1 Sen.
Malam sebelum BERSIH, bapak mentua gua sedang memberikan komen dan ulasan panas di ruang tamu rumah gua. Antara jam 2000 hingga 2030. Gua yang sedang menyediakan makan malam, hanya mengamalkan teknik senaman silibus darjah satu, tarik nafas, hembus, tarik nafas hembus. Bagi mengelakkan tekanan darah yang sangat tinggi. Tanpa belas kasihan dia membelasah BERSIH,Pas,Anwar dan segala orang yang nak berhimpun, tanpa mengetahui menantu kesayangannya juga bakal ke sana.
Sebelum berkahwin, mak gua dah pesan, “lu dah takde abah, sekarang pak mentua lu sorang saja abah lu ada. Jangan lu sakitkan hati dia. Orang tua kalau terasa payah.” dan gua akan ingat pesan itu sampai bila-bila kerana setiap kali gua mengadu dengan mak gua tentang betapa ”UMNOnya” bapak mentua gua, maka ayat yang sama mak gua akan ulang. Takpe bapa mertuaku, gua tidak akan sesekali membalas, walau sekeras mana ulasan dan kritikan itu, walau ia dilakukan di ruang tamu gua sekali pun. Gua tahu gua dah takde abah.
2 Sen.
Gua tengok yang hadir masa perhimpunan BERSIH sangat bersemangat. Ia berjalan dengan lancar dan strategi yang sangat tersusun walaupun gua hanya dapat melihat kesudahannya. Melihat mereka yang sepengangkutan dengan gua di dalam LRT, gua tahu, 80% mereka yang hadir adalah penyokong PAS. Mereka terlalu bersemangat. Cuma gua rasa ia agak terlewat. Juga mendengar ucapan Haji Hadi semasa pelancaran BERSIH di Chinese Assembly Hall, gua tahu PAS sedang melakukan pusingan U. Gua difahamkan, PAS tidak begitu berminat dengan demontsrasi jalanan semasa era Reformasi. Bukan kesemua pimpinan mereka yang turun padang ketika itu.
Sedangkan jika PAS boleh mengerahkan seluruh ahlinya untuk turun ke jalanraya pada ketika itu, sama seperti yang mereka lakukan semasa BERSIH, gua sangat yakin Firaun sekarang ini terpaksa dirawat di Arab Saudi dan bukannya di IJN. Rakyat pada ketika itu sangat marahkan Firaun dan bersimpati dengan Anwar. Peduli dengan politik individu, yang penting perubahan mesti dibuat. 1998 ialah waktu yang sangat sesuai. Cuma kali ini, PAS sangat tersusun dan bersemangat, tetapi biasalah, orang Malaysia sudah hampir lupa. Kesemuanya boleh menjadi, tetapi ia mungkin mengambil masa. Bersabarlah. Dan tahniah.
3 Sen.
Malam tadi gua menonton Shafie Afdal membuat kenyataan akhbar mengenai duit 1 sen yang bakal dihapuskan ”nilainya” di kaunter mulai April depan. Terlalu panjang untuk gua terangkan pada Az-Zahra’ bila dia bertanya kenapa gua menyebut ”The Big Liar”. Senang cerita gua kasitahu, ”this guy is a bad guy”. Semoga dia ingat dan akan sebut benda yang sama bila menonton berita bersama atuk abahnya nanti.
1 sen akan digenapkan kepada 5 sen yang paling hampir. Jadi apakah nilainya 1 sen itu lagi? Bukankah mudah jika kita hapuskan sahaja nilai itu? Kenapa perlu digenapkan? Bagaimana kalau gua punya bil RM80.08, setiap bulan selama 12 bulan? Gua akan dengan mudahnya memberikan kepada perompak-perompak wang rakyat 24 sen setahun, percuma. Itu baru satu bil, bagaimana jika 10 bil? Sebab gua juga perlu membayar bil elektrik dan air serta telefon rumah mak gua di kampung? Berapa sen sudah gua berikan secara mudah?
”Tidak mengapa kami juga akan menurunkan kepada 5 sen terdekat di mana kami yang akan memberikan diskaun kepada anda. ” Lu akan tengok berapa sen yang mereka sanggup kerugian? Mereka itu kapitalis, perompak wang rakyat, mahukah mereka kerugian. Sudah tentu tidak. Jadi leher siapa yang akan disembelih di sini?

8 comments:
RM-10.08
samada akan jadi RM-10.10
atau akan jadi RM-10.05..
aku rasa akan jadi RM-10.10
Gua lebih beruntung dpd lu.. arwah bapak mertua gua dulu tak berfikrah umno atau ahli jawatankuasa tetap meng"iya"kan setiap tindakan govt dan percaya bulat2 berita dpd tv.
Pasal 1 sen gua rasa tujuan menteri tu baik iyalah utk kayakan kapitalis sambil2 mengguna alasan utk memudahkan pengguna spt kita. Cuma aku heran macam mana dia boleh jadi menteri yg tak pandai matematik atau logik. Sepatutnya selepas membulatkan nilai 1 sen nilai terkurang/terlebih berikutnya dibawa ke depan supaya semua tak rugi since gunapakainya pada bil-bil yg bersifat berterusan secara bulanan.
kambing/biri-biri, lombu, kobau, unto hanya disembelih pado maso tertentu tapi kito sepanjang maso kono semolih!
kera-kera'jaan ni memang mcm tu. yg pelik-pelik dia buat. pastu rasa tak betul tarik balik. kita la menanggung...adoi.
angka sawan,
ia akan jadi RM10.10. confirm.
bro,
menteri tu x cakap pulak lepas nie hypermarket yg dia punya tu takde dah kira satu sen pada barangan dia. gua rasa ada agenda lain. tunggu aje lah.
bro gayour,
naik tahun baghu ni ghamai laei nak kono somolih nie. tokey pam minyak dah asah paghang tu.
pokok,
kalu fail dia x tunggu lama, tarik balik. rakyat jadik tikus putih.
apo kono eh jang? asyik kono semolih jo? bilo laie nak semolih BN lak?
ini bukan lagu protes..
tapi blues untuk rakyat..
Lovehunters/Ramli Sarip.
klu lagi best,kita taruk itu currency dari RM10.10 kepada 1010 sen.lagi maha adil kan....
skang giant tesco jusco sumer kire cincai la...takde lagi MYR99.99.terus jek letak MYR100.padahal dah mark up 70 sen dah....parah2
petrol lak camner? kira pakai sen tuh....haduih..si shapek empedal ni ikut doktrin ekonomi mana nih...semua nk amik jln mudah yg nyusahkan kita...
Post a Comment