Friday, August 01, 2008

Sayonara


Penyokong Nuar Brahim mesti senyum lebar semalam petang. Nuar Brahim akan bertanding di Permatang Pauh, yang sudah seperti Bukit Bintang kepada DAP atau pun bagai Gua Musang kepada Tengku Razaleigh.

Namun, semua itu bermula daripada pengorbanan seorang isteri lah. Firaun kata, my wife would do the same. Persetankan Firaun, kita tahu Kak Wan telah banyak berkorban sejak 1998, dan pengorbanan itu tidak pernah berhenti. Bermula daripada zero, yang begitu naif tentang politik, yang menangis terisak-isak ketika dihambur kesombongan Chandra Muzaffar, yang terpaksa pula mempertahankan suaminya yang dipenjarakan serta berdepan permainan politik atasan PKR yang mirip UMNO, Kak Wan akhirnya menjadi ketua pembangkang wanita pertama di Parlimen BolehLand.

Perletakan jawatan semalam, sebenarnya sesuatu yang menyedihkan. Sesuatu yang merugikan. Sesuatu yang sepatutnya perlu dielakkan daripada berlaku. Ketika berada di puncak, Kak Wan terpaksa melungsur turun, untuk laluan Bang Nuar. Gua faham, itu percaturan politik, yang 16 atau 17 tapak ke depan. Rugi lah sikit. Nuar Brahim mungkin mahu mengelak persepsi yang lebih negatif jika mengambil kerusi MP yang bukan milik Kak Wan atau pun Nurul Izzah. Mungkin.

Kak Wan kini kembali, memainkan peranan sebagai seorang isteri. Walaupun katanya semalam dia akan kekal sebagai Presiden. Kita tahu siapa Presiden yang sebenarnya. Cuma kalau masa itu boleh diundur, Kak Wan sepatutnya tidak berundur. Rugi, itu sahaja.

Semoga bukan untuk selamanya, dan akan kembali semula nanti.

(sambal tumis dalam gambar itu mungkin tidak sesedap yang dimasak Kak Wan pada April 2003)

11 comments:

mama said...

itulah pengorbanan seorang isteri. rasanya kak wan lebih selesa dengan keputusannya sekarang. semoga kak wan dan suami terus tabah menghadapi segala kemungkinan selepas ini.

Anonymous said...

ni la dia politik nuar bro...dia suh bini dia take over dulupun nila dia misi yg dia nak buat selama ni tercapailah tu pun kalu xsangkut la dia punya 2nd case ni...wa rasa2 mcm xsempat pun dia nak buat ape2 lagi tau2 kena sumbat dalam lagi bape lama dia kena bertapa wa xtau la wait n c la k bro...

Jorji said...

nuar kene menang.baru berbaloi pengorbanan kak wan.

Anonymous said...

like the wise say, behind every man (successful or not) there is a woman who loves him.

jika jumpa pasangan yang 1. setia, & 2. rela berkorban..stay close and don't ever let go.

let's hope and pray that all her sacrifices are worth it.
but yes, adalah sesuatu yang sangat mendukacitakan bila kak wan meletak jawatan.

ah..wanita..rela berkorban apa saja demi yang tersayang...

TOOLBOX said...

Entry lu buek gua teringek kek gambar lu dgn The Yellow Lady. Gua tau takdo hubungkait, cumo nampak lu banyak bersuo muko, beramah mesro dongan ramai pemimpin wanita & tontu ado cerito disebalik sambal tumih potai tu. Wallahu a'lam!

Btw memang boto lu kato, Kak Wan bukan yo tak terkiro banyak jaso kepado rakyat marhaen BolehLand & org2 kek permatang pauh malah tak tolok do kito nak dibandingkan dongan pengorbanan dio kepado laki yang tak ronti2 dongan berbagai mehnah & tribulasi semonjak kawen sampai ke jaman ni.
Gua doakan kesejahteraan utk Kak Wan dunio akhirat. Allah terus beri dio kekuatan untuk belo nasib rakyat marhaen insha Allah walaupun dio bukan MP layie

The.Libyaman said...

benz,
wa di belakang semua musuh2 UMNO:)

jorji,
kalu x menang amacam kan?

lin,
mine is the one.

bro,
ada kawan yg bergurau dengan kak wan sbb sambalnya sedap, dan dia terus masak dan hantar sendiri sambal tumisnya kepada kami. naif atau pun ikhlas? atau lurus atau baik hati?

TOOLBOX said...

Gua rasa Kak Wan ikhlas buat sambal tu utk lu & the gang. Sifat keibuan (kepimpinan) yg baik - akan laksanakan permintaan yg mampu dilakukan. Tak caya lu mintak kat mama apa2 yg reasonable for sure dia akan buat :) Dlm hal kak Wan apa lah sgt sambal tumis compare lepaskan jawatan Ketua Pembangkang di Parlimen.

Actually gua baca artikel ni sebelum jengok blog lu tempuhari. Tu yg teringat gambar lu & mama dgn The Yellow Lady. Lately bnyk berita ttg dia. Cam nak buat come back. Dia ni dah sama cam Perdana Menteri BodoLahLand, kerusi presiden tu hak mak bapak dia (bukan hak ahli UMNO utk tentukan siapa). Ikut sedap perut dia nak bagi kat sapa pun dgn kengkonon guna kaedah kudus yg suci lagi menyucikan; Peralehan Kuasa (baca Perolehan Kuasa).

Sorrylah banyak pulak bebelan gua. Actually baru baca blog Khir Toyo. Gua pun sama cam lu jugak, dah jadi ta'ajub kat dia. Mmg sah dah kena gila isim ngalahkan gila talak terlepas jawatan MB dok membebel semua yg dia buat; dulu, kini dan selamanya adalah super betul takde cacat cela tak boleh tidak the only way utk kemaslahatan Islam dan Melayu. Mmg sakit kan? Mantan Perdana menteri BolehLand yg pada gua lebih tinggi martabat compare dgn dia pun ada jugak mengaku kesilapan yg pernah dia buat.

Pipiyapong Abdillah Hamzah said...

sambal tumis tu lu buat ke?

Anonymous said...

bro,
pandai plak ye lu cari gambar wa dengan the yellow lady. tapi khir toyo memang wa x bleh blah skarang. mulut cabul sungguh.

pp,
itu sambal pasar minggu.

Anonymous said...

aku lebih suka dia jadik tulang belakang untuk dsai. teruskan berjuang!

gayour said...

susah den nak beghonti apo laie nak BERUNDUR kalo makan pulut dengan sambal tumis jang oii! harharahar!