Tuesday, April 29, 2008

Hantu Anwar Ibrahim dan RTM yang tidak pernah menyesal

Sedikit seronok apabila kita diberi peluang untuk mengikuti persidangan Parlimen secara langsung. Walaupun ia bukan tuntutan baru, tapi baru hari ini nampaknya kerajaan yang bongkak sedikit berani memenuhi sebahagian rangka-rangka demokrasi itu.

Namun kita masih lagi dibebalkan dengan isu bebanan kos, isu peralatan, hak penyiaran dan etika pada waktu semua pihak sepatutnya sudah bersedia untuk berdepan dengan sebarang kemungkinan yang berpunca daripada kecetekan minda mereka sendiri atau pun kerana mereka sebenarnya gagal melaksnakan tanggungjawab sebagai seorang MP yang dipilih rakyat.

RTM melalui menteri barunya yang juga seorang penentang kerajaan satu ketika dahulu, telah membangkitkan isu kos, baru baru ini. RM1 juta setiap kali siaran langsung dibuat. Bermakna jika sebulan bersidang, duit pembayar cukai sebanyak RM30juta disalurkan untuk kos penyiaran persidangan Parlimen, yang belum tentu boleh memberikan kita kepuasan, kerana ruang masanya yang sangat terhad, selama sejam.

Gua faham, apabila mereka membangkitkan mengenai airtime dan juga kos penyiaran. RTM memberi alasan mereka perlu menukar segala peralatan bagi memastikan mutu siaran langsung adalah yang terbaik, walaupun mutu siaran RTM selama ini adalah tidak langsung baik.

Kos ODB van (van putih besar yang berfungsi sebagai studio ketika siaran langsung di luar) boleh dibuang dengan cara RTM set up satu mini studio yang berbentuk kekal, di bangunan Parlimen. Mengapa di PWTC boleh semasa bebal-bebal UMNO sedang meracau? Tuan menteri penerangan, jangan kena tipu dengan kos-kos ini semua. Belajar lah sikit dulu tentang penyiaran sebelum menjadi menteri penerangan.

Keduanya, kos air time. Memang wujud, tapi salurannya sekarang ialah RTM (baca: tv kerajaan). Dan waktunya pula ialah jam 10 pagi. Masa tu, mak gua aje yang tinggal kat rumah dengan anak gua. Orang semua pegi kerja, bebudak pegi sekolah. Kalau orang tengok pun, mereka yang di tempat kerja.

Mulalah lepas ni RTM nak berlagak dengan rating siaran Parlimen mereka, kalau lu tak percaya tunggu sehari dua lagi. Jadi kos airtime itu sangat tidak logik. Dan syarikat kopi tongkat ali yang mana sanggup beli airtime sejam waktu pagi? Siaran langsung pulak tu.

Ketiganya, kos kakitangan. Setahu gua para pekerja RTM adalah sebahagian daripada kakitangan kerajaan di bawah Kementerian Penerangan. Gaji mereka dibayar oleh kerajaan. Memang wujud kos tambahan untuk kerja di luar terutama siaran langsung. Serta memang satu kegemaran RTM untuk membuat kerja luar. Drama di tengah sawah contohnya, boleh shoot di Tanjung Karang, tapi mereka akan ke Pendang supaya dapat claim lebih. Itu contoh.

Siaran langsung selama 30 minit, takkan lu nak buat claim seorang stand upper 30K. Dah lah stand upper macam budak belum habis sekolah, overall live coverage hanya 10-15 minit sahaja lah! Gua rasa Hamish McDonalds pun x dapat banyak tu masa dia kena sembur dengan air di BERSIH.

Krew? 10 kamera lu perlukan 20 krew. Overall 30 krew untuk satu live coverage dalam bangunan selama 30 minit juga x masuk akal. Tapi sebab orang RTM akan suka pergi ramai-ramai sebab dapat claim lebih, silakan. Tapi kalau seorang dibayar 10K jumlahnya baru 300K. Baki lagi 700K untuk airtime dan ODB van? Tuan Menteri Penerangan, nak tipu pun janganlah melampau sangat.

Oh ya! Sebuah negara Yahudi yang diberi nama Israel, terletak bersempadan dengan kampung gua satu ketika dulu, juga menyiarkan persidangan Parlimen mereka secara langsung. Melalui satu saluran khusus. Israel 3. Tanpa tapisan dan disiarkan selama mana persidangan berlangsung. Oh ya, tanpa iklan. Itu TV kerajaan sebuah negara Zionis.

Satu lagi, Kak Wan dapat kad jemputan ke perasmian persidangan Parlimen yang dihadiri Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong melalui satu surat dan bukannya kad jemputan seperti MP yang lain. Juga tidak menjemput pasangannya. Mungkin bimbang ramai yang cabut lari, bertempiaran kerana takutkan satu susuk. Ah! Manusia-manusia itu masih lagi takutkan bayang-bayang sendiri.

12 comments:

TOOLBOX said...

Humang aih.. laju lu update. Bodolar dio kiro 1 juto tu samo rato yo gaknyo cam live Motogp atau F1 atau MU lawan Congkau United dongan live utk sidang parlimen.

Suruh Bos lu boli yo RTM tu baru mentori penerangan yg tak berapo nak torang dah tu tak mengoloh takdo bajet.

Dulu lain jaman ni dah lain pulak roman dio, samolah dongan MP Jelobu yg bakar jomatan bosi tu.. pundek!

Yusmir Yusop said...

YB2 ni biasa main dengan angka2 besar supaya gerun.Rakyat ni umpama angka2 kecil,biar merayap,menggigit nanti sembur Ridsect sudah!

manusia ganjil ikan yu said...

tak lama rasanya siara langsung tu.

tapi atleast tadi gua berjaya streaming upacara pembukaan. tak tau esok camne

broken_nigina said...

dia buat lawak tu.
nak bergurau.

Kurie said...

Ada satu statement yang aku pernah dengar kat kg dulu..."ingat wakil rakyat cop duit ker?"...habih tu sapa suruh jadi wakil kepada rakyat...

Anonymous said...

bro,
wa tgk gambar clear. RTM beli kamera baru lah:)

yuzy,
angka mau bikin cuak

yu,
wa rasa pun x lama. kontoversi debat nanti.

nigina,
buat lawak dengan duit

kurie,
orang kampung hanya mau belanja teh tarik aje.

Anonymous said...

encik babazahra' ni keja apa ek? cakap bukan main kencang, tapi kesian hanya dalam blog jek. nak kata melayu, mcm ada unsur2 menentang hak melayu kat m'sia ni. org apa sebenarnya ni. orang yg inginkan kebenaran dan perubahan? tapi dalam blog jek, tak mengubah apa2 kot. macam mana orang nye ye? dan sudah pasti, jawapan sinis akan diberi juga selepas ini...biasa la..

Anonymous said...

at least me got balls to write my name. and what I stands for.
btw, tuan yang tidak punya nama, artikel saya juga dihantar dalam mainstream media dengan bahasa yang lebih baik, tapi mereka kurang bertelur untuk memberitahu kebenarannya. dan anda tuan yang tidak punya nama, telah menemui artikel yang sama dalam nada yang sedikit berbeza. tahniah.

Anonymous said...

akus etuju..mmg keje rtm ni mcm hampeh..claim lebih kan budaya umno dan pekerje gomen...

mmg penipu sungguh sampai 1juta..

tp pengacara rtm mmg lagi hebat dr CNN..hahahha

Anonymous said...

alamak MU menang...bengangnye aku

TOOLBOX said...

Bro, mentori penerangan yang dah tak berapo nak torang tu nak bawak masuk balik pasal siaran langsung masuk dalam kitchen cabinet. Rasonyo lopeh tu takdo do nak ado siaran langsung & RTM boleh simapn masuk store semulo kamera baghu boli tu

Ado ke takdo siaran langsung, ManU.. err.. maksud gua BN memang hampeh :)

Anonymous said...

ahak ahak tak sampai sebulan lagi wa cakap lu. mungkin siaran langsung Parlimen satu helah RTM untuk dapatkan bajet beli equipment baru sebab bajet sebenar dah kena sapu atau dah burn masa kempen GE. Mungkin.