Gua rasa diorang kompius dengan jin lah.

SysOp said...

Nasib baik kat opis gua nie boleh pakai jeans, simpan rambut panjang, pakai baseball caps, pakai headgear, pakai bangles, pakai seluar baggy (poket banyak).... Best ooo... boss tak heran pon.. janji kerja ok...

Hidup Aldwich Berhad...

hahaha.... gua kerja kat sini la...

Idham said...

seluar jeans kalau tak salah aku digunakan oleh pelombong emas zaman dulu-dulu. itu asalnyaa..
http://cat-world.50webs.com

Anonymous said...

apsal seme ustaz x suka seluar jeans?

sbb mereka tau agama dan hukum hakam agama.
jean Levis di buat oleh orang2 Yahudi dan lagi pun yg penting sy nak kasi tau...
contohnya kita beli seluar jeans yg bernama Levis, sebahagian persen dari pembelian tadi di dermakan kepada Yahudi, begitu juga dgn pembelian roti Gardenia 5% dari harga roti tu di dermakan kepada Persatuan Gereja-Gereja di malaysia.
Apa kata kalau kita dermakan wang kita kepada Anak-Anak yatim? mesti dapat pahala
kalau kita beli seluar levis tentu kita dapat persen dari dosa2 membantu Persatuan Gereja-Gereja dan Yahudi.

Eina said...

apa dosa jeans itu?? adakah kerana ia bernama jean @ jin..?

Anonymous said...

Ahh.. Sama lah! Abah gua pun pakai jeans gak!! Almarhum nenda gua pun, gua pernah tgk dia pakai jeans...
Sape yg ckp pakai jeans masuk neraka?? Syirik sume tu!!