Friday, March 07, 2008

Undi Gua Untuk Perkhidmatan Bas


Calon paling berani mati dalam sejarah pilihanraya BolehLand. Walaupun gua sudah mendaftar sebagai calon 3 bulan sebelum hari penamaan calon, cuma sehari sebelum hari "membuang" undi gua berkempen. Ini kerana gua sudah sangat yakin untuk mencapai kemenangan. Rais Yatim sudah memasuki usia menopause untuk menjadi MP di daerah yang usianya sudah 100 kali menopause.

Gua tidak mempunyai manifesto yang panjang lebar seperti bakal MP Batu Gajah atau pun MP Sembrong , cuma rakyat Jelebu akan mendapat satu perkhidmatan yang paling bermanfaat untuk mereka selepas menderita selama lebih 10 tahun. Bas. Gua akan menjadi sangat vokal di Dewan "Orang Belasah Duit" Rakyat bagi mendapatkan perkhidmatan bas. Gua tahu setiap Ahad, orang nak pegi pasar minggu di Klawang pun payah. Bukan semua orang ada kereta dan bukan semua orang anaknya "yang berkereta di Kuala Lumpur" tu balik menjenguk mak bapak mereka setiap minggu.

Nak bayar bil api dan air mesti kena pegi Klawang. Mak Teh Bedah atau pun Dukun Tapa tidak menggunakan streamyx di rumah mereka. Sekali berbelanja di "Kedai Sempit" pun mesti nak bawa barang naik bas, koyaklah Mak Ngah Senah kalau naik Teksi Kotar aje. Itu belum kira lagi makcik-makcik dari Pergai atau Petasih yang kena check doktor sebab kencing manis dan darah tinggi setiap bulan di hospital Petaling. Atau pun budak-budak Sungai Rotan yang nak pegi Seremban tengok wayang cerita Erra Fazira. Memang payah takde bas.

Jadi kepada pengundi di Jelebu, pilihlah calon yang boleh memberikan kamu semua perkhidmatan bas yang bermutu. Bas itu tidak lagi menggunakan khidmat konduktor seperti Pakcik Yahya "yang suka meraba barang budak-budak lelaki", tetapi main lempar duit syiling dalam tong aje. Mudah bukan? Sebab rumah kita ada banyak duit syiling baki beli roti Mahat tiap-tiap petang. Undilah calon itu. Dan calon itu ialah saya. Jelebu untuk Babazahra' dan Babazahra' untuk PERKHIDMATAN BAS (yang lebih baik daripada bas Lim).

4 comments:

Jorji said...

konduktor bas Lim pun motherfucker kaki raba jugak!

YB Baba...jelebu bosannN! (jerit style film dari jemapoh ke mancheste')...lakukan sesuatu..

hehe.selamat memangkah..jgn rosakkan undi..rosakkan lah parti....itu!

Anonymous said...

Laaaaa. Ada gak orang kampung den kat dunio blog in yo!

I went back to vote. I hope u did too.

LuciusMaximus said...

dude, gua cuma berkesempatan baca manifesto lu lepas PRU...

tapi apa hal rais yatim menang lagi?

Anonymous said...

max, rais menang lagi sebab Jumaat tu mak gua berkeras jugak nak balik kampung mengundi sampai paksa abang gua ambik cuti separuh hari. Tujuannya untuk pangkah Rais Yatim. Dia masih lagi "Tuhan" orang Jelebu.