Friday, November 09, 2007

Ada Apa Dengan Bini Menteri?

Komen seorang kawan di blog seorang kawan telah mencetuskan idea untuk gua menulis. Memang gua sangat ketandusan idea untuk menulis, kebelakangan ini. Bimbang jika apa yang gua tulis itu sudah lama dibual orang. Tapi lu kena ingat, ada berapa juta blog hari ini, maksud gua termasuk yang di Papua New Guinea dan juga Iceland. Mahu atau tidak, kita seringkali mengucapkan perkara yang sudah pernah disebut orang, ditulis, dilukis atau dijerit orang. Di tempat lain walau mungkin bukan di tanahair sendiri.

Ada apa dengan bini menteri? Maksud gua di sini, semenjak dua menjak nie makin menonjol-nonjol pulak si bini menteri. Lagi pulak masa KL dipenuhi putera puteri pemuda wanita dan orang tua UMNO. Hari-hari gua buka suratkhabar, gua tengok TV dan sebagainya, gua akan nampak wanita-wanita bergelar ini. Semua mahu kelihatan vogue, walaupun gua tak tahu apa maksudnya vogue itu. Semua mahu kelihatan anggun, jelita dan menonjol di depan media.

Gua tidak hidup masa zaman PM yang pertama hingga yang ke-3. Apa yang gua tahu PM BolehLand ialah Mahafiraun dan juga PakLah. Kedua-duanya punyai isteri yang menonjol.First Lady lah kononnya. Sehingga sampai satu masa, wanita ini menjadi lebih sudu daripada kuah. Gua bukan menafikan hak mereka, tapi cara mereka menonjol itu membuatkan gua jelik. Kalau tak percaya, lu tolak punggung Najib sampai dia jadik PM, mesti BolehLand akan diperintah seorang wanita.

Gua pun tak tahu bila budaya ini bermula. Apa yang gua tahu, mereka yang bergelar ini semakin hari semakin menonjolkan bini. Dulu tidaklah sangat. Yang gua tahu bini PM dan juga bini MP Jelebu. Tapi sekarang nie, para isteri yang “besar” daripada suami itu semakin “besar” pulak kepalanya.
Muka mereka semakin mudah dilihat, ditonton, setiap hari dan ketika. Kalau tak percaya buka suratkhabar hari ini dan kira. Kadangkala gua tertanya, apa peranan mereka semua ini. Lupakan ”dibelakang kejayaan seorang lelaki ada seorang wanita” itu adalah cerita lain.

Gua rasa ini seperti satu trend. Baru sangat. Dulu kita ada Nancy Reagan, Barbara Bush, Cherrie Blair dan Hillary Clinton. Cuma First Lady sahaja yang menonjol. Ada peranan dalam masyarakat. Bersama suami ke mana sahaja. Tapi bukan isteri Menteri Luar Bandar atau isteri Timb. PM. Itu dah sampai ke tahap menyemak. Sudah lah suami-suami kamu haprak, kamu cuba untuk menghaprakkan lagi keadaan. Dengan menonjol dada kamu yang disuntik, rambut kamu yang tebal melebihi 5 inci serta pakaian kamu yang sendat di samping tubuh yang tidak menarik. Ini pentas politik bukan iklan jamu Nyonya Menir.

Dulu, sebelum kemunculan Queen Noor of Jordan, para pemimpin Arab memang jarang menonjolkan para isteri mereka. Malah ada yang sehingga ke hari ini tidak pernah dilihar isteri mereka. Terutama dari Teluk. Namun selepas kemunculan Noor, Suzan Mubarak, ia diikuti pula oleh Rania, Asma Assad dan juga Lalla Salma. Cukup, dengan wanita pertama. Itu pun cuma Rania yang agak menonjol. Yang lain jangan buat sibuk.

Kehadiran kamu akan membuatkan orang benci. Bukan sekadar dengan muka yang hodoh, tapi orang jelik dengan perangai dan tingkah laku kamu. Seperti yang gua kata tadi, ada masanya lebih sudu dari kuah. Cuma menyesakkan halaman akhbar. Jangan tambahkan kebodohan watak suami kamu di khalayak. Gua benci.

7 comments:

Yusmir Yusop said...

Dia orang nak tunjuk subang atau rantai dari London,Paris,New York dan Manila yg baru dirembat hasil duit rakyat yg dia orang dapat.

Sekadar senyum dan menunjukkan rambut 5 inci tu aku memang tak faham motif dan objektif.Kalau suruh komen,jangankan komen...suruh eja MERDEKA pun barangkali jadi MERDEKE atau MERDHEKA ataupun MENDERHAKA.

Apa pun dia orang nampak seksi dari belakang,

Kajang Pak Malau kajang berlipat,Baju Rosmah Najib yang lipat.Opss...ampun.

LuciusMaximus said...

its all got to do with the whole politics crap, i think. mempunyai bini yang menonjol mampu menaikkan saham si suami dalam liga politik bolehland. espcially bila si bini boleh bercakap dengan baik, mampu bagi anak yatim makan, buat function di hotel untuk kutip derma mahu pun membungkus baulu buat santapan askar-askar menjelang raya...
nanti orang kampung teman akan kata:
"baik beno si rosmah bini si najib tu ye? dibaginye teman dengan orang kampung teman kain batik lepeh sorang satu. seronok beno rasenye teman!"

...dan saham najib pun naik.

Jorji said...

muhahaha..lawak la pulok!

ater...

PoKoK BeSaR KuALa KangSAr said...

itu sudah kemestian. bini timabalan nak tunjuk muka sebab nak bagi tau semua "husband i, tak ada skandal dengan Altantuya or Ziana Zain or dengan sesiapa saja ok. buktinya dia bawak i ke mana saja. tak boleh tahan kalau berenggang" semua tu nak ada share sikit. lepas tu sibuk la persatuan ni nak jadikan dia pengerusi, nak minta yang itu tolong rasmi. sekarang tiba pulak giliran Jin. bila keluar jek Jin ni dari lampu ajaib yang ntah dari mana dipungut, gua tak respect lu lagi la bendehara. lu overrated!

Anonymous said...

diorang kuat melaungkan konsep islam hadhari merata tempat, tapi aurat kat badan sendiri tak terjaga.. tunjuk sana sini.. ramai yang bengang... apa peranan menteri kita yg bergelaar suami tu.. tak reti nak menegur bini masing2!!

Anonymous said...

Gua rasa boleh bikin satu pepatah baru untuk melayu baru.. "Sayang bini tayang-tayangkan"

Btw dalam minggu ni gua gelak banyak kali dengan gelagat menteri kat BolehLand. Sheikul Islam al Hadhari bagi penyapu dan sorang menteri yg tak boleh nak nak jaga harga barang asik naik tak pernah turun dpd siling tukar jihat kiblat perjuangan kepada siling 1 sen pulak.

Gua nak lu tulis sket pasal 2 perkara ni since lu tulis sedap dibaca.. cukup balaghah dan tajwidnya dan gua goblog takde blog hanya pembaca blog.. muahahaha

The.Libyaman said...

yuzy,
lu tengok sapa yg seksi dari belakang nie? Lu biar betul2 sikit bro hehe

max,
kain batik lepeh aje? hok bagi pilihan ghaye dulu pun kome x buke lagi bungkuih nyeee

pokok,
bendahara akan mintak adiknya beri petua slimkan badan mcm yg juma guna. masa tu nanti baru lu tahu sapa Mrs. BolehLand. dia makan jamu nyonya menir tu.

bro,
wa mmg dah dapat idea mlm tdi nak cerita pasal syiling 1 sen. itu nak tipu rakyat jugak tu.