Wednesday, April 16, 2008

Isu Ketuanan Melayu Sudah di Bawa ke Sidratul Muntaha

Memang benar, Kaabah itu adalah kiblat untuk orang Islam. Mekah juga adalah kota suci, seperti juga Madinah, Al-Quds, Qum, Varanasi, Vatican City, Beitellehem dan Lopburi.

Juga menunaikan umrah & haji, bagi umat Islam ia adalah satu ibadah. Takkan itu pun gua mau cerita lagi kan? Cuma bila lu kata lu pegi Mekah sebab lu nak bermuhasabah diri (bagi yang tolol, muhasabah itu bukan singkatan kepada muhamad yang lahir di sabah ye!) dan mahu merenung dalam-dalam mengenai nasib dan masa depan politik dan parti, gua rasa lu sudah sampai ke satu peringkat yang kita katakan menjual agama.

Menjual agama ini ada dalam pelbagai situasi. Ada agama yang dijual secara langsung seperti orang jual karipap,

“agama, agama! Sapa mahu beli agama!”

Itu perkara biasa bahkan dalam beberapa keadaan ia adalah satu tuntutan. Berdakwah sebagai contoh, ia satu tuntutan. Jangan hina orang yang berdakwah, sebab bukan Islam sahaja yang berdakwah, Kristian juga berdakwah, Buddha juga berdakwah. Semua agama ada pendakwah. Ia satu tugas global.

Tapi apabila orang politik yang korup bercakap tentang agama, demi kepentingan politik, itu bermakna mereka telah menjual agama, dalam situasi yang sedikit berbeza daripada si penjual karipap. Kelihatan terdesak.

Apabila bekas MB Selangor, yang kini sudah menyertai keluarga beruk menulis, satu demi satu entrinya dari kota suci Mekah, dengan prakata tentang muhasabah diri dan parti, nasib orang Melayu, juga babi yang disebut di dalam Al Quran, maka gua berpendapat dia sudah terlalu terdesak. Atau barangkali gila, seperti mentornya yang tinggal di Mines Beach Resort itu.

Untuk menilai diri dan parti politik yang penuh dengan najis korupsi, lu tak perlu meminggir diri ke Hijr Ismail, atau berlari-lari anak antara Safa dan Marwah. Jangan jadikan agama yang suci sebagai satu batu loncatan untuk lu memberitahu yang parti perkauman itu nasibnya sudah diadukan kepada Yang Maha Esa di dalam rumah-Nya sendiri.

Menjual agama dengan penuh rasa hormat seperti ini, sama martabatnya dengan perbuatan para penjual ubat “kasi tahan lama dan kasi ketat” yang berpakaian seperti tok guru nak buka kelas tafsir. Mereka berlakon supaya orang yakin, takkan dia jual ubat tipu pulak, tengok pakaian kita tahu dia tu warak. Mereka menambah penyedap rasa bahawa ketika berada di Hijr Ismail minda mereka disesakkan dengan masalah negara, parti yang bergolak, ladang babi yang sepatutnya projek dapat ke tangan kroni tapi kini orang lain punya atau nasib ketuanan Melayu.

Ah! Ironinya, nasib ketuanan Melayu dibawa berjumpa Tuhan di Mekah. Suci sangat perjuangan ini hingga terpaksa mengadu kepada Tuhan nasib satu kumpulan manusia yang rakus, gila kuasa, tamak dan zalim ketika mereka yang lain menangis gembira dapat diberikan peluang bersolat dan beribadat sehampir mungkin dengan Kaabah yang suci.

Sudah-sudah lah tu. Hampir segala benda kamu politikkan, daripada manusia sampai ke babi. Dan kini kamu mahu mempolitikkan agama pulak, menjual nama agama secara terlindung, demi sedikit simpati, ohhh ahhh tulusnya hati pemimpin ini, dia berdoa tentang nasib bangsa Melayu hingga ke Tanah Suci.

Gua hampir lupa, orang yang terdesak biasanya akan kembali kepada agama, atau paling hampir, menjual sedikit cebisan agama itu.

7 comments:

manusia ganjil ikan yu said...

diaorang tu semua pergi melancong ke bro?

Anonymous said...

sepatutnya lawatan sambil belajar

TOOLBOX said...

Dalam melakukan komentar selaku pembangkang gua nampak tiada beza antara mantan MB Selangor dan VK Lingam; "Penjelasan ini juga bertujuan mengingatkan kerajaan Selangor hari ini bahawa kelulusan pada 30 Januari tersebut hanyalah untuk sistem yang akan digunakan dan proses mengenalpasti tanah atau kawasan bukannya kelulusan projek"

Boleh ke macam tu? Atau mungkin gua sendiri tak faham bahasa berbelit. Pada pendapat gua memilih sistem yang akan digunakan dan proses mengenalpasti tanah etc. tu sendiri dah termasuk dalam "proses" projek.

Atau memang dasar pemerintahan mantan MB Selangor dahulu hanya ingin membazirkan duit rakyat dengan menghantar "pandai-pandai babi" hanya untuk melakukan penilaian (atau lawatan sambil belajar seperti yang lu kata) tetapi dalam perlaksaan biar saja mereka (penternak babi) terus dengan kaedah lama (merosakkkan alam sekitar yang akan mewujudkan banyak projek pula untuk memulihkannya semula) ; "saya tidak pernah membantah projek memodenkan kaedah penternakan atau perladangan babi. Sebab itu, kerajaan Selangor semasa saya lagi sudah mengkaji dan melihat kaedah-kaedah perladangan babi di negara luar termasuk di Thailand dan Jerman. Memang benar kita bersetuju tentang pemodenan ladang babi memandangkan ladang dalam bentuk sekarang amat mencemar alam sekitar".

Berbalik Hijr Ismail, mungkin rukun atau sunat haji/umrah dalam islam hadhari selain daripada solat sunat dua rakaat di Hijr Ismail kita dituntut nuhasabah pasal UMNO :) Wallahu a'lam..

Bro, gua cadangkan lu pergi buat umrah seterusnya bermuhasabah dan berdoa di Hijr Ismail supaya MU tak kalah kepada Barcelona :) Boleh?

Anonymous said...

ish, wa muhasabah dari Kinrara aje, 3 malam berturut-turut sebelum game buat solat hajat, memang dah dapat petanda,mimpi nampak Man Utd sedang bergambar dengan piala di Red Square. wow sinonimnya the Red Devils dengan Moscow yang ada Red Square.

angahcipoi said...

Dia pergi Mekah tu sebab nak bertaubat sebab dia tahu dia dah buat perkara2 tu semua.Tapi dalam bertaubat tu dia tak tinggal kan perkara tu sebaliknya cari ubat di depan kaabah nak settle perkara tu biar berpihak di sobolah dio.Itu lah ragam eh orang UMNO ni.

gayour said...

No more war pigs of the power....

war pigs

Kurie said...

ketuanan melayu?....tah la bang...makin hari makin layu jer saya tengok....