Thursday, September 13, 2007

Ramadhan Kareem

Ramadhan Kareem. Kulla A’min wa Antum bi Alfi Alfi Khair.

Gua rasa macam tak bagus sangat nak mengutuk bila tibanya Ramadhan. Gua mahu menjadi hamba Allah yang taat, tapi masalahnya gua masih lagi seorang rakyat marhaen yang hanya tahu mengkritik. Walaupun pada bulan Ramadhan yang mulia ini.

Malam tadi gua dengan bangganya memakai sepasang baju Melayu untuk ke masjid dengan mak gua. Naik kereta. Jalan jammed di sekitar Kinrara. Lebih teruk berbanding hari Jumaat. Sebab orang perempuan pun boleh ke masjid. Lagi pun ramai yang taksub dengan kelebihan malam pertama solat terawih, tanpa perlu merujuk dari sumber manakah ia diperolehi.

Seperti biasa, lelaki tidak bermazhab macam gua hanya akan solat 8 rakaat sahaja. Masa nak keluar ramai-ramai tu, Tuan Imam yang dilantik dan dibayar elaunnya oleh JAIS telah berkata “Jangan gopoh-gopoh nak keluar kita luruskan sof dan teruskan untuk 20 rakaat”

Oh gua terlupa pada minggu lepas, Syeikhul Islam al Hadhari Tuan Haji Khir Toyo telah mengeluarkan arahan solat terawih di semua masjid dan surau di Selangor mestilah 20 rakaat, tanpa tazkirah. Gua tak tengok sangat pasal tazkirah sebab ia nanti akan dikaitkan pula dengan pembangkang yang cuba menyebar fitnah dan macam-macam lagi walaupun tazkirah hanya membawa tajuk “Membazir itu Amalan Syaitan”. Gua nak tengok solat terawih.

Mak gua yang merupakan seorang penganut Syafie ortodoks walaupun telah kerap gua cuba sesatkan, mahu bersolat 20 rakaat. Maka gua terpaksa menunggu sehingga selesai, jam 1036 malam. Gua buat 8 rakaat habis sekitar 0930 malam. Banyak sungguh masa kualiti yang terbuang. Esoknya ramai orang nak pergi kerja. Tuan Imam yang dilantik dan dibayar elaunnya oleh JAIS itu pula amatlah perlahan sekali bacaannya. Sudahlah perlahan, baca Al Fatihah pun tak betul. Tahniah terlebih dahulu untuk JAIS. Jika seorang imam muda, baik bacaannya, maka pantas sekali solat itu berlangsung dengan teratur. Mak mentua gua di Muar, solat terawih 20 rakaat di masjid yang terletak di seberang Sungai Muar, jaraknya lebih 15km dari rumah, telah selesai dan kembali ke rumah sekitar 0945 malam.

Tuan Imam yang dilantik dan dibayar elaunnya oleh JAIS ini memerlukan tambahan sejam lagi untuk menghabiskan jumlah rakaat yang sama. Belum termasuk wirid-wirid yang tidak bersumber lagi. Tahniah sekali lagi untuk JAIS.

Gua tahu, bulan Ramadhan hanya setahun sekali. Bulan nak beribadat. Tetapi apa yang cuba dibuat sekarang hanyalah menyekat minda orang Islam dari berfikir di luar kotak yang bernama mazhab Syafie dan menghabiskan masa orang Islam di belakang seorang imam yang perlahan dan tidak betul bacaannya.

Esok ramai orang nak ke pejabat. Jika ia berterusan, bulan Ramadhan dilihat sebagai terlalu singkat. Pejabat, balik rumah berbuka, berkejar ke masjid, habiskan masa dibelakang imam yang perlahan dan tidak betul bacaannnya, balik rumah badan sudah letih, tidur awal sedikit sebab nanti nak bangun sahur. Itu sahaja. Bila masanya lagi nak bersama anak-anak? Bersama isteri? Maksud gua di sini berjimak a.k.a bersetubuh. Esok siang puasa beb! Atau pokoknya disini masa yang berkualiti itu. Serius.

Semua itu tidak pernah difikirkan oleh Syeikhul Islam al Hadhari Tuan Haji Khir Toyo ketika bercakap minggu lepas. Bukan apa, umat Islam di Malaysia ini bermazhab Syafie, majoritinya. Mereka akan menerimanya secara total. Bila keadaan sedemikian berlaku, ia akan lebih menyempitkan sedangkan banyak kemaslahatan lain yang perlu di ambil kira.

Blog gua tidak akan menjadi blog Asslamualaikum. Gua hanya mahu melengkapkan perangai seorang rakyat marhaen yang hanya tahu mengkritik. Tambahan pula, gua memang bosan menunggu mak gua menyelesaikan 20 rakaat solat terawih di belakang imam yang perlahan dan tidak betul bacaannya. Tahniah Encik JAIS.

12 comments:

Anonymous said...

berkira agt lah lu beb...sejam jer bukannya lama sgt...10.30 silap2 lu balik tgk tv, tulis blog...asyik buat amal dunia jer, sekali sekala buatlah ibadah khusus..kalau lu tak mau wirid2, terawih pepanjang..lu bacalah al=quran, solat taubat, berzikir yang ma thur dll..lu ingat lagiker 6 juzuk lu kena hapal kat al bayt dulu..

dosa beb lupakan al quran yg lu dah hapal...

30 jam setahun lu abihkan masa kat masjid bukannya byk sgt dibanding masa lu dengar lagu, tgk tv, layan tenet, ngumpat org, kutuk budak jemaah, layan blue, tgk AF, menjerit merdeka, termenung kat jamban, tido lepas subuh, main snooker,berdakwah, berbayan,main karoeke, window shopping, hentam kera jaan, bedal umno, kutuk pas, balas komen2 dlm blog lu, makan nasi, kfc, pegi demo,sembelit,tukar tayar kete, basuh pinggan,buat susu, hisap puting, buka baju, seluar, tgk iklan merdeka, masuk pertandingan petronas, beli baju dan spender raya dan banyak lagilah bende yg rasanya kurang berfaedah dibanding beribadah dibulan ramadan...

dah dah, tak usahlah dikutuk2nya khir toyo..cukup..dosa kering jer beb..

selamat beramal ibadah dibulan puasa...

The.Libyaman said...

gua lupa nak tambah kang riak pulak. gua tunggu mak gua dalam kete malam tadi gua habis 15 muka baca quran. nak terima kasih pada sapa tu? Khir Toyo atau pak imam tu?

LuciusMaximus said...

la..kita ni mazhab syafie ke mazhab hadhari? yang mana satu nih pak lah oi?

Anonymous said...

tq kat mak lah..kalau mak ko kuar cepat..ko mesti dah buat bende2 lain a.k.a jimak...

Ari said...

Eh jap, berjimak dengan bini pun bukan ke dapat pahala lebih bulan puasa ni?

I rasa macam ye.

Kalau ye, Baba, u cepat2 habiskan 8 rakaat tu, pas tu balik jimak. Lagi best. Pahala lebih pun dapat gak. Toksah layan Khir Toyo tu. Tuhan pun cakap buat setakat mampu.

:-)

The.Libyaman said...

lucius,
gua pun dah kompius bila lu tanya mcm tu. syafie ke hadhari ye?

ari,
gua kena check dulu. i mean gua kena test dulu, jika esoknya gua rasa puasa x letih maknanya pahala lebih lah tu. berkat.hehe

Anonymous said...

he he org kita...solat sunat sampai 20rakaat, sampai terabai benda yg wajib..kat office esok tertidur...

Anonymous said...

solat 20 rakaat takpe lagi. boleh dilayan. yang menyakitkan kepala/hati saya nake khatamkan Quran dalam Tarawikh.

Aduh, mana punya konseplah diorang pakai ni. sampai 10.50pm terawikh tak habis.

Tak terfikir ke yang ramai2 bertarawikh tu ada budak-budak, ibu-ibu orang-orang orang tua. mana larat nak beerdiri lama-lama.

Tahun lepas macam ni jugak. Hasilnya minggu pertama penuh masjid, minggu ke dua tinggal separuh, minggu ketiga suku, pastu satu saf tak penuh.

Saya dah tulis surat kepada jawatankuasa masjid, suruh perimbangkan balik. nak khatam, buat tadarus. yang tarawikh ni dicepatkan sikit. Baru orang ramai tak hilang rasa nikmat.

nampaknya tak dienda. nampaknya benda sama akan berulang. nak kena tukar surau nih. alahai

Anonymous said...

aku tak berapa suka kalau yg abiskan quran dlm terawih, dia tak hafal..baca quran besar, tak lancar, tajwid hancur..baca tak sedap....

kalau nak khatam pun tgk tptla..kalau area tu banyak masjid surau bulelah..org bule pilih..


kalau buat lapan tapi niat nak abis cepat lps tu layan tv..buat bende2 sia2..tak guna jugak..

setakat 20 rakaat dah letih2...stamina org dah nazak tu..

org biasa tadenya..sampai ttdo2 siang sebab letih terawih...kencinglah letih terawih smpai mcmtu..


org jarang ibadah mmg rasa menyampah masuk ramadan ni..

ibadah yg wajib2 pun kadang ala kadarje

kalau dah biasa bwk 1 juz satu malam...org penuhje..tgk mcm kat makkah...

Anonymous said...

buat panjang2, baca berterabur, orang start berhayal, naik boring dan hilang kusyuk...lama lama tak datang..

www.pickholes.wordpress.com

Amin Iskandar said...

Ramai juga yang tertidur kalau buat lama-lama.... He he

Anonymous said...

Tak payah sembahyang.

Senang. Tak payah komplen2 lagi.