Apakah Kelayakan Mufti Wilayah?
Bunyinya agak angkuh. Memang angkuh. Gua tahu, yang dia seorang mufti. Wilayah Persekutuan pula. Yang turut merangkum Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Kuasa ifta’ nya melangkau sempadan beberapa negeri dan lautan.
Agak angkuh juga untuk mempersoalkan, apakah kelayakan mufti Wilayah Persekutuan itu, hingga dia dapat memegang jawatannya sekarang. Pastilah layak untuk menjadi seorang mufti. Mungkin sijilnya ada 2-3 gulung dan gambar konvokesyen nya lebih daripada sekeping.
Angkuh juga untuk bertanya siapakah gurunya, hingga dia dapat berifta’ lalu ia menjadi fatwa. Di Wilayah Persekutuan pula, yang sempadannya melangkau banyak rumah-rumah pangsa, hotel-hotel murah menyimpan wanita Tanah Besar, juga kondominium mewah milik syarikat Dato’ K dan Siti Nurhaliza. Pastilah gurunya juga tersohor, terbilang dan dikenal dunia. Islam khususnya.
Angkuh juga jika mahu bertanya, apakah kitab-kitab yang telah dibaca dan dihafalnya, hingga dia mampu untuk berifta’ dengan ilmu daripada kitab-kitabnya lalu diwartakan untuk menjadi satu fatwa di Wilayah Persekutuan. Jauh dan besar, melangkaui Kg Pandan hingga ke Kg Baru, Lorong Haji Taib dan Jalan Bukit Bintang, tidak lupa Bangsar Telawi dan Seri Hartamas. Besar dan luas jajahan nya.
Tapi apabila, seorang mufti, yang sijilnya bergulung-gulung, gambar konvokesyen nya lebih daripada sekeping, gurunya pula ulama terkenal dan kitab yang dibaca nya pula adalah rujukan tersohor para fuqaha’, bercakap di dalam televisyen, demi mempertahankan sebuah parti politik, sambil menyindir dan memperlekehkan orang lain, sambil menyindir kemampuan orang lain, dengan muka yang angkuh, dan nada yang bongkak juga lagak minda seperti orang yang tidak berilmu, maka apa salahnya pula kita untuk berangkuh-angkuh dengannya?
Adakah Tuan Mufti itu akan bertanya apakah kelulusan si polan bin si polan itu, apakah kitab yang dibacanya, siapakah gurunya, apakah pengkhususannya jika si polan bin si polan itu tidak muncul untuk membersihkan namanya semalam di pentas politik?
Tujuan si polan bin si polan hanyalah untuk memberitahu khalayak bahawa dirinya telah dipergunakan, dia telah dipaksa hadir, dia tidak terlibat dalam menyediakan teks sumpah laknat dan dia juga tidak mempunyai sebarang peranan dalam majlis sumpah laknat, kecuali terpaksa hadir atas arahan ‘tuannya’.
Si polan bin si polan mahu orang ramai tidak memberikan tanggapan yang salah ke atasnya. Supaya orang ramai tidak terus mengutuknya. Supaya orang ramai tidak lagi menabur fitnah ke atasnya, yang berada di satu tempat yang agak salah pada waktu yang juga agak salah.
Si polan bin si polan mahu supaya kutukan, fitnah dan kecaman ke atasnya berhenti selepas si polan bin si polan membuat pengakuannya. Ini kerana yang mengecam dan mengutuk si polan bin si polan kerana berada di majlis sumpah laknat itu ialah penyokong pembangkang maka pentas pembangkang lah tempat yang sesuai.
Oleh kerana Tuan Mufti telah memberikan ‘bola tanggung’, seperti yang sering dilakukan Lee Chong Wei ketika bertemu Lin Dan dahulu, maka bersedialah Tuan Mufti pula untuk menerima akibat perbuatan angkuh nya itu, perbuatan sombong nya itu juga lontaran suara hasil minda ceteknya itu. Silakan rakyat BolehLand, Mufti itu memohon anda mengecamnya, kerana dia mahu menjaga sangat periuk nasinya. Silakan.

10 comments:
Lu jgn marah dia bro. Dia pun ada taste & obses jugak. Takkan firdaus yg tendang tong tu jer boleh bertanding. Dia pun nak jugak kot2 dpt PR13 nanti
Tanda-tanda akhir zaman spt perkhabaran Rasulullah saw
biasalah...
bila lagi nak masuk TV bang...
masa2 gini la khidmat diorang diperlukan...
adios...
Lu jilat bontot gua..tgk nik aziz pun boleh pegang gua..gua makan babi...woi lu jadi mufti pas apa kata...?
dhehe...
waa bro, wa miss la plak citer nih. mufti tu kate mende? lame tak tgk tv....
mmmmmmm sama2 la kita tengok sapa yg berada di Landasan yg benar *****i...
sama2 la kita berdoa untuk kesejahteraan bumi Allah ini.
Majlis fatwa kebangsaan dah keluarkan fatwa yg "sweet" sgt. Padan muka saiful
alamak, mufti wilayah tempat gua bermaustatin tu..!!
mufti wilayah tak pernah pun diundang ke Maskara. lu kejam pp.
Mufti Wilayah ni bukan ke yg jadi pelakon debat olok2 PAS-UMNO tak lama dulu?...
Post a Comment