Friday, November 02, 2007

Apakah Yang Lebih Bersih?


Tiada yang lebih bersih, kecuali bersih sahaja. Jangan percaya dengan iklan sabun yang bertanya apakah yang lebih putih daripada putih? Mana ada lagi selepas putih? Ia tetap putih. Lebih putih mungkin. Begitu juga bersih. Apakah yang lebih bersih? Ia masih tetap bersih.


Semasa pulang bercuti pada September 1998, ketika suhu bandaraya Kuala Lumpur begitu hangat, gua menaiki sebuah teksi, melalui Jalan TAR. Sangat perlahan. Gua ada temujanji dengan seorang kawan. Tapi masa tu, gua takda telefon bimbit. Kena berjanji dulu dari rumah dan kemudian pandai-pandailah nak mengotakan janji. Kerana gua rasa sudah terlalu lambat dan pakcik teksi tu pulak asyik bercerita tentang reformasi, gua bayar tambang dan keluar.


Nah! gua berada di tengah lautan manusia, yang entah mana kepala dan mana ekornya. Di depan SOGO. Bergerak sehingga ke dataran. Gua rasa macam sangat bertuah hari itu, dapat mengkhianati janji dengan kawan gua, yang pastinya ketika itu sudah menyumpah gua dengan sewenang-wenangnya. Gua bangga dapat menjadi sebahagian daripada rakyat yang bersuara ketika itu. Satu ketika dahulu, hampir 10 tahun.


Hari ini, peluang datang lagi. Bukan selalu. Ketepikan segala propaganda di TV. Bukan budaya kita, my ass. UMNO dulu juga pun guna demonstrasi juga. Orang dulu-dulu pun turun ke jalanraya juga. Jangan lupa. Gunakan sekali lagi, peluang yang datang bukan selalu. Gunakan sebaiknya. Untuk kita dan generasi yang akan datang. Insya Allah, jumpa di sana.

5 comments:

Yusmir Yusop said...

Mari bersihkan sistem undian negara.Walaupun perarakan tersebut sia-sia pada aku tapi semarakkan lagi api perjuangan.Sikit2 lama2 jadi bukit.Pelan2 kayuh.Yo la...

gelodak jiwa said...

untung ko hampir 10thn dulu walau xsengaja n mungkir pada kawan,ko antara manusia yg memeriahkan kota kl.aku waktu hanya budak hingusan,dengar cerita pun dr kwn2 skolah atau dr kaset yg mak aku taku2 nk pasang.
kini kta ada peluang,mmg pasti aku ramai2kan lagi

The.Libyaman said...

yuzy,
yup, memang nampak mcm x boleh memberikan harapan, tapi sekurang-kurangnya kita berusaha."Preferio morir de pie que vivir siempre arrodillado"

pekan,
sayangnya kawan yang gua mungkiri itu sehingga ke hari ini dia terus membenci sebarang bentuk perjuangan seperti ini hehehe mungkin itu dosa gua

LuciusMaximus said...

jika pengalaman berhimpun di dataran merdeka 10 tahun dahulu dikira sesuatu yang menguntungkan, aku mungkin dah jadi menteri sekarang ini :)
majoriti rakyat malaysia masih selesa dengan kehidupan masing-masing, ada kerja, rumah dan cukup makan.
malaysians are not entirely happy, but most of them are content and thats better for the government than having the people being unhappy.
percikan revolusi atau reformasi tidak akan tercetus selagi majoriti tidak sengsara, bersedih dan merasa ditindas.
apa lah sangat ertinya pilihanraya bersih bagi pakcik-makcik di kampung jika bagi mereka, memangkah dacing bermakna jalan tar, talian telefon, benih getah dan sawit serta bantuan baja?
bukan nak melemahkan semangat, tapi realiti kan?

The.Libyaman said...

betul bro, nak harap lepas nie tukar kerajaan jgn mimpilah. kalau gua jadik PM sekalipun gua akan pastikan parti gua menang election sampai kiamat. sekadar nak memenuhi ruang demokrasi yang sangat sedikit, manalah tahu pakcik n makcik kat kampung gua tu x sengaja terdengar cerita tentang perhimpunan ni, ada sikit turnover, kurang lah sikit majoriti Rais Yatim nanti hehe nak kalah mimpi lah