Sunday, August 31, 2008

Setiap Tahun 'Merdeka'

Banyak benda berulang yang lu boleh nampak setiap kali sambutan Hari Kebangsaan (National Day) yang bukan hari kemerdekaan pada istilahnya.

Tapi kesemua itu hanyalah wayang atau pun 'berlakon' yang hanya sesuai untuk hari itu sahaja. Tidak lebih daripada satu hari saja.

Pertamanya penggunaan perkataan 'perpaduan'. Ia dah jadi macam air liur. Sembur aje mesti keluar punya. Tak payah nak pikir panjang. 'Perpaduan' itu dan 'perpaduan' ini. Baju macam-macam bangsa keluar pakai kat tv. Sampai buat lagu. Sampai buat logo. Tapi semua kencing. Habuk pun tarak.

Politik perkauman terus dijaja. Tak percaya? Tanya member-member lu yang pernah pergi BTN. Gua tak pernah sampai. Tak layak.

Tak percaya lagi? Tunggu Perhimpunan Agung UMNO nanti. Bersepai semua 'perpaduan' lu. Hancur masuk longkang kena kencing dan berak. 'Perpaduan' kepala bapak dia.

Kedua, buat-buat patriotik. Semangat yang gua tak tahu lahir daripada perut ibu mana. Boleh pakai hanya untuk satu hari saja. Dulu-dulu, tapi sekarang dah boleh pakai sampai sebulan. Patriotik sampai gantung bendera penuh kat bumbung kereta atau pun selit bendera RM7 beli kat Giant pada bonet depan Proton Wira ekzos besar lubang jamban. Gua tak pernah buat.

Itu bukan patriotik. Itu bangang. Hanya boleh pakai untuk sebulan sahaja buat-buat patriotik. Lepas tu bersepai lagi masuk longkang. Bercampur dengan kencing dan berak kucing.

Ketiga, pura-pura hafal lagu patriotik. Tapi malam ni pompuan yang kencing kat Kutub dan Encik Angka Sawan telah kantoi depan tv. Gagal hafal lagu patriotik. 'Abis boreh' aje tampal bendera kat baju, lagu Jalur Gemilang pun tak hafal.

Itu yang ketiga, pura-pura hafal. Lepas tu bersepai. Sebulan aje pun hafalnya. Lain bulan masuk longkang. Itu pun nasib baik selalu pegi TESCO, diorang bukak lagu patriotik 24 jam. Kemudian malam 31hb Ogos, pegi tunggu bunga api, mulut kumat kamit macam hafal nyanyi lagu. Mata jeling bontot minah rempit. Lagu patriotik ke mana, mulut ke mana, tangan ke mana. Masuk longkang lagi.

Last sekali, paling menonjol, milik mat rempit dan minah rempit. Paling sementara. Boleh pakai untuk satu malam sahaja. Malam Hari Kebangsaan bukan hari kemerdekaan. Kadang-kadang boleh guna masa malam Tahun Baru. Lepas tu kalau pakai lagi memang orang kata sewel.

Ayat untuk jadi lesen bawak anak dara orang keluar pukul 4 petang sampai 4 pagi esok belum tentu balik.

'Keluar kejap ya makcik, nak bawak Ayu tengok bunga api kat Dataran'

Bunga api kepala ayah lu.

Tuesday, August 26, 2008

HARAPAN BARU RAKYAT MALAYSIA

TOLAK SEGALA JENIS PERKAUMAN YANG MERACUNI KEPALA HOTAK LU SELAMA INI.

TOLAK SEGALA KEBENCIAN KE ATAS KAUM LAIN YANG LU SEMAI SUBUR SELAMA INI.

TOLAK SEGALA JENIS HASUTAN YANG LU SEMBURKAN SELAMA INI.

TOLAK SEGALA JENIS SEMANGAT RASUAH YANG MENJADI RACUN DALAM NEGARA SELAMA INI.

TOLAK SEGALA BENTUK KEANGKUHAN, KESOMBONGAN, JUGA SIKAP BERPURA PURA YANG SERING MENJADI MAINAN SELAMA INI.

BANGKIT MENJADI SATU NEGARA MALAYSIA YANG DIBANGUNKAN BERSAMA, YANG DIKONGSI BERSAMA, YANG CUKAINYA DIBAYAR BERSAMA.

BANGKIT UNTUK MENJADI LEBIH HARMONI BUKAN LAGI SEKADAR WAYANG PENYEDAP IKLAN DI TV DAN AKHBAR

BANGKIT SUPAYA TIADA LAGI KEBENCIAN SEPERTI YANG SERING DITABUR SEKIAN LAMA OLEH UNITED MALAYS NATIONAL ORGANIZATION.

TOLAK UMNO YANG PERKAUMAN, YANG TERPAKSA BEKERJA DENGAN MCA DAN MIC TETAPI DALAM KEM BTN NYA SENTIASA MEMBENCI KAUM YANG PALING BANYAK MEMBAYAR CUKAI PENDAPATAN.

TOLAK SEMUA ITU DAN JADILAH WARGA MALAYSIA.

KALAU TAK FAHAM LAGI KONSEP NYA BOLEH BUKA AL QURAN SURAH AL HUJURAT AYAT YANG KE 13.

ITU BUKAN NOMBOR YANG SUWEY BUKAN NOMBOR YANG MEMBAWA SIAL.

JIKA KAMU ISLAM TIADA YANG MENENTUKAN SEGALANYA KECUALI YANG MAHA ESA.

TAPI JIKA KAMU ISLAM DAN KAMU YAKIN DENGAN NOMBOR ITU, ADA LEBIH BAIKNYA KAMU TINGGAL DI SEBERANG JAYA.

SEKIAN. VIVA PAKATAN RAKYAT.

VIVA RAKYAT MALAYSIA.

Monday, August 25, 2008

Nasib Seorang Mufti Yang Angkuh

Apakah Kelayakan Mufti Wilayah?

Bunyinya agak angkuh. Memang angkuh. Gua tahu, yang dia seorang mufti. Wilayah Persekutuan pula. Yang turut merangkum Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Kuasa ifta’ nya melangkau sempadan beberapa negeri dan lautan.

Agak angkuh juga untuk mempersoalkan, apakah kelayakan mufti Wilayah Persekutuan itu, hingga dia dapat memegang jawatannya sekarang. Pastilah layak untuk menjadi seorang mufti. Mungkin sijilnya ada 2-3 gulung dan gambar konvokesyen nya lebih daripada sekeping.

Angkuh juga untuk bertanya siapakah gurunya, hingga dia dapat berifta’ lalu ia menjadi fatwa. Di Wilayah Persekutuan pula, yang sempadannya melangkau banyak rumah-rumah pangsa, hotel-hotel murah menyimpan wanita Tanah Besar, juga kondominium mewah milik syarikat Dato’ K dan Siti Nurhaliza. Pastilah gurunya juga tersohor, terbilang dan dikenal dunia. Islam khususnya.

Angkuh juga jika mahu bertanya, apakah kitab-kitab yang telah dibaca dan dihafalnya, hingga dia mampu untuk berifta’ dengan ilmu daripada kitab-kitabnya lalu diwartakan untuk menjadi satu fatwa di Wilayah Persekutuan. Jauh dan besar, melangkaui Kg Pandan hingga ke Kg Baru, Lorong Haji Taib dan Jalan Bukit Bintang, tidak lupa Bangsar Telawi dan Seri Hartamas. Besar dan luas jajahan nya.

Tapi apabila, seorang mufti, yang sijilnya bergulung-gulung, gambar konvokesyen nya lebih daripada sekeping, gurunya pula ulama terkenal dan kitab yang dibaca nya pula adalah rujukan tersohor para fuqaha’, bercakap di dalam televisyen, demi mempertahankan sebuah parti politik, sambil menyindir dan memperlekehkan orang lain, sambil menyindir kemampuan orang lain, dengan muka yang angkuh, dan nada yang bongkak juga lagak minda seperti orang yang tidak berilmu, maka apa salahnya pula kita untuk berangkuh-angkuh dengannya?

Adakah Tuan Mufti itu akan bertanya apakah kelulusan si polan bin si polan itu, apakah kitab yang dibacanya, siapakah gurunya, apakah pengkhususannya jika si polan bin si polan itu tidak muncul untuk membersihkan namanya semalam di pentas politik?

Tujuan si polan bin si polan hanyalah untuk memberitahu khalayak bahawa dirinya telah dipergunakan, dia telah dipaksa hadir, dia tidak terlibat dalam menyediakan teks sumpah laknat dan dia juga tidak mempunyai sebarang peranan dalam majlis sumpah laknat, kecuali terpaksa hadir atas arahan ‘tuannya’.

Si polan bin si polan mahu orang ramai tidak memberikan tanggapan yang salah ke atasnya. Supaya orang ramai tidak terus mengutuknya. Supaya orang ramai tidak lagi menabur fitnah ke atasnya, yang berada di satu tempat yang agak salah pada waktu yang juga agak salah.

Si polan bin si polan mahu supaya kutukan, fitnah dan kecaman ke atasnya berhenti selepas si polan bin si polan membuat pengakuannya. Ini kerana yang mengecam dan mengutuk si polan bin si polan kerana berada di majlis sumpah laknat itu ialah penyokong pembangkang maka pentas pembangkang lah tempat yang sesuai.

Oleh kerana Tuan Mufti telah memberikan ‘bola tanggung’, seperti yang sering dilakukan Lee Chong Wei ketika bertemu Lin Dan dahulu, maka bersedialah Tuan Mufti pula untuk menerima akibat perbuatan angkuh nya itu, perbuatan sombong nya itu juga lontaran suara hasil minda ceteknya itu. Silakan rakyat BolehLand, Mufti itu memohon anda mengecamnya, kerana dia mahu menjaga sangat periuk nasinya. Silakan.

Gambar Yang Penuh Makna 2



Originally uploaded by Anwar Ibrahim
Memang gua bakal mengharapkan komen yang mengatakan "itu sekadar berlakon" atau pun "lu tak tahu belakang nanti, Cina mesti makan Melayu" atau yang seumpama dengannya yang datang daripada minda busuk berkarat akibat dasar perkauman UMNO yang setiap kali kempen pemilihannya juga ditaja oleh tauke-tauke Cina malahan turut sama bekerjasama dengan MCA serta MIC yang total parti satu bangsa.Pfftt.

Gambar Yang Penuh Makna



Originally uploaded by Anwar Ibrahim
Memang gua bakal mengharapkan komen yang mengatakan "itu sekadar berlakon" atau pun "lu tak tahu belakang nanti, Cina mesti makan Melayu" atau yang seumpama dengannya yang datang daripada minda busuk berkarat akibat dasar perkauman UMNO yang setiap kali kempen pemilihannya juga ditaja oleh tauke-tauke Cina malahan turut sama bekerjasama dengan MCA serta MIC yang total parti satu bangsa.Pfftt.

Friday, August 22, 2008

Tukar Tiub di Permatang Pauh

Rakan-rakan yang dikasihi, untuk sebarang berita terkini dan perkembangan semasa pilihanraya kecil Permatang Pauh P44, sila layari Tukar Tiub.

Blog gua sedang ambik nafas buat sementara sehingga tamatnya pilihanraya kecil. Perlu menyokong Tukar Tiub pada ketika ini. Terlalu banyak motorsikal yang pancit di Permatang Pauh. Mungkin ada kutu tabur paku. Harap terhibur di sana.

Jatuhkan UMNO, bukan bermakna menjatuhkan orang Melayu. Secara total.

Hasta La Victoria Siempre!

Thursday, August 21, 2008

Yang Cerdik dan Kurang Cerdik

Setiap kali munculnya pilihanraya, kecil atau besar lah, kebencian kepada suratkhabar akan kembali memuncak. Terutama jika majikan lu, walaupun adalah lelaki ketiga terkaya di BolehLand, hanya memberikan “subsidi” Utusan Malaysia, Berita Harian dan The Star. Bukan Bacaria atau Warta Perdana, mahu pun Harakah 2 kali seminggu.

Bagi umat manusia yang masih mahu menjaga kesantunan intelektual mereka, suratkhabar perlu dijauhi dalam tempoh 2-3 minggu ini. Ia akan berupaya menyebabkan anda stress, mengalami tekanan perasaan dan jika daripada sudut spiritual ia boleh menyebabkan anda kuat menyumpah sekaligus menambahkan catatan perbuatan jahat anda, bagi penghakiman Hari Kebangkitan.

Sebagai contoh, Muhyidin Yassin yang boleh gua katakan, menerima sedikit rasa hormat gua atas sikap low profile nya selama ini, telah mencabar Dr. Jefrey Kittingan supaya mendedahkan nama Ahli Parlimen di Sabah yang akan menyertai pembangkang sebaik Anwar Ibrahim diumum pemenang pilihanraya Permatang Pauh.

Kalaulah, diumumkan, seorang daripadanya ialah Zahid Hamidi, ooppss, Zahid dari Bagan Datuh. Kalaulah seorang daripadanya ialah YB Datuk Anifah Aman, contohnya lah, dan Anwar Ibrahim tewas dalam pemilihan di Permatang Pauh, apakah nasib Anifah kelak?

Gua teringat, dalam satu operasi menjejaki pelajar yang keluar berhujung minggu ke Kuala Lumpur, dari Tampin sekitar tahun 1994 dulu, guru displin dan Pengetua yang cerdik telah menggunakan kaedah yang sama.

”Gua dah ada senarai nama yang pegi tu, baik mengaku terus datang ke depan sebelum gua belasah lu lebih teruk”

Itu ayat guru displin dan Pengetua gua, tahun 1994 dulu.

Bagi yang kurang cerdik, terus menuju ke depan. Buat muka sardin cap ayam, lepas tu berkerut sikit dahi tahan sakit kena rotan. Mata pulak jeling-jeling pada kawan yang lebih berani sikit tapi masih kurang cerdik, yang tetap tidak mahu mengaku.

Penyudahnya, bila yang kurang cerdik kena rotan, kena paksa beritahu kroni yang lain, maka lebam-lebam lah dahi yang lebih berani sikit kena hantuk ke dinding bilik mesyuarat. Contohnya lah.

Jadi, kalau Muhyidin Yassin mahu memohon jawatan sebagai Pengetua di sekolah itu pun, sekarang ini, gua rasa modal yang sama sudah tidak laku lagi. Okay?

Gua kena edit Tukar Tiub 3 kali sehari sehingga tamat drama Permatang Pauh. Sibuk sedikit untuk bererotika dan berfantasi di sini. Punklitch.

Monday, August 18, 2008

Sayonara Mr. Jeneral!


Gua terpaksa menonton selama sejam. Satu ucapan yang panjang dan membosankan. Penuh dengan labun seorang Jeneral bermula dari tahun 1961 sehinggalah kepada rampasan kuasa tahun 1999 dan akhirnya ke hari ini. Hanya untuk mendengar satu frasa yang boleh menjadi berita penting dunia. Esok atau mungkin seawal malam nanti.


9 years of one man rules finally come to an end. Selama 9 tahun memerintah sejak menjadi Presiden dengan seragam tentera. Kemudiannya menanggalkan pakaian tentera untuk menjadi orang awam. Step down from his office while we dunno what will be happen next. For the country and the nation, katanya. Mungkin airmata yang mengalir itu boleh menjadi satu pembayang.


Sayonara Mr. Jeneral. But do not go for an exile ya! Walaupun Arab Saudi sudah menyediakan tempat tinggal manakala Amerika juga sudah memberikan tawaran. Itu impian Firaun. Lets my future judges by the masses, katanya.

Saturday, August 16, 2008

Entri Akhir dari Utara - Bukan Permatang Pauh

“Ada beberapa perkara disini, antaranya ialah ketika diundi, kita mendapat nombor 3. Menurut orang Cina, 3 ini bermakna bukit, kita di atas bukit. Ini bermakna kita akan mencapai kemenangan. Satu lagi…”

Gua tak dengar yang satu lagi. Oh! Khabarnya lelaki gemuk pendek berambut putih ini, boleh bertutur dalam bahasa Hokkien. Anak-anaknya pun dihantar ke sekolah Cina. Patutlah pun seakan yakin dengan angka 3.

Cuma jangan dapat nombor 3 sudah. Kalah dengan Anwar Ibrahim tak jadi hal, jangan duduk belakang lebai serban busuk berambut gondrong aje nanti. Itu betul-betul malu. Lebih malu daripada mereka yang menawar diri nak bertanding tapi tak dapat. Itu cerita lain.

Entri Dari Utara 3 - Bukan Permatang Pauh

Beberapa hari lepas, Rabu malam mungkin. Dan juga tengahari Khamis, ketika menonton televisyen tanpa suara, sambil lalu lalang, gua nampak susuk seorang lelaki gemuk pendek dan berambut putih. Sedang menangis kegembiraan, menjulang tangan yang dijulang seorang bekas imam yang jelas terpancar nur kekecewaan pada wajahnya.

Gua jadi tidak keruan. Apakah BolehLand mendapat seorang Perdana Menteri baru? Atau mungkin seorang Menteri Kabinet yang baru? Lalu gua mencari satu stesen yang selesa, untuk mendengar buah butir lelaki gemuk pendek dan berambut putih ini? Gua tambah keliru lagi, bila ada pulak gambar dengan anak-anaknya, yang juga gemuk pendek tapi rambutnya masih hitam. Banyak duit family ni, gemuk-gemuk, kata hati gua.

Oh! Rupanya dapat jadik calon pilihanraya. Gua ingatkan apa kejadahnya, upacara-upacara yang pernah dilakukan oleh F**kLah ketika dilantik menjadi PM, dan beberapa Menteri Besar baru dilantik, dilakonkan semula lelaki gemuk pendek berambut putih itu.

Menyesal jugak gua menonton.

Entri dari Utara 2 - Bukan Permatang Pauh

Dulu, orang yang kahwin di Masjid ni, biasanya ada kes-kes khusus. Mungkin kena tangkap basah, kalau ikutkan naratif filem Melayu lama atau pun era drama swasta. Atau mungkin sebab rumahnya banjir, terbakar atau belum siap diubahsuai. Erti kata lain, dia malu nak buat akad nikah di rumah sebab rumahnya tak begitu cantik. Dulu.

Tapi sekarang, nikah di masjid sudah jadi satu trend. Kononnya untuk lebih diberkati. Serius, gua dah tahu pasal nie sejak dulu lagi. Masjid tempat mulia. Rumah Allah, tempat orang beribadat, bersemuka dengan Tuhan paling kurang untuk seminggu sekali, kalau bukan setahun dua kali. Biar perkahwinan itu nampak suci, nampak lebih Islam, lebih putih dan lebih berkekalan, kononnya. Walau cuma untuk 3 tahun. Cuba tengok Erra Fazira dulu kahwin kat mana. Kat rumah mungkin.

Jadi, bila Datuk K, yang meruntun hati ramai pemuda Malaya yang memasang impian berjimak dengan Siti Nurhaliza, itu bernikah di dalam masjid, ia menjadi satu imej yang kekal pulak dalam kepala hotak gua. Dengan songkok dan baju Melayu putihnya (ini satu ritual supaya nikah dalam masjid Nampak lebih suci, orang tak pakai baju kuning atau merah) gua selepas itu melihat sesiapa sahaja yang bernikah di dalam masjid, dengan songkok dan baju Melayu putih, seperti susuk Datuk K. Dia memang kacak.Pfft.

Jadi, bila melalui sebuah warung, sekitar jam 8 malam semalam, gua melihat susuk seorang lelaki bersongkok, berbaju Melayu, duduk dalam masjid, maka gua terus berhenti. Mahu tahu siapa pulak yang nikah dalam masjid dan tidak menghantar kad jemputan.

Tapi saying, pengantin lelaki itu hanya seorang diri, dan yang lebih buat gua keciwa, dia gagal menyaingi susuk Datuk K. Lebih teruk lagi, dia mencemar ritual pernikahan di dalam masjid kerana memakai baju Melayu kuning, dan seluar slack hitam kalau tidak silap. Ah! Ini pengantin gay, rupanya. Tapi mana pasangannya?

Gua jadi lagi keciwa, bila mendengar pulak pengantin ini berakad dengan beberapa labun erotic. Ini sudah mencemar ritual majlis suci di dalam masjid. Tak percaya? Berapa ramai dalam masjid dan seluruh penonton ketika itu yang tidak terbayang zakar Anwar dan dubur Saiful? Ah! Suci sungguh kamu.

Catatan Dari Utara - Bukan Permatang Pauh

Jordan, adalah sekutu rapat Israel. Sekutu kuat. Sebab itu di Jordan, kedutaan Israel dengan megah berkibar bendera Star of David nya.

Dulu, jika kumpulan pelajar prihatin yang mahu mengadakan demonstrasi anti-Israel dan secara terang menyatakan sokongan kepada perjuangan rakyat Palestin, maka pihak berkuasa Jordan akan segera mengekang. Demonstrasi hanya boleh dibuat di dalam kawasan university. Di tengah panas, di dataran Universiti Al al Bayt misalnya.

Untuk berarak, bermakna ramai yang akan terpaksa mengorbankan waktu kelasnya dan bukan semua pensyarah boleh bertoleransi dengan pelajar yang ponteng kerana menghadiri perhimpunan atau perarakan anti Israel dan pro Palestine. Jordan ialah sekutu kuat Israel di Timur Tengah.

Jadi, gua memang tahu kebanyakan peniaga Bumiputera pencetak t-shirt di BolehLand ialah lulusan UiTM. Mereka handal grafik. Dan mereka cipta t-shirt. Sebab itu gua tidak hairan dengan kepantasan kemunculan t-shirt hitam seragam ketika mereka berdemonstrasi secara halal.

Masalahnya, berapa banyak waktu kelas yang terpaksa dikorbankan hanya untuk berpakaian serba hitam sambil mengikut orang bersorak tanpa memahami rasional saranan sebenar KUOTA 10% UNTUK BUKAN BUMIPUTERA?

Okay gua tahu, ramai pensyarah yang boleh tolerate dengan ketidakhadiran yang begitu ramai. Lagi pun ia perhimpunan halal. Cuma Nampak BODOH. Bukan semua yang BODOH. Gua percaya Maximus setuju, walaupun dia tidak terlibat dengan sebarang perniagaan mencetak t-shirt. Mungkin.

Monday, August 11, 2008

Mahmoud Darwish


Jika Kau Tidak Boleh Menjadi Hujan Wahai Kekasihku...Jadilah Sebatang Pokok

Yang Penuh Dengan Kesuburan...Jadilah Sebatang Pokok

Jika Kau Tidak Boleh Menjadi Sebatang Pokok Wahai Kekasihku...Jadilah Seketul Batu

Yang Penuh Dengan Kelembapan...Jadilah Seketul Batu

Jika Kau Tidak Boleh Menjadi Seketul Batu Wahai Kekasihku...Jadilah Engkau Bulan

Dalam Mimpi Kekasih Hatinya...Jadilah Engkau Bulan

Begitulah Ratap Seorang Wanita Kepada Jenazah Anaknya


13 Mac 1942 - 9 Ogos 2008

Friday, August 01, 2008

Sayonara


Penyokong Nuar Brahim mesti senyum lebar semalam petang. Nuar Brahim akan bertanding di Permatang Pauh, yang sudah seperti Bukit Bintang kepada DAP atau pun bagai Gua Musang kepada Tengku Razaleigh.

Namun, semua itu bermula daripada pengorbanan seorang isteri lah. Firaun kata, my wife would do the same. Persetankan Firaun, kita tahu Kak Wan telah banyak berkorban sejak 1998, dan pengorbanan itu tidak pernah berhenti. Bermula daripada zero, yang begitu naif tentang politik, yang menangis terisak-isak ketika dihambur kesombongan Chandra Muzaffar, yang terpaksa pula mempertahankan suaminya yang dipenjarakan serta berdepan permainan politik atasan PKR yang mirip UMNO, Kak Wan akhirnya menjadi ketua pembangkang wanita pertama di Parlimen BolehLand.

Perletakan jawatan semalam, sebenarnya sesuatu yang menyedihkan. Sesuatu yang merugikan. Sesuatu yang sepatutnya perlu dielakkan daripada berlaku. Ketika berada di puncak, Kak Wan terpaksa melungsur turun, untuk laluan Bang Nuar. Gua faham, itu percaturan politik, yang 16 atau 17 tapak ke depan. Rugi lah sikit. Nuar Brahim mungkin mahu mengelak persepsi yang lebih negatif jika mengambil kerusi MP yang bukan milik Kak Wan atau pun Nurul Izzah. Mungkin.

Kak Wan kini kembali, memainkan peranan sebagai seorang isteri. Walaupun katanya semalam dia akan kekal sebagai Presiden. Kita tahu siapa Presiden yang sebenarnya. Cuma kalau masa itu boleh diundur, Kak Wan sepatutnya tidak berundur. Rugi, itu sahaja.

Semoga bukan untuk selamanya, dan akan kembali semula nanti.

(sambal tumis dalam gambar itu mungkin tidak sesedap yang dimasak Kak Wan pada April 2003)