Thursday, August 21, 2008

Yang Cerdik dan Kurang Cerdik

Setiap kali munculnya pilihanraya, kecil atau besar lah, kebencian kepada suratkhabar akan kembali memuncak. Terutama jika majikan lu, walaupun adalah lelaki ketiga terkaya di BolehLand, hanya memberikan “subsidi” Utusan Malaysia, Berita Harian dan The Star. Bukan Bacaria atau Warta Perdana, mahu pun Harakah 2 kali seminggu.

Bagi umat manusia yang masih mahu menjaga kesantunan intelektual mereka, suratkhabar perlu dijauhi dalam tempoh 2-3 minggu ini. Ia akan berupaya menyebabkan anda stress, mengalami tekanan perasaan dan jika daripada sudut spiritual ia boleh menyebabkan anda kuat menyumpah sekaligus menambahkan catatan perbuatan jahat anda, bagi penghakiman Hari Kebangkitan.

Sebagai contoh, Muhyidin Yassin yang boleh gua katakan, menerima sedikit rasa hormat gua atas sikap low profile nya selama ini, telah mencabar Dr. Jefrey Kittingan supaya mendedahkan nama Ahli Parlimen di Sabah yang akan menyertai pembangkang sebaik Anwar Ibrahim diumum pemenang pilihanraya Permatang Pauh.

Kalaulah, diumumkan, seorang daripadanya ialah Zahid Hamidi, ooppss, Zahid dari Bagan Datuh. Kalaulah seorang daripadanya ialah YB Datuk Anifah Aman, contohnya lah, dan Anwar Ibrahim tewas dalam pemilihan di Permatang Pauh, apakah nasib Anifah kelak?

Gua teringat, dalam satu operasi menjejaki pelajar yang keluar berhujung minggu ke Kuala Lumpur, dari Tampin sekitar tahun 1994 dulu, guru displin dan Pengetua yang cerdik telah menggunakan kaedah yang sama.

”Gua dah ada senarai nama yang pegi tu, baik mengaku terus datang ke depan sebelum gua belasah lu lebih teruk”

Itu ayat guru displin dan Pengetua gua, tahun 1994 dulu.

Bagi yang kurang cerdik, terus menuju ke depan. Buat muka sardin cap ayam, lepas tu berkerut sikit dahi tahan sakit kena rotan. Mata pulak jeling-jeling pada kawan yang lebih berani sikit tapi masih kurang cerdik, yang tetap tidak mahu mengaku.

Penyudahnya, bila yang kurang cerdik kena rotan, kena paksa beritahu kroni yang lain, maka lebam-lebam lah dahi yang lebih berani sikit kena hantuk ke dinding bilik mesyuarat. Contohnya lah.

Jadi, kalau Muhyidin Yassin mahu memohon jawatan sebagai Pengetua di sekolah itu pun, sekarang ini, gua rasa modal yang sama sudah tidak laku lagi. Okay?

Gua kena edit Tukar Tiub 3 kali sehari sehingga tamat drama Permatang Pauh. Sibuk sedikit untuk bererotika dan berfantasi di sini. Punklitch.

6 comments:

zan said...

Ada gak yang betul kat paper tu baba..result no. ekor dengan iklan pinjaman mudah berlesen..

Er..intisari rancangan tv pun betul gak..hahaha

Anonymous said...

haha, wei intisari rancangan tu lu jangan kena tipu. RTM punya, selalu tulis lain siar lain. selalu tipu jugak tu. haha.

TOOLBOX said...

Bro.. lu mmg jahat! memperlekeh akhbar2 yg sama taraf dgn Sahih Bukhari & Muslim; sumber rujukan org Islam (baca UMNO) di BolehLand

Btw.. bnyk jugak tiub bocor di Matang Pauh. Kayo Pakcik Isham. Sure dia charge RM15 satu tiub. Lu pun sure banyak dpt kamsen heh!..

Anonymous said...

bro,
RM15 satu tiub itu harga KL lah. Permatang Pauh sekarang tengah mewah. Boleh up sampai RM28, sama macam tiub Jaguh kat KL.Komisen pun kena up jugak.

Jorji said...

gua boleh bertekak dgn bini sebab gua nak tgk berita TV3...dia anti-TV3.heh.

memang luarbiasa sakit hatinya layan suratkhabar dan berita TV sekarang ni.

layan malaysiakini pun boleh stress!

Anonymous said...

entah apasal, gua tiba2 sekarang macam nak baca Mastika dan menonton drama RTM slot tengah malam yang tajuknya seme nama pompuan.