Beberapa hari lepas, gua sedang bersiap dihadapan hidangan ”Roasted Chicken with BBQ Sauce, Potato and Mix Salad, Mushroom Soup and Bun”, yang orang kampung gua panggil Western Set, apabila tiba-tiba datang seorang kawan seraya bercakap dalam bahasa Arab.
”Inilah dia bentuk penjajahan minda ke atas orang-orang Islam”
”Mereka terpengaruh dengan apa yang dibawa oleh Barat dan meninggalkan identiti sendiri”
Serta beberapa hujah-hujah lain yang gua sendiri sudah lupa kerana gua bersiap mengatur semula ayat untuk menjawab, dalam bahasa Arab.
”Bagaimana ketika Al Qaradawi diundang oleh Majlis Bandaraya London, 3 tahun yang lepas, ketika forum mengenai hijab, dan Ken Livingston menjamunya dengan fish n chips?”
”Apakah kerana gua orang Melayu dan gua sepatutnya makan nasi dengan sambal petai?”
”Bagaimana dengan seorang warga Islam Britain? Adakah dia mesti makan humous dan roti kerana dia seorang Islam?”
Akhirnya.
”Tidak wujud satu jenis makanan pun yang dinamakan makanan orang Islam. Bukankah sempadan makanan dalam Islam itu halal?”
”Gua makan apa sahaja yang halal, adakah itu juga tidak betul?”
Kesemuanya sudah gua alihbahasakan ke bahasa Melayu, bahasa orang Melayu, bahasa orang Timur dan bukan lagi bahasa perbahasan kami, bahasa Arab, yang juga turut dituturkan oleh George Wassouf, Emile Lahoud serta Boutruos-Boutrous Ghali. Kesemua mereka berbangsa Arab.
Kawan gua seorang pembangkang tegar. Berjawatan dalam PAS, dengar khabarnya. Namun cara dia berfikir ada ketikanya, gua tidak dapat membezakan sama ada dia mendaftar dengan PAS atau pun UMNO. Ini kerana UMNO juga gua tengok banyak memperjuangkan tentang Melayu, khususnya ketika Perhimpunan Agung. Supaya mereka juga dilihat sebagai pembela bangsa Melayu yang ulung, tegar dan sentiasa.
Jadi apabila dia mengutamakan identiti Melayu daripada agama Islam, maka bagaimana pula dengan teh? Berapa juta manusia atas muka bumi ini yang beragama Islam dan menjadi peminum teh yang konsisten. Kawan-kawan gua yang sangat dihormati, teh itu berasal dari China, riwayatnya mungkin 2737 B.C. Ketika China juga belum menerima Islam. Sehinggalah hari ini, teh menjadi satu budaya pula dikalangan bangsa Arab, yang Islam atau pun bukan Islam, di kalangan orang Turkey yang memanggilnya chai dan banyak lagi bangsa lain di Timur Tengah, Asia Tengah, juga di British bahkan juga di kampung Teras Jernang, Bangi.
Jadi apa masalahnya di sini? Hanya kerana si pencipta makanan itu orang Barat, walau makanan itu halal sekali pun, kita perlu menjauhinya? Berikan pula kepada gua apakah dia makanan orang Islam sebagai alternatifnya? Baca cerita Maximus mengenai kereta orang Islam untuk satu perspektif yang lain.
Makanan itu sudah global sifatnya. Kita hanya boleh melabelkan makanan mengikut bangsa atau negara, dan bukan lagi agama. Kerana gua dengar Bak Kut Teh pun sudah ada yang dapat sijil halal JAKIM.
Anti-Westernization? Jangan kita berbelanja di Tesco dan Carrefour lagi dan kalau memilih Mydin, cari sahaja mee segera keluaran orang Islam, kerana Maggi itu milik Nestle. Orang bukan Islam.
Kawan-kawan gua yang dihormati, gua akan makan segala makanan yang halal. Kecuali tersilap gua akan termakan yang tidak halal. Disengajakan, itu semasa zaman sebelum ketibaan Islam di Malaya. Kalau mahu bercerita mengenai Barat dan pengaruhnya, ia sudah melambak sehingga kita kena berfikir semula, apakah perjuanganku, agama atau bangsa.
Kadangkala gua tersenyum, apabila insan sebegini, memboikot McDonalds dan membeli burger Otai, yang berinspirasikan err...burger dari Barat juga.

5 comments:
Dok ghalit dongan bondo2 remeh serto pendekatan yang pado gua kurang "hikmah" dan "hemah" camnilah yang buek PAS kalah kek Terengganu haritu..
Kadang-kadang lobih sonang nak tukar pemikiran atau terangkan dudok sebonar masalah halal haram dan boikot memboikot kepado orang yang boto-boto jahil daripado orang yang tahu tapi yang sebonarnyo dio tenggolam dalam ilmu yang dia tahu sampai dio jadi tak tahu..
Gua rasa lu tak pelawo dio makan samo bondo-bondo yang sodap tu.. tu yang dia syarah panjang kek lu.. hahaha
mungkin ini tak ada kene mengene..tapi aku memang malas nak dengar skit pejuang-pejuang PAS bawahan yang fanatik tak tentu pasal ni..
Baru keluar tajuk berita kat TV .."UMNO akan melancarkan satu..."
terus dia kondem tak betul! kafir..salah! ...aku tension jer.
atleast dengar la dulu...ni terus hantam!
bukan aku anti PAS..tapi,kalau lebih2 tu,maleh la kan.
hahaha, burger pun mahu jadi isu, padahal budak-budak melayu lah yang paling ramai berniaga jual burger
haha..memang!
best gak kalau one day dapat jumpa orang camtu.Mesti debate sampai esok le jawabnya.
Haha 😄
Post a Comment