Monday, September 17, 2007

Gua ke toyol itu?

Pagi tadi masa nak keluar pegi pasar gua tengok dalam wallet ada duit seratus dua keping, duit merah sehelai dan duit hijau sehelai. Duit biru dengan syiling gua tak kira. mungkin 7 atau 8 ringgit kot.
Bila gua nak isi minyak motor petang ni pulak gua tengok ada duit 50 sehelai dengan duit hijau serta beberapa keping duit singgit. Takkan rumah gua dah ada toyol. Nak kata cicir mustahil sangat sebab poket gua okey, wallet gua x koyak.
Tiba-tiba gua teringat, tadi kat pasar nak beli ayam 2 ekor gua kena pau RM26. Beli ikan jenahak sekor pun gua kena pau RM44. setakat lada merah 10 ketul dan limau kasturi 5-6 biji makcik tu pau gua RM4.30.
Lepas tu Tengahari tadi anak gua ajak pegi Giant beli Koolfever, kena pau lagi RM15. Petang sebelum isi minyak motor ni gua pegi beli murtabak dengan air soya pun dah kena pau RM10.
Apa yang gua simpan dalam wallet nie? wang kertas ke air? Laju semacam aje.

10 comments:

Anonymous said...

hahaha, klakar..

realiti memang pedih, sabar je la, tu nasib baik tak tetibe sakit, nak ke klinik ke ape ke, duit lagi, sakit lagi..

LuciusMaximus said...

oit bro..awalnyer beli murtabak dengan air soya? heheh!

Ari said...

Good thing u don't smoke :)

Anonymous said...

lu mmg toyol...

azman | athena said...

haha..dia akan jadi lagi laju bila dah dekat2 raya..hehe

Amin Iskandar said...

macam tu lah bro...
Bagi perokok sejati macam gua lagi sakit..

Duit seratus tu kejap je bertapak dalam wallet... lepas tu ilang....abis.....

Anonymous said...

saya wanita sejati yang memerlukan barang-barang keperluan wanita sejati...tapi duit saya habis kepada makanan. still tak besar-besar.

kesimpulannya : Duit kena sentiasa cari supaya kita tak tercari-cari ke mana hilangnya duit kita sendiri.

The.Libyaman said...

lucius,
gua takut murtabak abis kena beli awal skit hehehe

kalu campur rokok lagi menangis lah sekotak gua dengar dah dekat RM10 haha boleh dapat 3 keping murtabak tu

cik bayan,
gua sentiasa cari duit. semua orang sentiasa cari duit. tapi toyol pun sentiasa cari duit. nak buat cemana? x dapat lah barang2 lelaki/wanita sejati. hehehe

Anonymous said...

bos.. komen sket pasal peluru idup kat batu burok.. sudah dua orang kena wooo..!!! itu babi dekat melaka baling molotov pun dorang tarak berani kasik peluru.. kat saudara seagama bleh plak eh??

gayour said...

hey! negara dah maju, dah moden, dah 50 tahun MERDEKA! ini la NIKMAT kemerdekaan. ekau jangan nak komplen jang. nak makan ayam sangat.... bayar! bayarrr!harhar!