Wednesday, September 26, 2007

Dari Mana Hendak Ke Mana?

Teorinya sangat mudah. Ada dua titik. Satu titik A dan satu lagi titik B. Lu berada di titik A dan mahu ke titik B. Lu dah nampak. Jelas sekali. Huruf B sangat besar dan jelas. Tapi apabila lu berjalan, bergerak menuju ke titik B itu, ia semakin lama semakin jauh.
Sistemnya sudah menyebut. Titik B itu sudah ditanam dengan cerucuk 5 juta kaki di dalam tanah. Ia tidak akan bergerak. Tapi apabila semakin lu bergerak ia juga kelihatan bergerak.
Dalam hidup ini kita pasti akan bertemu dengan dua titik itu. Dah bertemu pun, dengan titik A tapi belum dapat memegang titik B. Inilah Blues Orang Jelebu. Membicarakan mengenai titik yang nampak tapi sukar digapai.
Seorang ayah berada di titik A dengan anak-anaknya. Anak perempuan yang comel. Mahu ke titik B. Dalam perjalanan anaknya dilarikan serigala ganas. Hilang dan kemudian ditemui dengan keadaan yang tidak memungkinkan si ayah boleh membawanya ke titik B. Namakan apa sahaja, nirvana, syurga dunia, kebahagian, kekayaan, iman, melancong ke luar negara, buku yang laris jualan atau menjadi juara lumba motorsikal haram. Semua itu titik B yang mahu dicapai, dihampiri sekurangnya.
Mahu berubah daripada seorang hamba menjadi tuan? Hamba itu melihat tuannya sebagai titik B tapi bukan mudah untuk melarikan diri daripada gelaran hamba. Dan bukan mudah juga untuk bergelar tuan.
Watak lelaki kampung biasa. Bertani. Mengumpul duit sepanjang hayat. Untuk ke titik B. Mengerjakan haji. Mekah lah sebab dia Islam bukan Duruze. Dia tahu kewujudan Mekah. Semakin hampir macam semakin jauh. Belanja naik. Kapal terbang guna minyak dan harga minyak naik. Kena tipu dengan sindiket Gores dan Menang. Habis duit yang dikumpul nak ke Mekah. Itu belum anak merengek minta pinjam duit kereta dah nak kena tarik. Makin kurang. Makin jauh pulak titik B itu. Airmata meleleh melihat jiran sebelah buat kenduri nak pergi Mekah. Bukan haji tapi umrah. Bulan Ramadhan. Mahal tu.
Apa sebenarnya jalan mudah untuk ke titik itu? Terlalu banyak benda yang tidak kita sangka yang akan wujud di tengah jalan. Dalam perjalanan dari titik A ke titik B.Susah. Balik ke pangkal jalan? Itu petua kalau sesat di tengah jalan. Ini kita tidak sesat, malahan titik itu memang kelihatan dengan jelas. Jalannya juga terang. Cuma sukar.
Selamat Berbuka!

14 comments:

Anonymous said...

baba... kenal sikinisma johor dengan suaminya ust. hafiz tak? lagi tu dia msg dini.. ust hafiz masuk wad kena leukemia..

Anonymous said...

bro lu tanak bikin buku ke?

The.Libyaman said...

hehe bro
mak gua pun belum tentu beli lagi
lu keje apa nie? writer scout ke?

zlaa said...

Titik-titik kehidupan manusia pelbagai. Yang pasti mula dan akhir. Kita manusia, diberi akal, nafsu untuk melakarkan titik-titik ini supaya sampai ke titik akhir.

Ares Bahar said...

Perjalanan dari titik A ke titik B...banyak titik C,X,W,Y, dan Z di tengah-tengah...

broken_nigina said...

Jarak antara A dan B itu terlalu jauh..
sejauh jarak antara hari ini dan esok..malah sesaat kemudian..

Anonymous said...

apa titik2..ni...mcm boringjer..titik2 puspa..titik kena titik...

uzt hafiz kamil dengarnya bertambah pulih..dah kuar wad..dapatkan rawatan pakar cancer..

doakan dia..betulker isterinya shikin dah nak bersalin anak ke2..

Anonymous said...

aku dari dulu nak ke titik B, tapi entah, somewhere in between, titik B itu macam dah tak menarik...

Jorji said...

Apakah titik B bagi seorang kaya yang mampu membuat apa sahaja?

Anonymous said...

titik B adelah refleks kpd titik A, dan titik B adelah kesinambunagn titik A..

tp x sume org akan pergi titik B..dan x sume org akan pulang ke titik A

LuciusMaximus said...

dua titik je, tapi apasal bila aku baca pening pulak, macam ada 20 titik?

The.Libyaman said...

lu pening sebab lu lama x baca blog :)
do you find it difficult to do your duty? Sometimes I do what I want to do. The rest of the time, I do what I have to. that's the point. both.

LuciusMaximus said...

lagi pening ada la...

Ari said...

I semenjak dua menjak ni takde titik B. Dah hilang bersama suatu kehilangan. Sekarang ni floating je. Macam tunggu titik akhir pun ada jugak. Macam mana ni tuan guru?